Saturday, August 25, 2012

Dilema cinta Mu




Puasku coretkan kata cinta ini

Beiringan kata seindah bicara

Lautan api telah pun ku selami

Namun geloranya tetap sama

Oh tuhan

Di manakah cinta Mu

Oh tuhan

Dimanakah rindu Mu

Dan ke manakah redha Mu

Ke manakah restu Mu

Di lema cinta ini merungsingkan hati ku

Ku harapkan cinta mu Ilahi

Hanya ku dapat laknat dari mu.

Dilema cinta Ilahi.



Orang memberi nasihat dah korang menjawab




Sebelum relax mula berbicara, ketahuilah segala isi di bawah ini hanyalah pendapat ku dan hanya di ambil dari otak ku.

Aku lain, engkau lain, pendapat kita tak serupa. Harap faham ye.

Orang memberi nasihat dan kadang korang menjawab:-


Contoh 1:

Si a: "Janganlah pakai macam 2, seksi sangat"

Si b: "Ala ko, macam la baik sangat nak nasihat orang, ko pergi ubah diri ko jadi baik dulu baru datang nasihat aku"

Kepada si b,

Relax nak tanya sikit "Apa definisi baik bagi kau?"

Adakah seorang manusia yang tidak melakukan kesalahan langsung?

Adakah seorang manusia yang memakai jubah+serban ataupun seorang yang berjanggut +berkopiah dan sewaktu dengannya?

Kenapa! Kau nak tunggu ustad, ahli ulamak or wali tegur kau ke baru kau nak dengar.

Soalan akhir dari ku, berhak kah kau menentukan seseorang itu tak baik kerana kau hanya nampak zahirnya sahaja? (lainlah kalau kau ada kasyaf dan sewaktu dengannya).


Contoh 2:

Si a: "Tak elok kau pegang tangan dengan dia, tak muhrim"

Si b: "heellooo, kubur lain-lain tau, kau jaga hal kau, aku jaga hal aku."

What the pandai, memang la kubur lain-lain. Tetapi kita satu ummah, kita satu agama, kita satu kapal dan tinggal di planet yang sama.

Kalau di turunkan bala di atas kelakuan kau, bukan si b je kena, si a pun kena sekali. Lagi pun tegur-menegurkan di tuntut dalam Islam.

Perkara akhir hendak ku katakan, kalau si a menasihati si b di atas perbuatan yang tidak dilakukan si a, rasanya tak salah dan ungkapan bagai ketam belajar anaknya berjalan lurus tak boleh digunakan.

Korang pernah kena macam contoh atas ni tak atau korang pernah dengar perkataan macam si b cakap.

(Perkataan yang sering relax dengari di kaca tv n dunia realiti apabila seseorang memberi nasihat kepada orang lain. Dah jemu kadang mendengar, takda ayat lain ke nak pakai. Hehe)

Sekian dari ku.

Relax selalu.

Pai.


Tuesday, August 14, 2012

Kepalsuan dan kebenaran



Perkara yang dapat ku fikirkan di masa kelapangan......

Situasi: Ayat boy or girl minta putus dengan korang.
Kepalsuan: Kita putus la, sebab awak terlalu baik untuk saya.
Kebenaran: Sebenarnya saya dah ada girl lain dah or saya dah boring dengan awak.
Comment: Kalau sesorang itu baik, sepatutnya kita lagi terima, sebab dia baikkan. Ini tidak, nak putus sebab dia terlalu baik. Apa kes.

Situasi: Apabila seseorang meletakkan gambar di dalam FB or sewaktu dengannya. Seterusnya tulis dekat gambar 2, saya tak cantik la.
Kepalsuan: Saya tak cantik la dalam gambar ni.
Kebenaran: Cantiknya gambar yang aku baru upload ni.
Comment: Kalau gambar tak cantik or hodoh ada ke orang nak upload dalam FB or sewaktu dengannya.

Situasi: Apabila orang yang tak sihat menjawab pertanyaan "Kau sihat tak? or apa khabar?" 
Kepalsuan: Aku sihat je.
Kebenaran: Aku sebenarnya tak sihat.
Comment: Sebenarnya ikut suka korang la nak bagi jawapan apa pun. Lagi pun orang yang bertanya 2 bukan boleh buat apa-apa pun kalau korang tak sihat. 

