Wednesday, January 29, 2014

Pengubat jiwa berduka di luar sana


Assalamualaikum korang sekalian,

Jangan bersedih insan keseorangan di luar sana. Ingatlah, kita tak berseorang, Dia kan ada.


Bermain main di minda ku irama-irama asyik. Seterusnya membuka minda ku untuk menulis artikel asyik yang menenangkan jiwa. Untuk tantapan kalian di luar sana. Menjadi penawar kepada insan berduka dan menjadi racun kepada pendosa.


Andai dapat ku zahirkan ingat itu,

Akan ku jadikan ubat,

Buat penawar insan berduka di luar sana,

Menjadi penawar ketengan hati,

Tidak perlu di ungkap,

Hanya menelannya,

Terubat segala yang terluka,

Indah nya kalau begitu,

Satu benda yang bernilai,

Perlu mencari untuk mendapatkannya,

Tersembunyi pelbagai rahsia,

Ayuh kita buka,

Membuka yang terkunci,

Jom kita buka...


:|

Ayat nya lebih kurang macam sebelum ni aja.

Eeerrkk.. ayat ni je kita mampu buat.

Ayat len belum mahir lagi.

Maaf ye..

Apa aje labu,

Sekian dari ku,

Relax..

Pai2...

Sunday, January 26, 2014

5 gred solat


Dia,
Dia yang mencipta ku,
Pengatur segalanya,
Maaf andai melukakan,
Terima kasih,
Sentiasa di sisi ku,
Sentiasa memberi walau ku melukakan,
Pimpin ku mengenal Mu,
Tiada kata dapat ku ungkap,
Memikir kasih Mu,
Cinta Mu,
...................
_____________ (ok seterusnya korang sambung sendiri)


Copy paste drpd whatsapp yang Di hantar oleh S.....


5 GRED SOLAT

  • Gred E 

Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.
  • Gred D 

Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.
  • Gred C 

Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.
  • Gred B 

Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.
  • Gred A 

Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.


Apakah gred solat kita?


Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat kita macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti.

Jom muhasabah


Begitulah apa yang di type oleh S....

So, persoalanya korang di gred solat yang mana...

Cuba renung di dalam diri dan mencari jawapan kepada soalan di atas.

Selamat bermuhasabah dan berfikir..

Tata..

Pai..

Tegur ku andai ku salah.

Relax tenang

Pai..

Tuesday, January 21, 2014

Pengalaman itu mematangkan kita


Yyeeeeaaaahhh...... Aik aik dan hai hai korang..... Selamat bercuti.... Cuti-cuti Malaysia...

Pengalaman itu sebenarnya mematangkan kita. Dengan pengalaman inilah kita jadikan iktibar untuk kita menjalani hidup di masa hadapan. Pengalaman ini jugalah kadang-kadang mengajar kita erti kehidupan. Tttiiiiiittttt..... apa-apa je la. Korang lebih mengetahui tentang hal ini. Kita teruskan pula dengan artikel di bawah.


Adrenalin ku naik,

Rasa seronoknya saat itu,

Merasai angin di sekeliling ku,

Mendengar deruman enjin dan ekzosnya,

Oohh tidak,

Diri ku dah jatuh cinta pada mu,

Bila masa dapat ku miliki mu,

Kelajuannya,

Pecutanya,

Membuat diri ku bertambah-tambah jatuh cinta,

Adakah ini hanyalah mimpi,

Atau pun akan ku miliki kamu,

Entah la,

Masa depan tiada siapa yang tahu,

Ye kamu la,

Honda CBR600.



Kali ni artikel santai saja. Saja nak bagi tau pengalaman relax naik motor CC atas 250. Memang betul la orang kata, motor yang CC 250 ke atas memang sedap naik. Laju pun laju, berat pun berat. Stabil pun stabil. Terbaik. Tu relax baru naik 600 CC belum lagi naik 1000 CC dan ke atas, dah rasa best dah naik. Kalau CC 1000 ke atas macam mana la perasaan dia. Teringin juga nak tau. 

