Sunday, October 28, 2012

Kenali jenis-jenis Phobia



Sebenarnya relax pun tak sangka ada fobia yang macam ni hehe…

Ophidiophobia

-Takut secara keterlaluan dekat ular (abnormal fear of snakes).


Ailurophobia

-Takut dekat kucing secara keterlaluan.

Orang jenis macam ni relax pernah jumpa. Bila nampak je kucing, dia punya takut macam nampak harimau. Serius, tak tipu. Hehe….


Venustraphobia or Caligynephobia

-Takut dekat perempuan cantik.

Orang yang macam ni selaunya boleh di gunakan untuk menentukan kecantikan seseorang perempuan itu. Kalau korang nak tau macam mana orang yang macam ni boleh la tengok cerita dragon ball dan tengok pada character  Yamca.


Chromophobia

-Takut pada warna gelap (Fear of bright colors)

Tak tau nak comment apa sebab terlalu pelik.


Triskaidekaphobia

-Takut dekat nombor tiga belas.

Dengar macam tak logic kan, tapi memang wujud phobia ni. Tak caya search dalam internet.


Nak tau lebih lanjut click di sini.

Friday, October 26, 2012

Bila orang berkata dan aku berkata




Bila orang berkata: Orang yang berusia lebih matang dari orang muda dan perempuan lagi cepat matang dari boy.

Aku berkata: Kematangan seseorang bukan terletak pada usia mahupun jenis jantinanya. Tetapi kematangan bergantung pada pengalaman dirinya.


Bila orang berkata: Apabila melakukan kesalahan, korang kata, "biasalah aku tak sempurna."
Aku berkata: Kita memang tak sempurna, tetapi kita kena berusaha ke arah sempurna. So, jangan ulangi kesalahan itu lagi.


Bila orang berkata: Ko belajar buat apa mat, biology dan sebagainya, dunia je semua ni. Bukan dapat ganjaran apa-apa.

Aku berkata: Setiap ganjaran yang diterima bergantung pada niat. Pastikan niat kerana Allah swt. Sedarkah anda ilmu yang di pelajari datangnya dari Allah swt. 

Siapa yang belajar mat, biology dan sebagainya sedang belajar ilmu Allah swt sebenarnya. Ilmu ini kemudianya digunakan untuk kebaikan. Dapat ganjaran di situ kan. Jadi, ilmu ini bukan sahaja melibatkan dunia tetapi juga akhirat.


Bila orang berkata: Aku kaya dan sewaktu dengannya.

Aku berkata: Sedarlah, kau dan aku sebenarnya sama. Hakikatnya kita tak punyai apa-apa. Semua pinjaman semata-mata. 

Nak tanya sikit kat korang, apa kepunyaan korang sebenarnya?

Kalau dah semua pinjaman semata-mata, yang kita nampak pun pinjaman semata-mata dan diri kita pun pinjaman semata-mata.

Jadi, wujudkah kita sebenarnya?


Selamat berfikir.

Penambahan, 

Bila orang berkata: Kau pandai cakap je kan. Buatnya tidak..
Aku berkata: (Cakap depan aku kalau nak tau jawapannya) 

Sekian untuk hari ini.

Smile smile J.


Siapa kahwin dulu.... (Artikel gatal :P)



Bla bla bla....

Sekian pendahuluan untuk kali ini.

Tergerak hati nak tulis artikel ni bila kawan ku bakal menjadi bini orang bulan 11 ni. Hehe.


Antara girl n boy (umur sama), siapa kahwin dulu?

Agak-agak korang siapa.

Ikut suka korang la nak jawab apa pun.


Pada pengetahuan ku, jika umur korang sama antara girl n boy, orang yang kahwin dulu ialah girl.


Ini kerana:

Dari segi kewangan

Lelaki
Jika lelaki nak kahwin mereka perlu mengukuhkan kewangan + perlu ada duit hantaran + mas kahwin + duit kenduri.