Situasi: Apabila orang yang syok kepada seseorang di tanya sama ada syok ke tak kepada orang yang dia syok 2.
Kepalsuan: Aku tak syok kat dia la.
Kebenaran: WTP (what the pandai), macam mana dia tahu aku syok dia ni.
Comment: Perlu ke mengaku kat orang kita syok kat seseorang.

Situasi: Apabila orang tanya sama ada korang terasa tak dengan kata-kata dia.
Kepalsuan: Aku tak rasa apa pun kau kata.
Kebenaran: Gile pedas kata-kata dia, bercalar dan terobak-robak hati aku.
Comment: Berterus terang je la kalau dah terasa 2, ini tidak terangkan melalui bahasa badan. Tak semua orang boleh baca bahasa badan kalau korang nak tahu.

Situasi: Apabila orang tanya kat korang sama ada baju dia pakai cantik or tidak.
Kepalsuan: Gila cantik baju kau pakai 2.
Kebenaran: Peeeeaarrrggg tak cantik n tak kena dengan gaya terkini.
Comment: Nak jaga hati la katakan.

Situasi: Apabila orang yang banyak cakap or menceritakan topic yang membosankan dan memang korang tak berminat pun dengan topic 2.
Kepalsuan: Korang dengar je apa yang dia cakap.
Kebenaran: Bila nak habis dia cakap ni. Cepat la habis, cepat la habis.
Comment: Demi menjaga hati pencerita, korang dengar je kan. Baiknya korang. Ketahuilah korang kadang pencerita tersebut tahu korang boring dengan cerita dia, tapi dia saja teruskan gak, sebab nak suruh korang berhentikan dia bercakap. (betul ke cam ni)

Situasi: Jawapan korang bila seorang girl or boy melafazkan kalimah keramat kat korang. (faham sendiri apa itu kalimah keramat)
Kepalsuan: Korang memberi kata kiasan yang kadang-kadang susah nak di fahami dan punyai beribu persoalan or memberi jawapan putar alam or mendiamkan diri.
Kebenaran: I don’t like, I don’t like….. Aku tak nak dia, tak nak, tak nak... Kenapa mesti dia, kenapa, kenapa.... Alamak dia la.....
Comment: Demi menjaga hati, korang pun gunalah kepalsuan itu dari kebenaran. Kan ke elok kalau korang berterus terang, takda la boy or girl 2 tertunggu-tunggu. Masalah betul dengan orang cam gini.


Sekian kemerapuan untuk hari ini….

Kalau rajin relax buat Kepalsuan dan kebenaran versi 2 pulak ye….


Info: 
Kadang kebenaran itu lagi bagus dari kepalsuan…. Kerana ada sesetengah manusia lebih suka kepada kebenaran dari kepalsuan. J


Pai….

Saturday, August 11, 2012

Asal usul perkataan "bla bla bla...."



Tiiiinnnnggggg tiba-tiba terdetik di dalam otak ku berkaitan asal usul  “bla bla bla….”

Relax rasa semua orang mesti tertanya-tanya or pernah terfikir dari mana perkataan “bla bla bla..” itu muncul. (ada ke orang terfikir tentang hal ni….)

Korang tahu tak perkataan bla bla bla itu apa dia.  Kalau tak tahu klik disini.

Kalau korang klik link di atas korang akan nampak sedikit apa itu “bla bla bla” dan bila nak gunakan perkataan “bla bla bla” ni.

 Ala mesti korang pernah guna perkataan ”bla bla bla” ni dalam karangan korang. (betul ke??? )

Tanpa membuang masa dan membazir masa lagi, hari ini 12 Aug 2012 bersamaan 23 Ramadhan satu rahsia besar akan terbongkar. Rahsia yang akan menceritakan asal usul “bla bla bla”.



“Bla bla bla” berasal dari perkataan melayu iaitu boleh belah. Perkataan boleh belah selalu digunakan oleh orang-orang otai untuk menghalau orang yang diorang tak puas hati. Contoh ayatnya ialah kau boleh belah la wei dan sebagainya.

Pada kurun ke 20, perkataan ini menjadi popular di kalangan budak-budak yang baru berlajar bercakap. Mereka terikut dengan orang dewasa yang sering menggunakan perkataan ini. Di sebabkan mereka baru belajar bercakap, mereka pun sebut lah “bleh bla.”

Perkataan bleh bla ini lah yang akhirnya menjadi bla bla bla dan akhirnya digunakan oleh orang sekarang. Itulah asal usul bla bla bla.

Sebenarnya ayat yang berwarna merah di atas tipu je ye. Hehe, nak ngarut gak.



