Thursday, February 27, 2014

Perkara yang boleh di lakukan oleh ibu mengandung


Ibu mengandung

Apakah amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh mereka. Selain menjaga tingkah laku mereka, ibu mengandung juga boleh mengamalkan surah-surah di bawah. Dengan amalan ini boleh lah anak-anak di dalam kandungan jadi seperti apa yang di catitkan di bawah. Dengan izin Nya. Kita hanya berusaha, selebihnya Allah yang tentukan. Tawakal dan berdoa. Ingat ye wahai ibu mengandung dan bapa-bapa kepada anak kandungan ibu-ibu tersebut.


Bagaimana untuk malhirkan anak yang pandai akalnya dan cerdik jiwa?
Baca surah Luqman

Bagaimana untuk melahirkan anak yang punyai sifat berhati-hati dan membanyakkan susu ibu?
Baca surah Hujurat

Bagaimana untuk melahirkan anak yang berdisiplin?
Baca surah An-Nahl

Bagaimana untuk memperoleh anak yang sabar dan taat di samping memudahkan ibu bersalin?
Baca surah Maryam


Bagaimana untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan baik akhlaknya?
Baca surah Yusuf

Bagaimana untuk mengelakkan anak daripada terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat?
Baca surah Yasin

Sekian amalan yang boleh di lakukan oleh ibu yang mengangdung.


Penambahan untuk ibu mengandung amalkan

  • Baca Surah Al-(t) Taubah kerana pada pembacaan relax, surah ni bagi membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Baca Surah Al-Fatihah kerana pada pembacaan relax, surah ni untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.

Pada pengetahuan ku juga, surah-surah di atas perlu lah di jadikan amalan untuk ibu mengandung. Itu bermakna, baca surah-surah di atas setiap hari di waktu anak di dalam kandungan dan bukan di baca sekali je. 

Itu pada pengetahuan relax la. 


Apa-apa pun. Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan segalanya. Berdoa dan bertawakal jangan di lupakan ye.

Sekian artikel yang terhasil daripada pembacaan relax.

Seperti biasa. Tegur ku andai diri ku melakukan kesalahan.

Relax tenang.

Pai.

Jaga diri. Hati-hati.


Sunday, February 23, 2014

Cinta antara dia dan Dia


Bukan dia yang harus di cari,
Tetapi Dia,
Mengapa Dia?
Dia pencinta sebenar,
Sentiasa bersama suka dan duka,

Mengapa bukan dia?
Ada apa dengan dia,
Apa dapat kalau cinta dia,
Cinta dia dari Dia,
Jangan di cintai dia,
Cintai pemilik cinta dia,
Itulah Dia,
Usah ragu,
Teruskan mencintai Dia,
Cintai sedalam-dalam nya,
Sanggup renangi lautan berapi,
Semata-mata kerana Dia,


Yang indah itu sukar di dapati,
Tetapi tak mustahil mendapatkannya,
Kuasa bermujahadah,
Kuasa istiqomah,
Kedua-duanya perlu ada,
Doa dan tawakal jangan di lupakan,
Semoga kita teguh berdiri di jalan hakiki.

Ayuh tingkatkan amal,
Kejar cinta yang sepatutnya,



Sekian ayat pendek untuk post kali ini.


Peringatan bersama:
Indah diri bukan pada wajahnya tetapi pada hatinya.

dia ialah cinta manusia,
Dia ialah cinta Ilahi,
Jangan di kejar cinta manusia,
Kejarlah cinta Ilahi.

Ingat ye aku dan saudara saudari sekalian.


Andai kesilapan itu ada, jangan malu-malu untuk menegur ku.

(Macam selalu, relax bukan pelukis. So, faham-faham la ye. Lalala, k pai)


Di sini artikel ku di tempatkan. Menjadi sebuah catatan. Untuk tatapan kalian sekalian.

Relax tenang.

Sekian dari ku,

Pai.


Wednesday, February 19, 2014

Ini kisah antara aku, dia dan Dia


Salam kenal semua.