Perempuan
Jika nak kahwin perlu ada duit hantaran dan duit kenduri je.

Nampak tak, Lelaki perlu banyak duit lagi dari perempuan di tambah pulak kos hantaran dan mas kahwin pula banyak zaman ni. So, girl kahwin dulu.


Dari segi kesihatan

Lelaki
Xda risiko apa-apa jika kahwin lambat. Cuma hormon marah je makin kurang bila dah berusia. Di sebabkan itu lelaki berusia selalunya lebih penyabar.

Perempuan
Jika korang kawin lambat, risiko untuk melahirkan anak tinggi. Dalam erti kata lain, semakin girl berusia, semakin berisiko korang nak lahirkan anak.


Xpayah banyak sangat, faktor di atas dah memadai  membuktikan girl akan kahwin dulu berbanding lelaki (klu girl n boy umur sama).

Relax tau, sebenarnya korang pun tahu hakikat ini wahai perempuan, cuma korang saja tak nak cakapkan... Hehe..

Tuntasnya, umur sama antara lelaki dan perempuan, perempuanlah yang akan kahwin dulu. Tak boleh di nafikan lagi. Di sebabkan itu, tak sabar nak makan nasi minyak korang wahai kawan-kawan girl ku.

Bila usia semakin lanjut ini lah jadinya, nak cakap bab kahwin je. Hehe aku la 2...

Pai....


Friday, October 19, 2012

Berjihad menentang yang di dalam



Susah benar nak lawan yang di dalam,
Apa perlu ku lakukan,
Kadang aku menang,
Kadang aku kalah,
Lagi banyak kalah dari menang,
Aku cuba dan terus mencuba,
Pengakhirannya aku tetap kalah,


Bukan senang nak lawan yang di dalam,
Ditambah pula kalau lelaki,
Satu perpatah orang kata,
Lelaki sering kalah dengan nafsunya,
Perempuan pula sering kalah dengan perasaannya,
Sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu,


Penyucian,
Pegantian,
Kenal pada yang satu,
Inilah tahap perlu di tempuh,
Mahukan pegantian perlu melalui penyucian,
Mahukan yang satu perlu melalui penyucian dan pegantian,


Peringkatnya perlu diikut,
Jika tujuanya kepada yang satu,
Ini sahaja caranya,
Tiada yang lain,


Istiqamah perlu ada,
Iman perlu kuat,
Keazaman jangan di lupa,
Aku mampu tempuhinya.


Ku pohon,
Bimbinglah diri ku ke jalan redha Mu.....
Cekalkan hati ku menempuh dugaan Mu....
Sinari hati ku dengan cahaya kasih Mu.



Pengajarannya....
Mohon pada yang kuasa ditambah dengan usaha jika mahukan sesuatu...

Sekian untuk post kali ini...

J


ECE246 - Introduction of C Programming



Dalam  ECE246, korang akan belajar simple programming dengan menggunakan software codeblock. Selalunya subject ini diambil oleh pelajar UiTM diploma kejuruteraan elektrik sem 4. 

So, di dalam file ini relax sertakan sekali miniproject akhir, latihan untuk codeblock, lab, exercise dan sebagainya. 

Tekan sini kalau nak download.

Inilah contoh miniproject akhir dalam file ni "SHIPPING COURIER BILLING"



Kalau nak tau coding dan flow chart untuk program ni, download la file ni..... :) 


Bolehlah jadi rujukkan untuk korang ya.

Hehehe.....

Tenang-tenang la selalu...


MAT455 - Calculus


Buku lagi, jom download buku lagi....

Kali ni buku calculus lak relax nak bagi kat korang...

Jangan risau, buku berserta solution manual lagi relax bagi kat korang..

Hahahaa......

Relax tau, untuk belajar Mathematics kadang kita perlukan example yang banyak. Nak pula lecturer korang bagi example yang sikit lak masa kat kelas. Memang lagi pening kepala kalau nak fahamkan..

