Tuesday, September 02, 2014

Mengapa dugaan sering bertandang di dalam hidup ku


Selalulah sebut aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang di rejam dan selalulah faham kalimah bismilahhirahmanirohim (Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih)


Engkau berkata kan,

Dugaan sering datang kepada ku,

Dugaan datang tanpa henti,

Lalu di kau mempersoalkan,

Mengapa dugaan datang tanpa henti kepada ku,

Mengapa aku di duga begini?

Mengapa orang lain tidak di duga seperti aku?

Mengapa hidup aku begini?

Penuh onar dan duri?

Tiada langsung kesenangan dan kegembiraan?

Selepas satu dugaan yang menimpa,

Datang lagi dugaan lain,

Mengapa semua ini terjadi kepada diri ku?????

Lalu hati kecil mu memberontak kerana dugaan tersebut???

Engkau terus jatuh dan lemas,


Andai anda terasa begitu,

Cuba duduk sejenak dan mula berfikir,

Jawablah soalan di bawah:-

Adakah hubungan kita dengan Allah okay?

Adakah kita sering melakukan kemungkaran kepada Allah?

Adakah hati kita selalu ingat kepada Allah?

Adakah selama ini kita bergantung sepenuhnya kepada Allah?

Adakah kita sering mengadu kepada Allah tentang dugaan tersebut?

Adakah kita ni benar hamba Allah yang sebenar hamba?

dan fikir sendiri soalan lain yang berkaitan.


Sila la jawab soalan di atas.


Biar relax olah sikit pada pendapat relax.

Kunci nya senang je. Dugaan itu di turun untuk menyedarkan kita dan memberi kita peringatan kepada hambaNya dan lain-lain yang berkaitan. Dugaan datang daripada Allah, perbaiki lah hubungan dengan Allah, jangan melakukan kemungkaran dan cuba tingkatkan amal kita. InsyaAllah dugaan itu tidak lah berat. 

Wallahu'alam.

Tegur ku andai salah.

Lembutkan hati, jinak kan nafsu, jangan terlalu degil, benarkan hidayah itu masuk di dasar hati. Barulah kenikmatan di rasai dan seterusnya kita kuat menempuh dugaan yang mendatang.

Sekian daripada ku,

Relax tenang itu diri ku,

Peace yoo.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!