Ini kisah antara aku, dia dan Dia

Pernah satu ketika dulu,
Cinta itu bertandang dalam hatiku,
Perasaan ini pertama bagi ku,
Indah dan sukar di kawal,
Saat ini lah diri ku hanyut dalam dakapan cinta,
Fikiran ku runsing,
Diri ku lemah,
Sedikit demi sedikit,
Diri ku semakin hanyut,
Hanyut di lautan cinta,
Hidup ku mulai tak keruan,
Fikiran ku sentiasa ada dia,

Kini,
Cinta itu tidak lagi indah,
Tetapi menyiksakan,
Aku harap cinta itu lenyap,
Aku tidak mahu cinta ini,

Apa ada dengan cinta???
Ini lah persoalan yang sering bermain di fikiran ku,
Aku di biarkan bersendirian,
Tiada jawapan yang ku temui,


Kini,
Aku mulai sedar,
Cinta itu hadir pemberian dari Nya,
Tak semua dapat merasainya,
Beruntungnya diri ku,
Hadirnya mengusik jiwa,
Menguji sejauh mana cinta ku kepada Dia,
Di berinya rasa ini,
Untuk mengajar aku kuat,
Untuk mengajar aku erti tabah,
Untuk mengajar aku erti pengharapan,
Dia mengajar aku erti redha,
Ya Dia ingin mengajar aku erti cinta sebenar,

Cinta sebenar,
Cinta Dia,
Walau apa pun berlaku,
Dia yang pertama,
Cinta itu indah jika bersandarkan pada Dia,
Cinta itu menyiksakan andai nafsu menjadi tunjangnya,

Kini,
Aku mahukan cinta itu,
Kerana cinta,
Ku mulai sedar,
Bertapa agung kuasa Nya,
Menghadirkan cinta ini
Alhamdulilah,
Semoga cinta kita kerana Dia.


Sekian ayat pendek dari ku. Macam selalu, relax bukan penulis. So, faham-faham la ye.

Kata akhir dari ku:

Cintai dia melalui Dia

Selamat merenung.

Macam selalu juga, tegur ku andai ku silap.

:)

Saturday, February 15, 2014

Berdoa dan teruslah berdoa


Assalamualaikum semua,

Minggu ni selalu jumpa artikel yang berkaitan doa. Di sebabkan itu sudah menjadi kewajipan ku untuk menggabungkan artikel tersebut menjadi satu, untuk tantapan kita sekalian. (Eeeerrkk, poyo nya ayat... Apa jela) 

Hiraukan ayat di atas.

Mungkin Dia suruh kita sentiasa berdoa pada Dia. 

Andai diri di landa kesedihan, 
Andai diri lelah dalam ujian,
Dia ada untuk kita,
Mengadulah pada Dia dengan penuh pengaduan,
Berdoalah agar kesedihan itu hilang,
Berdoalah agar di beri kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut. 


Peringatan untuk kita hari ni:
Jangan pernah mengambil kata orang yang berunsur negative. Kerana mereka itu manusia, kata mereka tiada apa-apa. Di sisi kita ada Allah. Terus lakukan jika perkara itu tak salah dari sudut agama. 
(Relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan. )


(Hanya Allah yang mengetahui benar atau tidak sesuatu perkara)


Artikel copy paste daripada D yang di post dalam FB pada 15/2/2014. So, terima kasih ku ucapkan kepada dia.
*&^*&^*&^*&^*&^
Salam. saya nak share sebuah kisah..

Tiba-tiba teringat cerita Ustaz Mohd Kamil dalam slot motivasi pagi hari tu, tentang ujian.

Kisah itu mengenai isterinya, yang juga seorang penulis terkenal iaitu Pn Roza Roslan

Isterinya semasa kecil merupakan seorang yang kurang pandai dalam pelajaran, tapi beliau sangat ingin utk pergi ke luar negara, jadi beliau berdoa bersungguh-sungguh.

"Ya Allah, jadikan lah aku pandai, jika tidak pun Kau temukan lah aku dgn seorang suami yg akan membawa aku ke luar negara..."

Itu lah doa yang dilafaznya dek kerana impian dia ketika kecil itu...

Namun setelah berpuluh tahun berlalu, Pn Roza tidak perasan pun sebenarnya, Allah telah menjawab doanya itu kerana suaminya telah membawanya berjalan ke lebih daripada berpuluh buah negara...

Hinggalah saat beliau menulis bukunya, barulah beliau terperasankan mengenai doanya itu.

Subhanallah! Betapa Allah sebenarnya mempersiapkan saat yg baik utk kita mendapat apa yg diingini... Kerana DIA bersifat malu untuk menolak permintaan hamba-NYA...

