Friday, April 03, 2015

Lebih baik diam apabila marah


Bercakap apabila merah.

Membuat sesuatu apabila marah.

Berdebat ketika marah,

Mengikut pengalaman relax. Apa sahaja benda yang kita buat apabila sendang marah banyak mendatang kan keburukkan daripada kuburukkan.

Bercakap apabila marah, banyak percakapan daripada syaitan ataupun nafsu. Bukan daripada diri kita yang sebenar. Kita di kawal oleh syaitan. Apa kita cakap lebih banyak benda mengarut dan menyakitkan hati orang lain.

Berdebat ketika marah, banyak percakapan tipu yang kita keluarkan. Banyak juga percakapan yang mengikut nafsu kita keluarkan. Kita berhujah bukan nak menegakkan kebenaran tetapi kita berhujah sebab nak menangkan diri kita walau pun kita di pihak yang salah.

Membuat sesuatu apabila kita marah. Banyak benda bodoh yang kita lakukan. Perbuatan yang kita lakukan mungkin akan memberi kesalan kepada diri kita. Mungkin juga perbuatan kita itu juga akan membuatkan diri kita kelihatan kurang siuman dan bodoh di mata orang lain.


Apabila marah beransur reda, kita kembali kepada diri kita yang asal, kita kembali menggunakan akal kita. Di waktu itu, baru kita sedar semua yang kita katakan ketika marah, perbuatan yang kita lakukan ketika marah memang memalukan. Timbul satu kesalan di dalam diri kita. Baru kita terasa diri kita bodoh. 


Itu mengikut pengalaman relax la. Tak tau la korang.

Jadinya jangan biarkan marah kuasai diri. Just cuba bertenang dan istiqfar banyak-banyak.

InsyaAllah diri tak di pengaruhi syaitan.

Apabila marah, berhenti seketika daripada apa yang kita lakukan dan cuba bertenang dan istiqfar. 

Kalau boleh jauhi orang lain dan cuba diamkan diri seketika.

Cari lah Allah kembali ketika marah.

Buatlah apa pun yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Macam berwuduk ke, baca Al Quran ke dan sewaktu dengan nya.

Bersukan ke. haha Itu relax, korang tak tau lah.

Ok lah tenang-tenang aja. 

Sekian daripada ku.


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!