Sunday, December 18, 2016

Tempat kenangan satu ketika dahulu


Hai semua. Jumpa lagi kita. Ok mana ada jumpa. Selamat membaca kembali semua. Hehe. 

Hari ini takda kerja. Saja berjalan jalan di satu tempat. Boleh dikatakan tempat kenangan. 

Tempat meninggalkan sepuluh satu kenangan. (Sepuluh sahaja sebab tak banyak sangat kenangan di sini). 

Tempat relax mendapatkan wang dahulu. Sekejap je keja sini tak lama pun.  Tapi ada la kenangan tu. Hari ni saja datang sini setelah 6 tahun tak datang. 

Nak tengok orang dahulu ada lagi tak sini. Setelah di teliti. Orang lain pula yang ganti. Mana pergi orang lama itu relax tak tahu. Biarlah apa pun. 

Tempat masih sama. Orang dah bertukar.  Itulah kesimpulannya. Sekian coleteh relax kali ini.

Inilah tempat yang meningalkan sepuluh satu kenangan.

Saturday, December 17, 2016

Apabila ayah ku berbicara 1


Apabila ayah relax berbicara:

"Jarang la abah dengar orang hutang bayar rm200 bulan-bulan akan bayar lebih jika dapat duit lebih. Selalu duit lebih tu akan di gunakan untuk keperluan diri sendiri ."

Lebih kurang begitu lah ayat dia. Betul juga kata ayah ku itu.

Apa pun jika berhutang. Kita perlu lunas kan secepat mungkin.

Sekian daripada relax.

Yakin dan percaya itu kunci keimanan


Pernah ku dengar

Percaya dan yakin itu kunci iman

Percaya dengan Ilahi

Yakin dengan Ilahi

Percaya dan yakin

Mudah mengungkap

Mudah di laksanalan

Sampai bila

Itu menjadi persoalan

Masa berlawan dalam diri

Sukar hendak ku singkir

Semoga mendapat kekuatan

Mendapat juga keberkatan

Tidak lupa satu pentunjuk

Untuk ku terus utuh dengan satu keyakinan

Sekian

Saat rindu menjelma


Saat rindu menjelma

Ku pejam mata

Memikir tetang dia

Saat rindu datang

Ku pejam mata

Cuba menyingkir perasaan rindu

Jauh nun di sana

Bila di fikir

Baru ku tahu

Apa erti berjauhan

Mengapa perlu di satukan

Apa harus ku lakukan

Buntu seketika

Moga diberi satu kekuatan

Monday, December 12, 2016

Aku pening kepala


Okay, hari ni rasa nak luah sesuatu dalam blog ni. 

Hanya nak luah gelisah dan pening di dalam diri sahaja. hehe.. Boleh tak gitu. 

Biasa la pening sebab bila fikirkan soal masa depan, kawin, kereta, motor dan rumah.

Pening bila relax fikir nak kahwin nanti modal banyak.

Nak beli kereta untuk masa depan pun model banyak. Makna kata nak beli kereta baru lepas tu besar sikit. Yela nak ready berkeluarga kan ada anak, isteri bagai.

Lepas tu nak ada rumah sendiri, sebab rumah makin naik harga. Takut pula relax bila tengok harga rumah.

Motor pula tak ada lagi, motor sekarang motor my dad. Aiyo...

Lepas tu ptptn pula kena settle kan. Kena bayar diploma dan ijazah. 

Duit pula tak boleh nak dapat kan semua sekali gus. Kena satu-satu. Aduh pening kepala bila fikir nak dapatkan yang mana dulu.

Kahwin ka,
Selesaikan PTPTN dulu ka,
Kereta dulu ka nak dapatkan,
Motor dulu ka nak dapatkan,
Ke adakan rumah sendiri dahulu.


Entah la.. Kusut kepala dan pening.

Ok pai..


Sunday, December 11, 2016

Nampaklah aku cepat kesian dekat orang


Assalamualaikum.


Rasa nak cerita sesuatu dekat korang.

Hari ni message seseorang tentang fyp.  Lepas tu dia hantar ayat ni dekat relax.

"Awk npe x nk jumpe sy? Sy bkn nk kt awk ape pn. Sy nk fyp sy ni settle je. Sy dh xtau ade silap kt mne lg dh."

Mula mula memang la rasa nak biar je dia ni buat sendiri fyp dia. Nak bagi dia usaha sendiri la. Malas nak ambil tau sangat sebab relax memang tak tau sangat nak selesaikan masalah dia tu. 

Tetapi bila dia bagi je ayat macam atas tu, adduuhhhh lemah semangat pula. Rasa tergerak hati nak tolong la pula. Ish2..