Cuma kadang-kandang kita tidak bersabar atas apa yang kita minta sedangkan Allah maha mengetahui bilakah masa terbaik untuk kita mendapatkannya.

Pengajaran: kadang-kadang apa yang kita ada hari ini adalah apa yang kita pernah doakan suatu ketika dahulu, dan apa yang kita inginkan kadang-kadang bukan lah yang terbaik untuk kita.

Ada masa Allah memberikan nikmat, ada ketika dikirimnya ujian, hingga kadang-kadang terasa bagai putus semua harapan, namun ingatlah tidak lah DIA menjadikan ilham untuk berdoa melainkan DIA ingin mengabulkannya, cuma masanya mungkin bukan sekarang... Mungkin 20 tahun lagi barulah kita layak dan perlu kepada apa yg kita inginkan itu....

Jadi bersabarlah... Solatlah... Berdoa dan terus berdoa

Kerana doa itu walau kadang-kadang penuh dengan perkara yang tidak terjangkau, namun Allah mendengarnya dan percayalah, DIA telah mengukir, takdir yang indah untuk kita...

:')
Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah Engkau biarkan hamba-MU menangis
Kerna kemurahan-MU, kerna kasih sayang-MU

*alhamdulillah, syukur diuji*
*&^*&^*&^*&^*&^

Kesimpulanya, jangan pernah berhenti untuk bedoa. Boleh jadi jika doa kita tidak di makbulkan kerana masanya belum tiba. Mungkin di masa akan datang baru doa kita ini di makbulkan. Bersangka baiklah dengan Allah. 




Sedikit penyalinan daripada kuliah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

*&^*&^*&^*&^*&^

Jika apa yang di minta kepada Allah tak kunjung tiba hendaklah kamu di dalam keadaan selesa kerana apa yang di simpan oleh Allah itu adalah perkara lebih baik. Dengan apa yang di minta tak diberi, tersimpan satu rahsia yang besar yang Allah nak beri. Biasakan kamu dengan selesa dengan tidak diberi kerana apa yang di simpan lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita redha dengan tidak diberi itu. Sifat redha itu ialah sifat orang yang kembali kepada Allah.
*&^*&^*&^*&^*&^

Kesimpulanya, redha lah dalam setiap perkara. Begitu juga kalau doa tidak di makbulkan, kita perlu redha dan berbaik sangkalah kepada Allah.




Perbualan copy paste tentang doa:-
*&^*&^*&^*&^*&^
D: Jangan lupa doa kan saya ye.
S: Doa sendiri.
D: Tak salah minta orang lain doakan.
S: Doa kan saya berjaya dunia dan akhirat ya.
D: Dekan dunia akhirat.. Aamiin.
S: Doa dalam solat dan waktu mustajab la. Doa dalam ni buat apa. Jangan lupa hadirkan hati dalam doa ye.
D: In Shaa Allah, Islam itu indah. Doa bila-bila pun boleh. Waktu-waktu mustajab tu bonus.
S: Ooohh, ok2.
*&^*&^*&^*&^*&^

Berdasarkan perbualan tadi, apabila di teliti dan di keluarkan maklumat penting kita dapat ketahui:-
- Tak salah minta orang lain doakan kita.
- Jangan lupa hadirkan hati dalam doa.
- Islam itu indah. Doa bila-bila pun boleh. Waktu-waktu mustajab doa tu bonus.

Tuntasnya, berdoa dan teruslah berdoa.




Begitulah artikel copy + paste + edit berkaitan doa yang relax terjumpa lalu di letakkan dalam ni. Jadi seharusnya penghargaaan di beri kan kepada mereka. Terima kasih ku ucapkan kepada kalian.

Terima kasih tak terhingga kepada S, D dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid kerana menjayakan artikel kali ini. Terima kasih juga kepada laptop ku yang menjadi tempat jari ku menari-nari di atas nya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa ku kerana membenarkan electron mengalir di dalam laptop ku. Terima kasih juga kepada........................................ bla bla bla bla..... 

Maaf sengaja melalut, tak suka serius sangat. Erk, aaaahh apa-apa aja la. 

Maaf andai diri ku tersalah menyampaikan atau menguris hati korang di luar sana. 

