Thursday, December 19, 2013

Tenung pokok dan berselawat. Insha Allah tenang hati tu.



Ok, teguran dari Nya, suruh bersabar. Alhamdulilah...

Pesanan daripada D buat insan di luar sana

Dalam diam, diri mu menyimpan satu sikap yang sukar nak di terjemahkan. Sikap inilah yang diri mu jarang keluarkan. Tetapi setiap kali diri mu ku lihat, ku nampak sikap ini. Dalam kecerian, tersembunyi satu kematangan yang sukar di lihat, menarik nya diri mu yang itu, membuat orang sekeliling mu tertarik, diri itu, kekalkan diri itu.

Sekian intro untuk hari ini, jom kita tengok pula apa pesanan daripada D untuk kita semua.

***********************************************

Ku lihat hijau 

Hijau warna kegemaran Rasulullah S.A.W.

Setiap hari kita akan memulakan hari dengan hijau.

Bila kita bangun tidur,

Kita keluar rumah kita nampak apa?

Pokok kan?

Pokok kan hijau.

Tak tau lah kalau pokok depan rumah relax biru.

Itu teori ayah saya.

Saya ingat sampai bila-bila.

Sebab itu saya suka hijau.

Esok cuba tengok pokok hijau selepas itu selawat dalam hati.

Tenung pokok itu.

Pasti tenang.

Tapi pagi-pagi lah, bukan dah tengahari.


***********************************************


Terima kasih di atas ayat di atas. Korang cuba la buat macam apa yang dia kata ye. Tenung pokok di waktu pagi dan berselawat. 


Perhatikan alam ini, 
Yang tersembunyi rahsia-rahsia Nya, 
Perhatikan alam ini, 
Yang menunjukan kekuasaan Nya, 
Takut lah hamba yang menyedariNya,
Kita di bawah kekuasaanNya,
Ayuh sedar,
Kita tiada apa-apa. 

Sekian dari ku,

Yang benar,
Relax



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!