Ok, sebenarnya relax naik dengan kawan relax je. Bukan relax bawa sendiri motor tu. Cuma relax suruh kawan relax bawa selaju mungkin, sebab relax nak kepastian betul ke apa orang kata "Motor CC besar ni laju." Di sebabkan itu, relax dan kawan relax pun merempit la di atas highway. 

Begitu lah ceritanya. 

Kesimpulannya, motor yang CC atas 250 memang best kalau kita naik. Laju, stabil dan memang power. Terbaik. Tetapi macam selalu lah, pastikan condition motor OK kalau nak naik laju-laju. (Sekian pesanan penaja untuk orang di luar sana, jangan lupa doa naik kenderaan ye.)

Sekian artikel santai dan saja-saja dari ku.

Relax tenang.

Monday, January 20, 2014

Tazkirah jumaat


Tazkirah jumaat bila tah... Tak ingat, lama dah ambil.. klik gambar untuk besar kan.




Sekian dari ku,

Yang benar,

Relax,

Hidup ini haruslah menjadi pencari. Pencari cinta hakiki. Dengan mencari baru lah usaha kita ke arah Dia. So, jadilah pencari. 

Apa-apa jela..

Tegur ku andai ku salah.

Relax tenang

Sunday, January 19, 2014

Jom berusrah


Dunia ini satu persinggahan untuk kita ___________(Korang tahu jawapanya)

Halaqah!!!

Apa tu??

Halaqah ataupun usrah ini merupakan satu sunnah Nabi Muhammad SAW yang ditinggalkan kepada kita di atas muka bumi ini sejak sekian lama.

Semasa zaman Rasulullah s.a.w. baginda mengadakan pertermuan dengan para sahabat bagi membincangkan iu-isu berkaitan agama, masyarakat, ketenteraan dan lain-lain.

Dalam erti kata lain boleh dikelafikasikan sebagai sekumpulan orang beriman dan berusaha untuk tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

Apa saya dapat apabila mengikuti halaqah???

Firman Allah SWT (maksudnya):
Bertolong-tolonglah kamu membuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan permusuhan dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksaannya 
(Al-Maidah 5:2).

  • Menghubungkan diri dengan Allah.
  • Merapatkan ukhwah islamiah dan kejiranan
  • Memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam.
  • Mendalami hal fardhu ain.
  • Meluaskan pemahaman tentang Islam, dan memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.

The power of HALAQAH,
Halaqah ibarat seorang yang sedang mencagkul tanah,
Mereka nampak pada zahirnya,
Namun mereka tidak tahu sebenarnya,
Kita sedang membina batas.

Begitu juga HALAQAH,
Mereka nampak kita,
Berhimpun berbincang,
Tetapi mereka tidak tahu,
Sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita.

Biar apa pun yang kita buat,
Back to Al-Quran dan As-Sunnah,
Everything will be ok.

Tarbiyah is everything is nothing.
Just believe it!!!


Sekian dari ku,

Semoga kita di bawah rahmat dan petunjuk dari Nya.

Kita harus bersabar.

Ingat tu.

Relax

Cuba fahami makna ayat ini dan renungkan


Sentiasa di bawah rahmatNya korang sekalian.

Satu perbualan yang membuat diri ku merenung dan seterusnya menafsir apakah maksud nya. Sampai sekarang relax memikirkan (hehe... Ye la tu relax). 

C: Saya di sini... Tidak ke mana... Menjadi pemerhati...

A: Ooh ada. Ingatkan dah hilang, Haha,

D: Orang memerhati, tapi ada yang sentiasa di perhati dan setia menjadi pemerhati.

B: Amboi ayat Kak! Hahahaha... Terror berkata-kata.

C: Peace.

D: Dalam maknanya.. Cuba renungkan.


Begitulah ceritanya.