Nampak la relax ni cepat kesian kat orang. Aiyo susah macam ni.

Ish2.. Okay lah nak bagi tau yang ni je.

Nak tengok macam mana nak selesaikan masalah dia ni.

Pai..

Sunday, December 04, 2016

Bagaimana caranya memudahkan segala urusan anda


Hai semua.


Selamat membaca semua.

Okay hari ini mood bercerita. Nak certai sikit dekat korang. Cerita dia macam ini:


Ahad 4 dec 2016. Relax pergi sesuatu tempat. Nak buat urusan sedikit di situ. Pergi dah lewat dah. Tekan mesin number dapat la number 2059. Number semasa itu dalam 2026. 




Masa dapat number tu terfikir dah aadduhh lama lagi giliran relax. 

Dah rasa tak best dah time tu. Tapi nak buat macam mana urusan relax perlu di selesaikan juga. Jadi relax pergi la di satu sudut untuk menunggu giliran relax di panggil dan tepapar di atas screen number.

Dalam berlalu untuk ke tempat menunggu, ada melintas dekat seorang mamat ni. Tiba-tiba mamat tersebut hulur satu number yang bernumber 2031. Okay masa dia hulur tu tergamam relax, tak tengok dah muka dia, terus ambil number tu dah pergi menunggu di satu sudut.

Masa tu masih tergamam, jadi relax tak cakap la terima kasih ke apa dekat mamat tu. Hahaha... Yela cuba korang bayangkan jika tiba-tiba orang tak di kenali bagi number dekat korang. Korang pun mesti macam relax, tergamam tak tau nak kata apa. 

Di sebab kan kejadian ini, relax dapat lah selesaikan urusan relax dengan cepat. Terima kasih relax ucapkan kepada mamat tersebut. hehe...

Okay point dia sekarang, relax cuma nak bagi tahu korang bahawa setiap yang berlaku atas ketentuan daripada Nya. Kita datang lambat di sesuatu tempat belum tentu kita akan balik lambat. Kalau Allah dah kata kita boleh balik awal maka terjadilah. Macam kes relax ni la. 

Contoh lain dapat relax bagi ialah orang yang tak tinggi dalam pelajaranya belum tentu akan miskin dan tidak dapat kerja bagus. Kalau Allah berkehendak mahu menjadikan dia kaya maka jadi lah dia kalah.

Setiap berlaku atas ketentuan Dia bro and sis. Jadi di sini sebagai hamba redha and berserah lah diri tu kepada Allah dalam sesuatu perkara. Baru lah Allah bantu ye... 

Okay lah sekian coleteh relax hari ini. 

Tegur ku andai ku salah.

Lalalala, pai pai...


Sunday, November 27, 2016

Kahwin


Ok hari ni nak luah perasaan sikit. Satu satu kawan relax dah kahwin.

Tiba tiba tertanya dalam diri. Relax pula bila lagi..

Eermmm entah lah.

Tido tarik nafas dan ikut aturan Nya.

Sekian..

Pai..

Friday, November 25, 2016

Bodek kena kuat dalam alam pekerjaan


Hai korang... Rasa nak tulis sesuatu dalam blog ni. 

Tak selalu update sebab kerja. Balik kerja penat. Rehat-rehat kan badan lepas tu online seketika, lepas tu tidur. Rutin diri relax selalu bergitu lah.

Hari ni ada la bersembang sedikit dengan seseorang. Relax cakap lah, dekat tempat kerja relax buat kerja tapi jenis tak cakap dekat siapa-siapa. Jumpa masalah, selesaikan masalah tersebut dan senyap. Orang tengok settle dah benda tu.

Sebab relax merasakan tak penting pun bagi tahu semua kerja kita ni. Asal siap problem tu kira okay dah. Okay begitu lah relax rasa selama ini.

Tetapi kali ini tiba tiba berbincang dengan seseorang. Dia cakap bila di alam pekerjaan ini. Kau kena la bagi tahu apa kerja kau buat dekat orang. Baru lah okay sikit. Bukan apa, nak bagi tahu kau buat kerja. Nanti orang ingat kau tak buat kerja pula. Alam pekerjaan ni lain sikit, semua kerja and apa-apa masalah kau kena bagi tahu. Baru betu kerja tersebut. Lepas ni kau kena ubah cara kerja kau. Jangan senyap dah.

Okay lebih kurang begitu lah perbualan kami berdua tadi. Bab nak ubat tu lah susah sikit sebab relax ni jenis buat apa-apa senyap je. Sebab rasa tak penting pun nak bagi tahu. Ye la bila sesuatu masalah timbul, orang hanya nak tengok masalah tersebut selesai. Bukan nak tau siapa yang buat. 

