Thursday, May 31, 2018

Kita kena ubah


Hai semua.

Hari ni cuma nak bagi tahu, sudah tiba ku mencari duit dan kumpul banyak-banyak untuk masa depan. Yeah otak duit sekarang. Ok tak lupa juga Ilahi. 

Ayah relax ada lah cakap, kerjaya engineer ni tak mudah, kena sentiasa bersedia. Ada masalah memang kita akan di panggil. Tiada alasan yang dapat di berikan. Makna kata sibuk juga ah.

Dengar macam tu relax takut pulak nak jadi engineer. Jadi minta begitu gitu jelah. Tak bersungguh. Ingat kalau kerja sekarang ni boleh la rehat rehat bersama yang tersayang ke. Buat aktiviti apa apa ka.

Tetapi selepas berbincang, katanya nak ada kerjaya juga. Jadinya dia nak berkerjaya relax pun perlulah bekerjaya juga. Muda lagikan, fokuslah kerja dahulu.

Tapi tulah rezeki dekat mana tu tak tau, kena cari dahulu. Apa apa pun redha dengan segala ketentuanNya. 


Ok nak tambah sedikit, perubahan itu harus ada, tak kanlah nak kekalkan perangai buruk dahulu sehingga kini. Bongok namanya tu. Opppsss terkasar pula. Lalala... Dahulu pencuri, skang tak kan lah nak jadi pencuri lagi. Dulu pemalas tak lah nak jadi pemalas gak sekarang.

Sekian...

Wednesday, May 30, 2018

Aku stress


Hai.

Penulisan yang relax rasa sesuai la nak di kongsi dengan korang. Korang tengok  je lah.

Aku stress. Korang nak tahu kenapa? Aku umur dah 26. Tapi aku rasa diri aku macam di kongkong. Di kongkong oleh parent aku. Keputusan aku, keputusan my parent.

Kadang aku rasa badan aku je kecik tapi daripada segi dalaman aku tak besar. Diorang kadang tak hormat keputusan aku. Aku diam ja. Tapi tu lah diam diam ni la susah. Aku takut meletus.

Mungkin aku kena duduk jauh sedikit daripada  keluarga aku. Bab kata orang keluar daripada zon selesa.

Entah lah. Aku tak tahu.

Monday, May 28, 2018

Pasti ada kemanisan di dalam satu kepahitan


Hai semua.

Baru-baru ni ada dengar ceramah.

Katanya kita haruslah betul-betul pegang dengan kalimah:
"Lahaulawalaquwataillahbillahhil'alihilazim" ( Tiada daya upaya melainkan Allah, setiap berlaku atas ketentuan Allah).

Jadi ku cuba lah berpegang dengan dengan kalimah ni. Ku cuba bayangkan diri ku di dalam perahu di lautan tanpa ada pendayung. Lalu ku membiarkan perahu ku hanyut di bawa lautan. Pejam mata dan membiarkan.

Rupanya tidak semudah seperti yang ku bayangkan. Di uji nya diri ku dengan jari ku. Lalu di uji juga dengan tiada gaji di waktu kemuncak penikahan.

Terduduk diri ku. Linangan air mata membasahi pipi. Resah gelisah di buatnya. Sisa iman ku kuatkan. Mencari jalan pemulihan. Alhamdulillah, makin pulih daripada rebah.

Kita mahukan pegangan. Kita mahukan keimanan. Bukankah ia bermaksud percaya. Bukankah ia bermaksud keyakinan. Yakinlah  dengan Zat Allah. Dugaan datang menguji.  Mengukuhkan satu pegangan. Menguatkan satu keyakinan.

Di sebalik kepahitan tersembunyi satu kemanisan. Allahuakbar.

Sekian daripada ku.

Monday, May 21, 2018

Ubat untuk tekanan atau depress...


Hai semua, hari ni relax nak kongsi sikit satu penulisan seseorang. Korang tengok jelah sebab relax rasa penulisan ini berguna untuk mereka yang rasa diri tertekan saat ini. Atau English nya Depress.

*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*

Hari ini ialah hari ke 34 jari ku patah dan masih belum sembuh. 





Bleh dikatakan waktu yang agak lama diri ku berehat dan tidak buat apa-apa. Boleh dikatakan 34 hari diri ku jadi seorang yang pasif. Aku boleh dikatakan seorang yang aktif, jarang lah duduk rumah ja. Ada ja benda yang aku nak buat. 

Jadi sepangjang tempoh tu, aku belajar banyak benda. Bertapa penting nya segala anggota badan kita ini. Semua mempunyai fungsi yang tersendiri. Lumuh, hilang atau rosak salah satunya membuatkan kita menghadapi kesukaran. 

Itulah apa aku rasa sekarang ini. Rasa murung, sedikit tekanan, haha banyak lagilah benda ku rasa. Sampai satu ketika ada juga terlintas nak makan panadol banyak-banyak biar tak sedar diri. Ini serius aku cakap. Nak-nak pula pergi hospital cek jari, doctor bagi panadol je. Banyak pula panadol aku dekat rumah ni. 