So, download la buku ini berserta solution manual. Di samping dapat check solution or jawapan korang betul or tidak, korang juga boleh jadikan contoh untuk lebih memudahkan korang memahami apa yang korang belajar.

Untuk download buku Thomas Calculus 11th edition click sini

Untuk download buku Solution manual Thomas Calculus 11th edition pulak korang boleh click sini.



Untuk download Solution manual Calculus, smith minton, 3rd edition lak click sini.



Kadang soalan dalam buku Calculus, smith minton, 4th edition lebih kurang je macam 3rd edition. So, boleh la refer sikit-sikit untuk rujukan.

Sekian untuk perkongsian hari ini.....

Yang mana baik kita kongsi,

Yang tak baik jangan duk kongsi....

Hehe..

:)

Pai..

Thursday, October 18, 2012

ELECTRIC MACHINERY and POWER SYSTEM FUNDAMENTALS


Buku lagi, buku lagi.....

Jom download buku.....

Kali ni relax nak kongsi dengan korang solution manual or instructor manual untuk buku Electrical Machinery and Power system Fundamental lak.

Untuk pengetahuan korang, solution manual ialah buku yang mengandungi jawapan dan solution untuk sesuatu soalan. Jadi, kalau korang buat latihan dan tak pasti sama ada jawapan korang or jalan kerja korang betul or tak betul, download la buku ni.....

Hehe....

Kalau betul korang nak download click sini

(Buat masa ni, relax hanya dapat bagi solution manual je.... buku untuk solution manual ni takda lagi)

Ala susah apa, beli je buku ni. Murah je kut, RM65.00 kat tempat relax (murah kan... hehehe). Tempat korang tak tau la.

Untuk pengetahuan korang, buku ini selalunya di gunakan oleh pelajar kuruteraan elektrik dalam subjek EPO341 - Power Engineering Faundation.


Inilah rupa bukunya:



Moga bermanfaat la yo.....

Sekian dari ku.........

Relax-relax selalu.....

Pai....

Wednesday, October 10, 2012

EEE303 - Electrical Engineering Materials


Assalamualaikum,

Sebagai seorang student relax faham sangat perasaan korang bila di minta beli buku. Dah la buku mahal, bila nak beli je mesti korang terketar-ketar tangan masa nak bayarkan.

Hehe....

Itulah korang, belanja awek tak ketar tangan, nak beli buku terketar tangan. Bawa-bawa la insaf ye.

Jangan buang masa lagi, kepada sesiapa yang nak download buku Materials Science and Engineering. Selalunya buku ini di gunakan untuk kod kusus EEE303.


Inilah rupa buku 2.... 



Untuk download buku tu click sini........

Untuk solution manual pulak click sini

Semoga bermanfaatnya sahabat sekalian....

Tuesday, October 09, 2012

Perbezaan antara kereta dan motor



Semoga anda di bawah rahmat dari Nya.

Persoalan untuk hari ini, apakah perbezaan  antara kereta dan motor?

Sebenarnya banyak perbezaan antara kereta dan motor. Ye memang betul, perbezaan yang ketara dapal di lihat ialah dari segi bentuk; Motor lebih kecil dari kereta, tayar motor dua sahaja jika dibandingkan dengan kereta dan sebagainya.


Bukan pebezaan ini hendak ku katakan sekarang tetapi perbezaan dalaman antara keduanya.

Perbezaan antara motor dan kereta:

1. Di jalan kampung ataupun jalan kecil. 
Motor akan selalunya akan laju daripada kereta. Tak kira la korang pakai kereta apa pun, lancer ke, skyline ke, lambor ke or sewaktu dengannya. Selalunya motor akan menang kat jalan ni.

2. Kelajuan. 
Kelajuan kereta tak sama dengan motor. Ini kerana cc antara motor dan kereta lain. Dalam erti kata lain, 140km/h kereta tak sama dengan 140km/h motor. So, kalau setakat motor bawak 140km/h, memang tak kena saman pun dengan polis. Berbeza dengan kereta, lagi laju korang bawak, keberangkalian nak kena saman lagi tinggi.