Betul tak korang????


Hehe..

Okay tengok dahulu relax nak ubah ke tidak cara kerja relax ni.

Okay lah,

Sekian..

Aiyo berapa banyak okay lah..

Apa-apa nak bagu tahu komen di bawah.


Monday, November 14, 2016

Kenapa sukar untuk ku memberi


Sudah puas ku mencuba

Memberi dan ikhlas kan hati

Dalam memberi yang di sayangi

Kenapa masih sukar

Persoalah yang bermain di fikiran

Mencari jawapnya.

Sekian
Luahan hati ini.

Wednesday, November 09, 2016

How to link Visual Nastran (VN) to Matlab


Nantikan artikel di atas. Bakal di tulis nanti. Sabar ye semua.

Tajuk lain yang berkaitan:

Cara nak sambungkan Visual Nastran to Matlab.

How to design model in Visual Nastran.

What is FLC?

What is Fuzzy Logic Controller.?

How to fix error in Visual Nastran?

How to install Visual Nastran?

Cara nak install Visual Nastran?


Perbincangan dajal.


Hai semua,

Kemenangan presiden baru di US buat relax takut.

Bukan sebab apa, hanya sebab ada orang mengatakan dia ialah geng iluminati, geng dajal lah dan banyak lagi lah,

Nampak lah dunia makin di penghujungnya. Terasa takut pula. Nampak lah nipis lagi iman relax.

Eeermmmm..... 

Tiba-tiba dalam whasapp ada kami berbincang tentang hal ini, relax pun hantar la message:-

"Kenal Allah pun tak lagi ni. Dunia dah penghujung ni. Macam mana ni. 

Lalu ada seorang yang balas:-

"Kita selalu duk bersyukur atas nikmat yang di beri... Dah redha selalu... Dah kira kenal dah la tu."


Ayat yang di beri oleh seseorang di atas buat relax dapat bertenang seketika dan kurang sedikit rasa takut.

Terima kasih si pemberi ayat.


Sekian nukilan kali ini.

Pai.

Tuesday, November 08, 2016

Aku merindu


Puisi rindu buat dia

Aku rindu

Rindu diri kamu

Cinta hadir

Pasti berbekal rindu

Kerana cinta setulus hati

Pasti ada merindui

Jauh merindu

Dekat merindu

Di biar rasa pedih

Kalih rindu

Sibukkan diri.

Itu sahaja yang ku tahu.

Peace yoo.



Erti sebenar ukhuwah U__C

Hai semua. Jumpa lagi kita. Lama tak update. Maaf la yo. Dengar sikit luahan daripada seseorang ini.

Malam ini aku ada terbaca ayat panjang lebar daripada sahabat aku. Baca pada mulanya tiada masalah. Tiada apa apa perasaan. Lalu aku melihat komen status tersebut.

Di situ aku melihat kawan kawan seperjuangan di dalam kelab ku komen. Melihat mereka bergurau  senda dalam komen tersebut.

Tersenyum aku selepas itu. Terhibur melihat komen mereka. Lalu aku teringat kembali waktu dahulu.  Kita duduk semeja di kedai makan dan meeting.

Kita bergurau senda. Terkenang semuanya kenangan lalu. Gelak tawa mereka segalanya tentang mereka.

Tiba tiba air mata keluar. Hahahaha. tersenyum aku sendirian.  Mungkin aku merindui saat itu. Sekeras hati aku. Merindu juga kepada mereka.

Kini mereka semua makin hilang.

Hilang kembali ke tempat asal.

Walau pertemuan sesingkat ini

Cukup memberi ku pengalaman

Pengalaman merasai

Erti sebenar sebuah ukhuwah.

Walau di mana mereka berada

Kenagan kita akan segar dalam ingatan

Semoga berjaya semuanya

Sekian coretan rindu  daripada  diri ku.

Aku hilang dahulu

Hahahaha

Nak lap air mata jap.

Lalala..

Pai

Oklah sekian luahan hati mamat kesedihan.

Selamat semua

Daripada diri ku

Relax

Saturday, October 22, 2016

Mana pergi sang mentari


Menyapa angin,
Bertanya alam,
Mana pergi sang menteri,
Yang dahulu ada,
Kini hilang.
Sekian daripada relax....


Sunday, September 04, 2016

Projek besar daripada diri ku



First step untuk memulakan hidup di kemudian hari. Tebang dan buang semua pokok.

Lepas ni tanah pula kena letak.

Lepas tanah kena tarik benang.

Tiang dan sebagainya.

Masih banyak yang perlu di lakukan.

Semoga kuat diri ini melakukan semua ini.

Sekian daripada ku.

