Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pikirlah

Teruskan melangkah walau diri sudah penat

Wahai diri, Aku tahu engkau penat, Aku tahu engkau lelah, Rasa sudah tidak mampu melangkah, Wahai diri, Tidur lah sebentar, Agak pulih diri, Bangun dan langkah kembali, Wahai diri, Ingat lah tuhan, Saat kaki penat melangkah, Pejam mata, Cari kembali, Semangat penguat diri, Langkah kembali, Jangan pernah penat lagi, Kita tidak sendiri, Ramai lagi, Seperti kita tadi, Penat untuk berdiri, Penat untuk berlari, Walau macam mana kita nanti, Harus berdiri, Harus berlari, Itu sahaja jalan kita nanti, Di dunia ini. Aku tahu engkau penat.  Aku turut penat,  Tapi itulah dunia ini,  Harus penat kan diri. Terus melankah wahai teman, jangang putus semangat.  Sekian daripada relax.

Downloads and watch avengers end game for free.

Downloads and watch avengers end game for free. Lihat avengers end game secara percuma online. Dua tajuk yang selalu orang cari di masa ini. Sambungan daripada avengers infinity war. Relax cerita sedikit al kisahnya macam mana dalam avengers end game ni. Spoilers versi relax la kiranya ni. Hehehe. +_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+ Kesah bermula sambungan daripada iron men yang tersangkut di angkasa selepas tewas di tangan thanos. Saat iron men putus harapan kerana oxygen dah nak habis di dalam kapal, Captain Marvel datang menolong iron men. Di bawanya iron men ke bumi kembali. Di bumi pula saki baki avengers masih cuba untuk kembalikan dunia seperti sedia kala. Dalam erti kata lain kembalikan semula semua yang hilang selepas menjadi debu di dalam peristiwa Thanos memetik jari dia. Perbincangan di buat di antara avengers untuk mencari Thanos lalu merampas kembali sarung tangan milik Thanos. Semua avengers berkumpul dan pergi ke satu planet yang di huni Thanos dan men...

Positif sahaja di dalam hidup ni

Assalamualaikum semua, Lama tak update gara-gara laptop rosak. Kebosanan terus, apa boleh buat terima je la. Redha. Eermmm Hari ni saja nak cerita sikit dekat korang tentang tempat kerja relax. Mula-mula rasa la sedih dan takut sikit sebab ada 2 orang lama nak balik tempat diorang balik. Warga asing diorang ni.  Sembang memang dasyat la semua boleh buat, almaklumlah orang lama. Memang semua boleh buat la. Tapi tu la, apa boleh buat kita orang baru ni follow je la diorang. Tapi follow pun relax belajar banyak juga daripada diorang. Lagi satu relax follow je, diorang yang buat kerja. Rasa diri senang pula. Kerja kita diorang buat. Sembang-sembang pun diorang ni memang rajin dan suka memberi. Ada la kebaikan dan keburukkan. Maklumlah tak semua manusia sempurna. Haha.  Nak jadikan cerita, diorang ni dah tak boleh sambung permit dah sebab dah cukup tahun datang Malaysia iaitu 10 tahun. Jadinya kalau diorang balik, yang jadi susah balik ialah relax seb...

Bait-bait bersahaja

Lama tak tulis bukan bererti dah tak mampu menulis, Ku diam bukan bererti tiada idea, Ku tersenyum bukan bermakna gembira, Ku menangis bukan bererti sedih, Setiap perkara luar biasa, Orang lain kita lain, Setiap orang berbeza, Tak payah sombong, Tak payah bising, Senyap dan lihat, Apa yang akan terjadi. Pejam mata, Lalu berserah, Sekian daripada ku. Relax tenang.

Berhati-hati dalam berkata wahai sahabat

Hai lama benar tak ber blog. Almaklumlah laptop rosak bro dan sis. Ni pun rasa nak berblog juga tapi terpaksalah pakai mobile phone. Ish ish2 Ada lah seorang kawan relax dalam fb ni. Dia punya status banyak juga lah membahan orang dan tiada tapis. Tengok dia teringat macam relax dahulu. Relax cuma nak pesanlah dekat sahabat-sahabat relax, nak keluarkan status kena jaga-jaga takut patah balik dekat diri sendiri. Relax banyak dah kawan relax yang dahulu kejam juga kata-kata mereka. Sekarang tidak lagi. Kata mereka apa mereka kata sudah kembali kepada diri mereka sendiri. Kadang kita tak rasa apa orang rasa, lalu kita mengomen dan kondem orang tersebut. Lalu Allah bagi kita rasa apa yang orang tersebut rasa. Di saat itu baru kita tahu kenapa dia begitu. Harap faham lah apa yang relax nak sampaikan ni ya. Itu sahaja pesanan relax untuk korang semua. Sekian. Pai Pai.