Ok, serius-serius…… kita berbicara serius pulak ye.

Cuba korang pergi dekat tempat orang ramai yang bising or tempat yang banyak orang bercakap.

Apa korang dengar???

Mesti korang rasa bising kan.

Cuba korang dengar betul-betul perkataan sewaktu bising tersebut?

Korang akan dengar perkataan seakan-akan bla bla bla dalam bentuk dengungan.….. (apa yang relax rasa, relax dengar la)

Kalau korang tak dengar, cuba set kan dalam minda korang perkataan bla bla bla yang akan korang dengar sewaktu bising tersebut.

Anda dengar tak????

Kalau tak dengar gak, nak buat cam ne kan. Tak dapat aden nak nolong.

Jadi, bila relax dengar macam 2, relax rasa asal usul perkataan bla bla bla, berdasar dari situasi ni la. Relax rasa je…


Kalau tak percaya apa relax cakap, korang cuba la buat apa yang relax suruh buat tadi.  Ala cuba je la, bukan susah pun, dengar je pun.

BBBBB|>>>>>>>>>>>>>>>   <3

Sihat-sihat selalu,

Jangan naughty tau,

Sekian
(apa salahnya nak ngarut pagi-pagi ni kan…)

Friday, August 10, 2012

Download video dalam youtube tanpa software



“Apahal youtube tak letak button download kat setiap video. Senang sikit nak download video dalam 2 kan.”

Pernah korang terfikir or tertanya dalam diri korang macam kat atas ni tak???

Asal download video dari youtube mesti kena guna software.

Software yang sering digunakan untuk download video dari youtube ialah download accelerator plus (DAP), internet download manager (IDM), real player dan banyak lagi lah.

Dah la software tersebut susah nak jumpa yang free. Dah install software tersebut lepas tu kena crack or patch la pulak sebab nak bagi jadi full version. Tetapi lainlah kalau korang beli software 2 kan. Hehe..


Jadi sekarang ni, pernah tanya dalam diri korang tak “Bagaimana caranya untuk download video dari youtube tanpa menggunakan software?”

Kalau anda penanya soalan tersebut. Ye betul, anda sedang membaca artikel yang betul.

Manakala jika anda bukan or tak pernah langsung bertanya soalan di atas, apa salahnya korang baca artikel ni bertujuan untuk menambahkan ilmu di dada. Tak salah rasanya.

Tinggalkan ayat pening dan tunggang langgan di atas, kita start dengan tujuan asal or the main objective artikel ini di adakan.

Sebenarnya untuk download video dari youtube anda tak perlukan software. Tetapi kalau anda nak juga pakai software, terpulang la ye. Gua tak kesah pun.



Salah satu caranya ialah (ingat, salah satu je):

1. Cari video apa-apa pun yang korang rasa nak download.



2. Selepas itu, gantikan perkataan youtube dekat url bar dengan voobys. Lepas 2 tekan enter…



3. Lepas tekan enter akan mucul seperti di bawah (untuk google chrome).



4. Click run this time dan accept the risk dan tekan run.

click run this time

Accept the risk and click run


5. Selepas itu, tekan download video.  



6. Setel.

Mudah kan.

Selamat mencuba.

Sekian dari ku.

Pai

I hate you…

J

Thursday, August 09, 2012

Kunci di dalam kehidupan



Tersebut la kisah selama ini…………………………………….. Sekian pendahuluan dari ku.

Asyik-asyik menggunakan ayat panjang. So, hari ni buat ayat pendek balik. Pasal apa? Jom bersama kita pikirkan.


Mengubah segalanya,

Mengikut apa ku mahukan,

Aku tak mampu,

Usaha,

Itu je yang termampu,

Dialah penentu segalanya,

Kalau Dia kata tak boleh,

Maka tak boleh lah,

Kalau Dia kata boleh,

Maka boleh lah,

Hanya satu pilihan selepas berusaha,

Terima segalanya…


Berdasarkan ayat diatas, ketahuilah korang sesungguhnya sebagai orang yang tak punyai apa-apa korang cuma ada dua pilihan iaitu:

-Berusaha.
-Redha.

Inilah kunci di dalam kehidupan. 

Cuma nak ingatkan diri sendiri dan orang sekeliling je. Relax tau korang pun tau tentang hal ni.


Kata akhir dari ku:
Seperti selalu, yang mana salah perbetulkan dan yang mana betul jadikan pedoman.

Sekian…

Bukan selalu nak tunjuk baikan...

