Saturday, August 29, 2015

Terkenang dia


Terkenang dia yang sudah pergi jauh.

Terkenang dia yang memasakkan keropok saat pergi rumahnya.

Terkenang dia yang tak pernah mengeluh saat menjamu kami yang bertandang di rumah.

Hahaha...

Begini rasanya kehilangan seseorang selamanya di dunia.

Sedih.

Walau ku cuba bertenang,

Takungan air tetap ada di mata itu,

Saat kenangan itu hadir di fikiran,

Saat itu juga titisan sukar ku tahan,

Ok,

Bertenang saja.

Pai..

Friday, August 28, 2015

Berbicara ku lagi tentang cinta


Hai semua,

Salam sejahtera dan semoga di rahmati Allah selalu wahai saudara seIslam dengan ku.

Entah mengapa relax rasa nak tulis tentang cinta akhir-akhir ni. Eeermmm pelik betul.

Berbicara tentang cinta. Usah berbohong dan berbicara tentang cinta jika hanya teori semata. Cinta itu perlu di rasai untuk di ungkap dan di ceritakan.

Sakit lah diri jika terlalu menyinta. Di sebabkan itu relax pohon kepada orang di luar sana. Usah la terlalu menyinta. Sakit nya sukar ku ungkap.

Cintai manusia, cukup lah sekadarnya sahaja kerana cinta itu pemberian dariNya. Dia bagi untuk kita rasa. Boleh jadi satu ujian, boleh jadi juga sebaliknya.

Sudah berulang kali ku kata, cinta itu milik Dia sepenuhnya. Dia sahaja yang layak di beri cinta. Setulu Ikhlasnya hati.

Dia pandang hanya hati. Hati yang ikhlas kerana Dia. Makanya hati itu harus di cuci. Di cuci dengan amal.

Eeehhhh relax masih memikirkan, perlu tidak ku ceritakan. Perkara bermain di minda.

Sekian daripada ku,

Peace yoo..

Relax tenang.

(Ayat lebih kurang je macam sebelum ni. Lalalalala)

Tegur ku andai ku salah.

Saturday, August 22, 2015

Berbicara kembali tentang cinta


Berbicara soal cinta.

Tentu sakit andai di sakiti.

Ditinggal oleh yang di cintai.

Tentu punah hati.

Punah juga andai cinta itu ditolak.

Ku melihat sekeliling ku.

Banyak juga kecewa kerana cinta.

Tiba tiba takut hadir dalam diri.

Takut pula ingin bercinta.

Takut di sakiti.

Takut juga di tinggalkan.

Tentu sakit tak terperi.

Luka dalam sukar dilihat.

Mungkin kena berhati hati.

Dengan cinta sebelum kahwin.

Mudah mudahan berhati hatilah kita sekalian.

Ok habis dah bab tulisan pendek. Meh sini relax nak terangkan sikit perbezaan antara cinta sebelum dan sesudah kahwin.

Cinta belum kahwin

Cuba bayangkan korang suruh awek korang buat sesuatu. Lalu awek korang tak nak buat. Lepas tu korang marah awek korang. Korang sedar tak, awek korang sebenarnya tak wajib pun ikut perintah korang. Tak dapat dosa pun kalau awek korang tak ikut perintah korang. Nak tahu tak kenapa? Sebab korang bukan suami dia. Sedar tak korang. Hehe. Dalam erti kata lain korang tak ada hak sepenuhnya lagi terhadap awek korang. Berbeza lepas kahwin.

Cinta lepas kahwin

Cerita cinta lepas kahwin pula. Berbeza dengan sebelum kahwin. Apabila korang dah berkahwin. Korang ada hak sepenuhnya terhadap awek korang. Sebab awek korang dah jadi bini korang. Korang suruh la awek korang buat apa pun. Dia wajib ikut selagi perintah korang tidak langgar hukum Islam. Tetapi berhati perut la sikit wahai suami, jangan duk suruh itu dan ini. Perempuan tu bini korang. Hehe.

Oklah relax hanya terbuka minda untuk menulis tentang lelaki. Kalau perempuan tak terbuka lagi minda. Nanti bila dah terbuka relax tulis ya.

So, tuntasnya relax dapat simpulkan.
Sebelum berkahwin, korang buat relax ja. Tenang tenang aja. Jangan duk suruh itu dan ini berlagak menjadi suami padahal hakikatnya belum lagi.

Tetapi korang kena ingat juga suruhan di dalam islam yang menyuruh kita orang Islam ini mencegah jika melihat perkara mungkar. So, korang buat yang ni je. Iaitu menasihat mana perlu kepada orang lain.

Sekian daripada relax,

Tegur ku andai ku salah.

Oohhh lupa satu perkara. Terima kasih kepada orang tu sebab tegur relax. Sentap gak. Dengan izin Allah akan ku cuba pelbaiki diri dengan teguran tersebut. Terima kasih ye. Senyum sikit.

Monday, August 17, 2015

Kerana cinta itu


Aku kuat kerana cinta.