Relax Tenang.

Cerita sang penderhaka


Sang penderhaka....

Menjadi tungangan sang penderhaka,

Menjadi kawan sang penderhaka,

Mungkin sang penderhaka peluk erat tubuh ini,

Bila boleh ku lepaskan,

Masih menjadi persoalan,

Sukar pula hendak di lepaskan,

Setelah sekian lama menjadi tungangan,

bila nak di lepaskan,

Masih menjadi persoalan....


Sekian coretan kali ini...

Relax tenang selalu...


Cerita tentang jodoh


Menyepi dahulu,

Kembali kini,

Itulah diri ku,

Nama relax di gunakan...


Jodoh,

Tak perlu di cari,

Hadir sendiri,

Jika benar jodoh bersatu nanti.


Hadir sendiri???

Jika benar-benar yakin boleh dapat.


Biarlah apa pun. Peganglah pengangan masing-masing. Pengang pula sebenar pegang. Jangan ada keraguan. Barulah dapat.

Faham ke tidak apa relax nak sampaikan..

Harap faham la ye.

Sunday, August 28, 2016

Kematian pasti menjemput kita


Group Telegram
Daripada sS:

SAJAK KEMATIAN

Lagu ini sebuah lagu sepi
Irama ini sebuah irama tanpa melodi
Aku karangkan sebuah sajak kematian
Kerana angin sudah tiada lagi nyanyian
Kerana gema sudah kehilangan getaran
Terkaku beku tanpa gerak lakuan
Terpadam sudah cahaya mentari alam
Tertumpah sudah lautan angan dan impian
Saat diusung tandu kepergian
Untuk melangkah ke alam pembaringan panjang
Dalam ruang kegelapan yang misterinya masih belum terpecahkan
Kerana pengunjung yang telah berkunjung tiada pernah pulang membuka selubung
Bagaimana ketakutan perasaan ketika disana
Hanya khabar berita dan cerita-cerita yang amat jauh dari suasana hakikatnya
Yang telah pergi saja yang tahu bagaimana kesukaran atau kesenangannya
Jangan engkau memandang kepada jasad kakumu itu
Itu hanyalah tembikar tanah yang pulang kepada ketanahannya
Pandanglah sebenar dirimu itu roh yang selama ini menggerakkan jasadmu
Dan rasamu tetap hidup dan bakal merasakan kesakitan atau kesejahteraan
Dan suasana barzakhmu adalah menurut amal dan lakumu selama hidupmu atas dunia
Tiada lagi sahabat...
Tiada lagi teman.....
Tiada lagi pertolongan....
Hanya kesendirian menanti sejuta kemungkinan dalam persoalan
Apakah akan disapa sebagai tetamu kesayangan?
Atau tanpa sapaan hanya herdikan yang meluruhkan jiwa dan perasaan
Oh....keharuan yang tak terungkapkan.

Salam sang fakir
Amir Debu Alam

Sekian sajak yang relax dapat daripada group Telegram.

Ayat dan katanya menyedar kan diri ini.

Jadi relax letak dalam ni. Moga siapa yang membacanya menyedar juga akan hakikat kematian.

Mati itu pasti.
Bagaimana kita di sana nanti.
Adakah anda pasti.
Syurga itu menanti.

Sekian daripada ku.

Luahan selepas sudah bekerja


Salam semua,

Nampak gayanya dah lama sangat tak update blog. Sebulan lebih dah kut. Gila aahhh..

Biasa lah, bila dah kerja ni. Nak update tu letih sikit. Bukan letih sebab apa, letih di tempat kerja tu membawa ke rumah. Barulah tau sukarnya nak cari duit dan penatnya mencari duit. Addooiiii penat weeeiii..

Nak bayar hutang PTPTN lagi, sebulah nak dekat RM400 gak lah campur diploma dan degree. Amboi dah macam ada kereta or motor sebuah dah.

Nak buat macam mana, tak ada pilihan, hutang wajib di bayar sehingga selesai semuanya. Sabar je lah, mungkin ada hikmahnya nanti. Sabar lah wahai diri....

Okay sekian luahan dari relax untuk kali ini.


Aduh... Saat luah benda di atas. Terlupa pula apa sebenarnya relax nak tulis. Aiyo, masalah betul. Tak pa la, relax ingat nanti relax tulis balik artikel baru.

Pai pai semua..

Yoooo...