3. Kebarangkalian kemalangan untuk kereta lebih banyak dari motor. (Mesti korang terkejut dengan statement ni kan. Silap-silap korang tak boleh terima dengan statement ni.)

Sebagai contoh:

Sebuah kereta tiba-tiba berhenti dihadapan korang, kalau korang naik motor tak payah brek, kona menyenget sudah, jangan risau, korang kecil, percent nak langgar kereta lain kurang. Berbeza dengan kereta, nak kona ke tepi takut kena kereta orang lain pulak, last2 korang pun brek la mengejut dan mengharap tak langgar kereta depan.

Nampak tak perbezaan antara keduanya, motor punyai banyak pilihan untuk mengelak kemalangan berbanding kereta.

4. Momentun ataupun daya lajak kereta dan motor. 
Mengikut hukum fizik, lagi berat dan semakin laju sesuatu kenderaan, semakin tinggi daya lajaknya.

Sebelum 2, relax nak tanya korang sikit:

Antara motor dan kereta, mana lagi laju?
Kereta kan.

Antara kereta dan motor mana lagi berat?
Kereta juga kan.

Berdasarkan persoalan di atas, dapat diketahui disini, kereta lebih laju daya lajaknya dari motor. Bila daya lajak tinggi, kurangnya masa mengelak pada sesuatu halangan, jadi kebarangkalian langgar halangan tinggi. Di sebabkan itu, peratusan kemalangan tinggi.



Bukti kukuh yang mengatakan kereta lagi banyak kemalangan dari motor ialah di dalam surat khabar. Kalau tak percaya cuba tengok. Lagi satu, kalau korang perasan la kan, motor selalunya terlibat dengan kemalangan sebab dilanggar oleh kereta. Makna kata penunggang motor selalu menjadi mangsa korang wahai pembawa kereta.

Tuntasnya kereta lebih banyak percent nak kena saman dan lebih bahaya dari motor.

Secara ringkasnya, kereta lebih bahaya dari motor kerana:
1. Kereta lebih laju dari motor.
2. Kereta besar dan susah nak dikendalikan berbanding motor
dan sebagainya.


Hyphotesis:
Semakin bertambah berat dan laju sesuatu kenderaan, semakin susah nak mengawal kenderaan tersebut.

Jadi, kereta lebih susah dikawal dari motor apabila korang bawa laju. Bayangkanlah kalau ada halangan di depan semasa korang bawa laju (dah la susah nak kawal kenderaan masa ni).

Agak-agak korang la kan apa jadi?

Pikir sendiri wahai pembaca sekalian.



Persoalan tambahan:

Perkara pelik dan menjadi persoalan diri ku di masa ini ialah “kenapa korang wahai pemandu kereta susah sangat nak bagi signal bila nak pergi ke kiri or kanan?”. (Kalau motor relax tak kesah sangat kalau tak bagi signal sebab kecil  senang nak elak.)

Signal korang rosak ke or ada sebab lain??? (pikir sendiri)

Yang paling sayangnya, kereta besar dan mahal tapi signal rosak (maybe). Kesian korangkan, takda duit nak repair. Kesian dan simpati je la dapat ku berikan.

Kata akhir dari ku, tak payah la bawa kereta laju-laju. Bahaya-bahaya. Sayangilah nyawa anda. Kalau anda tak sayang nyawa anda, siapa lagi.

Yang kat atas ni relax compare dengan motor yang cc kecil la. Kalau motor cc besar, memang dah macam kereta dah lajunya. So, keberangkalian motor besar lebih kurang sama dengan kereta je.

Satu tip relax nak bagi kepada korang, kalau betul korang nak bawa laju or memang tak boleh nak bawa slow or korang memang rasa tak best kalau bawa slow or korang rasa skema bila bawa slow or korang rasa hebat bila bawa slow or korang rasakan jalan raya sebagai litar lumba or lain-lain:

1. Doa banyak-banyak masa memandu.
2. Sentiasa ingat pada Allah SWT.
3. Lebihkan berwaspada or berhati-hati.
4. Pastikan otak korang pantas (untuk digunakan pada situasi sebelum or sedang berlaku kemalangan)
5. Mainkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku dan cuba elakkan.