Yang paling penting, tegur ku andai ku salah. Tetapi tegurlah secara berhemah ye. :)

Hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. So, ingat lah Allah.

Relax tenang.

Pai..

Thursday, February 13, 2014

Jangan terlalu mudah menghukum seseorang


Salam hari jumaat...

Hari ni rasa macam nak berletar dalam blog ni. Hehehe... Tahan mata dan hati korang ya. 

Kerana satu kesalahan yang dia lakukan, hilang segala beribu kebaikan yang dia lakukan. Seterusnya kita menghukum dia di atas kesalahan yang dia lakukan. Bukan kah itu tidak adil namanya. Manusia macam kita ni tak lari daripada melakukan kesilapan. 

Seperti ayat ku sebelum ini, manusia itu kalau di lihat keburukkannya mesti ada. Ini kerana kita tak sempurna. Tetapi ini tak bermaksud kita boleh menjadikan perkara ini sebagai alasan di dalam sesuatu kesalahan yang kita lakukan. 

Setiap perkara kita di beri pilihan bukan. So, buat lah pilihan yang baik. Andai kita melakukan sesuatu kesalahan, jangan di ulangi kesalahan tersebut. Ini lah perkara yang harus kita lakukan. Bukannya berulangkali melakukan kesalahan tersebut. Pelbaiki kesalahan dan bukannya ulangi kesalahan. 
 
Sudah ku terangkan mengapa manusia yang di anggap baik itu juga melakukan kesalahan. Rasanya tak perlu ku huraikan dah kut. Korang boleh click di sini kalau nak tau lebih lanjut mengapa kita tak boleh menghukum seseorang di atas kesilapan mereka ----> Hakikatnya kita sedang berjuang

Leteran untuk kita wahai manusia.

Ingat perkara ni saudara saudari sekalian.

Entah la, relax pun tak pasti artikel di atas leteran atau pun nasihat. Korang fikir lah sendiri. Kadang orang cakap kalau cakap banyak ni sedang berletar. Sedangkan apa yang di cakap itu nasihat ataupun teguran. Eeermm entah lah... 

Kata akhir dari ku,
Kita tak sempurna, tetapi kita harus berusaha untuk ke sempurna. 
(Kata renungan untuk kalian)

Pai..

Tuesday, February 11, 2014

Bermimpi melihat Rasulullah


Andai korang bermimpi melihat Rasulullah SAW. Adakah itu benar atau pun sebaliknya. Hadis ini menjawab persoalan di atas:

"Barangsiapa melihat ku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diri ku kerana setan tidak dapat menyerupai ku."
(H.R Tirmidzi, Ibnu Majah, Darami, dan Ahmad)





Persoalannya sekarang, bagaimana korang nak pastikan yang di mimpi itu benar Rasulullah saw???

Maaf relax tak berani jawab soalan ini. Pergi tanya orang yang lebih arif tentang ilmu ini. Cuma nak share hadis ni je.

Hanya Allah yang tahu sesuatu itu benar atau pun tidak.

Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang di rejam.

Sekian artikel ku kali ini.

Indahkan muka kalian dengan senyuman.

Akhlak Rasulullah SAW


Hari ni relax nak sentuh sekali lalu tentang akhlak Rasulullah SAW berdasarkan satu hadis:

"Rasulullah saw, tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan bersikap lapang dada."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud dan Ahmad)



Sumber:-



Kesimpulannya:
Selalulah bersabar dan buang sifat amarah di dalam diri. Biarkan orang buat buruk dekat kita, dan kita jangan membalas keburukkan orang tersebut. 

Tetapi kalau korang nak tau, marah itu juga ada dua. Pertamanya marah kepada sesuatu kebatilan dan keduanya marah kepada sesuatu yang tidak perlu. Marah yang perlu kita buang ialah marah yang keduanya iaitu marah kepada sesuatu yang tidak perlu.

Selamat mencontohi akhlak Rasulullah saw.

Relax

Tenang saja.

Pai.

Berdoalah dengan penuh pengharapan


Assalamualaikum,

Segala puji bagi Nya, Alhamdulilah...

Hari bersejarah 11/2/2014 Selasa pada pukul atas 10pm.

Ini baru permulaan,

Lebih banyak yang akan ku tempuh lepas ni,

Aku harus kuat,

Terima kasih Ya Allah,

Serius,

Berdoalah kepada Dia dengan penuh pengharapan,

Insyaallah dia makbul kan...