Saturday, July 16, 2016

Kenangan ini akan ku simpan semat dia pikiran

Kadang aku malas terkenang saat saat indah

Takut merindui seterusnya menangisi

Terkenang peristiwa indah sudah mula membuat air mata ini berair

Kadang kadang sebak aku rasa saat terkenang

Jadi aku cuba simpan kenangan ini hindar daripada menjelma

Sedih dan rindu aku dapat rasa

Hendak ku luahkan apa guna

Hanya air mata mengalir nanti

Jadi ku biar dalam diri

Luah hanya dia dalam ini

Tempat mengucap kata hati

Mungkin relax tenang menjadi kata hati

Sekian nukilan ku kali ini.

Wednesday, July 06, 2016

Benarkah itu jodoh ku


Jodoh,

Entahlah,

Diri ku merasakan kau bukan jodoh ku,

Tetapi hati ku berkata sebaliknya,

Ku ungkap kata bukan jodoh ku,

Hanya semata menyedap diri ini,

Bila ku fikir,

Ku takut,

Takut jodoh itu tiada,

Bagaimana perasaan ku nanti,

Perasaan kau nanti,

Entah lah,

Tidak ku tahu,

Di dasar hati ku,

Ku merasakan jodoh itu ada,

Hanya belum tiba masanya,

Untuk kita di permudahkan..


3 zaman yang kita akan lalui


Selamat hari raya semua,

Belum terlambat lagi rasanya relax nak ucap ucapan di atas. Baru raya kedua kan. Hehehe...

Hari ni rasa macam nak luah perasaan sikit dalam blog ni. Bukan apa, pening kepala bila di letakkan di dalam akal fikiran. Hendak ku ceritakan kepada manusia, takut tidak di endahkan, takut juga orang jemu mendengar luahan rasa ini, takut juga diri ini di cop lemah. Eerrmm manusia gitu la. Weeerrkk nak ke tidak relax nak cerita juga kalau relax rasa perlu di ceritakan kepada manusia masalah ku. hahaha.. lalalalaa...

Zaman sekolah kita memikirkan Universiti mana akan kita masuk dan kos apa akan kita ambil. 

Zaman Universiti pula, kita fikir pula tentang kerja apa lah nanti kita nak kerja lepas habis universiti ni.

Zaman kerja pula kita mula lah fikir pasal kahwin, rumah, motor, kereta dan barang keperluan lain untuk diri kita.

2 zaman yang relax nyatakan di atas telah berjaya ku lalui, sekarang masuk di dalam pekerjaan. Alam yang agak memeningkan bagi relax sebab relax kena rancang hidup relax di masa hadapan. Apa yang lebih utama perlu ku laksanakan. Perancangan demi perancanga di lakukan, masih memikirkan perancangan lain. Memikirkan cara untuk mencapai matlamat. 

Addooiiii pppeeenniiinngg wwwwoooiii......

Semoga berjaya relax lalui zaman ini.

Sekian luahan hati ku kini..

Peace yoo..

Tak apa, percaya dan yakin kepada Dia... Pasti boleh..

Hip hip huray..


Wednesday, June 29, 2016

Alam pekerjaan 1


Hai and Assalamualaikum relax ucapkan kepada pembaca sekalian.

Lama menghilang bukan kerana diri ku sudah tidak berminat untuk menulis artikel di dalam blog ini, tetapi relax tiada daya upaya untuk menulis dek kerana penat selepas balik daripada kerja. Barulah relax tahu kenapa orang kerja balik-balik penat lalu rasa nak tidor awal. Tambah-tambah kerja yang dilakukan teruk. Lagi lah penat lepas nak balik tu.

Kerja ni macam-macam orang relax jumpa, ada kaki cucuk belakang, ada yang keras kepala, ada yang suka buat pala dan banyak lagi lah. Sebagai seorang yang masih baru di alam pekerjaan, relax lebih banyak diam dan melihat cara diorang bekerja dan pemikiran diorang. Tak nak tunjuk memandai lagi, relax dan ayuh lihat orang dahulu. Lantaklah diorang kata relax tak pandai dalam sesuatu bab. Nak tengok juga diorang punya pemikiran macam mana.

Setelah melihat lalu melihat pernagai orang relax dapat satu kunci yang di pegang oleh diorang. Pengangan itu ialah keyakinan. Di dalam pekerjaan ini keyakinan itu sangat penting. Walau kita tidak tahu sangat sesuatu perkara, jangan mudah gelabah, goreng sahaja benda tersebut dengan penuh yakin. Itulah yang relax tengok orang yang sudah lama kerja buat. Yakin je ulas padahal ada juga lah salahnya. Adui macam ini pun ada ka. hahahahaha....


Habis cerita bab kerja, bosan ke tidak korang baca I don't care. Lalalala... Ada relax kesah.. Weeerrkkk..

Aku melihat itu,

Aku melihat ini,

Tiada mampu ku lakukan apa-apa,

Hanya melihat dan menunggu,

Menunggu ia tiba,

Akan ku tunggu dan terus tunggu.


