Tuesday, April 28, 2015

Kuatlah wahai diri



Kadang dalam kita tahan air mata itu mengalir juga tanpa di minta.

Itu bermakna badan kita sudah tidak mampu lagi menahan sedih ataupun tekanan di dalam diri.

Menangis itu normal tetapi selalu menangis tu kurang normal.

Jadinya kurangkan lah nangis wahai sahabat dan pembaca sekalian.

Tak pasal bengkak mata tu nanti. 

Apabila lelah,
Penat dengan ujian,
Penat dengan kereneh orang,
Pejamkan mata dan fikirlah,
Tiada daya upaya melainkan Allah setiap berlaku atas ketentuan Allah.

Tenang dan redha lah wahai diri.

Tiada persengketaan.

Tiada keganasan.

Peace yoo.

What ever you say I'am okay. (Macam kenal je ayat ni. Hehe. Pinjam kejap yo)



Monday, April 20, 2015

Budaya membodohkan orang


Assalamualaikum semua,

Sekian lama muncul kembali. Ada idea tapi duk hold dulu. Tu yang tak update tu. Hehe.

Selalu dengar perkataan bodoh di lontar kepada orang lain tanpa ada perasaan serba salah sedikit pun.

Bagi relax, bodoh itu satu penghinaan. 

Bagi ku juga, kepala otak itu lagi okay daripada perkataan bodoh. Begitu juga dengan perkataan yang ada di lontar kepada orang lain iaitu "tengokorak kau."

Perkataan kepala otak dan tengokorak kau tu merujuk kepada benda yang memang ada pada diri kita. So, bagi ku bukan satu penghinaan.

Bebeza dengan perkataan bodoh yang dilontar kepada orang lain. Ini satu penghinaan. 

Apa-apa pun jangan la sesedap rasa je membodohkan orang lain. Ini lah adalah satu perkara yang sangatlah tidak elok. 

Begitu juga perkataan yang sewaktu dengannya.

Paling elok jangan kata apa-apa yang menyakitkan hati orang.

Tuntasnya jaga lidah itu.

Semoga kita dapat menjaga lidah kita dan mengawal marah dalam diri kita.

Sekian daripada relax.

Sabar dan teruslah sabar.

Relax tenang.

Peace yoo.

Tegur ku andai relax salah.


Monday, April 13, 2015

Hidup itu sentiasa di beri pilihan



Kita bertemu kembali wahai silent reader.
Hidup setiasa di beri pilihan. Kita yang tentukan pilihan tersebut. Jadinya pilih lah jalan yang di redhai Nya.

Pilihan yang di buat haruslah menggunakan akal yang waras tanpa ada anasir negatif di dalam diri.

Okay lah maaf di atas keburukkan tulisan di atas. Biasa lah, daripada dulu nak betulkan tulisan atas tu. Tetapi tak betul-betul. Haha... Tak tau la macam mana nak bagi elok kembali tulisan. hehe.

Friday, April 03, 2015

Lebih baik diam apabila marah


Bercakap apabila merah.

Membuat sesuatu apabila marah.

Berdebat ketika marah,

Mengikut pengalaman relax. Apa sahaja benda yang kita buat apabila sendang marah banyak mendatang kan keburukkan daripada kuburukkan.

Bercakap apabila marah, banyak percakapan daripada syaitan ataupun nafsu. Bukan daripada diri kita yang sebenar. Kita di kawal oleh syaitan. Apa kita cakap lebih banyak benda mengarut dan menyakitkan hati orang lain.

Berdebat ketika marah, banyak percakapan tipu yang kita keluarkan. Banyak juga percakapan yang mengikut nafsu kita keluarkan. Kita berhujah bukan nak menegakkan kebenaran tetapi kita berhujah sebab nak menangkan diri kita walau pun kita di pihak yang salah.

Membuat sesuatu apabila kita marah. Banyak benda bodoh yang kita lakukan. Perbuatan yang kita lakukan mungkin akan memberi kesalan kepada diri kita. Mungkin juga perbuatan kita itu juga akan membuatkan diri kita kelihatan kurang siuman dan bodoh di mata orang lain.


Apabila marah beransur reda, kita kembali kepada diri kita yang asal, kita kembali menggunakan akal kita. Di waktu itu, baru kita sedar semua yang kita katakan ketika marah, perbuatan yang kita lakukan ketika marah memang memalukan. Timbul satu kesalan di dalam diri kita. Baru kita terasa diri kita bodoh. 


Itu mengikut pengalaman relax la. Tak tau la korang.

Jadinya jangan biarkan marah kuasai diri. Just cuba bertenang dan istiqfar banyak-banyak.

InsyaAllah diri tak di pengaruhi syaitan.

Apabila marah, berhenti seketika daripada apa yang kita lakukan dan cuba bertenang dan istiqfar. 

Kalau boleh jauhi orang lain dan cuba diamkan diri seketika.

Cari lah Allah kembali ketika marah.

Buatlah apa pun yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Macam berwuduk ke, baca Al Quran ke dan sewaktu dengan nya.

Bersukan ke. haha Itu relax, korang tak tau lah.

Ok lah tenang-tenang aja. 

Sekian daripada ku.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!