Blah lu..

Tip solat terawih 20



Satu tip yang di ciplak dari otak ku, ingin ku kongsikan kepada semua orang yang punyai mata, akal dan sedang melihat artikel ini.


Ada orang kata malas nak buat 20 sebab terlalu lama dan pelbagai lagilah alasan yang pernah ku dengari (eerrrmmm tersentak boboy)...

Buka minda buka hati kasi tenang lu orang punya diri.


Tip untuk solat terawih 20 ialah jangan membilang setiap rakaat dalam solat yang 20 tu. Sebaliknya bilang lah:
- Salam bagi solat terawih tu... 10 je tau...
- Kalau rasa banyak lagi bilanglah doa bagi setiap solat terawih tersebut... 5 je tau...
- Kalau rasa banyak juga, bilanglah jenis solat... 2 je tau... solat terawih dan solat witir...



Semakin pendek kan angka tersebut. So, lepas ni kalau rasa banyak sangat 20 tu. kira la seperti di atas. Mesti korang rasa sekejap je solat terawih 2.


Selamat mengira ye saudara dan saudari sekalian...


Apa salahnya korang start mengira macam kat atas kan. Memang nampak macam tak ikhlas je solat terawih 2, tetapi apa salahnya korang buat perkara macam kat atas ni sambil mengikhlaskan hati korang.


Ini tidak, mengharapkan ikhlas itu datang sendiri tanpa berusaha, agak-agak korang la kan, ikhlas 2 nak datang tak dalam hati korang????

Jawapan di dalam akal masing-masing la ye...


Selamat mencuba...

Boi, boi...

Selamat....

Tuesday, August 07, 2012

5 jenis golongan dalam solat



Ilmu-ilmu untuk perkongsian bersama.


5 jenis golongan dalam solat:

1. Orang yang bersolat sekadar solat, x ingat Allah s.w.t dan lambat solat. Dlm erti kata lain hanya melakukan perbuatan solat. X di terima.

2. Orang yang bersolat mengikut syarat yang cukup tetapi  tidak mengingati Allah s.w.t. X di terima.

3. Orang yang bersolat mengikut syarat tetapi sekejap ingat Allah sekejap lagi tak ingat Allah s.w.t. Boleh di terima.

4. Orang yang bersolat mengikut syarat dan mengingati Allah sepanjang solatnya. Boleh di terima.

5. Orang yang bersolat mengikut syarat, mengingati Allah s.w.t dan lupa segala isi dunia. Boleh di terima.


Kisah untuk no. 5 (relax pasti korang penah dengar cerita ni):


Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit. Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
note: Ada yang kata Sayyidina Ali r.a. yang menyuruh mereka mencabut anak panah ketika beliau sedang solat. Wallahualam..  



Persoalanya sekarang, korang tergolong di dalam golongan mana?


Apa yang relax faham ustad amin kata cam 2 la.


Jom ramai-ramai berusaha ke arah yang no. 5.


Sekian perkongsian untuk hari ini.

Wallahualam....

Selamat…

Cau lu…

Friday, August 03, 2012

Garam pengubat darah tinggi



Berbicara tentang garam dari sudut kimia



Rasanya semua orang tahu, untuk meneutralkan bisa ular, bisa ular itu juga digunakan. Manakala untuk meneutralkan sesuatu virus, virus juga digunakan dan virus ini seterusnya dijadikan vaksin. Dalam erti kata lain jika doctor menyuntik vaksin dekat korang, ketahuilah dia sebenarnya menyuntik virus dalam badan korang. Tetapi virus yang sudah di neutralkan lah. Apa yang relax tau macam 2 la.

Berdasarkan apa yang di katakan di atas, boleh di simpulkan di sini bawasanya ubat untuk menyembuhkan virus/penyakit akan di cari menggunakan virus or penyakit tersebut (ayat pening sikit, sory la ye).

Seperti yang kita tahu, penyakit strok bermula dari darah tinggi dan salah satu punca darah tinggi adalah di sebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan.

Persoalan yang relax nak tanya sekarang ni dekat korang, bolehkah kita menggunakan garam untuk mengubati darah tinggi?

Jawapan ku boleh. Tetapi haruslah dengan cara yang betul. Banyak orang sekarang memasukkan garam ke dalam gulai dan sebagainya semasa sedang masak. Sebenarnya ini satu kaedah yang salah. Kaedah yang betul ialah membiarkan gulai tersebut selama 10 minit selepas di angkat dari api dan baru garam di bubuh di dalam gulai tersebut.