Manakan tidak, nak kahwin bulan Jun 2018 ni. Tangan tak ok lagi, ditambah pula syarikat relax kerja dah tak bagi MC dekat relax walau relax ada MC daripada Dr. Katanya MC aku dah habis. Disuruhnya aku ambil anual leave aku yang hanya ada 6. Habis Anual leave disuruhnya aku ambil cuti tanpa gaji. Cuti tanpa gaji ni lagi lah aku rasa tertekan. Manakan tidak, banyak benda memerlukan duit di saat ini. 

Dapatlah rasa tertekan tu macam mana. Dapatlah merasai pening tu macam mana. Tapi boleh buat apa lagi, berdoa banyak-banyak agar diri ini pulih dan kembali seperti sedia kala.

Mungkin saat ini Allah nak uji diri dengan kalimah "TIADA UPAYA MELAINKAN ALLAH, SETIAP BERLAKU ATAS KETENTUAN ALLAH." 

Kita kata kita pegang dengan sesuatu perkara. Jadi untuk mengetahui benarkah kita pegang dengan perkara tersebut adalah dengan ujian. Ini lah hikmah yang aku nampak.

Harap kita semua tabah dengan segala ujian Dia.

Relax-relax, saat rasa nak makan panadol banyak tu, aku terfikir, saat makan tu macam mana aku mati seterusnya macam mana keadaan aku di sana nanti. Bunuh diri dikira tu, tak dapat diterima Allah segala amalan ku nanti.

Jadi mereka yang di luar sana, bila rasa tertekan sangat, janganlah buat kerja bodoh, seperti bunuh diri ka dan sewaktu dengannya.

Saat rasa tertekan, ingatlah Allah adabersama kita. Tibamasa kita kembali kepada pencipta kita.

Akhir kalam, 

Sematkan dalam hati kalimah Allah. 

*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*

Oklah sekian daripa relax...



Friday, May 11, 2018

Ku tulis bait bait kata buat insan bertakhta hati ini


Inilah tunang ku,

Walau kadang menyakitkan,

Dialah yang menghiburkan,

Dia tegas,

Aku relax ja,

Garang-garang penyayang gitu,

Nampak keras,

Lembut dia ni,

Gelak tawa serah kat dia,

Senyuman manis lembut hati ini,

Gigi putih (Aku tak tahu macam dia jaga)

Jumpa geng dia ni lah banyak mulut,

Kasar-kasar dia,

Lemah lembuh sebenarnya.

Semoga kita berdua kuat menempuh dugaan mendatang.

Maaf tak romantik seperti lain,

Ketahuilah, 

Sebenarnya sayang dan rindu itu ada di dalam diri ku.

Harap ku hubungan kita sehingga sana.

Tempat abadi nanti,

Kaulah bidadari ku....



Perkenalan bermula berkawan, seterusnya usik mengusik, lalu ungkapan menghalal. 

Harap di permudahkan.

19 June 2018 hari pernikahan.



How do I uninstall an app that has no name and no icon in Android.


Assalamualaikum semua dan selamat pagi.

Lama manyepi sebab sibuk mencari duit untuk kahwin kan. Almaklumlah rasa macam seru tu dah sampai. Hahaha...Apa jela..

Hari ni relax ada masalah sedikit dengan relax punya phone. Masalah dia ialah phone relax tiba-tiba keluar iklan. Sikit-sikit keluar iklan. Annoy juga lah.

Jadi relax ambil langkah cek app yang relax install. Cek punya cek lepas tu jumpa satu app yang mencurigakan, app yang tak ada nama dan icon. Kurang ajar punya app, dah macam pencuri pula tak ada icon bagai, dah macam mencuri pengintip. Korang boleh refer gambar di bawah nak tau apps tu macam mana.



So, relax buat keputusan app ini sebenarnya membahaya, boleh jadi dia nak curi data ka apa ka. Relax pun bukalah nak uninstall, nah cuak pulak relax, nak force stop tak boleh nak uninstall pun tak boleh. Kurang ajar kau app.

Selamat lah relax cuak sekejap ja, dalaam 30 minit tu relaxtenang balik dan berfikir nak settle dengan buang apps ni macam mana. Fikir punya fikir akhirnya jumpa caranya. Kalau korang pun kena macam relax, korang boleh lah cek macam mana caranya nak buang yang macam tu.

Cara-caranya ialah:
1. Enable button uninstall untuk app tersebut. (Setting>Security>Administrators>untick app tersebut)
2. Uninstall that apps (Setting>application>(tekan icon app)>uninstall)
3. Done

Setting di atas bergantung kepada jenis phone dan sesuatu version android.

Sekian daripada ku.

Tak faham apa-apa boleh tanya ruangan komen.

Also know:
How do I uninstall an app that has no name and no icon in "Android", causing ads?
How do I uninstall an app that has no name and no icon in "Android"
Cara nak buang app yang tiada icon dan nama di dalam android.
Cara nak adakan  butang uninstall.

Pai.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!