Monday, December 30, 2013

Zikir itu ibarat pedang


Suka relax dengan ayat di bawah. Copy paste daripada FB.

***************
"Zikir kita ni macam parang", kata ustaz.

"Maksud ustaz?"

"Zikir akan kuat apabila kita meminta tolong dan berharap pada Allah. Kalau zikir tanpa ingat Allah, ia tumpul dan tak sharp"

"Boleh ustaz terangkan lanjut kaitan parang tu?"

"Parang kalau dah lama dibiarkan, ia akan tumpul dan berkarat. Kalau tiba-tiba musuh datang, saat kita nak gunakan parang, ia tak berfungsi"

"Maksud ustaz, zikir ni kalau kita tak biasa amal, ia tak kuat?"

"Ya. Zikir perlu diasah. Supaya apabila terpaksa berlawan dengan musuh, ia ‘tajam’ untuk kita pertahankan diri"

— via saturindu via aku islam
*****************

Zikir itu ibarat pedang, kita perlu mengasahnya. Barulah zikir itu berguna untuk melawan musuh-musuh di hadapan. Asahlah ia dengan mengamalkannya.

Eeerrmmm menarik...

Begitu rupanya. Sebenarnya benda apa-apa pun, kita kena amalkan.

Hehehe...

Sekian dari ku..

Macam selalu, 

Relax tenang.

Dia ada sebagai pengubat hati.

Pai..

Jangan terlalu mudah membuat tafsiran


Hola lalo, lola... artikel penhujung bulan december dan seterusnya artikel penhujung tahun. Apa-apa je la.


Belum tentu apa orang kata itu benar,

Belum tentu apa yang kita rasa itu benar,

Belum tentu apa yang kita anggap itu benar,

Belum tentu apa yang di tunjuk kan benar,

Belum tentu apa yang kita lihat benar,

Ingatlah,

Kita manusia,

Punyai akal yang terbatas.

Usah di fikirkan jawapan kepada jawapan yang terpendam,

Orang hanya melihat,

Seterusnya mentafsir,

Melihatnya pula hanya lah pada yang di lihat,

Mana mungkin betul,

Kita dicipta,

Bukan pencipta,

Tinggalkan tafsiran,

Bergerak ke depan,

Berbaktilah kepada pencipta.



Sekian kata-kata pendek dari ku,

Harap korang faham la ye.

Kalau tak faham, buat-buat faham. Kalau masih lagi tak faham sila lah komen di bawah ni. Biar relax bagi fahamkan sikit orang yang tak faham ni. 

Kata akhir dari ku,
Jangan mudah membuat tafsiran wahai saudara dan saudari sekalian.



Relax tenang saja.

:)



Friday, December 20, 2013

Makanan sunnah yang baik untuk kesihatan



Assalamu'alaikum...

Pusing kanan, kiri, depan, belakang, atas, dan  bawah. Mencari idea untuk di masukkan dalam ni. Jumpa ideanya, tetapi bila nak tulis dalam ni takda idea pula. Eeerrmm pelik kan.

Lalu ku relax, berserah padaNya, akhirnya terjumpa satu artikel dalam raga motor ku. Tengok macam best je nak menulis dalam blog ni. Tanpa ku membuang masa, ku capai artikel tersebut. Selepas itu ku letakkan di meja study ku. Ku biar artikel tersebut di situ berminggu-minggu. Baru kini artikel tersebut ku copy dan paste kan dalam ni. Persoalanya sekarang, sempoi tak relax??????

Sekian cerita artikel tersebut. Tata....


Ok, tukar kepada mode copy paste.