Ini kerana pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila garam di panas kan maka sifat ion negative akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah klorida (Cl) berion –ve, yang tinggal hanyalah natrium ion +ve yang bersifat asid. Yang di perlukan dalam garam adalah klorida, ion –ve kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.

Jika klorida di dalam garam berkurangan ini bermakna oksigen di dalam garam akan berkurangan. Apabila oksigen di dalam garam berkurangan ini akan menyebabkan darah tidak boleh bergerak sendiri. Seterusnya jantung terpaksa pam darah dengan kuat. Pengurangan oksigen akan menambah carbon dioxide di dalam darah. Inilah yang di panggil darah tinggi.

Sebenarnya tugas jantung bukan mengepam darah dengan kuat, sebaliknya mengagihkan darah ke seluruh badan. Orang yang mengalami darah tinggi mempunyai degupan jantung yang kuat kerana kurang oksigen di dalam darah.

Berdasarkan ayat di atas dapat di ketahui disini, darah tinggi terhasil apabila element dalam garam di ganggu apabila kita memanaskannya.

Selain bersenam, cara lain untuk meningkatkan oksigen dalam darah ataupun mengelakkan darah tinggi ialah dengan mengambil garam. Cara mengambilnya pula hendaklah dengan air sejuk di waktu pagi terutamanya waktu sahur. Bila di gabungkan dengan air sejuk maka klorida lagi aktif. Oleh sebab itu, oxygen semakin tinggi dan seterusnya meningkatkan oxygen di dalam darah.

Ketahuilah, sebenarnya kita penyebab kepada penyakit darah tinggi dan bukannya garam.

Padahal dari satu hadis dari Abdullah bin Umar r.a., dari Nabi s.a.w., “Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan ) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.” (HR al-Baghawiy)

Sudah jelas di sini garam mempunyai banyak kebaikan sebenarnya dan bukan pembawa penyakit.

Sedangkan Nabi s.a.w sendiri turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan baginda seharian. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman.Tujuannya untuk menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.

Kesimpulannya di sini garam mempunyai banyak kelebihan sebenarnya. Selain itu, garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan marah, halau jin dan sebagainya.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal garam cari la sendiri ye hehe.


Secara ringkasnya,
- Garam menjadi bahaya apabila kita memanaskannya.
- Darah tinggi terjadi apabila darah kurang oksigen dan menyebabkan jantung mengepam darah dengan kuat.
- Minum air sejuk bersama garam di waktu pagi sebaiknya waktu sahur jika mahu meningkatkan oksigen di dalam darah.


Info tambahan tapi tak pasti:
Pengambilan garam di waktu pagi adalah sunah.


Penambahan

Dari sudut kimianya, syaitan takut kepada orang yang bersabar kerana kandungan oksigen di dalam darah. Apabila kita marah, kandungan oksigen di dalam darah akan berkurangan dan ketika inilah bisikan demi bisikan datang. So, lepas ni kalau korang marah pastikan korang buat lah apa pun yang boleh meningkatkan oksigen dalam darah korang. Senang-senang makan je secubit garam kalau korang marah. Hehe.

Manakala dari sudut kimianya, jin takut kepada garam adalah disebabkan garam mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Oksigen adalah tertakluk di dalam sifat Nur. Jadi, inilah penyebab kenapa jin or sewaktu dengan nya takut dengan garam. Ini juga lah penyebab kenapa orang selalu guna garam untuk menghalau jin or sewaktu dengannya.

Tetapi hendaklah niat segala yang di buat hanyalah iktiar semata-mata dan Allah s.w.t lah penentu segalanya. Jangan pula beranggapan garam tersebut yang menghalau jin pulak ye.



Warning:
Memang garam itu banyak kelebihanya tetapi garam sekarang sudah di campur dengan bahan pencuci untuk memutihkan garam tersebut. So, faham-faham la ye.



Terima kasih ku ucapkan kepada:
-Ahli kimia dan fizik yang juga pengasas Terapi Getaran Warna (CVT), Profesor Emeritus Dr. Norhisham Wahab.
-Pensyarah Akademi Islam, kolej Ugama Islam Selangor (KUIS) En Ikmal Zaidi Hasyim
-Pengamal perubatan Islam Darul Syifa, Othman Salleh.


Rujukan: Al Islam April 2012: Semanis garam dari sudut Islam page 20, Boleh menghalau tapi jangan mencederakan page 21, garam di kagumi oleh saintis page 23.