Wish list ku saat ini

Eermm rasanya blog ku ini je lah tempat ku nak luah apa-apa. Tak memahami pun tak pa, asalkan ada tempat nak di luahkan yang terpendam. Jadinya saat ini benda yang sangat relax inginkan ialah: 1. Kerjaya baru yang lebih menjamin kewangan ku. 2. Kereta yang ok sikit nak gerak mana-mana. 3. Rumah sendiri tak nak sewa. 4. Nak habiskan hutang belajar dan segala lagi hutang yang ada. Nak start macam mana ni, nak merealisasikan impian ku ni. Entah lah. Ada terdengar orang bagi tahu, susulilah setiap jalan dengan tenang dan bersamaNya, InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat. Sekian daripada ku.

Kita kena ubah

Hai semua. Hari ni cuma nak bagi tahu, sudah tiba ku mencari duit dan kumpul banyak-banyak untuk masa depan. Yeah otak duit sekarang. Ok tak lupa juga Ilahi.  Ayah relax ada lah cakap, kerjaya engineer ni tak mudah, kena sentiasa bersedia. Ada masalah memang kita akan di panggil. Tiada alasan yang dapat di berikan. Makna kata sibuk juga ah. Dengar macam tu relax takut pulak nak jadi engineer. Jadi minta begitu gitu jelah. Tak bersungguh. Ingat kalau kerja sekarang ni boleh la rehat rehat bersama yang tersayang ke. Buat aktiviti apa apa ka. Tetapi selepas berbincang, katanya nak ada kerjaya juga. Jadinya dia nak berkerjaya relax pun perlulah bekerjaya juga. Muda lagikan, fokuslah kerja dahulu. Tapi tulah rezeki dekat mana tu tak tau, kena cari dahulu. Apa apa pun redha dengan segala ketentuanNya.  Ok nak tambah sedikit, perubahan itu harus ada, tak kanlah nak kekalkan perangai buruk dahulu sehingga kini. Bongok namanya tu. Opppsss terkasar pula. Lal...

Aku stress

Hai. Penulisan yang relax rasa sesuai la nak di kongsi dengan korang. Korang tengok  je lah. Aku stress. Korang nak tahu kenapa? Aku umur dah 26. Tapi aku rasa diri aku macam di kongkong. Di kongkong oleh parent aku. Keputusan aku, keputusan my parent. Kadang aku rasa badan aku je kecik tapi daripada segi dalaman aku tak besar. Diorang kadang tak hormat keputusan aku. Aku diam ja. Tapi tu lah diam diam ni la susah. Aku takut meletus. Mungkin aku kena duduk jauh sedikit daripada  keluarga aku. Bab kata orang keluar daripada zon selesa. Entah lah. Aku tak tahu.

Pasti ada kemanisan di dalam satu kepahitan

Hai semua. Baru-baru ni ada dengar ceramah. Katanya kita haruslah betul-betul pegang dengan kalimah: " Lahaulawalaquwataillahbillahhil'alihilazim " ( Tiada daya upaya melainkan Allah, setiap berlaku atas ketentuan Allah). Jadi ku cuba lah berpegang dengan dengan kalimah ni. Ku cuba bayangkan diri ku di dalam perahu di lautan tanpa ada pendayung. Lalu ku membiarkan perahu ku hanyut di bawa lautan. Pejam mata dan membiarkan. Rupanya tidak semudah seperti yang ku bayangkan. Di uji nya diri ku dengan jari ku. Lalu di uji juga dengan tiada gaji di waktu kemuncak penikahan. Terduduk diri ku. Linangan air mata membasahi pipi. Resah gelisah di buatnya. Sisa iman ku kuatkan. Mencari jalan pemulihan. Alhamdulillah, makin pulih daripada rebah. Kita mahukan pegangan. Kita mahukan keimanan. Bukankah ia bermaksud percaya. Bukankah ia bermaksud keyakinan. Yakinlah  dengan Zat Allah. Dugaan datang menguji.  Mengukuhkan satu pegangan. Menguatkan satu keyakinan. Di sebalik kepahit...

Ubat untuk tekanan atau depress...

