Tuesday, January 20, 2015

Basic Message box tutorial in Visual Basic


Asas Message Box tutorial di dalam Visual Basic

Assalamualaikum,

Lama dah tak buat tutorial dalam blog ni. Jadinya relax rasa nak buat tutorial sikit dalam blog ni tentang message box command di dalam visual basic. Tengok kaji dan cuba faham kan. Haha, agak tak faham cuba faham kan juga. 


1. Command di bawah:

 MsgBox("Adakah Blog Relax Tenang best", MsgBoxStyle.Exclamation Or MsgBoxStyle.YesNo, "Relax Tenang")

Akan produce output:


2. Command di bawah:

MsgBox("Adakah Blog Relax Tenang best", MsgBoxStyle.Exclamation Or MsgBoxStyle.YesNo Or MsgBoxStyle.DefaultButton2, "Relax Tenang")

Akan produce output:

Noted:Bezanya dengan yang di atas ialah blue pada button yes or no tersebut.


3. Command di bawah

MsgBox("Adakah Blog Relax Tenang best", MsgBoxStyle.YesNo, "Relax Tenang")

Akan produce output


Ringkasan commandnya seperti di bawah:


Okaylah sekian tutorial basic untuk msgebox daripada relax. Cara nak guna button nya nanti relax buat tutorial lain pula ya. 

Okaylah, 

Sekian daripada ku,

Relax tenang

Assalamualaikum.

Semoga di bawah rahmatNya selalu kalian.

Monday, January 19, 2015

Simptom keras hati


Assalamualaikum,

Hati tempat segalanya bermula, jika buruk hati itu, buruklah tindakkan kita. Jika baik hati itu, baiklah empunya diri. Hati itu pada zahirnya memang tiada terlihat tetapi kita boleh merasai kehadirannya, kita juga boleh merasai sama ada hati itu lembut atau pun keras. Hati yang lembut mudah tersentuh dengan benda yang baik, hati yang keras susah di tembusi dengan satu kebaikan. 

Hati yang mati pula ialah hati yang sudah di gelapkan oleh Allah. Empunya hati ini sukar menerima satu kebaikan dan suka kepada satu kejahatan. 

Di bawah ini relax sertakan simptom keras hati untuk korang semak samaada korang punyai hati yang keras atau pun tidak:-

  1. Tidak peduli perintah Allah dan Rasul Nya.
  2. Hilang rasa seronok dengan nikmat dapat beribadat kepada Allah.
  3. Lakukan dosa tanpa rasa apa-apa, tiada sesalan, malu, mahu bertaubat dan sebagainya.
  4. Pentingkan diri dan tidak terkesan dengna nasib masyarakat yang lain.

Punca keras hati:
  1. Berpaling daripada mengingati Allah s,w.t.
  2. Hidup tanpa mengikut syariat Islam.
  3. Perbuatan dosa sudah menjadi amalan harian.
  4. Terlalu ikut kehendak jasad, tanapa menurutu tuntutan roh.
  5. Membazir terlalu banyak masa dengan perkara-perkara melalaikan seperti hiburan keterlaluan.

Itulah sebahagian punca keras hati dan simptom-simptom keras hati.

Jadinya korang tanya diri sendiri sama ada korang punyai hati yang keras atau pun tidak.

Jika merasakan korang punyai hati yang keras, lebih baik bertaubat, zikir dan istiqfar kepada Allah kembali. Kerana hati yang keras menghalang satu kebaikan melaluinya dan seterusnya mengurangkan iman di dalam diri. Manakala hati yang lembut memasukkan kebaikan di dalam diri dan seterusnya meningkatkan iman di dalam diri.

Selamat mengubati hati kalian.

Hehe..

Tegur ku andai ku salah.

Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu betul atau pun tidak.

Sekian daripada ku,

Rujukan:


Thursday, January 15, 2015

Fakta yang perlu kita tahu tentang kahwin dan tunang


Assalamualaikum,


Kahwin dan tunang

Antara dua ni yang mana paling bagus dan paling bahagia bagi korang?

