Friday, April 18, 2014

Saranan supaya sentiasa mengingati Allah


Ku tulis artikel memberi ingatan buat diri ku dan kalian. Menyedarkan diri ku dan kalian. 

Sebelum baca artikel ku, mohon bukakan hati buka kan minda, bersedia menerima satu ingatan tulus yang bukan dari ku, bukan dari siapa-siapa, tetapi daripada Allah SWT. 


Maha pengampun dan maha penyayang,

Dia lah Allah SWT,

Terasa di galakkan dan di sokong diri ini.

Di sokong oleh Dia maha agung,


Ini kerana:

Di dalam Surah Al-Ahzab ayat 41 - 43. (33:41 - 33:43)

Ayat 41:
Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. (Perbanyaklah mengingati Allah)

Ayat 42:
Dan bertasbihlah (sucikan) Dia pada waktu pagi dan petang.

Ayat 43:
Dia yang berselawat (memberi rahmat) kepada mu berserta malaikatNya, supaya Dia mengeluarkanmu dari kegelapan kepada terang benderang. Dia Maha Pengasih kepada orang-orang mukmin.


Di dalam surah ini kita di galakkan untuk sentiasa ingat Allah dan bertasbih. Kalau boleh selalulah ingat Allah. 

Kuncinya:
Sentiasalah berzikir.

Biar jasad kita berbicara dan melakukan benda dunia. Tetapi di sebalik itu, kita sentiasa mengingati Allah SWT. Dengan itu, barulah hati kita tenang dan sentiasa di bimbing oleh Allah SWT.

Sekian artikel kali ini.

Tegur ku andai ku salah.

Dia sahaja mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak.

Relax tenang

:)

Segalanya tentang cinta


Bangun tidur lepas tu bla bla bla bla... Saat jari ku menyentuh keyboard, ayat di bawah keluar. Segala puji dari Nya memunculkan kata di bawah untuk ku menulis di dalam ini dan seterusnya menyampaikan apa yang perlu. 


Cinta cinta dan cinta,

Segalanya tentang cinta,

Kerana cinta Allah diri ku di sini,

Berdiri teguh di kaki ini,

Tak takut di landa ombak dunia,

Kerana ku tahu,

Dia sentiasa berada di sisi ku,

Cinta,

Cinta kepada manusia,

Tidak ku nafi,

Kadang ku lemas di dakap cinta ini,

Rindu tak terkata,

Ingin bertemu dan bersama,

Diri ku tidak keruan,

Tetapi,

Ku sedar dari lamunan,

Cinta manusia harus di sandar kepada Ilahi,

Ini kerana Dia pemilik cinta itu,

Dia yang memberi cinta itu,

Ku pejam kan mata,

Ku lupakan segalanya,

Ku fokus kepada Ilahi,

Perasaan cinta manusia ku biarkan berlalu,

Ku cuba kembali dan dapatkan diri Nya,

Ku sekat cinta manusia,

Hindari ia dari terus merebak,

Menjadi racun-racun kepada diri ku,

Untuk ku dekat kepada Nya,

Wahai insan,

Wahai saudara se Islam ku,

Kembalilah di kau dari lamunan cinta manusia,

Ayuh kejar cinta Ilahi,

Cinta manusia harus di sandar kepada Al Haq,

Ini kerana,

Dia lah pemberi cinta tersebut,

Kejar cinta Nya,

Lakukan suruhanNya,

Tinggalkan larangan Nya,

Dia Dia dan Dia lah yang berhak di cinta sepenuhnya.


Macam selalu lah pembaca sekalian,

Andai diri ku salah, mohon tergur ye. Sesungguhnya diri ku insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Kadang ku tak sedar, itu pasal lah teguran korang sangat penting buat ku.

Senyum-senyum dan terus senyum

Berfikir positive.

Ingatlah segala sesuatu berlaku atas ketentuan dari Nya.

Relax tenang.

Remember my name: Relax

K tata.


Cara mengetahui sesuatu itu petunjuk daripada Allah


Petunjuk atau pun hidayah.

Satu persoalan ku berikan kepada kalian:
Bagaimana korang tahu sesuatu itu petunjuk daripada Allah.

Cuba korang fikir dan renungkan untuk mencari jawapan nya. Setiap orang ada pandangan atau pendapat nya tersendiri tentang hal ini. Di sebabkan itu, apa yang relax tulis ni pendapat relax yang di ketahui berdasar kan apa yang berlaku dalam hidup ku.


