Monday, July 29, 2013

Bahayanya mendedahkan email kepada orang ramai


Salam ku hulur buat insan di luar sana.

Assalamualaikum.......

Lama juga relax menghilang dari dunia blogger ni nampaknya. Bukan apa, mencari idea untuk menulis. Hehe, sebenarnya banyak kali dah nak update blog ni tetapi tak jadi update sebab idea datang sekejap-kejap je. Cerita dia macam ni: Tulis satu artikel, start dari awal, sampai je pertengahan penulisan takda idea nak tulis apa. Perkara ni terus berulang-ulang untuk artikel seterusnya. Itu pasal la tak update blog ni... hehe... (Idea datang sekejap-sekejap aje)

Sekian pemberitahuan ku kepada kalian di luar sana.


Hari ni 30 July 2013, relax membuka internet. Lalu ku tulis perkataan blogger. Email dan password ku masukan. Selepas itu button sign in ku tekan. Keluar lah tertingkap blog ku. Tanpa berlengah lengah dan membuang masa lagi, ku tekan button comment. Tiba-tiba, tiba-tiba, tiba-tiba..... jeng jeng jeng jeng......

Tiba-tiba nampak comment di bawah:-



Lepas je baca comment di atas, relax jadi pelik, kenapa anonymous ni punya comment lain macam sikit. Dia suruh relax reply dekat imail dia. Eeeerrrmmm dalam otak ada tanda '????????'. Sunggu pelik.

Lepas sekian lama berfikir, relax teringatkan satu perkara mungkin anonymous ni spam. Lalu ku siasat perkara ini. Dengan bermodalkan keyword 'nana7794@yahoo.com'. Ku bertanyakan kepada Mr Google tentang perkara ini. 

Hasil dari pertanyaan itu, akhirnya results yang relax dapat adalah seperti di bawah:-









Cuba tengok comments di atas, lebih kurang sama kan. Dia meminta korang reply comment dia dengan menggunakan email korang. Jadi, kalau ikut logik, bila korang reply email orang di atas secara automatic nya korang akan mendedahkan email korang dekat orang yang tak di kenali. 

Kalau korang pakai email yang fake untuk reply dekat dia tak apa la, macam mana kalau korang pakai email betul korang. Tak ke bahaya tu. (Nak pulak kalau orang di atas ialah spam)


Sebab apa bahaya?

1. Email entah apa-apa akan korang terima dari orang yang tak di kenali. Perkara ini sekali gus menyemakkan korang punya email. (Email tu tak penting langsung)

2. Email penting akan terlepas pandang apabila banyak email entah apa-apa ada.

3. Butir-butir peribadi korang akan di curi. 

4. Email korang terdedah kepada si pengodam. 

dan sewaktu dengannya.


Cara pencegahan:-

1. Asingkan email korang. (Satu untuk urusan rasmi, satu lagi untuk bukan urusan rasmi)

2. Jangan selamba badak je dedahkan official email kat orang.

3. Jangan juga dengan selamba reply email orang tak di kenali guna email official korang.

dan sebagainya.


Jadi, kalau korang terima email seperti di atas. Hati-hati la ye.

Kata akhir dari ku:
Jangan terlalu mudah mempercayai apa-apa yang ada di dalam internet.

Sekian dari ku,

I love you,
You love me,

Terima kasih...

: )
  
Pai..

Tuesday, July 23, 2013

Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri


1, 2 ,3.... Ini ialah number.
A, B, C... Ini ialah alphabet...

Ok, saje nak bagi tau kat korang. hehe...

Scroll punya scroll terjumpa gambar di bawah. So, baik letak dalam blog ni, nanti nak refer balik takda la susah. Di samping tu, sama-sama kita boleh belajar benda baru.

Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri
1. Bangun sebelum subuh
2. Aktif menjaga kebersihan.
3. Tidak pernah makan berlebihan
4. Gemar berjalan kaki
5. Tidak pemarah
6. Optimis dan tidak putus asa
7. Tidak iri hati
8. Pemaaf




Kesimpulanya tanam dalam diri sifat mahmudah (terpuji) dan buang dalam diri daripada sifat mazmumah (tercela). Bersihkan hati moga kita dekat dengan diri Nya. Mudah-mudahan...


