Monday, January 19, 2015

Simptom keras hati


Assalamualaikum,

Hati tempat segalanya bermula, jika buruk hati itu, buruklah tindakkan kita. Jika baik hati itu, baiklah empunya diri. Hati itu pada zahirnya memang tiada terlihat tetapi kita boleh merasai kehadirannya, kita juga boleh merasai sama ada hati itu lembut atau pun keras. Hati yang lembut mudah tersentuh dengan benda yang baik, hati yang keras susah di tembusi dengan satu kebaikan. 

Hati yang mati pula ialah hati yang sudah di gelapkan oleh Allah. Empunya hati ini sukar menerima satu kebaikan dan suka kepada satu kejahatan. 

Di bawah ini relax sertakan simptom keras hati untuk korang semak samaada korang punyai hati yang keras atau pun tidak:-

  1. Tidak peduli perintah Allah dan Rasul Nya.
  2. Hilang rasa seronok dengan nikmat dapat beribadat kepada Allah.
  3. Lakukan dosa tanpa rasa apa-apa, tiada sesalan, malu, mahu bertaubat dan sebagainya.
  4. Pentingkan diri dan tidak terkesan dengna nasib masyarakat yang lain.

Punca keras hati:
  1. Berpaling daripada mengingati Allah s,w.t.
  2. Hidup tanpa mengikut syariat Islam.
  3. Perbuatan dosa sudah menjadi amalan harian.
  4. Terlalu ikut kehendak jasad, tanapa menurutu tuntutan roh.
  5. Membazir terlalu banyak masa dengan perkara-perkara melalaikan seperti hiburan keterlaluan.

Itulah sebahagian punca keras hati dan simptom-simptom keras hati.

Jadinya korang tanya diri sendiri sama ada korang punyai hati yang keras atau pun tidak.

Jika merasakan korang punyai hati yang keras, lebih baik bertaubat, zikir dan istiqfar kepada Allah kembali. Kerana hati yang keras menghalang satu kebaikan melaluinya dan seterusnya mengurangkan iman di dalam diri. Manakala hati yang lembut memasukkan kebaikan di dalam diri dan seterusnya meningkatkan iman di dalam diri.

Selamat mengubati hati kalian.

Hehe..

Tegur ku andai ku salah.

Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu betul atau pun tidak.

Sekian daripada ku,

Rujukan:


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!