Sekian artikel sepintas lalu tentang kerja daripada Relax...

Sekian,

Pai...

Friday, May 13, 2016

Kenapa bercerai


Caakk muncul relax hari ni.

Relax berfikir menagapa orang yang sudah berkahwin lama. Tiba tiba bercerai dalam erti kata lain berpisah. Kenapa orang yang dah lama berkahwin pun ada perpisahan. Padahal dah lama kan pelik kan.

Cerai atau perpisahan di dalam rumah tangga ialah satu kaedah terakhir yang di lakukan apabila persefaham dalam satu perhubungan sudah tidak dapat di capai.

Boleh jadi tiada jalan lain lagi boleh di lakukan melainkan bercerai. Mungkin si suami sudah tidak dapat menerima si isteri. Mungkin juga si isteri susah tidak dapat menerima si suami.

Dalam kes yang berlaku di persekitaran relax, si suami tidak melafazkan kata cerai malahan si isteri pula tidak pula meminta fasakh. Anak mereka pula ramai. Si isteri tidak menghormati si suami. Bergaduh tu boleh di katakan selalu juga la.

Pelik kan. Kenapa mereka tidak berpisah. Pening juga relax bila memikirkan. Ish2.

Kalau relax jadi laki tu. Relax rasa dah ceraikan isteri dia. Yela isteri yang dah tak pandai hormat suami. Lepas 2 kita buat macam islam suruh. Jika isteri derhaka kepada suami, asingkan tempat tidor selama 3 hari. Jadi lepas dah buat gitu. Si isteri masih tidak pandai hormat suami apa lagi jalan yang si suami ada. Tentulah bercerai. Itu pendapat relax lah.

Aahhh entah la. Sekian post yang saja-saja hari ni.

Pai.

Wednesday, April 20, 2016

Perlunya menipu di alam pekerjaan


Hari ni rasa macam nak tulis artikel dalam bahasa utara la. Walau tak pandai sangat takpa la. Hentam saja la labu.

Terlalu banyak kerja, pecah itu, pecah ini adoi penat badan malam baru balik. Duit tu alhamdulilah. Okay saja. Hehe.

Alam kebudak budakkan alam keremajaan alam kedewasaan alam belajar dan kini alam pekerjaan. Masih menempuh dah cuba serasikan diri di alam pekerjaan ini. Harap di permudahkan di alam ini.

Bermacam yang relax belajar di alam pekerjaan ini. Salah satu nya dan paling kena buat ialah sabar sabar dan sabar. Tiga kali relax ulang pekertaan sabar ni sebab alam ini memang kena banyak bersabar. Tak sabar mampuih semua orang kena bedai atau kena kerja tempat tukar tukar.

Kita kena sabar juga di alam pekerjaan ini kerana kita perlu berurusan dengan manusia yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam. Aduh letih bak hang.

Pandai cakap dan menipu. Dua faktor yang relax rasa perlu ada juga di dalam diri seorang pekerja. Hehe. Pelik kan bila relax memasukkan katerial menipu ni kan. Ada sebab nya wahau pembaca. Relax dah kena dah. Jujur sangat habis. So kena la pandai pandai nak hidup.

Menipu demi satu kebaikkan. Tambah tambah bila kita di perlakukan seperti kuli batak di mana suruh bekerja tanpa gaji atau di suruh bekerja buat itu dan ini sehinggakan lari daripada job scope kita. Atau pun bekerja dengan majikan yang tiada hati peruk dan zalim. Haaaaa di sinilah gunanya penipuan.

Kenapa kena tipu?
Kita akan di tindas jika tidak menipu. Jika jujur maka mendatangkan keburukkan kepada diri kita. Makanya menipulah diri kita untuk kebaikkan diri sendiri. Itu lah maksud relax.

Contoh situasinya begini: bayangkanlah waktu ahad ialah waktu public holiday kita dan jika majikan meminta kita hadir waktu itu. Majikan perlu membayar double kepada kita. Jika pekerjaan seseorang itu ialah sebagai seorang technician. Tiba tiba ada kerosakkan berlaku waktu ahad. Majikan pun panggil lah kita suruh selesaikan masalah itu. Ceritanya majikan suruh kita datang tapi tak nak bayar double pay dekat kita. Tapi suruh settle kan kerja tu. Sekali tak apa la kita kira halal lah. Kalau dah banyak kali. Itu sudah di kira majikan tindas kita. Haaa di sinilah gunanya pembohongan. Lain kali majikan suruh datang selesaikan masalah semasa hari ahad. Kita bagi lah alasan kita di tempat lain atau sewaktu dengannya. Hehehe.