Moga bermanfaat.

Hanya Allah yang mengetahui sesuatu kebenaran.

Pai..

Relax tenang itu nama blog ni.

Owner nye pulak relax.

: )

Friday, July 19, 2013

Kata-kata pengajaran 3


Kata-kata pengajaran 3 yang berjaya di kumpul daripada twitter.

Pencinta Rasulullah ‏@CintaRasulAllah
Orang yg bersedia utk mendengar nasihat & bimbingan dari org yg lebih alim, maka dia layak utk mendapat penjagaan dari Allah. - Luqman Hakim

Pencinta Rasulullah ‏@CintaRasulAllah
“Orang-orang mukmin itu, mereka menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang merosakkan hati dan akalnya” - Kata Ulama

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Jadilah seperti Saidina Umar. Dalam ketegasannya, ada kelembutannya, Dalam garangnya, masih mampu mendengar teguran daripada orang lain

Pencinta Rasulullah ‏@CintaRasulAllah
“2 rakaat yang dibuat dengan ikhlas, lebih bernilai dari 1000 rakaat tanpa ikhlas. Kerana amalan yang ikhlas saja diterima disisi Allah SWT”

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
kadang-kadang kita sebenar nya bukan nya nak orang tolong selesaikan masalah kita. cukup pinjam kan telinga mata. dengar luahan hati kita.

Kalam Ulama' ‏@KalamUlama
Rasulullah SAW adalah wajahnya umpama bulan yg bercahaya.

Kalam Ulama' ‏@KalamUlama
Rasulullah SAW adlh berjiwa besar bermakna ialah Nabi SAW tidak berdendam dgn org yg melakukan kejahatan kpd Baginda SAW.

Kalam Ulama' ‏@KalamUlama
Tubuh badan Rasulullah SAW bertubuh sihat,besar tetapi tidak gemuk..dan bukanlah seorang yg kurus.

Kalam Ulama' ‏@KalamUlama
Perut dan dadanya Rasulullah SAW adlh sejajar.Adalah bermakna tidak buncit.

Kalam Ulama' ‏@KalamUlama
Apabila Baginda SAW berjalan kakinya tegap dan berjalan dgn sopan.Berjalannya Nabi SAW seperti menuruni bukit yakni laju.

Kalam Ulama' ‏@KalamUlama
Nabi SAW berjalan selalunya tunduk kebumi yakni simbol kpd tawadhuk,Nabi SAW apabila melihat,melihat dgn penuh makna.

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
mengharap yang belum pasti, satu yang menyakitkan, walhal, ada yang setia menanti, kita abaikan. hanya Allah dihati


Yang baik kita ambil, yang tak baik kita tinggal.

Hehe..

Pai...


Kata-kata dari twitter

Kata-kata pengajaran 2


Kata-kata pengajaran dua yang berjaya ku kumpulkan dari twitter.


Kata Ustaz Ustazah ‏@KataUstazUstzah
Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik. ^___^

ಌM α h α b b α h ‏@HuurunFirdausi
Cinta insan meresahkan. Cinta Tuhan mendamaikan. jika mencintai insan berpaksikan cinta akan Tuhan, ia pasti membahagiakan.

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Sometimes, we love someone who doesn’t love us back. That’s how God teaches us: Not everything we want, will sure be ours.

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Bila kita berasa sunyi. Itu adalah salah satu peringatan daripada Allah. Allah suruh kita semak semula hubungan kita dengan-Nya

Pencinta Rasulullah ‏@CintaRasulAllah
“Istiqamahlah dalam melakukan sesuatu kebaikan itu biarpun terpaksa lama-lama akan terbiasa”


AL-QUR'AN DAN SUNNAH ‏@QURANdanSUNNAH
Jaga iman, jaga sholat, jaga akhlak, tutuplah aurat. .mari jadi orang baik. .itulah kemuliaan hidup dunia akherat. #mai

Pencinta Rasulullah ‏@CintaRasulAllah
“Semoga kami tidak tergolong di dalam golongan yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak mengamalkanya”

Nasihat Ulama ‏@nasihat_ulama
Barangsiapa yg ingin hatinya diterangkan oleh Allah, mk hendaklah ia berkhalwat (menyendiri), mengurangi makan
( Imam Asy-Syafi'i )

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Perubahan mengambil proses yang panjang, yang matang.

