Thursday, May 30, 2019

Serba ringkas maksud Raudhah


Raudhah!!!!


Satu novel yang relax baca karya Ramlee Awang Murshid. Cerita dan plot yang menarik. Berkisah tentang seorang jejaka bernama Faris yang membuat banyak dosa sepanjang hidup dia. Akhirnya di beri hidayah oleh Allah di dalam bentuk mimpi sepanjang komanya selepas 3 minit jantungnya terhenti seakan mati.

Seakan mati hidup kembali, itulah peluang yang di gunakan sebaik mungkin oleh Faris untuk meraih keredhaah dan keampunan Allah. Dua dunia yang mempunyai perbezaan watak membuat Faris seakan keliru siapa dirinya dan orang sekelilingnya.

Karya Ramlee Awang Murshid memang tak pernah mengecewakan. Korang beli, alami dan baca sendiri cerita ni, memang best bagi relax. 

Cerita lebih-lebih tak best la kan. Karya dia lebih kepada islamik tetapi berbentuk aksi. 


Kenali watak Faris di dalam novel Raudhah:

- Faris di kenali Joker di alam mimpi yang mempunyai karakter kejam dan seorang pembunuh (Contract Killer ). Di alam realiti Faris seorang pemabuk, kaki perempuan dan ketua yang teruk di tempat kerjanya.

Sekian coretan relax kali ini.




Tuesday, May 28, 2019

Mengapa pin bumi di plug lagi besar dan panjang daripada pin lain


Hai kembalik lagi kita dalam relax tenang blog.

Ku gelar diri ku relax. Jumpa luar just call me lex. Cheehhh nama orang putih ja tak nak kalah. Tapi cakap orang putih kelaut. Apa-apa jela wei..

Hari ni relax cuma nak kongsi sikit pengetahuan dekat korang. Pengetahuan  yang relax dapat setelah membaca buku-buku ilmiah dan baca dalam blog. Korang pernah tengok tak 3 pin soket 13A korang. 

Pernah perasan tak yang pin untuk bumi lagi besar daripada wayar hidup dan neutral. Pernah tak korang terfikir kenapa jadi macam tu. Haaa, ni lah sebab artikel ni di wujudkan, untuk memberitahu korang kenapa diorang cipta pin sedemikian rupa.

Baca bawah ni kalau korang nak tahu kenapa 3 pin untuk 13A soket macam tu.

Pertama sekali relax bagi intro dulu 13A 3 pin soket ni atau di dalam English nya di panggil 13A 3 pin plug top selalu di gunakan di dalam aplikasi elektik di rumah kita atau sebagainya. Paling senang korang nak tengok, korang boleh la pergi ke dapur dan tengok soket untuk masak nasi tu. Agak malas nak tengok korang boleh tengok sendiri plug top 13A 3 pin plug top seperti gambar di bawah.



Kita masuk kepada tujuan utama artikel ini di tulis iaitu menjawab soalan kenapa pin bumi lagi panjang daripada pin neutral dan hidup. Sebab apa?????

- Untuk memberi perlindungan kepada korang daripada electrik yang bocor. (Protect your body from electric leakage form the appliance). Jadi pin bumi panjang sebab untuk memastikan sesuatu sistem atau applikasi betul-betul di bumikan.

Apabila pin bumi lagi panjang daripada pin lain bermaksud pin bumi adalah pin yang pertama akan masuk di dalam sistem litar current dan pin yang terakhir yang akan di putuskan di dalam litar. Jadi grounding di dalam sesuatu litar akan sentiasa ada dan melindungi si pemakai daripada terkena renjatan elektrik jika berlaku kebocoran di dalam sesuatu aplikasi rumah dan sebagainya.

Sebab pin bumi besar pula adalah kerana untuk memastikan tiada kesalahan tersilap memasukkan pin bumi di dalam soket neutral ataupun elektrik. 

Untuk pengetahuan korang pula, jika tengok betul-betul socket 13 A live seperti di dalam gambar di bawah. Pin live dan neutral hanya boleh di masukkan jika pin bumi masuk di dalam socket bumi. Inilah adalah kerana untuk memastikan dan memberi perlindungan kepada si pengguna darpada kena renjatan electrik yang bocor kepada aplikasi yang di gunakan.



Sekian perkongsian relax dekat korang. Maaf jika bahasa agak rojak, almaklumlah sesuatu perkara susah kadang-kadang jika nak terang di dalam melayu ni. Hehehe..

Pai pai..


Juga boleh di namakan:-
Why is the earth pin on a three pin plug made bigger that the others.
Kenapa pin bumi lagi panjang daripada pin neutral dan hidup.

Sunday, May 12, 2019

Kenapa lipas mati terbalik????


Kenapa lipas selalunya mati terbalik??????

Hai bertemu kembali kita dalam blog ku. Kata nama ku di dalam blog ini ialah relax. Suka menaip di masa lapang, masih single oopppss silap, dah beristeri satu. Nak yang no. 2 tak tau la bila bro and sis. Ok lah intro pasal diri relax dah settle sekarang kita masuk ke jawapan kepada soalan di atas.