3, 2, 1
Copy

1, 2, 3
Paste..................
  1. Kurma: Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.
    • Menguatkan hati
    • Memberi tenga tambahan
    • melancarkan buang air besar.
    • Memudahkan wanita bersalin.
    • Membentuk minda kanak-kanak.
    • Menyembuhkan radang kerongkong.
    • Mengurangkan risiko serangan jantung atau kencing manis.
    • Meransang kesihatan wanita hamil dan anak yang di kandung.
  2. Habbatusauda: Mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunannya.
    • Merawat batuk dan asthma.
    • Merawat keguguran rambut.
    • Mengurangkan kolesterol.
    • Merawat batu karang.
    • Menambah susu badan.
    • Menghalang penyakit kanser.
    • Meningkatkan sistem imuniti tubuh manusia untuk melawan sebarang jangkitan virus termasuk H1N1.
  3. Za'faran: Kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Thiamin).
    • Membantu proses penghadaman.
    • Menguatkan ingatan.
    • Merawat aneia.
    • Mengurangkan keletihan.
    • Membina daya ketahana tubuh.
    • Penenang diri.
    • Mengurangka risiko serangan jantung.
    • Perangsang tenaga batin.
  4. Buah delima: Kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. (Info: Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur yang penitng dalam pembentukan darah merah.)
    • Memperbaiki usus-usus dan menguatkannya.
    • Membersihkan bahagian dalam tekak.
    • Mencegah dari muntah.
    • Menghentikan cirit-birit.
    • Melawaskan pembuangan air kencing.
  5. Kismis: Mengandungi karbohidrat, fiber, lemak, protein, kalsium dan natrium yang merupakan mineral-mineral penting untuk badan.
    • Baik untuk hati.
    • Memperbaiki keanjalan kulit.
    • Meningkatkan memori.
    • Berupaya melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  6. Buat tin: Kaya dengan kalsium dan potassium serta mengandungi benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser.
    • Penawar kepada penyakit buasir.
    • Merawat batuk yang berpanjangan.
    • Melawaskan air kencing.
    • Mengubati sembelit.
    • Menguatkan jantung.
    • Mengurangkan kadar kolesterol.
    • Meneutralkan pernafasan pesakit lelah.
  7. Madu: Bagi pesakit kencing manis, kandungan guala fruktos madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh.
    • Penawar penyakit impa.
    • Mengubati sakit perut dan gastrik.
    • Penawar resdung, sakit kepala, sakit pinggang, sakit sendi, alahan, asthma dan darah tinggi.
    • Menghilangkan kahak.
    • Menguatkan badanbagi golongan yang berumur.
  8. Zaitun
    • Menghilangkan kesan melecur.
    • Membaik pulih perut.
    • Mengeluarkan cacing.
    • Menghaluskan kulit.
    • Meneutralkan racun.
    • Melambatkan tumbuhnya uban.
    • Menguatkan sistem imunisasi tubuh.
    • Mencega kegemukkan.
    • Meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.






Sekian perkongsian dari ku.

Relax tenang saja.

Semoga berjaya.

Thursday, December 19, 2013

Tenung pokok dan berselawat. Insha Allah tenang hati tu.



Ok, teguran dari Nya, suruh bersabar. Alhamdulilah...

Pesanan daripada D buat insan di luar sana

Dalam diam, diri mu menyimpan satu sikap yang sukar nak di terjemahkan. Sikap inilah yang diri mu jarang keluarkan. Tetapi setiap kali diri mu ku lihat, ku nampak sikap ini. Dalam kecerian, tersembunyi satu kematangan yang sukar di lihat, menarik nya diri mu yang itu, membuat orang sekeliling mu tertarik, diri itu, kekalkan diri itu.

Sekian intro untuk hari ini, jom kita tengok pula apa pesanan daripada D untuk kita semua.

***********************************************

Ku lihat hijau 

Hijau warna kegemaran Rasulullah S.A.W.

Setiap hari kita akan memulakan hari dengan hijau.

Bila kita bangun tidur,

Kita keluar rumah kita nampak apa?

Pokok kan?

Pokok kan hijau.

Tak tau lah kalau pokok depan rumah relax biru.

Itu teori ayah saya.

Saya ingat sampai bila-bila.

Sebab itu saya suka hijau.

Esok cuba tengok pokok hijau selepas itu selawat dalam hati.

Tenung pokok itu.

Pasti tenang.

Tapi pagi-pagi lah, bukan dah tengahari.


***********************************************


Terima kasih di atas ayat di atas. Korang cuba la buat macam apa yang dia kata ye. Tenung pokok di waktu pagi dan berselawat. 


Perhatikan alam ini, 
Yang tersembunyi rahsia-rahsia Nya, 
Perhatikan alam ini, 
Yang menunjukan kekuasaan Nya, 
Takut lah hamba yang menyedariNya,
Kita di bawah kekuasaanNya,
Ayuh sedar,
Kita tiada apa-apa. 