Dekati dengan hati, bukan emosi


akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Yang hilang, boleh dicari. Yang berlalu, biarkan ia pergi. Yang lampau, tak dapat diulangi.

Yang penting, hari ini kita hargai


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ‏ ‏@NotaUsrah
Dunia ini lautan, banyak manusia yg karam. Layarilah lautan itu dgn SAMPAN yg bernama TAQWA, muatannya IMAN dan layarnya TAWAKKAL kpd ALLAH.


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ‏ ‏@NotaUsrah
Segerakan: solat bila tiba waktunya, taubat bila berdosa, bayar hutang bila ada duit, kahwin bila ada jodoh, menjamu tetamu, urusan jenazah.


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ‏ ‏@NotaUsrah
Mutiara Imam Ghazali:
yg singkat itu "waktu".
yg menipu itu "dunia".
yg dekat itu "kematian".
yg besar itu "hawa nafsu".


Moga bermanfaat buat insan di luar sana.

Pai..


Kata-kata dari twitter

Kata-kata pengajaran 1


Kata-kata dari twitter yang sempat di ambil untuk tantapan insan di luar sana..

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM 
When you feel distant from God… Ask yourself, who moved?” — Ammar Al-Shukry

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
bila Allah tak permudahkan bagi kita apa yg kita nak thats mean benda tu bukan yg terbaik utk kita :]

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Kadang-kadang seseorang lebih memilih untuk tersenyum, hanya kerana tak ingin menjelaskan mengapa dia bersedih.

-----------
When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..

﷽ Islamic Thoughts ‏@IslamicThinking
The real work is in the Heart: wake up your Heart! Because when the heart is completely awake, then it needs no Friend. (Rabia al-Adawiyya)

Ust Azhar Idrus #UAI ‏@ustazharidrus
Perempuan akan menjadi manja dan dia akan menunjukkan perangai kebudak-budakkan dia apabila dia bersama dengan lelaki yang dia sayang.

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati

Tengku Syahieda ‏@que_iyda
اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ


akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun, “Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin"

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Kalau nak kahwin, ingat satu benda. Adam, awak mesti jadi seorang suami seperti Rasulullah. Bukan je hidup bersama, tapi BERCINTA BERSAMA :)

Kata Ustaz Ustazah ‏@KataUstazUstzah
Seorang sahabat yg baik tak perlu utk menyindir atau menegur kawan mereka dgn cara memerli. Malah dia menegur dgn cara yg penuh 'Hikmah'

akuislam.com ‏@BlogAkuISLAM
Beribadatlah sehingga kita terasa letih untuk melakukan dosa dan berasa tenang setiap kali bersamaNYA :')

# Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Moga bermanfaat...

:)

Kata-kata dari twitter

Thursday, July 18, 2013

No couple before akad


Artikel yang pernah ketika dulu di post di dalam Facebook. Jadi, nak post balik dalam blog ni. hehe...


Merisik, bertunang, menikah (berkahwin...)
Ini cara Islam..
Tak ada couple pun...
Kenapa perlu ber couple..?

Adakah tak percaya kepada jodoh...? 
Kalau percaya kenapa ber couple...?
Ingin di sayangi..?
Betulkah ini cara nya...betul ke...
Halal tak, haram tak...

Betul ke kita tak rasa apa-apa bila berdua-duaan...
Bukankah ada orang ke tiga jika berdua-duaan..
Boleh ke kita menahan nafsu kita..
Sedangkan kita tahu..
"Kita hanyalah insan biasa yang sering terikut dengan hasutan syaitan".

Adakah nama lain bagi couple ialah menghampiri zina..
Sengaja di bisikan syaitan ke atas diri kita..
untuk melakukan perkara mungkar..
Menghalalkan segala yang di larang...
Sedangkan tunang pun masih ada batasanya..
Inikan pula couple..

