Thursday, August 23, 2018

Berhati-hati dalam berkata wahai sahabat


Hai lama benar tak ber blog. Almaklumlah laptop rosak bro dan sis.

Ni pun rasa nak berblog juga tapi terpaksalah pakai mobile phone. Ish ish2

Ada lah seorang kawan relax dalam fb ni. Dia punya status banyak juga lah membahan orang dan tiada tapis.

Tengok dia teringat macam relax dahulu.

Relax cuma nak pesanlah dekat sahabat-sahabat relax, nak keluarkan status kena jaga-jaga takut patah balik dekat diri sendiri.

Relax banyak dah kawan relax yang dahulu kejam juga kata-kata mereka. Sekarang tidak lagi. Kata mereka apa mereka kata sudah kembali kepada diri mereka sendiri.

Kadang kita tak rasa apa orang rasa, lalu kita mengomen dan kondem orang tersebut. Lalu Allah bagi kita rasa apa yang orang tersebut rasa. Di saat itu baru kita tahu kenapa dia begitu.

Harap faham lah apa yang relax nak sampaikan ni ya.

Itu sahaja pesanan relax untuk korang semua.

Sekian.

Pai

Pai.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!