The power of Doa.

Dengan izin Nya...

Selamat beramal...

Cara mendidik kanak-kanak di dalam Islam


Pengakhiran yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Tetapi permulaan yang buruk, tak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Selamat berfikir.

Comel dan menghiburkan, tidak tahu apa-apa, belum kenal erti hidup, sentiasa ceria seakan tiada masalah yang berlaku. Kata ungkapan yang sesuai di berikan kepada kanak-kanak di luar sana. 

Teringin rasanya menjadi kanak-kanak kembali. Tetapi ini semua mustahil. Masa itu sentiasa ke depan dan tidak akan berpatah balik. Inilah kehidupan.


Segala puji bagi Dia, mendetik hati ini untuk menulis artikel buat saudara saudari sekalian tentang cara melayan kanak-kanak di dalam Islam. 



Bagaimana nak melayan kanak-kanak di dalam Islam????  

* Dekatkan kanak-kanak kepada sunnah dan kenal kan mereka dengan Rasulullah.

* Bawa mereka ke majlis-majlis ilmu dan dekatkan mereka kepada ahli ulamak.
-Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara baik. Jadinya di waktu inilah kita perlu didik mereka sebaiknya. Seperti kita tahu, budak-budak ibarat kain putih kan. So, kita lah yang akan mencorakkan mereka. Benar bukan???

* Jangan marah kanak-kanak andai mereka melakukan kesalahan.
-Biasa lah, kanak-kanak melakukan kesalahan bukan. Allah juga tidak mengambil kira kesalahan mereka. Di sebabkan itu, kita jangan marah mereka andai mereka melakukan kesalahan sebaliknya kita haruslah didik mereka secara berhemah. 

* Tegur mereka dengan berhemah dan selitkan pengajaran yang baik.

* Layan mereka seperti orang dewasa. 
-Untuk pengetahuan korang, Rasulullah melayan kanak-kanak seperti orang dewasa. Bukan macam kita, mencubit pipi budak yang berumur 10 tahun sedangkan ada setengah kanak-kanak tidak suka diri mereka di perlakukan sedemikian rupa. Jadi, cuba melayan kanak-kanak macam kita melayan orang dewasa. (Mungkin ini bergantung pada jenis kanak-kanak kut… Eeerrmm mungkin, relax hanya meneka)



Begitulah apa yang relax faham dengan apa yang di dengar di TV tadi. Di sebabkan maklumat ini di tulis oleh orang yang kedua iaitu relax dan bukan yang pertama iaitu orang di dalam TV tadi. So, maklumat ini di sampaikan berdasarkan pemahaman ku dan maaf ku ucapkan andai ada salah dan silap. Tegur ku juga andai maklumat ini salah.

Satu kata dapat ku ungkap andai kesalahan ku di tegur oleh kalian, terima kasih dan semoga kalian di bawah perlindungan Allah. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian.  


Sekian dari ku,

Terima kasih ku ucapkan kepada penyampai TV tu.

Relax tenang.


Monday, February 10, 2014

Falsafah cinta buat insan di luar sana



Semoga Allah sentiasa melindungi kalian.

Hari ni rasa nak tulis topik yang 18 tahun ke atas. Al maklumlah umur pun makin dewasa kan. So, topik pun kena agak-agak dewasa juga la kan (apa-apa aja la).

Mungkin juga topik kali ni akan memualkan sesetengah orang. Tetapi korang nak tau satu perkara tak, andai korang mual bila baca topik ni, mungkin korang ni belum cukup dewasa kut. Ok, relax melawak ja. Jangan marah. Cuma nak minta maaf andai topik ku ini memualkan korang. Sorry....


*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+
Sekilas lalu tentang jodoh:-

"Time can also break a waiting heart"

Kalau dah seperti apa yang ungkapan ni tulis, maknanya tiada jodoh la tu. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana, pi mai pi mai tang tu. Senang faham macam ni la, "andai dia untuk untuk ku, maka dia akan datang kepada ku. Andai dia bukan untuk ku, maka tidak datang lah dia kepada ku."

Ye betul, memang jodoh sudah di tentukan, tetapi kita kena usaha juga. Kalau bab nak usaha ni pula, pelbagai pendapat orang berikan. Tetapi bagi relax, cukup lah usaha sekadar mengenali dia macam mana. Tak perlu sampai ber makwe pakwe (Faham sendiri macam mana makwe dan pakwe tu).