Dan situasi lain yang berkaitan. Faham faham sendiri la ye.

Kalau bab pandai cakap pula. Biasa la, kena pandai cakap la sebab nak ambil hati majikan kan. Hehe.

Entah la betul atau tidak cara di atas. Yang pasti jangan ikut apa relax tulis. Pikir dulu dan baru pikir patut tak buat seperti di atas.

Pendapat relax je atas ni ye.

Oklah sekian daripada relax.

Tegur ku andai ku salah.

Sekian.

Relax tenang.

Ok nampaknya tak da bahasa utara pun.

Lalala bior la. Wweerkk

Sunday, March 13, 2016

Semua nya sudah di takdir kan


Salam kembali pembaca sekalian.

Terbaca dan hendak baca, itu semua ketentuan daripada Nya.

Dia dah aturkan segalanya.... Redha itu sangatlah penting.

8/3/2016 Relax terbabit di dalam kemalangan. Kereta company yang di naiki oleh relax nak masuk kilang tempat relax bekerja sekarang. Lalu sebuah motor EX5 melanggar penjuru kiri tepi kereta. Alhamdulilah penunggan wanita tersebut terselamat dan tiada kecederaan serius yang berlaku. Kaki dia terseliuh dan luka sedikit.

Masa mula-mula kena tu, relax macam biasalah, relax je. Tak cuak sangat sebab budak tu tak serius sangat. Tetapi bila dah lama sikit baru lah terpikir, kalaulah budak tu kecederaan serius, mampus relax. Confirm kena saman dan lain-lain. Aduh parah.

Di sebabkan terlalu banyak fikir kejadian kemalangan tersebut, relax rasa tak best sikit bila bawa kereta ni. Tambah-tambah bila nak belok belah kiri. Terkenang kejadian tersebut. 11/3/2016 hari tu, di sebabkan terkenanang kejadian tu sewaktu bawa kereta. Tayar kereta pula masuk longkang. Selamat lah kereta tu tak jadi apa-apa. Aduh parah, payah macam ni.

Adakah trauma namanya ini. Entah lah, relax pun tak tau. Hari ni tiba-tiba ada satu ayat orang bagi dekat relax yang relax rasa terkesan jugalah kepada diri relax. Ayat tersebut ialah "Hang kena terima semua ni, ini semua dah di tentukan. Bila hang dah pegang ayat ni, barulah hang tak trauma dan tak terkenang dah. Dia suruh hang lebih berhati-hati lepas ni bawa kereta." 

Lepas dengar kata tersebut, relax rasa diri relax okay sikit. Terima kasih lah pemberi ayat di atas ye. Mungkin lepas ni okay sikit diri ini. Tak terkenang dah. Insya Allah.

Jadinya di sini, relax cuma nak pesan dekat korang yang sengaja dan tak sengaja baca post ini supaya berhati-hati semasa memandu. Tambah-tambah bila nak masuk simpang. Pastikan tiada motor dan kenderaan semasa nak masuk. Hati-hati juga dengan titik hitam di side mirror kalian. 

Lagi satu relax nak pesan, apa berlaku atas kehendak Dia. Walau kadang dalam berhati-hati dan dah baca doa, kejadian yang tidak di ingini tetap berlaku. Itulah yang di panggil ketentuan daripadaNya. So, redha je la. Bila dah redha baru lah berlapang sikit dada tu seterusnya tidak terkenang peristiwa yang berlaku.

Hehehe...

Itu sahaja pesan relax kepada kalian.

Semoga di bawah rahmatNya selalu wahai manusia sekalian.

Relax-relax, jangan stress dengan kerja. 

Tenang aja.

Peace yoo.

Tuesday, February 02, 2016

Tips untuk orang bekerja di luar sana


Satu petua untuk mereka yang sudah bekerja di luar sana.

1. Sebelum pergi kerja jangan meluahkan kata-kata negatif seperti "adoi kerja pula dah, malasnya."

2. Selalu redha dengan kerja kita.

3. Jangan mengangap kerja kita satu beban.

4. Jangan di pandang sudut negatif kerja kita.

5. Pandang lah benda positive di dalam kerja kita. Sebagai contoh
"Kita sering di marahi orang atasan, jangan di teringat marah ini tetapi teringatlah kerja ku ini ingin mendapt kewangan untuk melansai hutang-hutang yang ada."

6. Selalu berfikiran positive.

7. Hiraukan kata-kata negative orang lain.

8. Senyumlah walau di marahi dan stress.

9. dan sebagainya...