Paling penting sekali, ikutlah peraturan jalan raya.

Sekian, tamat sudah....

Hehe

Cau lu. 


Cara buat ubi ketuk



Erm sedap sedap sedap (versi upin ipin).

Pernah tak korang makan ubi ketuk or pernah tak korang tengok rupa ubi ketuk.

Ubi ketuk ialah sejenis ubi yang di salut dengan tepung then di goreng. Ala macam goreng pisang la. Kalau nak ikut logik pisang bila di goreng menjadi pisang goreng. Manakala nasi bila digoreng jadi nasi goreng. Jadi, kalau ubi di goreng mesti la nama dia ubi gorengkan. Ini tidak, dinamakan ubi ketuk, Tertanya gak dalam diri kenapa nama dia ubi ketuk.., erm sebab apa yo.

Takpa-takpa tinggal dulu yang di atas, sekarang nak ajar korang cara buat ubi ketuk.

Bahan-bahan:
1. Ubi
2. Tepung yang selalu orang buat goreng pisang tu (nama dia tak silap tepung kuih kut).
3. Kelapa
4. Garam
4. Gula

Cara buat:
1. Lenyek ubi sehingga boleh di gumpalkan.
2. Masukkan kelapa, gula dan garam dalam ubi tadi.
3. Gaulkan campuran tadi sehingga sebati.
4. Gumpalkan ubi tadi mengikut cita rasa anda. Ikut suka nak gumpal bulat-bulat ka or 3 segi, terpulanglah pada kalian yo.



5. Selepas itu bancuh tepung. Bubuh la kunyit sikit dalam tepung tu kalau nak menguningkan tepung tadi.



6. Sekarang gumpalan dan bancuhan tepung dah siap. Jadi sekarang ni salutkan gumpalan tadi dengan tepung dan masak.

7. Siap... Bolehlah dihidangkan dan makan.



Nyum-nyum sseeeddddap.

Makan panas-panas lagi sedap.

Tamat artikel ini.

Pai.

Tuesday, October 02, 2012

Bersamalah kita fikirkan


Salam perkenalan,

Eeeerrrmmmm terjumpa gambar ni semasa sedang berinternet. So, apa korang faham dari gambar ni.



Mengikut kamus dewan, kekasih bermaksud orang yang dikasihi (dicintai), buah hati.
Manakala maksud buah hati pula ialah kekasih yang di cintai.



Mungkin inilah penyebab kepada _________. Maybe... Saya hanya beranggapan.

Mungkin juga ayat di atas punyai maksud tersirat dan tersurat. Bersamalah kita fikirkan.

Sesiapa boleh tolong huraikan tak ayat di atas?????

Apa-apa pun, setiap orang punyai kefahaman yang berbeza-beza.

Yang pasti, beribu persoalan bermain di minda ku bila baca statement di atas.

Betulkah statement ini???
(Jawapannya fikir sendiri)

Setuju tak dengan statement di atas???
(Pikir sendiri)

References
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm
Kamus dewan edisi ketiga.

Tamat persoalan untuk saat ini.

Paaaaaaaiiiii.

Monday, October 01, 2012

Cinta itu indah sebenarnya






Cinta itu indah,
Cinta itu fitrah,
Cinta itu nikmat dari Nya,
Jangan takut dengan cinta itu,
Biar ia meresap dalam diri,

Sewaktu perasaan cinta menguasai diri,
Di waktu inilah diri akan di uji.  
Tubuh menjadi medah peperangan,
Antara nafsu dan iman,
Jika nafsu pemenangnya,
Maka binasalah diri,
Jika sebaliknya,
Berbahagiah lah diri.

