Friday, June 28, 2013

How to fix undefined date problem on your blog.



Aik, salam sejahtera ku ucapkan kepada anda sekalian. Moga sihat-sihat hendaknya orang di luar sana.

Hari ni terjumpa satu masalah apabila relax menukar theme dalam blog ni. Rasanya korang dah dapat meneka apa masalah yang relax hadapi berdasarkan tajuk di atas. Hehe, betul tak???

Setelah penat mencari, menjelajah alam maya yang tak berapa nak maya ni, terjumpa lah penyelesaian untuk masalah ini.

Di sebabkan sukar juga relax nak dapatkan solution nya, relax berbesar hati menulis atau pun menaip artikel tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini. Di harapkan lepas ni, korang di luar sana tak susah lah mencari cara nak selesaikan masalah ini yo. (hehe, susah la sangat kan)



Ok, tinggalkan karangan di atas yang tak berapa nak karangan tu. Kita tengok je lah macam mana cara nak selesaikan masalah ini.



How to fix undefined date probelm on your posts / Cara selesaikan masalah undefined date di ruangan posts.

1. Korang akan dapati ruangan posts korang akan jadi seperti di bawah:




2. Untuk menyelesaikan masalah ini. Korang pergi ke:- 
settings dalam blog korang > language and formatting. Then akan muncul seperti di dalam gambar bawah.



3. Lepas dah muncul seperti di atas. Korang ubah "Date Header Format" dan "Timestamp Format" kepada format yang di tunjukkan di bawah.

Change Date Header Format


Change Timestamp Format


4. After you changes it, "Date Header Format" and "Timestamp Format" akan nampak seperti di bawah:



5.Then, click save settings.



5. Date problem has been fixed.




Selesai satu masalah. Moga orang yang hadapi masalah di atas dapat selesaikan masalah ini juga. 

Kata akhir dari ku,



Sekian dari ku,

Relax tenang.

Tidak akan ku lupa symbol ini :-   ( :

Hehe.

Thursday, June 27, 2013

Janganlah bersikap sombong


Salam ku ucapkan kepada pembaca sekaian.

Hari ini relax tak nak tulis karangan dan ayat yang panjang-panjang. Cukup lah ayat di bawah untuk menjadi pedoman kepada diri sendiri dan orang di luar sana.

(Walaubagaimanapun ayat di bawah memang tak layak ku huraikan)


Saranan Al-Quran supaya kita buang sifat sombong di dalam diri:-


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi memabanggakan diri. (Luqman ayat 18)




Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman ayat 19)




Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi gunung. (Al - Israa' ayat 37)



Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang di benci di sisi Tuhanmu. (Al - Israa' ayat 38)



Kisah tentang orang yang tawaduk dan sombong juga ada di ceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah al-Khafi ayat 32 sehingga 43. (Antaranya).



Moga terkesan hati kita semua apabila membaca ayat dan kisah di atas. Mudah-mudahan.

Kata akhir dari ku,
Kikis kan sifat sombong, sentiasalah merendah diri. 

Bersamalah kita dapatkan cinta Nya.

Mati itu pasti. 
Bagaimanakah kita di sana nanti. 
Adakah anda pasti?
Syurga itu menanti.

Selamat berfikir.


Sekian dari ku.

Relax.

:)

Sunday, June 23, 2013

Perempuan cantik menakutkan diri ku.


Bertemu kita kembali di dalam rancangan relax dan tenang yang di hoskan oleh saya relax. 

Di malam yang tak berapa nak malam ni, bermula jam 9:56PM pada tarikh 23 JUN 2013, saya bakal mengupas tajuk yang sesangat lah popular di masa ini iaitu putih, hitam dan sedang-sedang. 

Ooohhh maaf kan saya, terlupa pulak diri ku hendak memberi salam.


Assalamualaikum sahabat-sahabat, kekasih hati, dan saudara-saudara ku di luar sana.

