Thursday, June 27, 2013

Janganlah bersikap sombong


Salam ku ucapkan kepada pembaca sekaian.

Hari ini relax tak nak tulis karangan dan ayat yang panjang-panjang. Cukup lah ayat di bawah untuk menjadi pedoman kepada diri sendiri dan orang di luar sana.

(Walaubagaimanapun ayat di bawah memang tak layak ku huraikan)


Saranan Al-Quran supaya kita buang sifat sombong di dalam diri:-


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi memabanggakan diri. (Luqman ayat 18)




Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman ayat 19)




Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi gunung. (Al - Israa' ayat 37)



Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang di benci di sisi Tuhanmu. (Al - Israa' ayat 38)



Kisah tentang orang yang tawaduk dan sombong juga ada di ceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah al-Khafi ayat 32 sehingga 43. (Antaranya).



Moga terkesan hati kita semua apabila membaca ayat dan kisah di atas. Mudah-mudahan.

Kata akhir dari ku,
Kikis kan sifat sombong, sentiasalah merendah diri. 

Bersamalah kita dapatkan cinta Nya.

Mati itu pasti. 
Bagaimanakah kita di sana nanti. 
Adakah anda pasti?
Syurga itu menanti.

Selamat berfikir.


Sekian dari ku.

Relax.

:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!