Hadirnya bagaikan angin,
Tidak boleh dilihat,
Hanya mampu di rasai,

Sewaktu hadirnya,
Salurkan kejalan redhaNya,
Baru bahagia dunia dan akhirat….


Sekian post kali ini

J

Relax-relax selalu

****************


Tanda-tanda jatuh cinta ♥♥♥



1, 2, 3,

Ok kita tukar mood kepada jiwang lak ye pembaca sekalian.



Mat jiwang sila teruskan…….

*************

Apa itu cinta???

Bagi diri ku, cinta ialah satu perasaan sayang yang sangat kuat kepada seseorang selain ibu bapa dan keluarga. Dalam erti kata lain sayang^10 (sayang kuasa sepuluh) kepada seseorang. (ingat ye pembaca sekalian, sayang^infinity kepada Allah SWT tau )


Cinta pertama.

Sering kali orang mengatakan cinta pertama sukar di lupakan. Tahukah anda kenapa???

Ini kerana:-
-Cinta pertama mengajar kita mengenal apa itu CINTA.
-Cinta pertama mengajar kita mengenal apa itu cemburu
-Cinta pertama membuat kita merasai sesuatu yang tak pernah korang rasa dan sewaktu dengannya…



Symptom or tanda-tanda penyakit cinta (tanda-tanda jatuh cinta):-

-Korang akan sentiasa mengingati orang tersebut.

-Korang akan sentiasa mahu jumpa dengan orang tersebut.

-Korang akan rasa best bila jumpa dengan orang tersebut.

-Korang akan jadi tak keruan or tak tentu arah.

-Korang rasa sentiasa ingin bersama dengan orang tersebut.

-Korang risau tak tentu pasal terhadap orang tersebut.

-Korang akan rasa sakit hati yang teramat apabila orang tersebut buat sesuatu yang negative dekat korang, walaupun benda yang di buat itu hanya negative sedikit je. (pandai2 la fahamkan)

-Ada certain time, korang akan jadi moody bila tak jumpa dengan dia terlalu lama.

-Korang ingin tahu segala aktiviti si dia (memang penyibuk tahap CIPAN la orang kata).

-Korang rasa risau teramat padahal si dia hanya selsema je pun.

-Korang rasa jeles bila si dia bercakap dengan orang lain.

Dan sewaktu dengannya (terlalu banyak tanda-tanda jatuh cinta ni. selebihnya korang fikir sendiri la yo)



Jika bertambah kronik, boleh menyebabkan:

-Bunuh diri.

-Tergadai maruah diri.

-Kawin lari.

-Moody selalu.

Dan sewaktu denganya…..



Ubatnya:

-Sentiasa berdoa

-Kuatkan iman….



Berdasarkan tanda-tanda jatuh cinta tadi, korang jangan hairan kenapa orang sanggup mati kerana cinta. Korang juga jangan hairan kenapa si gadis sanggup memberi tubuh mereka kepada lelaki-lelaki di luar sana.

Tuntasnya, cinta itu membuat korang merasai sesuatu di dalam diri yang belum pernah korang merasai selama ini.

Warning!!!!!
Tanda-tanda di atas jangan di biar menjadi kronik kerana binasa diri. Jangan lupa ubatnya iaitu doa dan iman.

Kata akhir dari ku,
Hadirnya cinta inilah perlu di jaga dan di salurkan ke jalan yang betul.
Jangan biarkan cinta ini di kuasai nafsu.


Yang benar,
Mat jiwang….

*************

Itu dia karangan dari mat jiwang yang tak berapa nak jiwang bila di baca. Oit mat jiwang, macam mana kamu tahu tanda-tanda jatuh cinta ni??? Apa-apa pun, setiap orang tak sama sebenarnya.

Bila relax baca apa yang mat jiwang type, dapat di simpulkan di sini bawasanya cinta pertama sukar di lupakan dan cinta itu indah jika mendapat redha dariNya.


Sambungannya---> click sini

Sekian dari relax pulak,

Yang benar
Relax equal to tenang


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!