Persoalanya sekarang?????? Apakah maknanya ayat di bawah?
"Orang memerhati, tapi ada yang sentiasa di perhati dan setia menjadi pemerhati."

Terlalu banyak maksudnya bergantung kepada situasi seseorang. Tiada maksud specific dan hanya si D yang tahu apa yang sebenarnya yang dia maksudkan. Si D menulis kerana dia melihat kepada diri dia lalu di keluarkan untuk memperlihatkan apa yang dia rasa. 

Kita yang di luar ini tidak mengerti apa yang di dalam si D. Di sebabkan itu, kita melihat ayat di atas dan menafsir mengikut apa yang kita tahu tentang diri si D dan mengikut diri kita. Itu lah manusia, tidak mengetahui yang tersembunyi, terbatasnya diri kita tetapi Dia maha mengetahui.

Tuntasnya, kita menafsir mengikut apa yang ada dalam diri kita sekarang dan bagai mana seseorang itu melihat kepada sesuatu perkara. Itulah sebabnya kalau kita tanya pendapat orang tentang ayat di atas, mesti banyak pendapat yang akan keluar dan pendapat tersebut boleh jadi berlainan antara satu sama lain. 

Ini lah situasi yang terjadi zaman sekarang. 



Ok lah tak mau gaduh-gaduh. Kita bawa berbincang.

Relax tenang aja.

Keselamatan bersama.

Friday, January 17, 2014

Ayat pengubat hati yang duka 4


Eeeerrmmmm rasa macam korang perlu baca juga ayat di bawah.

"Biasa kan, bila sedih.
Solat kita lebih khusyuk.
Zikir kita lebih menusuk.
Bacaan quran lebih dihayati.
Tafsirnya lebih diamati.

Lalu, kau mengerti kan.
Mengapa Tuhan suka mengirim cinta lewat ujian."



-CaliphOfUmmah-
"Aku Islam"


Ini lah salah satu hikmah kenapa Allah bagi kita sedih. Ini lah salah satu hikmah kita di uji.

Di sebabkan itu, bersangka baiklah saat diri di uji.

Kamu harus kuat. :)

Thanks CaliphOfUmmah.

Engkau lah yang satu tiada akhirnya.

Macam selalu,

Tegur ku, tegur ku, tegur ku andai diri ini tak betul.

Pai..

Wednesday, January 15, 2014

Jalan menuntut ilmu


Assalamualaikum yaa hamba Allah. Thanks ILUVISLAM.COM. Lihat, fahamkan dan cuba ingatkan. 


Kata yang relax rasa pemberi semangat kepada siapa yang lelah dalam menuntut ilmu. Jangan pernah mengalah. Yeeaaahhh... lawan lawan lawan..... Jom, kutip ilmu.

Ok pai pai..

Selamat lah korang di dunia dan akhirat.

Relax harap begitu lah.

Sekian dari ku.

Hanya Allah yang mengetahui benar atau tidak sesuatu perkara.

Yang baik ambil, yang tak baik tinggal..

Senang bukan konsep ini..

:)

Monday, January 13, 2014

Jagalah hati dan iman kalian


Menjelajah ku di sini, mencari petunjuk dan cinta Ilahi. Di semai di dalam hati. Buat kekuatan retaknya hati. Mengukuh sakti di hati. Ku ungkap kata cinta, kepada empunya cinta hakiki.


Cinta datang dan pergi,

Itulah cinta pada manusia,

Cinta yang tidak berlandaskan syarak,

Cinta sekelip mata,

Cinta ini juga sering kali pergi,

Cinta kerana rupa,

Hilang rupa,

Maka hilanglah cinta,

Elakkan diri dari bercinta kerana rupa,

Rupa itu sementara,

Akan hilang di telan masa,

Cintai lah kerana hatinya,

Kerana ianya akan kekal,

Hati itu tempat berhubungnya kita dengan kasih abadi,

Cintai kerana hati,

Baik hatinya,

Redha lah kita dapat,

Itulah sebabnya hati itu perlu di utamakan,

Nafsu dan cinta,

Jangan biar nafsu menguasainya,

Jika tidak,

Rosak lah hati,

Sayang dan cinta pada si insan melebihi segalanya,

Inilah yang kita perlu elakkan,

Cinta pada Ilahi ialah cinta segalanya,

Ingatlah pesan ku ini,

Jaga hati,

Jaga iman,

Selamat bermujahadah.