Sebelum relax menyampaikan apa yang relax nak sampaikan ni. Ketahuilah korang ini ialah blog ku.........(tak tau dah nak tulis apa. Haha).


Tajuk untuk hari ini sebenarnya ialah Perempuan yang lawa itu menakutkan diri ku.

Serius ini hakikat dan bukannya menipu atau pun auta. Semenjak dua menjak ni terjumpa banyak perempuan yang lawa-lawa. Ok, bukan niat nak melihat pun sebenarnya. Cuma menjelajah di blog-blog orang untuk  membaca artikelnya dan ternampak muka-muka lawa ni. (Percaya tak percaya ikut suka korang la yo.. haha)

Bila ternampak je muka tu, terus hati ku rasa lain macam. Rasa tak tenteram, serius memang relax tak suka sangat perasaan-perasaan macam ni. Memang tipu la kalau relax tak penat membetulkan hati ni kembali. Mungkin dugaan untuk diri ku. Perlu diri ku hadapi dengan penuh tabah.

Nak yang perempuan yang lawa tu pula menutup litup betul-betul auratnya. Lagi lah hati ku rasa terketuk-ketuk. Dah rasa macam kena ketuk dengan 10 tukul besi. Lagi sekali diri ku penat mengeraskan hati ku bagi mengelakkan hati ku di tembusi. Perempuan yang sebegini menakutkan diri ku, sekali pandang hati ku rasa tak tenteram. Relax pun tak tau apa sebabnya. Serius, perempuan yang sebegini lagi menakutkan diri ku.

Memang dugaan betul. Sabar lah wahai hati.



Di sebabkan itu, relax menyeru kepada orang di luar sana supaya mengurangkan upload gambar-gambar kalian di laman internet ni yo. Kesian lelaki di luar sana, penat diorang menundukkan pandangan mereka. hehe..


Tapi sebenarnya, diorang yang upload gambar menutup aurat tu mungkin tak apa, sebab menutup aurat kan. Yang salahnya ialah pihak lelaki, sebab tak pandai menundukkan pandangan mereka.


Di sebabkan itu juga, relax menyeru pula kepada kaum adam supaya menundukkan pandangan anda. Sesungguhnya dari mata itu turun ke hati. So, pandangan mata itu sangat penting untuk di jaga bagi mengelakkan hati yang bersih menjadi kotor. (Antaranya)





Membaca Al Quran dan berzikir ialah salah satu cara untuk membetulkan hati. (dan banyak lagi)


Tuntasnya, jaga hati, jangan lakukan kemungkaran. Insha Allah kita tergolong di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekian dari ku,

: )

Lagu memberi keinsafan


Assalamualaikum kepada saudara ku di luar sana.

Membuka facebook dan tiba-tiba terjumpa kembali video di bawah. Video yang di waktu dulu memberi keinsafan kepada diri ku. Haha.. Ayat poyos di situ.





Ketahuiah fakta ini:
Banyak orang menginsafi sesuatu perkara, tetapi tidak ramai orang mengekalkan keinsafan tersebut.

Selamat memahami. : )

Tiada dua, tiada tiga dan tiada beramai-ramai. Dia hanya lah satu. Dia lah yang satu, Allah SWT.

Thursday, June 20, 2013

Cinta datang dan pergi


Assalamualaikum kepada saudara ku di luar sana dan salam sejahtera kepada manusia di luar sana.

"Hatiku masih resah, resah bila memikirkan diri mu yang kian jauh dari ku. Adakah ini penyudahnya hubungan kita. Hubungan yang terbina bertahun lamanya kini semakin pudar. Adakah kau sedar hakikat itu?"


Ok, kita lupakan ayat di atas, fokus ayat di bawah pula. Selamat memahami ku ucapkan.


