Friday, April 28, 2017

Ya Allah aku dah penat 2


Hari ni cuma nak cakap. Aku makin penat.

Hari ni rasa nak menangis. Nampak kuat x berapa kuat sebenarnya.

Mana taknya, email mengatakan gaji tahun ni tak naik. Padahal setiap tahun gaji naik. Tahun ni tak naik.

Lepas tu bila fikir dengan kerja yang makin menjadi-jadi.

Adoi entahlah malas cakap apa.

Semoga makin kuat diri ini.

Saturday, April 22, 2017

Semakin penat ku rasa


Satu kisah daripada mamat yang ingin meluahkan perasaannya. Relax itu nama owner relax tenang. Lalalala... 

3
2
1
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ini kisah benar, lahir daripada hati yang tulus mengharap satu perubahan dalam diri.

Kisah ku bermula daripada awal pagi.
Bangun pagi, ku celik kan mata lalu gagah ku berdiri. Kata zikir dan berdoa ku “Allahhuakbar, Allahhuakbar, subahanallah, berikan lah ku kekuatan hari ini untuk menjalani hidup ini, Allahhuakbar. Subhanallah.”

Zikir dan doa ku ucap, semata mencapai kekuatan untuk ku redha dengan kerja ku kini. Untuk memunculkan kekuatan di dalam diri. Memancar satu semangat dalam diri. Untuk meninggikan keimanan ku yang goyah ini. Untuk melawan segala anasir jahat semakin hampir kini.

Yup, benar, diri ini makin penat dengan kerja ku kini. Tiada tentu hala, lari daripada bidang. Itu ini, semua harus ku lakukan. Bohong kalau ku katakan tidak penat. Kontraktor, tukang besi, cleaner, juruteknik, segala-galanya diri ini.

Banyak benda harus ku fikirkan, ada tujuan ku terus kekal di sini. Bukan ku pinta, redha jelah ku kini. Semoga ada satu perubahan nanti.

Berikan kekuatan meneruskan langkah ini. Lenguh dan sengal badan ini, berjalan ke sana sani, selagi kudrat masih ada kini, teruskan melangkah dan redah sahaja jalan ini.

Semoga redha lah diri ini.

Relax pasti, segalanya berlaku ada hikmahnya.

Kuat sikit bro...



Tuesday, April 11, 2017

Ya Allah Aku Dah Penat


Mungkin ini dugaan buat ku.

Serius aku dah penat  dengan kerja aku sekarang.

Harap di beri kekuatan.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!