Hai semua, hari ni relax nak kongsi sikit satu penulisan seseorang. Korang tengok jelah sebab relax rasa penulisan ini berguna untuk mereka yang rasa diri tertekan saat ini. Atau English nya Depress. *%*%*%*%*%*%*%*%*%*%* Hari ini ialah hari ke 34 jari ku patah dan masih belum sembuh.  Bleh dikatakan waktu yang agak lama diri ku berehat dan tidak buat apa-apa. Boleh dikatakan 34 hari diri ku jadi seorang yang pasif. Aku boleh dikatakan seorang yang aktif, jarang lah duduk rumah ja. Ada ja benda yang aku nak buat.  Jadi sepangjang tempoh tu, aku belajar banyak benda. Bertapa penting nya segala anggota badan kita ini. Semua mempunyai fungsi yang tersendiri. Lumuh, hilang atau rosak salah satunya membuatkan kita menghadapi kesukaran.  Itulah apa aku rasa sekarang ini. Rasa murung, sedikit tekanan, haha banyak lagilah benda ku rasa. Sampai satu ketika ada juga terlintas nak makan panadol banyak-banyak biar tak sedar diri. Ini serius aku caka...

Hidup ini penuh dengan dugaan

Dugaan datang tanpa di duga, Aku terduduk tiada kata, Hanya titisan hadir, Aku ke seorangan, Terus lelah, Lelah dan terus lelah, Sampai bila bertahan, Aku tak tahu, Kadang rasa ingin lari, Lari daripada segala hal ini, Entah lah, Aku tak tahu,

Surat hati untuk seorang insan

Ku tulis bait bait kata hadir dalam hati buat insan nun jauh di sana. Namanya bermula huruf A dan berakhir huruf a. pertengahannya n. Dengar dan bacalah isi hati ini. Walau tidak sehebat lelaki lain, aku menulis kata yang ada di dalam hati. Aku tidaklah sekacak, Aku tidak pandai bermain kata, Lidah kelu dalam berkata, Tidak romantik seperti yang lain, Tidak caring seperti lain, Maaf semua itu tidak ada di dalam dri ku, Tetapi hanya satu ingin ku kata, Cinta ini hanya pada mu, Rindu ini susah di bendung, Hanya kepada mu, Masih setia disini, Memegang ikatan yang sudah kita ikat, Masih teguh memegang ikatan itu, Satu ayat dapat ku ungkap, Akan ku pegang selagi mampu, Satu ikatan janji terikat ini. Sekian daripada ku. Relax tenang.

Aku tulis apa yang ku tahu 3

Pandang ku di dalam diri, Depan ku 3, Kanan ku 3, Kiri ku 3, Penjuru kiri belakang ku 3, Penjuru kanan belakang ku 3, Depan barisan depan 1, Atas baik, Bawah jahat, Makhluk taat kiri kanan belakang, Segala berlaku kehendakNya, Segala puji bagi Nya itu 5, Pembuka Islam itu 3, Wujud itu hanya satu 3, Besarnya Dia itu 5, Wujud itu hanya satu 3, Berkumandang Maha berkuasa dalam diri, Redha lah wahai diri.

Aku tulis apa yang ku tahu

Kita nampak apa yang kita nampak, Ada satu di dalam diri tiada nampak, Kita lah itu, Darah mengalir, Itu yang di nampak, Satu aliran tiada nampak, Mengalir di dalam diri, Mengikut alunan lagu, Lagu datang daripada diri,, Sebati ia di dalam diri, Meletup lah ia, Segala rahsia bukan rahsia, Nampak segala yang tiada nampak, Dahulu hijab, Tidak kini, Sampai di sini, Mudah jangan di cakap, Lawan lah wahai diri, Syurga mananti. Sekian nukilan ku.

Stress kerana adat

Hai semua. Seorang mamat bagi dekat relax suruh post artikel dia. Katanya luahan perasaan dia. Haha. Kita layang kan je la artikel mamat ni. Jom kita tengok artikel dia. ................................................................ Aku dah penat, aku makin stress. Semua benda tak settle lagi. Aku pun tak tau orang yang nak kahwin ni macam mana. Aku pun tak tau salah aku kah, salah family aku kah salah pasangan akukah. Yela, stress di tempat kerja, stress pula di rumah. Kalau tak ada pegangan agama ni, boleh la nak bunuh diri semua tu. Hahaha... Stress pasal kahwin sebab: Duit yang sedia ada takda la banyak sangat, aku pun cakap la nak jemputan kecil kecilan sahaja, tapi bila bincang-bincang diorang kata tak boleh, kena buat jemputan dalam 1000 orang juga. Aduh stress pula aku. Keluarga aku mahukan hantaran, bincang punya bincang belah sana tak nak hantaran pula. Cakap dekat keluarga aku, diorang tetap mahukan hantaran. Aku yang orang tengah ni pening k...