Cinta datang dan pergi,
Di saat pergi,
Ke manakah ia,
Di saat datang,
Dari manakah ia,
Satu sifat yang hanya boleh di rasai,
Tanpa sedar,
Mengalir di dalam diri,
Beruntunglah siapa yang dapat merasainya, (rasa macam pernah buat dah ayat ni)
Di samping menjernihkan hati,
Ia juga mampu merosakkan hati,
Ini semua kita yang tentukan,

Dunia ini satu persinggahan,
Persinggahan dari perjalanan ke abadi,
Di hujung jalan di manakah kita,
Pernah terfikir kah kita?
Persinggahan ini membuat kita lupa,
Persoalan dari mana,
Tujuan apa,
Siapakah kita,
Sedih,
Kita lupa segala-galanya,


Bertapa rapat antara kau dan aku,
Kerana  di sini kita berjauhan,
Dalam berjauhan aku tahu kau ada,
Aku tahu kau di mana,
Tetapi sayang,
Kau tidak dapat ku capai,

Ingin benar dapatkan diri mu,
Seperti mana dahulu,
Indah dan tenang ku rasakan,
Kembalilah,
Kembalilah kepada ku.

Kasi senyum dulu J
Hehe,
Duduk saja-saja, tiba-tiba keluar ayat di atas. (Yo la tu)

Kata akhir dari ku:
Hati ini perlu di jaga, kerana ia lah penghubung antara kita dengan penciptanya.

Sekian dari ku,
Relax tenang.
Pai…



Sunday, June 09, 2013

Mengapa perlu sombong?


Assalamualaikum dan salam bahagia dari ku buat insan di luar sana. Moga sihat-sihat lah hendaknya, moga tenang-tenang hati kalian dan yang paling penting stress itu tolak ketepi.

3,
2,
1,

Start......


Mengapa perlu sombong,

Apa kita dapat bila sombong,

Antara kau dan aku,

Keduanya bersujud pada yang Esa,

Rendah kan kita,

Kaya atau miskin,

Kepala yang tinggi di rendahkan sehingga tanah,

Kalau ingkar dosa la balasannya,

Kita di suruh menurut perintah,

Kita di tegah melakukan perkara di larang,

Kita tidak boleh melakukan sesuka hati,

Kita di kawal,

Ternyata kita memang hamba,

Apa milik kau,

Apa yang kau ada,

Datang dari mana,

Mengapa perlu sombong,

Segalanya pemberian dari Nya,

Tiada apa kau miliki sebenarnya,

Kau dan aku sama,

Berpegang pada status hamba,

Buangkan sifat sombong,

Sedari hakikat,

Wujud Dia adanya kita,

Tanpa Dia tiada apa lah kita,

Datang daripada Dia,

Kembali kepada Dia,

Kejar Dia,

Dapat kan Dia,

Mudah mudahan aman di dunia dan akhirat.


Sekian ayat-ayat pendek dari ku.

Pai...

Relax tenang,

:)

Saturday, June 08, 2013

Kembalilah kita kepada Nya.


Salam sejahtera dan berbahagiahlah insan di luar sana.

Isi dari artikel yang lepas. Relax ambil dan jadikan satu post baru untuk menampakkan kepada korang isi-isi yang patut di jadikan iktibar buat korang. Moga korang sedar tentang hal di bawah. 


Wahai insan di luar sana,

Ku seru kalian supaya berbalik pada pencipta,

Teguhkan hati,

Perbetulkan kembali hati kalian,

Cinta datang dan pergi,

Itulah cinta manusia,

Cintai lah Al Haq,

Diri mu akan gembira selalu,

Kerana Dialah segala-galanya,

KepadaNya kita datang,

KepadaNya kita kembali,

Dia lah yang satu,

Cinta pertama hatiku,

Akan ku kekalkan cinta ini,

Kerana ku tahu,

Tanpa Dia,

Siapalah aku,

Aku lah hamba,

Hamba pada Al Haq,

Tunjuki aku jalan yang benar,

Hindari diri ku dari sesat..

Kau lah yang satu,

Tiada akhirnya…



Sekian dari ku,

Sedarlah wahai manusia sekalian,

Relax tenang selalu,

Moga hati kita tenang dan tidak stress.

Mudah mudahan.

