Sunday, August 28, 2016

Kematian pasti menjemput kita


Group Telegram
Daripada sS:

SAJAK KEMATIAN

Lagu ini sebuah lagu sepi
Irama ini sebuah irama tanpa melodi
Aku karangkan sebuah sajak kematian
Kerana angin sudah tiada lagi nyanyian
Kerana gema sudah kehilangan getaran
Terkaku beku tanpa gerak lakuan
Terpadam sudah cahaya mentari alam
Tertumpah sudah lautan angan dan impian
Saat diusung tandu kepergian
Untuk melangkah ke alam pembaringan panjang
Dalam ruang kegelapan yang misterinya masih belum terpecahkan
Kerana pengunjung yang telah berkunjung tiada pernah pulang membuka selubung
Bagaimana ketakutan perasaan ketika disana
Hanya khabar berita dan cerita-cerita yang amat jauh dari suasana hakikatnya
Yang telah pergi saja yang tahu bagaimana kesukaran atau kesenangannya
Jangan engkau memandang kepada jasad kakumu itu
Itu hanyalah tembikar tanah yang pulang kepada ketanahannya
Pandanglah sebenar dirimu itu roh yang selama ini menggerakkan jasadmu
Dan rasamu tetap hidup dan bakal merasakan kesakitan atau kesejahteraan
Dan suasana barzakhmu adalah menurut amal dan lakumu selama hidupmu atas dunia
Tiada lagi sahabat...
Tiada lagi teman.....
Tiada lagi pertolongan....
Hanya kesendirian menanti sejuta kemungkinan dalam persoalan
Apakah akan disapa sebagai tetamu kesayangan?
Atau tanpa sapaan hanya herdikan yang meluruhkan jiwa dan perasaan
Oh....keharuan yang tak terungkapkan.

Salam sang fakir
Amir Debu Alam

Sekian sajak yang relax dapat daripada group Telegram.

Ayat dan katanya menyedar kan diri ini.

Jadi relax letak dalam ni. Moga siapa yang membacanya menyedar juga akan hakikat kematian.

Mati itu pasti.
Bagaimana kita di sana nanti.
Adakah anda pasti.
Syurga itu menanti.

Sekian daripada ku.

Luahan selepas sudah bekerja


Salam semua,

Nampak gayanya dah lama sangat tak update blog. Sebulan lebih dah kut. Gila aahhh..

Biasa lah, bila dah kerja ni. Nak update tu letih sikit. Bukan letih sebab apa, letih di tempat kerja tu membawa ke rumah. Barulah tau sukarnya nak cari duit dan penatnya mencari duit. Addooiiii penat weeeiii..

Nak bayar hutang PTPTN lagi, sebulah nak dekat RM400 gak lah campur diploma dan degree. Amboi dah macam ada kereta or motor sebuah dah.

Nak buat macam mana, tak ada pilihan, hutang wajib di bayar sehingga selesai semuanya. Sabar je lah, mungkin ada hikmahnya nanti. Sabar lah wahai diri....

Okay sekian luahan dari relax untuk kali ini.


Aduh... Saat luah benda di atas. Terlupa pula apa sebenarnya relax nak tulis. Aiyo, masalah betul. Tak pa la, relax ingat nanti relax tulis balik artikel baru.

Pai pai semua..

Yoooo...

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!