Bagi diri ku, yang paling bahagia ialah perkahwinan.

Ini kerana dengan perkahwinan kita boleh selalu bersama pasangan yang di cintai, boleh bersama setiap masa malam dan siang. Boleh selalu berkasih sayang, boleh selalu berpegangan tangan, membahagiakan sesama sendiri. Boleh berkepit di kalanyak ramai tanpa bualan jahat daripada orang dan banyak lagi perkara yang boleh di lakukan setiap hari. Jika sesibuk mana pun lelaki atau pun perempuan, pasti ada waktu untuk bersama.


Berbeza dengan tunang.

Banyak benda tidak boleh di lakukan, tidak boleh bersama selalu, perlu menahan rindu di dada, perlu menahan diri daripada berpegangan tangan dan banyak lagi lah benda perlu di tahan. Mesti terseksa bukan sebab kena tahan daripada lakukan banyak benda. Itulah fakta tentang tunang atau pun kebenaran tentang tunang. Jika sibuk lelaki atau pun perempuan, tidak boleh bersama kerana duduk asing-asing.


Jadinya jika anda bertunang, terimalah hakikat ini: 

ANDA TIDAK BOLEH SELALU BERSAMA KERANA ANDA MASIH BERTUNANG DAN BUKAN BERKAHWIN. DUDUK PUN ASING-ASING DAN MASIH BELUM HALAL. SO, DI WAKTU BERTUNANG, ANDA PERLU BANYAK BERSABAR MENAHAN KEINGINAN UNTUK BERSAMA. 

KEYWORD NYA SATU JE: BERSABARLAH SEHINGGA KORANG DI IJAB KABUL KAN. 

Bersabarlah menahan keinginan. Sabar sikit je lagi sebab bertunang selalunya lagi sekejap tempoh masanya daripada berkahwin. Bila dah kahwin berkasih sayanglah sampai ke akhir hayat.


Itulah hakikat yang perlu korang terima wahai manusia di luar sana.

Itulah sebabnya kita di galakkan berkahwin kerana kahwin mempunyai banyak kebaikkan. Kahwin juga menghalalkan sesuatu perhubungan. So, kepada yang dah mampu tu, jangan tunggu lagi, pergi lah berkahwin. Yang mana tak mampu tu, bersabarlah dahulu sebelum anda berkahwin.

Memang agak pahit fakta ini, tetapi inilah kebenaran dan hakikatnya.

Tegur ku andai ku salah wahai kalian,

Selamat berfikir.


Kau dan aku siapa salah???


Adakah kau benar, adakah aku salah.

Selalunya perkara ni berlaku kepada orang yang bercinta. Eeermmm relax rasa paling banyak berlaku kepada orang yang bercinta sebelum kahwin. Maybe. hehe....

Tajuk yang agak pelik bukan. Fahamkah korang tentang tajuk di atas.

Okay relax hurai sikit ye tentang tajuk di atas.

Pada pendapat ku, tiada siapa salah dan betul. Ini kerana kita duduk di situasi yang berbeza. Si A mengatakan si B salah, manakala si B mengatakan si A salah, 


Aiyo, tak pandai nak hurai, macam ni lah senang,

Laki dan perempuan,

Kita berbeza dan tidak akan mungkin sama,

Ibarat marikh dan pluto,

Tidak akan sama,

Ulang lagi sekali,

Memang tidak akan sama,

Kerana kejadian ciptaan laki dan perempuan berbeza,

Laki punyai ragam nya yang tersendiri,

Manakala perempuan punyai kerenahnya yang tersendiri,

Itu sebab laki dan perempuan di pasangkan,

Kerana mereka akan saling melengkapi,

Jika lelaki kurang ini,

Perempuan top tup kekurangan itu,

Dan sebaliknya,

Jadinya tak mungkin si adam boleh memahami jiwa hawa,

Manakala si hawa dapat memahami jiwa adam,

Kerana kita berbeza,

Just accept this fact.

Pendapat ku begitulah.


Okay key point dia satu je, hawa dan adam memang berbeza.

Peace yoo.