Saturday, June 01, 2013

Pendakian Bukit Bendera pada pukul 2 pagi (sambungan)


Semoga di bawah rahmat Nya wahai insan bergelar manusia di atas muka bumi ini.

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada orang yang baru mengenai diri ini dan blog ini.

Seperti yang di janjikan, kini ku kembali untuk membetulkan apa yang sedia tak betul. (Bila relax janji tah, hehe).

Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni dan empat menjak ni hati ni sering kali goncang dan tak keruan, relax pun tak tau apa sebabnya. Mungkin sesuatu telah berlaku or hati ini perlu di beri makan dengan zikir mengingati diri Nya. Mungkin selama ini terlalu alpa dan lupa kepada Nya. Di sebabkan itu, di turun Nya gundahan hati untuk ku memuhasabah diri kembali mengingati dosa-dosa dan perkara yang di lakukan diri ku selama ini.

Sekian luahan ku kali ini,



Kita berbaik kepada topik asal yang juga sambungan kepada artikel Pendakian Bukit Bendera.

Serba sedikit gambar yang berjaya di ambil atas Bukit Bendera:-

Sementera tunggu nak turun kita tidor dulu

Kawan-kawan seperjuangan yang mendaki Bukit Bendera sekali

Sebelum turun, kami di beri dua pilihan iaitu:
1)Turun menggunakan cable car dan jalan ke taman botanika.
2)Turun ikut jalan yang kami naik tadi.

Tempat undian memilih cara untuk turun


Di sebabkan majoriti orang mahukan pilihan yang pertama iaitu turun melalui cable car. So, pilihan petama di pilih. Di saat ini bermula lagi satu pengembaraan kami. Semasa naik kami meredah hutan. Manakala semasa turun kami terpaksa meredah jalan dan kubur cina (nak shortcut punya pasal).

Sedikit gambar yang berjaya di ambil untuk di jadikan kenangan semasa turun.

Jalan berjalan kaki selepas turun dari cable car.
(Jalan nak pergi ke titk permuaan)


Meneruni Bukit Bendera dengan cabel car


Akhirnya sampai juga kaki Bukit Bendera. Masa untuk berjalan pula.


Jalan shortcut yang tak berapa nak shortcut untuk balik ke titik permulaan


Tutup-tutup, panas-panas


Setelah lautan kereta, motor, kedai dan hujan kami redahi, akhirnya kami sampai juga ke destinasi. 

Minta maaf banyak-banyak ye, gambar kami sampai ke taman botanika tak dapat di ambil kerana time tu semua dah penat gila. Jadi, memang tak ingat pun nak ambil gambar-gambar ni, semua ingat nak sampai kat kereta dan terus balik. Kut mana pun time tu dah hujan. hehe..

Sebab lain gambar tak dapat di ambil masa sampai ke titik pemulaan juga kerana time akhir-akhir ni, kami semua dah berpecah + penat. Dalam otak cuma pikir bila la nak sampai ke destinasi. 

Kepada yang masih tak paham-paham lagi relax berjalan menuju kemana, tengok gambar di bawah:-

Destinasi permulaan dan akhir.

Dengan berakhirnya gambar di atas, maka tamat lah sudah cerita ku tentang Bukit Bendera. 

Untuk pengetahuan korang, relax pun sebenarnya tak pasti apa nama tempat dalam gambar di atas, ada orang pangil Taman Bunga, ada yang pangil taman Botanika entah la, pening relax. 

Kalau korang nak tau nama tempat di atas, korang tanyalah pure orang penang, jangan tanya relax. hehe, relax tak tau sangat.

Rasanya botanika tu lebih kepada bunga la kan. So, taman botanika or taman bunga ke, sama je la... hehe, Entah la labu.

Alhamdulilah, selamat pergi dan balik.

Sekian cerita ku kali ini. 

Kata akhir dari ku:
Senyum-senyum selalu. Kuatkan diri kalian dalam dan luar. 

Pai..

:)

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!