Cinta yang begitu mendalam.

Demi cinta ku belajar segalanya,

Kerana cinta ku kenal erti dunia,

Semua kerana cinta,

Jika cinta,

Pelbagai rasa di rasai,

Jika tiada,

Itu bukan lah cinta,

Boleh jadi,

Suka atau pun sayang,

Cinta,

Jika ku ulas,

Pasti tiada yang mempercaya,

Ini kerana,

Cinta itu ilmu rasa,

Hanya yang rasa,

Dapat mengungkap,

Apa itu cinta.



Sekian daripada relax,

Untuk mereka yang bercinta, pahit manis tempuh la jua. Semoga di bawah rahmatnya kita bersama.

Tegur ku andai ku silap.



Sunday, August 16, 2015

Maaf daripada ku


Berbicara tentang harapan ni, jujur nya relax tak suka orang letak harapan kepada relax, sebab relax manusia, harapan kepada manusia takut di kemudian hari patah hati dan tidak temui satu ketenangan. Harapan hanya kepada Dia. Mohon ingat ye saudara dan saudari sekalian.


Relax tahu siapa diri relax,

Dia tahu siapa diri relax,

Tidak sempurna diri relax,

Ada juga kesilapan diri relax,

Kadang terkandas di persimpangan,

Sehinggakan ku biar diri terkandas,

Bergerak sedikit demi sedikit walau terkandas,

Jadinya,

Maaf ku ucap daripada ku.

Pai pai.

Tips bertemu jodoh


Tips daripada kakak relax untuk mencari pasangan hidup.

Buat selama 3 hari berturut-turut.

Bangun pagi dalam lingkungan pukul tiga:

Lepas tu solat:
1. Taubat
2. Tahajud
3. Istikharah
4. Hajat

Dia kata dia pernah buat, menjadi katanya.

So, kepada sesiapa yang nak mencuba tu boleh la kut cuba tips di atas.

Walahu'alam.

Sekian daripada relax.

Tenang di rasa bila berjumpa jodoh kita


Ada satu ayat yang relax tak faham,

Ada orang kata, apabila kita dah bertemu jodoh kita, kita akan berasa tenang.

Eeeermmmm bila bermain soal hati dan cinta ni, boleh kah kita bertenang.

Eeerrmm entah la. Relax tak tau, masih mencari dan menafsir apa kah maksud tenang.

Sebab relax tengok, orang yang dah kahwin, ada je yang bergaduh sana sini. Adakah mereka merasakan ketenangan di dalam diri???

Masih mencari jawapan kepada ayat ni.

Sesiapa yang tahu jawapan nya mohon bagi tau relax ye.

Peace yoo..

Pandangan ku tentang jodoh


Dah lama tak bersoal tentang jodoh ni.

Hari ni rasa nak tulis pasal jodoh ni. Jodoh ni seperti yang kita tahu sudah di tetapkan sejak azali lagi.

Usaha kita ialah berkawan untuk kenal hati budi kita masing-masing. Tetapi dalam berkawan tu kena jaga juga la adab-adab sesama kita. Di dalam berkawan, jangan pula letak pengharapan kepada manusia. Harapan hanya kepada Dia. (Eeerrrmm relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan).

Pengang ayat "Kalau dah jodoh tak ke mana. P mai p mai tang tu."

Bila korang pegang ayat di atas, mesti korang rasa tenang sikit. Tetapi nak pengang dan percaya ayat di atas tentu tentu la kena iman yang kuat. Tak semua orang boleh pegang ayat di atas.

Tetapi yang relax belajar bab jodoh sebelum ni memang macam tu. Usaha la macam mana pun, kalau di takdirkan jodoh korang bukan dengan dia. Tak jadi bersatu juga. Sama la juga, tolak la macam mana pun, kalau dah jodoh korang dengan dia, bersatu juga.

So, tenang aja.

Faham ku kini tentang jodoh:-

Kepada lelaki yang tak mampu bertenang dahulu, dah kau tahu tak mampu, jangan duk usik perempuan. Nanti kesian kat perempuan tu menunggu kau yang belum tentu hidupnya. Bila dah mampu baru la mencari pasangan. (tengok balik dalam Al Quran orang yang mampu berkahwin dalam Islam tu macam mana)

Kepada perempuan pula, eeermmm pandai-pandai la memilih lelaki untuk di jadikan suami. Sebab dia la yang akan bimbing korang. Kalau korang nak serius dengan lelaki tengok juga latar belakang lelaki tu. Pastikan dia mampu, baru la boleh korang nak serius, sebab dia dah mampu, mesti-mesti la kalau korang ajak lekai tu kahwin. Mesti dia nak. Tetapi bila seseorang lelaki tu dah mampu, dia bagi banyak alasan lagi nak kahwin dengan korang, korang tinggal je lelaki tu. Boleh jadi dia tak serius pun dengan korang.

