Sunday, March 30, 2014

Kuatkan lah hati ini


Assalamualaikum pengunjung blog ku yang secara sengaja atau tak sengaja. Terima kasih ku ucapkan kepada kalian kerana termasuk di dalam blog ni ye. Ok, bla bla bla bla..... Baca jela ayat di bawah.


Dalam senda gurau,

Dalam senyum dan tawa,

Ku sembunyi kedukaan di hati,

Tiada yang tahu,

Melainkan Dia,

Bertapa sakit nya diri ku,

Tiada yang mengerti,

Ku pohon,

Kuatkan hati yang lemah,

Hadirkan kekuatan,

Untuk ku menempuh jalan ini,

Jalan kebenaran penuh liku,

Tiada kekuatan melainkan Dia,

Harus kembali kepada Dia,

Dia pemilik hati ini...


Apa - apa pun ingatlah Allah untuk mendapatkan hati yang tenang.

Ok, cau lu....

Semoga kita sentiasa di beri hidayah dan kekuatan.


Thursday, March 27, 2014

Ingatan buat mu wahai hawa



Wahai perempuan, wahai perempuan, wahai perempuan,

Kadang ku kesian dengan kaum mu,

Sering di main oleh sang lelaki,

Kehormatan mu di ambil oleh diri penggelar lelaki,

Sedangkan diri mu permata di dasar lautan,

Bersinar di lautan dalam,

Bukan mudah nak di dekati,

Apatah lagi di sentuh,

Ku seru kalian kembali kepada Nya,

Kembalikan hakikat hawa,

Jangan mudah biarkan diri di sentuh,

Oleh Lelaki bermulut manis,

Dunia ini menipu,

Sedarlah wahai kalian,

Mahalkan diri mu,

Jadilah bidadari dunia.

Menjaga kehormatan,

Tidak sesekali membenarkan diri mu di sentuh.

Kembali kepada fitrah Islam.

Ok, ayat copy paste saja

Relax tenang

Pai..


Untuk mu wahai hawa



Buka kan minda tenang kan hati. Wahai insan bergelar perempuan di luar sana. Baca lah tulisan ku ini:

Lelaki yang baik tidak akan sesekali mengajak diri mu ke arah maksiat.
Lelaki yang baik tidak akan sesekali memegang diri mu.
Lelaki yang baik sentiasa menjaga kehormatan diri mu.
Lelaki yang baik tidak akan sesekali merosakkan diri mu.

Jadi, kalau lelaki tersebut melanggar salah satu perkara di atas. Baik kah lelaki tersebut????

Selamat berfikir...

Relax tenang...


Dari suka lahirnya cinta


Bukalah minda dan cuba fahami ayat di bawah. Selamat memahami.


Kata ku satu kebenaran,

Yang di ungkap secara bersahaja,

Sedarlah kepada yang tahu,

Dan mengarutlah kepada yang tak tahu,


Dari suka,

Lahirnya sayang,

Dari sayang,

Lahirnya cinta,

Tetapi itu kepada manusia,

Tidak pada Ilahi,

Suka dan sayang tiada,

Yang ada hanyalah cinta,

Ayuh cintai Dia.


Ungkapan maaf di sebut,

Andai diri terasa salah,

Sentiasa lah merasa diri salah,

Jadi,

Ungkapan maaf akan sering di ungkap.



Sekian ayat yang muncul di kepala ku untuk hari ini 28/3/2014.

Relax bukan penulis ye. So, faham-faham la ye.

Macam artikel sebelum ini,

Tegur ku andai ku salah.

Senyum saja.

Relax tenang.

Pai...

Untuk mu wahai isteri



Sibuk atau busy, ku latih diri hadapinya. Demi sebuah pengalaman, ukhuwah dan tanggungjawab, ku redah jalan ini. Semoga di rahmati kalian seluruhnya. (tiba-tiba ada gagak lalu.... tteeeetttt.... bersambung... layan jelah artikel di bawah)


Kata keramat ku simpan,

Untuk di luah pada yang sudi,

Mengisi kekosongan di hati,

Menjadi peneman dalam perjuangan,

Bersama-sama kejar cinta abadi,

Di sini dan sana,

Kita kan bersama,

Tiada terpisah,

Melainkan takdir yang Esa,

Dia penentu segalanya,

Tenang,

Segalanya kerana Dia,

Redha saja.

Untuk mu wahai isteri.



Ok Tiba-tiba ayat di atas muncul di waktu ini. Jangan muntah ya. Cuma nak bagi tau, jangan terlalu mudah mengungkap kata cinta pada yang tak halal. Jadikan kalimat keramat special buat si dia yang menawan hati mu dan menjadi suri di hati mu.


Peringatan dari ku:
Jaga hati, ingat Dia selalu. Sentiasa lah istiqfar.

Relax tenang.

Kata akhir dari ku:
Teguran kalian tentang kekilafan diri akan menyedarkan ku. So, tegurlah diri ku andai salah yang relax lakukan.

Tata..