Sedikit sebanyak tentang lipas yang korang perlu tahu, lipas ni ada perbagai jenis. Jenisnya pula bergantung kepada suasana dan persekitaran mereka tinggal. Dalam erti kata lain setiap negara mempunyai lipas yang berbeza bentuk dan warnanya. Ini adalah di sebabkan suasan persekitaran mereka. Jenis-jenis lipas adalah seperti berikut:-

1. German Cockroach



2. American cockroach (Jenis di Malaysia)


3. Brown banded cockroach


4. Oriental Cockroach


Antara jenis lipas adalah seperti di atas ya teman-teman. Antaranya ya, banyak lagi sebenarnya. Letih nak taip dalam ni cukup lah 4 je kan. Nak tau lebih-lebih carilah dalam internet ya.

Berbalik kepada soalan kita tadi, kenapa lipas mati terbalik???

Jawapanya ialah kerana apabila kita sembur racun perosak ke atas lipas. Lipas menajdi pening lalu hilang keseimbangan terhadap diri lalu otot-otot kaki lipas tak dapat menampung berat badan lipas dan terbalik. Haaa itulah jawapanya ya. Nak bangun balik pun lipas dah tak mampu gara-gara racun perosak. 

Macam kita la bro and sis, bila dah pening nak bangun pun dah tak mampu kan. Sama lah seperti lipas.

Sekian daripada relax untuk hari ini.

Pai pai semua.

Aduh tulis artikel ni je dah buat relax geli. Jeemmm...

# Jenis-jenis lipas.
# Jenis lipas di Malaysia.
# Kenapa lipas mati terbalik apabila di sembur racun perosak.






Sunday, May 05, 2019

Downloads and watch avengers end game for free.


Downloads and watch avengers end game for free.

Lihat avengers end game secara percuma online.

Dua tajuk yang selalu orang cari di masa ini. Sambungan daripada avengers infinity war. Relax cerita sedikit al kisahnya macam mana dalam avengers end game ni. Spoilers versi relax la kiranya ni. Hehehe.

+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+

Kesah bermula sambungan daripada iron men yang tersangkut di angkasa selepas tewas di tangan thanos. Saat iron men putus harapan kerana oxygen dah nak habis di dalam kapal, Captain Marvel datang menolong iron men.

Di bawanya iron men ke bumi kembali. Di bumi pula saki baki avengers masih cuba untuk kembalikan dunia seperti sedia kala. Dalam erti kata lain kembalikan semula semua yang hilang selepas menjadi debu di dalam peristiwa Thanos memetik jari dia.

Perbincangan di buat di antara avengers untuk mencari Thanos lalu merampas kembali sarung tangan milik Thanos. Semua avengers berkumpul dan pergi ke satu planet yang di huni Thanos dan mencuri sarung tangan tersebut. Tetapi sayangnya semua batu sudah tiada dan Thanos telah di bunuh oleh Thor. (Thor tak style dalam end game sebab dah gemuk, dan kaki mabuk gara-gara kecewa terhadap apa yang terjadi)

Mereka seakan putus harapan kerana tidak ada jalan untuk kembalikkan semua seperti sedia kala. Kemunculan Ant Man selepas 5 tahun membuka kembali kebuntuan dalam menyelesaikan kembali semua masalah.

Ideanya ialah mencipta mesin masa melalui kuantem dan kembali semula ke masa silam untuk mencari semua batu.

Persepakatan di buat dan mereka kembali semula ke masa lalu untuk mencari batu tersebut.

Setelah semua batu dapat di kumpulkan mereka kembali ke dunia asal. Hulk memakai sarung tangan yang di cipta oleh iron men untuk memetik jari lalu kembalikan semula orang yang hilang. Perbalahan bermula selepas Thanos di masa lalu kembali ke masa mereka untuk mencuri semua batu tersebut. Di sinilah askar Thanos dan semua avengers berkumpul kembali untuk melawan dan mengalahkan Thanos.

Thanos dapat di kalah setelah iron men berjaya mendapatkan sarung tangan tersebut dan memetik jari meminta semua askar Thanos menjadi debu. Di sebabkan petikan tersebut iron men telah kehilangan nyawa. Kumpulan avengers yang terkorban ialah black widow kerana terpaksa bunuh diri untuk mendapatkan batu hayat

The end
+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+

Serba ringkas cerita Avengers End Game macam tu lah kalau korang nak tau ye. 

Jangan risau nanti relax letak linknya, dah siap korang boleh tonton lagi tu.

Buat masa sekarang nanti dulu ya.


Tuesday, April 30, 2019

Akhirnya boleh menulis kembali dalam blog


Hai all. Assalamualaikum semua,

Hari ni rasa best sangat sebab berjaya menghidupkan laptop lama yang diri ku ambil di SYM. Baiki dan kaji habis semata-mata nak hidupkan laptop lama.

Cuma ada sikit lagi yang belum di baiki iaitu suara computer ni. Tak pa kaji lagi dan terus mengkaji. Hehe.

Sekian daripada relax.

Pai2.

Thursday, April 25, 2019

Laptop rosak penghalang diri ku menulis


Update terbaru, artikel pertama untuk tahun 2019.

Cumba nak bagi tahu, masih berminat untuk moncoret di dalam blog ini. Tapi tu la, laptop pula rosak dan rumah sekarang ni tiada laptop atau computer yang boleh di gunakan untuk menulis.

Kalau guna mobile phone lambat pula nak tulis.

Moga ada rezeki untuk ku mendapatkan laptop atau computer untuk ku berkarya kembali.

Sekian daripada saya.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!