Meh sini nak tulis sikit ayat pendek pasal jodoh ni:

Jodoh,
Cerminan bagi diri,
Baik diri mu,
Baiklah jodoh mu,
Begitu juga sebaliknya,

Jodoh,
Sudah di tetapkan,
Bertenang saja,
P mai p mai tang tu,

Agak dah mampu,
Istikharah lah dahulu,
Minta petunjuk,
Benarkah jodohku,

Dia saja yang tahu,
Siapa jodoh kita,

Kita hamba,
Bukan tuhan,
Usahalah seperti hamba,
Jangan melampau batas,

U know what I mean.

Sekian daripada relax.

Salah silap relax mohon di tegur.

Bertenang saja.


Semoga termui jodoh yang baik semua



Mengikut peredaran waktu juga di kenali masa. Relax mulai sedar hakikat hidup. Hakikat perkahwinan. Kenal siapakah diri ini. Kelemahan dan kelebihan diri. Segala puji bagi Nya.

Banyak lagi kena pebetul sebelum melangkah ke alam yang lebih advance. Kini ku tiada harapan kepada manusia, ku berharap kepada Dia. Dengan izin Nya.

Jujur nya kini relax lebih memikirkan cara sara diri dan bayar hutang. Al maklumlah, belajar dulu guna duit pinjamankan.

Apa apa pun kepada siapa yang sedang mencari jodohnya. Satu tips relax nak bagi, dekat kan diri kepada Dia. Nanti datang la tu jodoh. Lepas tu berdoa banyak-banyak.

Sekian kata yang terpancar di fikiran.

Doa baik-baik ku kepada kalian.

Semoga termui jodoh yang baik juga.

Peace yoo...

Saturday, August 08, 2015

Beristeri 10


Salam semua. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Di atas limpah dan kurniaNya. Dapat ku tulis di sini tentang apa yang ingin relax tulis.
Ok baru lepas interview hari ni. Ok lah. Segala puji bagi Nya.
Tertengok video di laman sosial tentang seorang lelaki yang punyai 10 isteri. Semua isterinya tinggal sebumbung. (Berita dekat Ind.............)
Eermmm korang cari sendiri video 2 eak.
Tak pakar sangat bab hadis dan terjemahan ni. Cuma tertanya la boleh kah kahwin lebih daripada 4?
Lalu proses mencari jawapan pun bermula. Inilah hasil carian relax.


Wednesday, August 05, 2015

Perginya seorang yang di segani




Hujan turun bagai mengerti satu kesedihan tersemat di hati
Tidak terluah di bibir
Tersembunyi di dasar hati
Hanya mampu memberi
Satu potongan ayat di masa ini
Begitulah hidup di sini
Kembali juga kepada Ilahi
Redha kan diri
Menerima takdir ini
Ayuh melangkah mencari kembali
Benda yang tiada pasti
Syurga atau neraka
Itu urusan Ilahi
Hidup bukan hanya disini
Di sana pula nanti
Amalan di sini
Penentu kita di sana nanti
Khamis 6/8/2015
0810 (tak pasti masanya. Dalam lingkungan ni)
Perginya mak tok ku
Kerajinan dan kebaikannya menjadi contoh
Semoga di rahmati Dia selalu

Terjumpa ayat ni


Ayat copy paste drpd Misbah Zubir.

⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇

Assalamualaikum ustazah..seorg sedara sy nie sgt suka memburuk2kan dan melaga2kan koga sedangkan yg sebenar2nya dia yg melakukan tp dia menuduh org lain yg buat cth pinjam wang,berbohong pd org tuanya,mgumpat,pecah belahkan koga dan mcm2 lg sehinggakan koga dh jd sedih dan menyampah pd dia..apakah yg harus kami lakukan utk menginsafkan diri dia dr terusan bersikap begitu..tksh.

👉Nabi saw sendiri pun Allah tak suruh ubah perangai orang. Yg boleh ubah perangai orang hanyalah Allah.

Kita nak nak pi ibah orang memei laa kita akan pening 😊

Soo apa yg kita boleh buat, Ubah diri kita terlebih dahulu, Kalau urusan kita dgn Allah selesai.. Kemudian kita minta (Doa) Allah ubah orang lain untuk diri kita..

Hanya Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak.

Tegur relax andai relax salah.

Saturday, August 01, 2015

Berteman menyapa alam


Hari ni di temani alam lagi,

Kali ini ku membawa teman,

Beramai ramai menikmati alam,

Berusaha menyapa alam,

Demi satu ketenangan,

Demi satu kegembiraa,

Sudah ku kata,

Keseorangan itu ketenangan,

Beramai itu kegembiraan,

Dalam diam ku senyum keseorangan,

Melihat telatah teman,

Tetapi mereka kuat,

Kuat menempuh rintangan,

Nampak satu semangat,

Dalam diri wahai teman,

Semangat itu lah di bawa dalam kehidupan,

Menempuh segala rintangan,

Berjuang dan terus berjuang,

Semoga kuatlah kita sekalian.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!