Sekian dari ku,

Yang benar,
Relax



Tuesday, December 17, 2013

Perkara yang di benci Allah swt


Perkara yang terlarang (haram) dalam Islam: (Tafsir Al Israak 17:31-17:38)

  1. Membunuh anak sndiri, kerana takut miskin, sebab memberi belanjanya. Maka membunuh anak ialaah satu dosa yan besar.
  2. Berbuat jahat (zina). Maka ini amat keji, kerana dari kejahatan ini terjadi bencana dan mudarat, umpamanya penyakit perempuan dan sebagainya. 
  3. Membunuh orna gyang tidak bersalah. Tetapi jika seorang di bunuh dengn azlaim, maka walinya berhak menuntutu bela.
  4. Memakna harta anak yatim, kecuali apabila dia telah dewasa, maka ketika itu boleh di akan dengan izinnya.
  5. Melanggar perjanjian yang telah ditetapkan.
  6. Mengurangkan sukatan atau timbangan.
  7. Mengerjakan sesuatu urusan tanpa ilmu pengetahuan, malah semata-mata menjadi pak turut sahaja. 
  8. Berjalan di muka bumi dengan sombong dan takbur, padahal kau tidak dapat menembus bumi dengan tapak kakimu dan tinggimu tidak sampai setinggi bukit. 
Semuanya ini adalah perkara yang di benci Allah swt dan wajib tiap-tiap orang meninggalkan dan menjauhinya.


Rujukan:
Tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani. Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus. 30 Juz. Page 407.

Relax tenang.

Pai..

Kembalikan persoalan kepada Allah


Salam ku hulur kepada hamba Allah di luar sana, tok tok tok.. Assalamualikum, mohon buka hati korang untuk menerima perkara di bawah.


Suka pula relax dengan ayat copy paste di bawah. Pendapat daripada sinar hidup tentang _______ (Cari sendiri tentang apa)


"Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Bahkan kami telah memberikan peringatan kepada mereka , tapi mereka berpaling dari peringatan itu". {Surah Al-Mukminun : Ayat 71}


Maka jelas bahawa jika manusia memulangkan banyak persoalan kepada diri mereka sendiri, pastinya persoalan itu akan dijawab oleh nafsu mereka semata-mata.Jawapan mereka pasti akan menjurus untuk menyelamatkan diri mereka dan cuba membenarkan apa yang mereka sedang lakukan.Jawapan yang ingin merasakan diri mereka selamat dan sedang berada pada landasan kebenaran.Hati mereka terasa tenang pada zahirnya.Padahal jauh di sudut hati mereka tahu itu adalah satu kesalahan,percayalah ini sedang banyak berlaku di sekeliling kita.Jika kita bermuhasabah diri, InsyaAllah perubahan berlaku pada diri ini..


Cuba korang baca dan fahamkan pendapat daripada sinar hidup. 

Di sebabkan itu, andai ada persoalan apa-apa berdoa lah kepada Allah supaya di temukan jawapan bagi persoalan tersebut. Untuk persoalan yang sukar di jawab manusia la ye. 

Korang juga di galakkan berdoa kepad Allah kalau banyak jawapan yang korang dapat bagi satu soalan. Seterusnya korang pening nak pilih jawapan yang mana. Di waktu ini, berdoa lah kepada Allah untuk di temukan jawapan bagi soalan tersebut. Dia kan maha mengetahui.

Sekian peringatan dari ku.

Mohon sedarkan diri ku andai relax silap.

Pai..


Jangan kamu menghampiri zina


Assalamualaikum sayang-sayang relax. Harap korang sihat-sihat aja.

Kita di larangan untuk menghampiri zina. Menghampirinya pun kita tak boleh. Apatah lagi melakukannya. Hindari zina. Apa itu zina? (Pergi tanya Ustaz)

Al-Israak (17:32)



Ingat ye.. Dia larang kita menghampiri zina. So, jangan lah buat.

Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya.

Ok bai..

:)

Friday, December 13, 2013

Kunci pembuka mutiara



Hidup ku kerana Dia,

Mati ku kerana Dia,

Dia mengatur segala-gala nya.