Sedar-sedarlah.....
Syaitan akan sentiasa membisik untuk kita melakukan perkara-perkara yang mungkar..
Kuatkan iman..
Berdoalah selalu,
Agar di teguhkan iman di hati..



Ulasan:

Sebenarnya istilah couple tiada di dalam Islam, yang ada hanyalah istilah kawan, merisik, bertunang dan berkahwin.

So, jika alasan korang ber couple adalah kerana ingin mengenal hati budi pasangan. Relax rasa lebih baik korang berkawan je dengan pasangan korang tu. Tetapi jangan lupa jaga batas-batas pergaulan. Ulang lagi sekali, berkawan ok, ala macam korang kawan dengan orang lain.

Rasa nya dah memadai dengan berkawan korang dapat mengenal hati budi dia macam mana. Kalau nak lebih kenal si dia macam mana pandai-pandai korang la tanya orang sekeliling dia, pasang spy ke dan sewaktu dengannya.

Cara di atas ialah cara moden yang relax rasa lebih elok di lakukan daripada korang ber couple . (Di mana korang sendiri yang mencari pasangan.)



Kalau orang dulu-dulu diorang pakai pihak ketiga. Pihak ketiga inilah yang akan menjadi pencari jodoh untuk pasangan-pasangan. Selalunya pihak ketiga ni ialah adik beradik, jiran-jiran, ala senang cerita orang yang rapat dengan kita juga.



Tetapi tak salah pun kalau korang dah suka dekat seseorang perempuan dan terus merisik dia. Sesi mengenal pasangan boleh di lakukan semasa bertunang. Masa ni lah korang nak siasat pasangan korang tu macam mana. Kalau OK, teruskan ke perkahwinan. Kalau tak OK, putuskan pertunangan.

(Ok baiklah, lepas ni mesti di uji tentang perkara ini. Moga diri ini terus tabah. Mudah mudahan)

Kata akhir dari ku,

Dia lah kawan dan sahabat baik,
Menjadi peneman di kala suka dan duka,
Pemberi semangat dan menyokong diri ku,
Isteri atau suami,
Itulah dia.

Sekian dari ku,

Relax,

NO LOVE WITHOUT FRIENDSHIP.

Cinta pandang pertama tiada persahabatan. Terus je jatuh cinta. hehe. Betul tak. (Jarang jumpa kes macam ni)

Pai...



Thursday, July 11, 2013

Janganlah bersedih di saat diri di uji.


Salam perkenaan dan salam keharmonian buat insan di luar sana.

Di saat diri lelah dengan dugaan, di saat diri di uji dengan pelbagai rintangan. Hati tak keruan memikirkan "Mengapa diri ini di uji sedemikian rupa". Titisan air jernih turun membasahi pipi dek kerana tidak tahan di uji. Di saat ini, hanya Kau dan aku mengetahui bertapa peritnya diri ini. Sebagai hambanya, kita perlu redha dengan ketentuanNya. Tetapi semua ini terubat kerana terjumpanya ayat di bawah:-



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
   (Surah Al Baqarah, ayat 214)


Di saat diri di timpa dugaan atau ujian, ingatlah ayat di atas ye.

(Hanya Allah yang mengetahui yang sesuatu perkara yang benar atau tidak)

Sekian dari ku,

I'm not a writer.

Pai.


Tajuk lain untuk artikel ini:-
Pengubat hati yang lara.
Di saat diri di uji.

Mengapa hati buta???


Salam sejahtera dan Assalamualaikum manusia di luar sana.

Seperti artikel yang lepas-lepas, menjelajah alam maya dan seterusnya terjumpa dengan satu gambar yang menerangkan mengapa doa kita tidak di makbulkan. 

Gambar tersebut menceritakan tentang seorang ahli tasawuf iaitu Ibrahim bin Adham yang di datangi orang ramai ketika beliau ke pasar Basrah, ada di antara mereka bertanyakan mengapa doa mereka tidak di makbulkan sedangkan mereka selalu berdoa kepada Nya. Lalu beliau menjawab "Kerana hati kamu buta di sebabkan 10 perkara." 