Wednesday, March 19, 2014

Selalulah ingat Dia


Hidup kena sentiasa ingat Dia. Jangan sesekali lupa Dia. Ingat lah pesan ku ini.

Resah atau gelisah, 
Ini semua dugaan, 
Harus kita hadapinya dengan tabah, 
Hadapilah ia dengan penuh keredhaan.


Andai datang sesuatu yang menyakitkan hati, 
Sesuatu yang membuat korang marah,
Marah itu pula kerana nafsu jahat,
Makanya diam dan kata dalam hati,
Tiada daya kekuatan melainkan Allah,
Segala yang berlaku atas ketentuan dari Nya.


Andai diri korang teramat mencintai dunia,
Katakan dalam diri,
Ini semua wujud baharu,
Tak perlu di kejar sangat,
Nafi segalanya,
Yang tinggal hanya lah Dia.


Pejam kan mata,
Menafikan yang tiada,
Mengadakan yang memang ada,
Nafi sebenar nafi,
Yang tinggal hanyalah ada.


Datang suci,
Kembali suci,
Jangan lupa siapa diri,
jangan lalai,
Usah berdiam,
Perlu di lakukan secepat mungkin,
Mencari kembali diri dahulu.



Sekian kata pendek dari ku,

Kita harus kuat.

Relax tenang.

Pai..

Tegur ku andai ku salah.



Tuesday, March 11, 2014

Cara mengenal Allah SWT


Kita kuat kerana Dia. Harus di ucap kata syukor semahu-mahunya. Alhamdulilah.

Hari ni relax rasa nak jawab sikit satu soalan iaitu:

Macam mana kita nak kenal Dia?
Dengan beribadah.

Macam mana beribadah tu?
Apabila melakukan ibadah pastikan luar dan dalam seiring.

Macam mana nak bagi dalam tu bergerak dengan yang di luar?
Pergi cari seseorang yang di beri nikmat supaya boleh di bimbing diri itu.

Macam mana nak dapat seseorang yang di beri nikmat?
Istiqfar banyak-banyak, tinggalkan perkara mungkar dan berdoa banyak-banyak.

Itulah caranya...

Kuncinya,
Bersihkan hati tu daripada segala dosa besar dan kecil. Banyakkan istiqfar dan berdoa.

Sekian perkonsian dari ku,

Selamat mendapatkan Dia.

One more thing,
Tegur ku andai diri ku salah.


Relax tenang

Dia lebih mengetahui yang mana betul dan yang mana salah.

Friday, March 07, 2014

Hidup ini satu perjuangan


Hai, relax harap kita sentiasa teguh di jalan redhaNya. Biarlah kita hanya berseorangan di jalan ini, andai benar jalan tersebut teruskan laluinya kerana Dia bersama dengan orang-orang yang benar. Biarlah kita pelik di mata mereka, pelik kita itu mencari redhaNya. Kita pelik kerana jalan kita berbeza dengan mereka. 

Ketahuilah wahai saudara saudari sekalian, jalan ke sesuatu kebahagian memang begitu. Tidak ramai yang ingin laluinya kerana penuh dengan onak duri. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh laluinya. 

Yang sukar itu indah akhirnya, 
Itulah jalan ini. 
Teruskan laluinya, 
Jangan berpatah balik. 
Senyum dan tenang, 
Laluinya dengan keteguhan hati, 
Tak lerai di gertak, 
Tak lerai di herdik, 
Teguh di atas prinsip yang satu. 
Aku memilih Dia, 
Aku harus lalui jalan ini.

Sekian intro post kali ni,


Termenung sendirian,

Menghitung bintang di kegelapan malam

Mengharap bintang sentiasa ada,

Untuk menyinari kegelapan,

Tanpa bintang,

Hilang sinar,

Hilanglah keindahan malam,

Gelap dan terus gelaplah malam,

Harus di cari kembali benda yang hilang,

Mencari bintang hiasi malam.



Yang tersurat nampak di mata, yang tersirat nampak di hati. Pandang lah dengan mata hati, di situ lah kebenaran.

Teguh hati, teguh iman, selamat berjuang insan bergelar hamba.

Sekian dari ku,

RELAX.


Wednesday, March 05, 2014

Mencari mutiara di lautan


Semoga sihat selalu kalian sekalian. Jangan lupa mulakan hari anda dengan senyuman dan akhiri hari anda dengan kemaafan.

Ku coret kata hati,
Melepaskan kegusaran di hati,
Coretan rahsia menjadi pegangan,
Biar hanya aku yang tahu.



Dalam mencari mutiara di lautan,

Diri ku terkandas di lautan,

Tiada arah hendak ku tuju,

Apabila itu berlaku,

Ku kuatkan kata hati,

Memacu semangat mencari jalan,

Kadang jalan yang ku tuju benar,

Kadang jalan itu salah,

Lelah ku di lautan ini,

Sehingga kini,

Mutiara itu masih ku cari,

Tidak ku ketahui sampai bila,

Yang pasti,

Mutiara itu harus ku cari,

Walau pelbagai jalan ku lalui,

Tiada luntur semangat ku,

Kerana ku tahu,

Sesuatu berharga itu,

Memang sukar di dapati,

Tetapi tak mustahil mendapatkannya,

Oleh itu,

Akan ku cari mutiara itu sehingga jumpa,

Semoga kekuatan itu ada,

Menghiasi sanubari ku,

Menjadi cahaya di kala gelap,

Menunjuk arah mutiara itu,

Untuk diri ku mendapatkannya.