Tetapi kita boleh memilih,

Yang baik atau buruk untuk di lakukan.



Keyakinan yang sangat tinggi kepada Dia,

Yang mimpi menjadi realiti,

Yang realiti menjadi mimpi,

Yakin,

Ingat Dia,

Kenal Dia,

Inilah kuncinya,

Kunci pembuka pintu yang tertutup,

Yang di sebaliknya punyai pelbagai mutiara,

Mutiara yang berlainan daripada yang terlihat,

Semoga dapat lah kita kunci itu.


Relax tenang selalu.

Dalam ku jaga dia hadir



Hari ni mood menulis tiba-tiba datang, hehe,,, So, hari ni rasa nak menulis je. Oohh.... boleh pulak begitukan. Mood boleh datang-datang pula kan.. Senyum-senyum, senyum tiga.

Pertemuan yang tidak di jangka,

Melahirkan satu rasa yang sukar ku ungkap,

Dalam sedar,

Dia hadir,

Sudah ku tahan,

Bermacam ku lakukan,

Demi mengelak perkara lalu berulang,

Dalam ku jaga,

Tiba-tiba muncul,

Apakah pertanda nya,

Adakah ini satu ujian untuk ku,

Saat ku meminta jawapan daripada Mu,

Apa yang harus ku lakukan saat ini,

Kau menyuruh ku sabar dan pendamkan,

Mungkin ini yang terbaik,

Ku turut perintah Mu,

Kerana Kau lebih tahu daripada ku,

Ku sabar dan terus menahan,

Moga hati ku makin kuat,

Ku pohon pada Mu,

Andai ini hanyalah ujian untuk ku,

Tabah kan aku,

Andai ini petanda daripada mu,

Dekatkan kami,

Baikkan pengakhiran kami,

Hindari kami daripada perkara mungkar,

Tenang kan aku,

Tabahkan aku,

Berikan petunjuk kepada ku,

Moga kuatlah diri kami,

Senyum-senyum aja.


Awak-awak jangan tension dan stress sangat ye.

Paii....


Monday, December 09, 2013

Saranan berkahwin di dalam Al Quran


"Live your dream." kata yang ada di meja ku sekarang.


Siapa yang bagi tah... Main tukar-tukar hadiah lepas tu dapat benda ni. Hehe...

Lupa pulak, Salam sejahtera, salam sihat-sihat kalian semua. Assalamualikum ku ucapkan.


Situasi pertama:

Wahai lelaki,
Andai anda meminta seorang perempuan,
Andai anda mengayat seorang perempuan,
Saat anda rasa diri dia mahukan anda,
Lalu korang pun mengatakan kepada nya,

Nak kawin dengan saya tak?????

Lalu dia menjawab (Perempuan tersebut menjawab),
Maaf,
Saya hanya menganggap awak sebagai teman saya,
Saya hanya menganggap awak sebagai abang saya,
Saya hanya menganggap awak sebagai sahabat saja,
dan jawapan yang sewaktu dengan nya.



Situasi dua:

Wahai lelaki,
Saat anda rasa diri dia mahukan anda,
Lalu korang pun mengatakan kepada nya,

Nak kahwin dengan saya tak?????

Lalu perempuan itu menjawab:
Saya terima,
Sila lah datang ke rumah mak bapa saya,
Dengan izin Nya saya terima,
dan jawapan yang sewaktu dengna nya.


Situasi tiga:
Wahai lelaki,
Saat anda rasa diri dia mahukan anda,
Lalu korang pun mengatakan kepada nya,

Nak kahwin dengna saya tak?????

Lalu perempuan itu menjawab:
Eeeeerrrkkkkkk...... (Tiada jawapan dari perempuan tersebut, dia diam terus)


Tiga situasi relax berikan kepada kalian, agak-agak korang lah kan apa yang korang dapat daripada situasi di atas. Jawapan di tangan anda. Mohon jawap di dalam diri anda. Hehe..