Bawah ini lah sepuluh perkara yang di sebut oleh beliau:-

1. Kamu mengenal Allah s.w.t. tetapi kamu tidak tunaikan hak Nya.

2. Kamu mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi menolak sunahnya.

3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu makan nikmat Allah s.w.t tetapi kamu tidak mensyukuri Nya.

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya.

6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8. Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.


Ringkasannya, hati kita buta kerana 10 perkara di atas dan di sebabkan itu doa kita susah nak di makbulkan. 

Inilah rujukan ku, siapa punya gambar entah. 
Relax ambil je. Jangan marah si pembuat gambar. hehe


Kalau kita teliti betul-betul ayat di atas, dapat di ketahui di sini sesungguhnya setiap perkara yang kita lakukan haruslah seiring dengan yang di dalam. Tanpa seiringan tersebut, amalan kita akan menjadi sia-sia. Dalam erti kata lain, kita hanya melakukan tetapi tidak dapat hasilnya.

Kata akhir dari ku,
Jagalah hati, jangan biar ia rosak.

(Hanya Allah yang mengetahui benar atau tidak sesuatu itu)

Sekian dari ku,

Relax-relax selalu,

: )

Nama lain untuk tajuk ini,
Mengapa doa tidak di makbulkan ?
Hati buta sebab sepuluh perkara ?

Monday, July 01, 2013

Mengapa perlu berpurdah?


Salam dan moga korang sihat-sihat selalu dan di bawah rahmatNya.

Penat otak, penat memikirkan jawapan untuk final MAT424 tadi. Soalan tadi memang memerlukan menggunakan otak sepenuhnya. Tiada masa untuk relax tadi, sekali buat sesuatu soalan memang kena betul terus sebab tiada masa untuk menyemak. Bagus, anda memang terbaik wahai pembuat soalan.


Habis exam tadi, merayap sorang-sorang di Jusco untuk menghilangkan mood jawab exam tadi. Dalam duk relax-relax tiba-tiba terjumpa pulak insan tersayang. Tersenyum hati girang tak terkata. hehe... (Ok, ayat ini hanya saringan je, lupakan je la.. hanya nak banyakkan patah perkataan je...) 


Ok kita bincang serius pulak kali ini. Setelah sekian lama ku mendiamkan diri, kerana tiada isu yang hendak ku bangkitkan. Kini, satu isu telah ku temui. Isu tersebut ialah tentang berpakaian purdah oleh kalangan wanita di masa kini.

Secara jujurnya, relax tak ada masalah untuk perempuan yang berpakaian purdah ni. Berpurdah itu dapat mengelakkan pandangan liar para lelaki. Di samping itu, orang berpurdah juga dapat mengelakkan diri dari di ganggu oleh orang lain dan lain-lain. (Pikir sendiri, sebab kebaikan pemakainnya sesangat lah banyak).


Tetapi sayang, ada sesetengah manusia hanya pandai menutup mukanya tetapi tidak pandai menutup badannya. Orang sebegini telah merosakkan mahkota yang di jaga oleh orang berpurdah.
............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................ tak payah rasanya buat karangan ni sebab tak nampak sangat isi yang hendak di sampaikan. Lebih baik tulis ayat-ayat pendek macam di bawah.


Berpurdah itu bagus,
Berpurdah itu menjaga kehormatan,
Sungguh banyak kebaikan bila memakainya,
Mata liar lelaki dapat di elakkan,
Ganguan lelaki dapat di elakkan,
Alangkah indahnya si pemakai purdah,
Anda bebas dari di ancam,

Tetapi sayang,
Ada segelintar orang merosakkan semua ini,
Mereka hanya menutup muka,
Tetapi tidak badan mereka,
Perlakuan mereka tidak dijaga,
Mengapa mesti begitu,

Anda pembawa imej,
Imej seorang muslimah,
Mengapa mesti di rosakkan,

Ayuh kita ubah,
Tutup badan dan muka,
Bukan salah satu dari nya,
Perlakuan itu harus di jaga,
Baru di panggil wanita muslimah,
Di rahmati diri Nya...
Mudah - mudahan...

Sekian penyampaian dari ku...

Relax dan tenang...

Pai...

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!