Yang lain korang fikir sendiri. Apa-apa pun ingatlah mana ada kerja yang senang dalam dunia ni. Lagi satu ingatlah mana ada kita duduk saja lepas tu duit datang dekat kita. Usaha itu kena ada baru lah duit itu mari maa... Bertabah lah dalam menghadapi ragam-ragam manusia di sekeliling kita.

Oklah itu sahaja untuk artikel kali ini.

Pai.


Fasa-fasa hidup manusia


Hai,

Alang-alang relax dah duduk di depan laptop ni. Relax tergerak hati nak tulis dalam blog ni pula. Eh silap bukan tulis tapi taip.

Sebagai seorang manusia, relax berpendapat kita punyai fasa-fasa di dalam hidup. Fasa-fasa di mana akan mematangkan kita. Fasa di mana mengikut diri dan umur kita.

Sebagai contoh di waktu kecil kita tidak memikirkan tentang kewangan dan segala bagai. Benda yang kita fikir kan hanya mainan dan ingin bermain.

Selepas itu kita masuk alam di mana kita ingin berseronok dan terikut ikut cara orang lain. Kita nak jadi itu kita nak jadi ini. Biasalah masih mencari identiti sendiri lah katakan. Dalam erti kata lain masih mencari atau pun membentuk diri sendiri. 

Di waktu terikut ikut ni kita tidak mempunyai pendirian tetap dan sering berubah ubah. Fasa ini juga bagi relax fasa yang bahaya. Bahaya kerana kita terikut ikut dengan orang. Fasa ini kita enjoy diri kita. Tidak kisah apa orang kata, matlamat masih pudar. 

Selepas itu datanglah pula fasa di mana dia dah mula bosan bersendirian, dia dah mula bosan melayan kehendak diri nak itu dan ini. Berjalan sorang-sorang yang dahulu menyeronokkan semakin tak seronok. Bagai ada yang tak kena. Dia dah rasa diri itu memerlukan sesuatu yang baru. Di saat ini barulah sedar mengapa di dalam Al Quran menyebut manusia itu di cipta berpasang pasangan. Rasa tak lengkap diri ini. Bagai ada yang kekurangan. 

Adakah kasih Nya yang kurang? 
Entah lah tiada jawapan di dalam diri ku saat ini.


Selepas fasa yang relax cakap tu relax pun tak tau fasa apa lagi. Berhenti dahulu dekat fasa ni eak. Nanti relax tulis fasa lain pula ye. 

Oklah sekian daripada ku....
Relax tenang

Pai.

Saturday, January 23, 2016

Apa itu jodoh?


Jodoh hadir tanpa di duga,

Ada yang kenal terlalu lama,

Berakhir dengan duka lara,

Ada yang kenal tidak lah lama,

Hidup terus bersama,



Jodoh itu mana lah kita tahu,

Hanya pencipta yang tahu,

Rasayanya semua orang tahu,

Hakikat ini.


Sekian nukilan untuk hari ini.

Pai.

Relax

Wujud tahu segala isi hati


Aku datang jika kau mahu,

Jika tiada lagi di perlukan,

Aku pergi tanpa kata,

Pergi tanpa sebarang nota.


Hadir ku disini,

Kerana ku rasa perlu,


Perlu itu aku tahu,

Aku rasa di perlukan,

Lalu ku ada di sini,

Bersama insan memerlukan.


Ada juga ku tinggalkan,

Pergi tanpa nota,

Kerana ku rasa tidak perlu,

Jadi ku pergi,

Pergi jauh darinya.


Perlu atau tidak,

Ku cuba tangkis diri,

Memerlukan yang tak wujud,

Kerana ku tahu,

Yang wujud yang mengerti,

Segala isi hati.


Sekian daripada ku.

Relax tenang.

Kisah sebuah bekas


Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua.



Nampak bekas biasa,

Tatapi punyai banyak makna.

Mempunyai banyak kenangan.

Melihat bekas ini seakan mengimbas kembali segala detik-detik yang berlaku.

Terkenang la,

Sedih dan seronok,

Semua menjadi satu.

Inilah bekas yang ku maksudkan tadi.

Cinta itu pelengkap


Sekian lama menyepi. Mencari buah fikiran untuk di makan lalu di hidam di dalam blog ini.

Akhinya ketemu jua buah itu.


Cinta hadir melembut hati yang keras,

Hati yang dahulu keras menjadi lembut,

Perasaan yang dahulu pudar semakin cerah,

Semua gara-gara cinta,

Air mata yang tersimpan,

Kini keluar,

Suka dan duka,

Lengkaplah satu kehidupan,

Itulah cinta....


Pendek dan padat,

Pikir dan fahami,

Tentu tahu apa maksud ku ini.


Lalalala...

Peace yoo.

Pai...

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!