Petunjuk,
Hadirnya apabila di minta,
Di minta dengan sebenar minta,
Bergantung harap kepada yang Esa,
Untuk menjawab sesuatu kemuskilan,
Untuk menjawab sesuatu persoalan,
Kadang juga,
Petunjuk itu datang menyedar kan kita di atas sesuatu kesalahan,


Petunjuk,
Sesuatu yang susah di terangkan,
Mendetik di dalam hati,
Menjawab persoalan yang mendatang,
Tenang dapat di rasai,
Pesoalan yang muncul terjawab sudah,
Selalunya datang di waktu bersih,
Bukannya kotor,
Benda baik dan buruk tidak pernah sekali,
Andai diri kita baik,
Baiklah yang datang,
Andai diri kita buruk,
Buruk lah datang,
Mahukan petunjuk darinya,
Harus membaikan diri,


Andai sesuatu itu baik,
Itulah petunjuk dari Nya,
Andai sesuatu itu buruk,
Bukan petunjuk dari Nya,


Jika mahukan petunjuk,
Cuba minta sebenar mintak,
Sentiasa ingat dia selalu,
Yakin lah dia akan memberi kita petunjuk,
Lakukan suruhan Nya,
Tinggakan larangan Nya,
In Shaa Allah,
Anda akan di beri petunjuk.


Segala apa yang ku tahu sudah ku berikan. Sekarang hanya bergantung kepada diri kalian. Ingin mengamalkan apa yang ku kata atau pun tidak. 

Mahukan petunjuk, kunci nya ialah satu:
Lakukan suruhanNya,
Tinggalkan laranganNya,
Sentiasalah ingat diriNya.


Sekian artkel ringkas berkaitan petunjuk dari ku,
Relax Tenang itu nama blog ku.

Diri ku pula di gelar relax.


Tenang tenang dan cuba tenang kan diri.
Aku mencari yang tiada,
Tiada itu sebenarnya ada,
Kunci segala nya ada pada Nya.
Carilah Dia.

Allah yang lebih mengetahui sesuatu itu betul atau tidak.

Okay lah pai.


Andai dapat kau rasa apa yang ku rasa



Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Semoga kita dan seluruh umah Islam sentiasa di bawah rahmatNya dan sentiasa di beri hidayah dan kekuatan untuk menempuh dugaan yang mendatang. Maaf baru sekarang rasa nak tambah artikel dalam ni. Hehe. krik krik krik.


Andai dapat kau rasa apa yang ku rasa,

Apabila namaNya ku sebut,

Terasa diri ku di pandu,

Terasa Dia membantu ku,

Sungguh,

Sungguh,

Sungguh,

Terasa dekatnya aku dan Dia,

Tidak ku nafikan kadang ku lupa Dia,

Tetapi Dia tak pernah lupa ku,

Sentiasa bersedia menerima ku,

Bertapa besar dan kasihnya Dia kepada ku,

Maaf di atas ke kilafan lampau,

Pandu dan terus lah pandu ku mengenal diri Mu,

Cinta teragung,

Rahmati la daku,

Pandu lah aku mengenal cinta Mu.



Sekian ayat pendek untuk hari ni yang berjaya di fikirkan.

Jom bersama kita kejar cinta Nya.

Yang benar:
Relax

Relax tenang

Pai

Saturday, April 05, 2014

Bersama kita berjuang di jalan ini


Selamat malam, pagi dan tengahari.

Jangan bersedih wahai saudara dan saudari sekalian. Kita harus kuat, kuat menempuh jalan ini. Ayuh bersama kita tempuh jalan ini. Andai diri ku jatuh, mohon tarik ku kembali. Andai diri mu jatuh, akan ku tarik kembali. Ini kerana kita berjalan di atas jalan yang sama. Bertujuan kan Dia di akhirnya. Bla bla bla bla bla bla bla........... Selebihnya korang sambung sendiri.

Sekian pendahuluan untuk kali ini.

Hati,
Dalam di jaga cinta manusia hadir,
Itu tandanya diri itu masih normal,
Bersyukur lah diri mu diberi perasaan itu,
Hadirnya sebagai peringatan,
Peringatan untuk menguatkan hati,
Harus di cuci kembali hati itu,
Zikrullah menjadi airnya,
Harus kembali semula kepada yang abadi,
Hidup ini jangan sesaat terleka,
Andai terleka di baham dunia,
Kotor kembali yang dulu bersih,
Sia-sia lah perkara lalu,
Tetapi begitu lah hidup,
Perlu bersedia setiap masa,
Melawan tentera dunia,
Tarik pedang diri,
Cantas tentera dunia,
Amal dan terus beramal,
Mengasah kembali pedang diri,
Biar tajamnya menakutkan dunia,
Supaya tidak hampir ia kepada kita.


Ayat pendek untuk hari ini 6/4/2014 pukul 12:02 pagi.


Kata tambahan dari relax:

Wahai pencinta manusia di luar sana, dengar dan bacalah ayat ku ini. Semoga menjadi peringatan buat kalian.

Cinta kepada manusia,
Harus kuatkan hati,
Kerana cinta manusia tertakluk kepada Dia,
Dia pencipta cinta itu,
Harus mencintai manusia melalui Dia,
Semoga kita kuat dalam hal ini.


Sekian kata pendek dari ku,

Yang benar:
Relax

Published: Relax tenang


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!