Wujud nya situasi di atas kerana jodoh itu Allah yang tentukan. Andai anda wahai lelaki meminta untuk berkahwin dengan girl tersebut, lalu girl tersebut tak setuju. Itu tandanya dia bukan jodoh korang. Tapi takda la tertulis kat dahi girl tu dia bukan jodoh korang. Tetapi kita boleh tahu dia jodoh kita atau tidak dengan kata-kata dari girl tersebut selepas lelaki melamar dia. 

Secara ringkasnya macam ni la, andai anda wahai lelaki meminta kepada perempuan untuk berkahwin dengan nya. Lalu perempuna tersebut tak setuju, di berinya alasan macam-macam, di beri nya juga kata-kata yang membawa kepada tidak seperti dalam situasi satu tadi. Itu tandanya antara korang dan dia tiada jodoh la tu. Kalau antara korang dan dia ada jodoh, saat korang melamar dia, dia setuju dah.

Eeerrmm begitu lah ceritanya.

So, jangan tanya la kenapa girl tu bagi jawapan macam tu, then korang takut dah untuk meminta girl lain kerana takut akan keluar perkataan yang serupa seperti first tadi. Hanya terima perkataan tadi dengan hati yang terbuka dan penuh redha dan set dalam otak korang, "oohhh dia bukan di ciptakan untuk ku."

Wahai lelaki, jangan pernah serik untuk meminta wanita di luar sana. :) Tak usah bersedih sangat la bro.


Suruh An Nur 24:32 hingga 24:33


So, tak payah la korang couple, pergi kahwin.

Tetapi, andai korang melamar girl tersebut, lalu girl tersebut menjawab "Kalau ada jodoh ada la, kalau tak ada tak ada la," ok, girl yang bagi jawapan yang macam ni agak susah sikit, sebab jawapan dia membawa kepada tengah-tengah antara ya atau tidak. Jawapan macam ni la yang bagi lelaki ada banyak tanda soal dalam fikiran dia. (Selalunya girl akan bagi jawapan macam ni apabila lelaki itu belum bersedia, haha, dah korang tak bersedia, memang tengah-tengah la jawapannya. So, ready kan diri dulu wahai lelaki dan baru melamar kembali. Awal sangat kamu lamar. haha..)

Hehe, sebenarnya usah tanda soal sangat la wahai lelaki, girl yang macam ni sebenarnya bagus, sebab dia tak buat keputusan terburu-buru. Dia masih dalam proses memikirkan jawapaan yang harus di beri kepada lelaki tersebut. Mungkin juga girl tersebut belum bersedia atau lelaki tersebut belum bersedia dan lain-lain.

Itu berdasarkan pendapat relax la. Dah nama pun pendapat, mesti la ada betul dah salah kan. Di sebabkan itu, mohon betulkan diri ku andai salah.

Sekian dari ku.

(Tiba-tiba relax berbicara bab kahwin pulakan)

Relax tenang.

Pai...

Kebaikan berterus terang


Aik, assalamualaikum kepada yang di sayangi di luar sana.
  
Artikel pertama, selepas hari terjadinya aku di dunia ini 10/12/, artikel pertama juga untuk bulan 12 ni. Haha, banyak pulak pertamanya.


Tajuk artikel kali ini agak pelik, eerrmmm pelik ka. X pelik pun, siapa yang kata pelik, entah...
Oooookkkk... Tinggalkan pendahuluan ini, terus ke artikel utama.


Berterus terang,


Satu kata indah yang manis bila di ungkap,


Kata yang orang nantikan,


Senang diucap atau melafazkan,


Usah di pendam,


Luahkan apa yang tersimpan,


Bukan dengan orang lain,


Tapi pada dia,


Ye pada dia,


Dia yang menyakitkan hati itu,


Baru selesai masalah,


Diam,


Tidak berbincang,


Ini bukan menyelesaikan masalah,


Tapi membiarkan masalah,


Berkata buruk,


Ini meningkatkan masalah,


Ayuh berterus terang,


Jangan menipu,


Jangan juga memendam,


Relax saje.

Allah maha berkuasa,


Semoga amalan kita di terimaNya.


Sekian dari ku...

Tuntasnya berterus terang lah kepada orang yang korang tidak puas hati dan bukan kata kut belakang.


Key untuk hari ini: berterus terang lah dan bukan memasam muka.

Senyum saja....

Relax tenang,

Pai.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!