Terima kasih pemburu cinta. Jasa mu akan ku kenang.

Ingat lah pesan ku wahai saudara se Islam dengan ku.

Tegur ku andai ku salah.

Ingat ye..

Tegur ku juga andai artikel di atas salah.

Relax tenang

Pai..

Dugaan proses tarbiah dari Nya 2


Kita minta di tabahkan hati,

Lalu Allah menurunkan ujian untuk tabahkan hati kita,

Kita minta kekuatan hati,

Di turunNya ujian menguatkan hati,

Kita perasan kita kuat,

Di turunNya ujian menguji benarkah kita kuat,

Sesuatu benda yang baik itu bukan senang kita nak dapat sahabat,

Ini kerana akhirnya sangatlah nikmat,

Usah merungut,

Hikmah sentiasa ada di sebalik ujian,

Bersangka baiklah dengan setiap ujian.




Janganlah kamu bersangka buruk


Andai terlihat sesuatu yang di luar jangkaan,

Stop kan hati,

Stop kan fikiran,

Stop kan diri daripada berfikiran negatif,

Serahkan perkara itu kepada Allah,

Dia lebih mengetahui,

Siapa kita nak bersangka buruk,

Fikiran kita tebatas,

Mohon kita sekalian di jauhi daripada berfikiran negatif pasal orang.



Dugaan proses tarbiah dari Nya 1



Dugaan itu mendekatkan kita kepada Nya.

Hidup ini memang untuk di uji,

Bersyukor lah diri di uji,

Itu tandanya Dia sayang kita,

Ye memang kadang dugaan itu menyakitkan,

Hadapilah ia dengan tabah.



Sunday, January 12, 2014

Darjat atau ketinggian di dalam Islam


Dugaan itu mendekatkan kita kepada Nya.. Tenang-tenang aje saat diri di uji. Senyum saja.

Ilmu sekali lalu untuk hari ini.

Darjat di dalam Islam (Keutamaan kedudukan di dalam Islam):

  1. Mak
  2. Bapa
  3. Anak
  4. Datuk Lelaki
  5. Nenek perempuan
  6. Adik beradik lelaki
  7. Adik beradik perempuan
  8. Pak sedara sebelah lelaki
  9. Pak sedara sebelah ibu
  10. dan lain-lain...


Tak sempat nak kutip selebihnya..

Yang ni je sempat ambil.

Hehe..

Pai..

Relax tenang

Friday, January 10, 2014

Percaya dan yakinlah Allah akan tunjukan jalan


Pesanan daripada S untuk kita semua.

Oohhhh oookkkk.... Mode copy paste dah kembali.. Jangan halang, tangan ni dah gatal nak copy paste.

Paaannggggg.... setepek kena dekat muka.. haha...

**************

Bila kita pilih untuk berubah - change for good - back to the right track etc..
PERCAYA dan YAKINlah bahawa Allah akan tunjuk jalan.

time tu.. kalau baca tafsir Al-Quran ke. dengar atau baca tazkirah ke. hatta dengar lagu atau kawan berborak sekalipun - kita akan rasa apa yang disampaikan tu SETEPEK kena dengan situasi kita.

ketahuilah..perasaan SETEPEK tu pun petunjuk dari Allah. Allah cuitkan kita dengan perasaan itu supaya kita sedar dan istiqamah untuk berubah.


Fastaqim Kama Umirta!
Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

**************

Ingat pesan orang di atas. Percaya dan yakinlah bahawa Allah akan tunjukkan jalan kepada orang yang berubah. Jangan lupa juga, perasaan setepek tu pun merupakan petunjuk daripada Allah. 