Tak perlu rasanya relax ulas pasal benda ni. Korang baca sendiri dekat link ni ----> Peace no war.

*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+


Falsafah cinta buat insan di luar sana.

Benar,
cinta datang dari Nya.
Tanpa kita sedari,
Tiba-tiba hadir di dalam diri.
Indah nya tak terperi,
Menggoncang hati,
Kalau di biarkan diri,
Melalaikan hati,
Itulah sebab kena berhati-hati.


Kadang cinta itu datang tanpa di minta,
Perginya tanpa di suruh.
Ini kerana cinta itu datangnya dari Dia.


Cinta,
Bukan bererti memiliki,
Tetapi sanggup melepaskan yang di cintai pergi,
Demi sebuah kebahagian hakiki.



Andai cinta di tolak,
Sakitnya tak terperi,
Sedih dan patah hati,
Di saat ini,
Katakan di dalam diri,

"La haula wala quwwata illa billah"
(Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
"Hasbunallaah wa ni’mal wakiil"
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar Ra’d:28)
"Istighfar banyak-banyak"

Seterusnya,
Buang sifat negative tadi,
Tenangkan hati,
Katakan pada diri,
Semua ini ada hikmahnya nanti.



Andai cinta diterima,
Gembiranya hati,
Tak terungkap dek diri,
Berungtungnya di rasai,
Di saat ini,
Ungkapkan kata kepada Ilahi,
"Alhamdulilah",
(Segala puji bagi Allah)


Cinta,
Jangan biar di cemari,
Dengan nafsu diri,
Salurkan kepada jalan hakiki,
Kepada Ilahi,
Pemilik cinta abadi.


Selepas cinta di kuasai,
Beranikan diri,
Untuk menghalalkan dia dan diri,
Di sinilah,
Satu perjalanan baru bermula antara dia dan diri,
Selamat menempuh jalan ini.

(Terima kasih kepada pembuat picture ni. Semoga Allah merahmati kalian)


 Mengapa aku yang di pilih dan bukan dia?
Tak larat nak jawab dah soalan ni..
(Cuba renungkan, mungkin jawapan untuk persolaan itu ada sebab relax dah jawab dah)

Sekian,

Sampai di sini sahaja falsafah cinta untuk hari ini.

Di lain hari kita sambung balik ye...

Kata akhir dari ku,
Kisah cinta kita tidak akan tamat dan hanya akan tamat dengan perkahwinan.
Insan di hati,

Relax tenang,

Tegur ku andai diri ku or artikel ini salah

Pai..

Saturday, February 08, 2014

Jangan sesekali memutuskan silaturahim


Jangan sesekali memutuskan sebuah ukhuwah

Ku coret kata hati, 
Yang mengikut hati, 
Yang ditulis berhati-hati, 
Takut orang sakit hati, 
Habis lah diri ku nanti...

Pembuka kata di waktu pagi, begitulah jadinya...

Salam ku hulur buat saudara saudari, abang, adik, kakak dan lain-lain... Assalamualaikum...


Kita bertemu Allah dah tetapkan,
Sama ada diri ku memberi sesuatu kepada mu,
Atau diri mu memberi sesuatu kepada ku,
Atau mungkin ada hikmah lain,
Dia sayang kita,
Tidak pernah menzalimi kita,
Maha pengasih,
Berbaik sangka lah wahai teman,
Di sebabkan itu,
Jangan menyesal dengan setiap pertemuan,

Dulu pernah diri ku ingin memutuskan satu ikatan yang terbina sekian lama gara-gara emosi,
Setelah ku renung dan fikirkan,
Dia menyedarkan ku,
Segala puji bagiNya,
Memutus sesuatu silaturahim itu adalah sesuatu yang tidak patut di lakukan,
Hakikatnya,
Kita bersaudara,
Se agama,
Punyai matlamat yang sama,
Dia matlamat kita...
Lebih baik bersama-sama kita mendapatkan Dia.
Bukan kah itu lebih baik...
Ukhuwah kerana Allah...
Tarik ku andai ku jatuh,
Sedarkan ku andai ku lalai,
Ayuh bersama kita susuri jalan ini.


Sekian dari ku..