Sekian tulisan hitam untuk kalian.

Relax tenang.

Senyumlah selalu.


Jangan memuji dan jangan juga menghina


Assalamualaikum semua,

Jangan terlalu memuji diri ku.
Takut kau kecewa di kala diri ku melakukan kesilapan.
Kita sama wahai saudara saudari.
Kita datang dari tempat yang sama.
Datangnya suci,
Harus kembali pun suci.

Jangan juga menghina diri ku,
Hakikatnya aku seorang manusia,
Tak lari daripada kesilapan,
Jangan menghina,
Sebaliknya menegur.

Kau dan aku,
Kita serupa,
Sama-sama baik,
Itu pada mulanya,
Kerana dunia,
Kita jadi sebaliknya,
Itu sebab kita kena cari diri kita dahulu,
Diri kita yang pada mulanya,
Suci dan bersih,
Tidak di nodai dengan dosa,

Ayuh, ayuh dan ayuh jadi diri kita dahulu,
Diri kita yang suci,
Andai diri sekarang melakukan kemungkaran,
Ketahuilah wahai kalian,
Ini bukan diri kita,
Sebaliknya diri baik itulah diri kita,
Harus kita dapatkan diri kita itu.


Akhir kata dari ku,
Jangan memuji,
Jangan juga menghina,
Sesungguhnya kita sama,
Kita lah manusia.


Sudah berulang kali ku katakan,
Diri ku tidak pandai dalam bercerita,
Andai tunggang langgang apa yang di ceritakan,
Maaf ku ucapkan.

Bersihkan hati,
Kejar cinta dia,
Ayuh bersama dapatkan Dia.



Sekian dari ku,

Pai....

Wasiat khalifah Umar al-Khattab



Wasiat khalifah Umar al-Khattab sebelum beliau meninggal dunia.

  • Jika engkau ingin mencela atau mencaci seseorang, cacilah dirimu, kerana cela mu lebih banyak daripadanya.
  • Bila engkau ingin memusuhi seseorang, maka musuhilah perut mu dahulu, kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya buatmu selain perut.
  • Bila engkau mahu memuji seseorang, pujilah Allah, kerana tiada seorang manusia pun banyak memberi kepadamu, dan lebih lembut dan bersantun selain Allah. 
  • Jika engaku ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia, kerana apabila engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji. 
  • Bila engkau bersiap-siap untuk melakukan sesuatu, maka bersiaplah untuk mati, kerana jika engkau tidak membuat persiapan, engkau akan menderita, rugi dan menyesal.
  • Bila engkau mahu menuntut sesuatu ilmu, maka tuntutlah ilmu akhirat, kerana engkau tidak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.




Tuntasnya, hindari daripada mencela orang lain, jaga pemakanan kita, sentiasa lah memuji Allah, jangan kejar dunia sangat, persiapkan diri untuk mati dan tuntutlah ilmu akhirat.

Itu lah kesimpulanya yang relax dapat buat.

Ingat ye saudara saudari sekalian.

Sumber:

Monday, March 03, 2014

Aku mencari yang tiada


Ungkapan di mulut, siapa pun boleh lakukan. Melaksanakan apa yang di ungkapkan, tidak semua boleh lakukan. Apa yang di ungkapkan pulak, benarkah apa yang di hati???
Jawapan dalam diri sendiri. Cumanya, ayuh buktikan percakapan kita dengan perbuatan.  

Biarkan mereka berkata-kata,
Mereka tidak tahu apa yang kita lakukan,

Aku mencari yang tiada,
Tiada yang ada,
Adanya tersembunyi,
Tersembunyi pada yang nyata,
Cuba mencari dan melihat,
Melihat pada yang ada,
Ada yang tiada,
Haruslah mencari,
Haruslah memburu,
Tiada jadi ada,
Selamat memburu wahai pencari.

Sungguh,
Kita tak pandai,
Sungguh,
Kita lemah,
Sungguh,
Semuanya dari Dia,
Sungguh,
Kita tiada apa-apa,
Sedarkah kita.

Dalam diri yang ada,
Sifat buruk tiada,
Sifat baik ada,
Barulah hati terasa ada,
Seterusnya kasih kepadaNya ada.

Indah wajah berseri-seri,
Tetapi hati tiada seri,
Tahukah wahai penyeri,
Dia melihat pada hati yang berseri,
Bukan pada wajah berseri.

Sekian ayat pendek untuk hari ni.



Selamat berjuang.

Senyum lah selalu.

Tenang-tenang aja.

Relax tenang.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!