Kata akhir daripada ku,
ttttteeeeetttttttt, tak ada apa-apa.

:P



Mencari ruang untuk mencelah


Sedih dan sedih, lama dah tak buat ayat sedih. haha... So, mat sedih datang kembali membasahi wall ku yang kian kering ini. Krik krik krik... Apa je la labu.

Assalamualaikum semua,


Sungguh ketika ini ku mencari ruang

Ruang kosong ingin bersama,

Tetapi tidak ku jumpa,

Andai jumpa,

Diri ku pula penat,

Lalu ku cuba rehatkan diri,

Ku cuba mencelah mencari ruang,

Itu sebab nampak ku di sana walau pun seketika,

Lalu ku menghilang kembali,

Bukan sengaja,

Tetapi di masa ini benda ini perlu ku selesaikan,

Ini sebahagian daripada hidup ku,

Sebahagian daripada masa hadapan ku,

Sungguh memang ingin bersama,

Tetapi apa kan daya,

Masa tidak mengizinkan,

Selepas selesai ini,

Diri ku kembali ada ruang,

Ruang ingin ku lakukan segalanya,

Ingin bersama dan sewaktu dengannya,

Maaf Ku ucapkan,

Menyakiti diri mu,

Fahamilah diri ini,

Yang duduk di taun akhir,

Jika diri mereka di tempat ku,

Duduk di taun akhir,

Percayalah,

Mesti mereka rasa apa ku rasa.


Oohhh lupa satu perkara, tiada daya upaya melainkan Allah setiap berlaku atas ketentuan Allah. Takdirnya bergantung kepada pilihan kita sebagai manusia. Pilih buruk maka takdir buruk lah. Pilih baik maka baiklah takdirnya. 

Jangan pernah menyalahkan Allah setiap apa yang berlakuk di atas diri kita kerana kita di beri akal yang waras untuk berfirkir baik dan buruk sesuatu perkara.

Jika buruk kita, salahlah diri sendiri kerana diri sendiri memilih jalan itu.

Jika baik diri kita, bersyukurlah kepada Nya kerana kita menang melawan anasir jahat.

Ingatlah diri hamba, bukan tuhan bukan juga Allah.

Bertindaklah sebagai seorang hamba bukan pencipta.

Ingat bersama daripada ku untuk kalian dan diri sendiri yang serba kekurangan ini.

Tegur ku andai ku salah.

Peace yooo.

Kata akhir daripada ku,
Buat salah or tak buat salah harus kita meminta maaf dan memberi maaf kerana kita kadang tak sedar sama ada kita salah atau pun tidak di dalam sesuatu perkara.

Okay sekian daripada ku,

Wat wat wat apo apo jo lo.

Haha.

Okay ngarut dah.

Assalamualaikum.



Saturday, January 03, 2015

Aku ingat aku kuat


Artikel bulan 1 pada 2014 masih takda. Okay rasa nak mengarut pula ni.

Hai semua,

Assalamualaikum,



Sungguh,

Aku ingat aku kuat,

Boleh menahan segala sakit,

Boleh menahan rindu di dada,

Boleh menahan daripada bersua,

Boleh menahan daripada segala tekanan,

Rupanya tak boleh,

Aku hanya mengingin,

Ingin jadi kuat,

Perbagai cara ku lakukan,

Rupanya masih tak kuat,

Masih lemah,

Tangisan masih mengalir di pipi,

Dek kerana menaha tekanan,

Menahan rindu,

Oooh hati,

Mengapa kau begitu,

Mengapa lembut sangat,

Entah lah wahai hati,

Kerana cinta hati itu lembut,

Ingin ku buang tidak mungkin,

Cinta itu mana boleh di buang,

Kerana ia fitrah,

Cinta harus di kawal,

Itu apa ku dengar,

Senangnya mereka berkata,

Berkata-kata soal ini,

Okay,

Relax saja wahai diri,

Cari kembali kekuatan.



Hehe.

Apa-apa je la. Adoi. apa relax ngarut ni.

Kena cuba cari kekuatan daripada Dia yang satu.

Peace yoo.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!