Thursday, August 02, 2012

Perbuatan yang salah semasa bergaduh



Asyik relax je berbicarakan. So, hari ni relax nak kasi mamat tak puas hati berbicara pulak.


*********

Di dalam artikel ini, pergaduhan = betumbuk / bersepak / bertolak

Di tuju kepada lelaki di luar sana.

Bukan pergaduhan biasa hendak ku katakan di sini tetapi pergaduhan yang melibatkan pukulan, tolak menolak dan sebagainya. (ala pegaduhan macam budak-budak lelaki kat sekolah 2)

Jadi sekarang ni, aku nak cite sikit kat korang fakta yang di rujuk dari otak ku.



Perbuatan yang salah korang buat semasa bergaduh:

*Bergaduh di tempat awam.

Relax nasihat kan kalau betul korang nak bergaduh jangan bergaduh di tempat awam. Ini kerana bergaduh di tempat awam hanya membantutkan pergaduhan korang.

Tetapi kalau tujuan asal korang nak bergaduh hanya untuk menunjuk hero, berlagak hebat, nak meraih publisiti murahan dan segala macam mak nenek lagi yang berkaitan, ok tak pa bergaduh la di tempat awam.

Manakala jika tujuan asal korang bergaduh kerana tak puas hati dengan orang yang korang tak puas hati, sila cari tempat yang sunyi dan takda orang langsung. Lepas 2 bertumbuk la sampai pihak lawan lunyai or hilang nafas. Baru betul boleh hilangkan perasaan tak puas hati 2 kan.

Ini tidak, bergaduh di tempat awam apa korang dapat. Seronok la 2 ramai orang tengok korang bergaduh. Hampehnya budak….


*Panggil geng bila bergaduh.

Ni lagi satu masalah budak-budak or orang-orang zaman sekarang. Pergaduhan di antara dua pihak yang berlawanan dalam erti kata lain 1 by 1. Tetapi yang korang pergi panggil geng 2 buat apa.

Korang tak puas hati dengan si A. Korang sorang pergi setel dengan si A sudah la. Yang pergi panggil geng 2 buat apa. Ish2 loser betul orang yang buat sebegini rupa (pehal terasa ke).

Pada pandangan ku, orang yang sebegini memang pengecut tahap gaban. Erm nanti dulu, entah-entah korang ni kuat dengan geng je pa. Kalau sorang-sorang takut. Betul ke apa aku cakap ni??? (jawapan di tangan anda)



*Bawa keluar senjata bila bergaduh.

Orang macam ni bagi aku memang orang yang kurang berkeyakinan. Kalau betul korang yakin dengan diri korang, tak payah guna senjata la bila berlawan. Boleh sebenarnya bergaduh pakai senjata tetapi pastikan pihak lawan pun bersenjata gak. Baru adil bro + kita pun puas hati bila menang bergaduh dengan dia.

Ini tidak korang je yang bersenjata. Nampak sangat korang memang tak boleh menang bila bertangan kosong. Hehe. Lawak2. Dah tau takda keyakinan dalam diri, tak payah bergaduh la bro.

Syoh2  gi main jauh.  



Aku pelik dengan orang yang berkumpul ramai-ramai menyaksikan sesuatu pergaduhan dan selepas itu bersorak. ??????? apa yang best sangat tengok orang bergaduh ni. Pelik, pelik aku pelik dengan orang macam ni. Apa yang diorang dapat dengan membuat perkara sebegini rupa. ?????? bingung aku memikirkannya.

Tambah pelik lagi apabila melihat orang ramai berkumpul melihat perempuan bergaduh. ??? aku pelik la tolong2 aku pelik dengan orang macam ni.

Yang lagi pelik aku rasa bila orang melayu berkumpul melihat perempuan or lelaki melayu bergaduh, siap rakam lagi. Diorang yang berkumpul 2 tak rasa diri kurang pandai or tak rasa malu ke melihat bangsa sendiri bergaduh di kalayak ramai.

Errrrmmm memang aku pelik. Serius aku pelik… Sampai sekarang aku pelik… Pelik pelik pelik

Dah la relax oit, semakin pelik bila aku pikirkan.

**********

Ish2, sebenarnya relax pun pelik gak dengan diorang ni. Entah la lain orang lain pemikiran.


Warning
 Jangan la bergaduh-gaduh, takda faedah pun. Sudah-sudah la 2, sabar je.

Sekian

J


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!