Kata akhir dari ku,


Jangan pernah memutuskan sebuah ukhuwah. 


Ingat ye insan di hati..


Ingat ye saudara dan saudari sekalian..

Relax tenang,

Bertenang, berlapang dada, "Aku akan meredhakan segala yang berlaku"

Pai..

7 amalan yang berguna semasa mati


Sebenarnya semua bentuk amalan baik itu berguna di kemudian hari dan di sana nanti.


Seperti selalu,

Seperti hari-hari biasa,

Sebagai pembuka bicara,

Assalamualaikum kalian di luar sana,

Selamat awal pagi... (1:28am kan masa di tulis.. Hehe.. apo jo la)

Bagaimanakah iman kalian untuk hari ini?
Bagaimanakah diri kalian di waktu ini? masih seperti semalam atau semakin baik?
(jawapan di dalam diri sendiri)


Dunia satu persinggahan atau pun satu perjalanan untuk ke hakiki. Di sini lah tempat untuk kita mengumpulkan bekalan untuk ke sana nanti. Persoalannya sekarang, cukupkah bekalan kita untuk ke sana????


Semua orang kalau di tanya "Nak cinta Allah tak???". Relax berani jamin, mesti ramai dan boleh jadi semua akan menjawab "Yee, saya nak cinta Allah..". Tetapi tetapi tetapi dan tetapi, amalan kita cukup kah untuk mendapat cinta Allah???


Cukup persoalan hari ni untuk korang renungkan.


Hari ni relax cuma nak share tentang 7 amalan-amalan 'B':


  1. Bertahajud
  2. Bersilaturahim lah dan jangan putuskan silaturahim .<--- Ingat ye insan di hati. Andai dah terbina sebuah ukhuwah, jangan sesekali memutuskan. Ukhuwah fillah...
  3. Baca Al-Quran
  4. Bersedekah
  5. Bersolat
  6. Berpuasa
  7. Berzikir dan lain-lain...

Hehe.. Sebenarnya cuma nak bagi tau, jangan lah korang senang-senang je nak memutuskan silaturahim Tak baik buat macam tu. Ingat ye. 

Sekian dari ku,

Yang mencoret,
Kita adalah musafir.

Semoga bertambah iman kalian,

Relax saja..

Thursday, February 06, 2014

Untuk mu yang bergelar hamba


Di bawah rahmatlah korang di luar sana.

Waaaahhh.... buka mulut tutup mulut dah masuk bulan 2 dah. Cepat masa berlalu. Umur bergerak seiring dengan tarikh. Di sebabkan itu, semakin ke depan tarikh semakin tua lah diri kita. Sedar kah kita. 

Sebelum relax tulis selanjutnya, relax nak korang jawab dulu persoalan di bawah:

Dah bersedia kah korang untuk mati, sedangkan mati itu pasti?
Macam mana iman korang hari ni?
Kanan dan kiri, amalan mana yang banyak?
Di terimakah amalan kita selama ini?
Macam mana hati kalian di luar sana?

Sekian persoalan untuk kali ini.


Untuk mu yang bergelar hamba:

Maaf, tidak ku pandai berbicara realiti. Hanya ungkapan tulisan dapat ku beri. Menjadi peringatan buat diri penggelar hamba.

-Peliharalah iman sehingga pohonnya tumbuh menjulang.

-Janganlah engkau berbuat kebaikan untuk yang lain selain Allah.

-Jika engkau bersandar kepada yang maha Haq dan bertakwa kepadaNya, maka Dia akan memberi rezeki kepadamu tanpa batasan.

-Bersabar terhadap pahit dan getirnya kehidupan, sehingga semua kepahitan di sisi itu menjadi manis.

-Apabila engkau sentiasa bertakwa kepadaNya, maka Dia akan menunjukkan jalan kepadaNya, sehingga kamu sibuk denganNya dan jauh daripada selainNya.

-Jaga diri, jaga hati, hati-hati selalu, ingat lah Dia. 

(Menjadi kekasih Allah)


Bukan sekadar melihat, tetapi sematkanlah pesan ku di dalam hati. Menjadi peringatan di kala lalai. . Kamu harus Kuat. 



Senyum saja.

Tenang-Tenang aja.

Kata akhir dari ku,

Semoga kita sentiasa di bawah rahmatNya.

Relax tenang

Salam ukhuwah dari ku relax.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!