Drop down list in excel

Selamat malam, pagi dan tengahari semua. Hari ni relax nak berkongsi dengan korang sedikit pasal satu ilmu yang relax pelajari di tempat kerja relax. Relax buat semata-mata sebab malas nak key in data pekerja yang sama setiap kali dalam excel. Jadi relax carilah macam mana tak nak key in data yang sama dalam excel. Lagi satu memudahkan sebab tak payah dah nak risau type-type bagai sebab dah tersedia datanya semua dalam ni. Hanya pilih melalui mouse sahaja data-data tersebut. Senang dan mudah. Ilmu yang relax nak ajar korang ni ialah macam mana nak hadirkan list di dalam excel. Atau dalam English nya "How to make drop down list in excel". Okay kita saksikan tutorialnya di bawah. 1. Korang buka excel korang dan pilih petak yang korang nak hadirkan list tersebut di dalam nya. 2. Okay sebelum relax terlupa, korang buat dahulu satu data untuk di munculkan di drop down list yang bakal korang hasilakan nanti. Contohnya seperti dibawah, relax nak hadirkan...

Ibu pngubat kedukaan

Tengok gambar ni dalam istagram. Relax bersetuju dengan gambar ni. Peluk memang hilang stress habis. Tapi tula. Selalu peluk nanti di cop lemah pula. Jadi kalau betul betul perlu tak boleh tahan stress. Baru peluk. Apa apa pun masih bertahan sehingga kini. Alhamdulillah semakin kuat.

Semakin penat ku rasa

Satu kisah daripada mamat yang ingin meluahkan perasaannya. Relax itu nama owner relax tenang. Lalalala...  3 2 1 . . . . . . . . . Ini kisah benar, lahir daripada hati yang tulus mengharap satu perubahan dalam diri. Kisah ku bermula daripada awal pagi. Bangun pagi, ku celik kan mata lalu gagah ku berdiri. Kata zikir dan berdoa ku “Allahhuakbar, Allahhuakbar, subahanallah, berikan lah ku kekuatan hari ini untuk menjalani hidup ini, Allahhuakbar. Subhanallah.” Zikir dan doa ku ucap, semata mencapai kekuatan untuk ku redha dengan kerja ku kini. Untuk memunculkan kekuatan di dalam diri. Memancar satu semangat dalam diri. Untuk meninggikan keimanan ku yang goyah ini. Untuk melawan segala anasir jahat semakin hampir kini. Yup, benar, diri ini makin penat dengan kerja ku kini. Tiada tentu hala, lari daripada bidang. Itu ini, semua harus ku lakukan. Bohong kalau ku katakan tidak penat. Kontraktor, tukang besi, cleaner, juruteknik, segala-...

Cerita juruteknik menjadi buruh kasar

Pejam celik dah nak dekat sebulan dalam bulan March 2017 ni relax buat kerja yang lari daripada bidang relax.  Memang la diri rasa tak best. Tetapi bila fikir balik relax perlukan duit untuk meneruskan segala misi relax, relax kekal kerja di sini. Dapat kerja lain, memang cabut dah, cerita dia tak dapat lagi. Mungkin rezeki di sini. Bertabah je la. Bukan itu yang relax nak cerita sebenarnya, cuma relax nak cakap sikit, sepanjang relax yang bekerja sebagai technician ni tiba-tiba sebulan jadi buruh kasar (terpaksa kerja). Adalah orang cakap "Kerja apa tak kuat, lembik." Okay ini lah sebab utama relax tulis artikel kali ini. Nak menjawab kata orang diatas. Memang la relax tak kuat dah buat kerja buruh. Relax minta kerja sini sebagai technician. Bukan buruh kasar. Kalau relax kuat, dah lama relax minta kerja sebagai buruh kasar. Ini dah lari bidang, memang la jadi lembik.  Sampai disini dahulu relax nak bagi tahu..  Sekian.

Kerja tak ikut bidang kerja, bertabahlah wahai diri.

Hai dan Assalamualaikum semua. Update terbaru tentang diri relax ialah relax tengah stress pasal kerja dan kehidupan. Bukan apa rasa tertekan sedikit bila fikir tentang kahwin, nak ada kereta, nak ada motor dan nak ada rumah. Fikir semua ni jadi stress pula. Dengan fikir kerja yang tak ikut job scope lagi. Semua kerja kena buat. Yang ni tak kesah sangat, ni dah sebulan jadi kontraktor, siapa tak stress woi.... Kerja sebagai technician tapi buat kerja buruh binaan. Letih badan oit. Adoi.. Mungkin dugaan buat diri relax ni. Bertabah dan sabar la wahai diri. Semoga di permudahkan segalanya... Ameen. Jangan stress-stress ye wahai diri. Relax tenang sahaja. Bagi semangat dekat diri sendiri sikit. Chaiyok wahai diri..