Ingat pesan di atas ye. 



Thanks or terima kasih....

Ok.. 

Pai..

Relax dan tenang selalu.


Teruslah berbuat baik


Ayat copy paste yang relax rasa berguna untuk korang di luar sana yang di tulis oleh satu page A..... I....... (Rahsia2, biar la relax je yang tau page apa.. haha...)

*********

Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik..

Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain..

Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat..

Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri.

********

Terima kasih admin page. Aaaeeekkkooo dah banyak bagi ayat sentap dekat diri relax. Terbaik..

Teruslah berbuat baik walaupun diri mu tidak di kenali makhluk kerana Allah lebih mengenali mu. Cukup lah Allah mengenali siapa kita. 

Senyum-senyum.

Pai..

Relax relax aja..

:)

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah


Semoga sentiasa di bawah rahmat dan petunjuk dari Nya.

(Tajuk berdasarkan artikel di bawah ye. Sebenarnya relax pun tak pasti cara ni cara apa sebab hari tu ada jumpa artikel yang lebih kurang macam ni, tapi dia tulis pesan Saidina Ali R.A. ni pulak dia tulis mengikut sunnah Rasulullah.. Eeerrmm, hanya Allah yang mengetahui kebenaranya...)

Hari ni kongsi sikit tentang Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah. (Macam selalu, relax hanya ambil gambar orang je. Hehehe)

Semoga dengan didikan seperti ini dapat melahirkan ummah yang soleh dan solehah.

Seterusnya menjadi daie yang terbaik buat ummah.

Apa-apa jela. Jom tengok je artikel di bawah.





Hati ku resah mencari sebab, 
Bagaimana dan mengapa,
Jangan di fikir,
Tindas sifat negatif,
Just believe,
Setiap yang berlaku ada sebabnya,
Ada hikmahnya,
Dia sebaik-baik perancang.
Allah maha besar.

Kata akhir dari ku:
"Our job is the efforts and His job is the results. We are not in charge of the results."

Sekian dari ku,

"Tegur ku andai ku silap,
Tarik ku kembali andai ku terkandas,
Kau dan aku,
Kita tiada beza,
Matlamat kita sama,
Dia yang satu."
Relax tenang.

Sunday, January 05, 2014

Dia yang satu


Salam sejahtera dan assalamualaikum ku ucapkan kepada anda-anda di luar sana. Semoga bertambah kuat hati itu, semoga kuat menempuh dugaan dan semoga sentiasa mendapat hidayah Nya.


Apabila ku renung,

Ku melihat diri ku,

Berapa banyak masa yang terbuang kerana angan-angan itu,

Impian demi impian ku dambakan,

Ku harap kan kasih itu,

Harapan hanya tinggal harapan,

Andai usaha sedikit itu,

Ku di tipu,

Tertipu dengan dunia ini,

Tertipu dengan sesuatu yang tiada,

Sedihnya,

Masa itu terbuang begitu sahaja,

Semakin suntuk ku rasa,

Inilah aku tanpa kasih itu,

Kosong,

Kesepian,

Tenggelam di lautan dunia,

Lupa siapakah aku,

Kembali kan aku,

Tarik ku kembali,

Ke jalan hakiki,

Kerana jalan itu,

Pengakhiran nya ialah Dia,

Ye Dia,

Dia yang satu.



Sekian kata-kata pendek yang tiba-tiba ada di fikiran ku. 



Ikut lah Dia,

Dia maha mengetahui,



Ok, 

Pai..

Relax tenang selalu.

:)


Makna di dalam solat (Menarik)


Terbaik la pula video ni.

Video ini menerangkan makna di dalam solat dalam bentuk gambar. Terbaik bak hang.... Kreatif pula pembuat video ni. Pinjam sikit video saudara bubuh dalam blog ni ye.


Semoga bermanfaat. Hehe...

Ok, pai..

Relax tenang saja.

Pai.



Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!