Monday, November 25, 2013

Maksud sebenar Insya Allah?


Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,

Satu kalimah yang di anggap kecil tetapi punyai maksudnya yang besar. Satu janji yang di ungkap kepada manusia dan hanya Allah mampu meleraikannya. Itu lah kalimah Insyaallah. 

Insyaallah (jika Allah menghendaki): Satu kata janji dan bukannya kata kosong yang boleh di permainkan

Pernah dulu mendengar Ustaz membincangkan bab ni, tapi apa kan daya, mendengar sahaja nak ulas balik tunggang langgang. Di sebabkan itu, ku cari blog yang mengulas makna Insyaalah lalu ku edit sikit + copy paste secara pendek dari blog tersebut (Fikir sendiri kenapa relax bagi tau perkara ni dekat korang)

Hehe.. Tuntasnya, artikel kali ini copy paste + edit dari blog orang je. 

Bermulalah artikel copy paste yang di edit sikit oleh ku:

Soalan

Bolehkah ustaz menjelaskan makna dan fungsi sebenar kalimat insya Allah dalam Islam? Sebab saya sering menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji. Sehingga setiap kali mendengar seseorang berjanji sambil mengucap insyaAllah, saya merasa tidak pasti janji itu akan di tepati.


Jawapan:

Apa itu Insyaallah
Insya Allah merupakan sunnah nabi-nabi terdahulu yang diwariskan kepada umat Nabi Muhammad Saw. Justeru, kalimat ini bukan perkara ringan, malah ianya mengandungi makna yang sangat penting untuk disedari. 

Kalimat insya Allah bermakna “jika Allah menghendaki”. Ucapan ini melambangkan kesedaran hamba akan hakikat dirinya yang serba kekurangan dan jahil. Sekaligus mengiktiraf kekuasaan Allah Swt yang Maha Kuasa dalam menentukan setiap apa yang berlaku di alam semesta ini. Sepandai mana pun manusia tersebut, kita hanya mampu merancang dan berharap. Allah jua lah yang menentukan sama ada perancangan tersebut terlaksanan atau pun tidak.

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa ucapan insya Allah sama sekali bukan alat untuk melepaskan tanggung jawab atau alasan untuk tidak menepati janji. Sebagai seorang muslim, janji adalah hutang yang mesti kita tunaikan. Ucapan ini juga bukan kalimat alternatif untuk menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hatinya. 

Sebaliknya, insya Allah lebih sesuai difahami sebagai kata-kata jaminan bahawa janji yang telah terucap akan terlaksana dengan baik. Sebab siapa yang berjanji dengan niat sungguh-sungguh untuk melaksanakannya, sambil menyerahkan perkara itu kepada Allah, bantuan dari Allah akan datang untuk mewujudkan janji tersebut.

So, ayuh kita jadikan ucapan Insya Allah sebagai kata ketika berjanji. Selepas itu berusahalah sedaya upaya untuk menepati janji itu sambil meminta bantuan daripada Allah Swt. Jika semua ini kita lakukan, maka bantuan dari Allah akan sentiasa mengalir untuk kita.

(Rujukan: Surat Kabar Utusan Malaysia, Selasa 11 Sept 2011.)
Credit to Utusan Malaysia dan Omar Muhammad Noor.

Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya. Tegur ku andai artikel ini salah..

Sekian dari relax.

Relax tenang

Pai..

Saturday, November 23, 2013

Antara dua pilihan (Isi yang berjaya di ambil)


Lalalalalalalalalalala........ Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. So, sembahyang la kamu sebelum kamu di sembahyangkan. Ingat tu....


Hari ni relax  nak berkongsi sikit ilmu yang di sampaikan ustaz tentang antara dua pilihan.


Ada dua ustaz yang sampaikan benda ni, Ustaz ____wood dan Ustaz ______ (Namanya tidak ku ingat, sory ye ustaz)


Macam selalu, untuk berubah daripada jahat ke baik perlulah bersih kan hati tu. Jadi,

Cara bersihkan hati nabi kata:
  1. Baca al quran dan fahami maknanya. Dalam erti kata lain hayati isi Al quran dan bukan baca ja.
  2. Ingat akan kematian. 

Pesanan akhir daripada Ustaz tersebut (kata penutup ustad)
Ingatlah, muda dan tua tak wajib, yang wajib ialah mati.


Masjid sebagai tempat berhijrah?
- Masjid adalah satu tempat untuk berubah (Untuk berhijrah)
- Masjid adalah satu tempat orang jadi baik. Sebab itulah nabi akan bina masjid di sesuatu tempat yang baru baginda tiba.
- Pelbanyakkan aktiviti-aktiviti di masjid.
- Masjid bukan hanya untuk solat.
- Jangan marah budak-budak tetapi larang budak-budak.


Mengapa sudah nasihat orang tapi org tak berubah. Ada tak hadis untuk orang yang berubah?
  1. Untuk berdakwah, kita boleh buat cara kita sendiri tak perlu tiru orang.
  2. Nak ajak orang berubah itu bukan susah sangat jika kena pada caranya. Dalam erti kata lain, cara harus betul untuk mengubah seseorang.
  3. Allah bersama sama orang yg ingin berubah.
  4. Jika apa yang kita rasa baik untuk di lakukan, teruskan lakukan. Jika kita rasa sesuatu perkara itu tidak baik untuk di lakukan, jangan lakukan. 
  5. Orang yang berubah itu ada 3M:
    • Mula dengan diri sendiri.
    • Mula berubah dengan benda yg kecil.
    • Mula berubah sekarang dan bukan esok. Sebab kita tak tahu bila kita akan mati.


Mengapa nabi letak niat di dalam perubahan?

  • Ini kerana setiap perbuatan haruslah dengan niat. Jika niat kerana Allah, pahala lah ganjarannya. 
  • Orang selalu datang rumah Allah ini ialah tetamu Allah.
  • Saksi-saksi semasa di hari akhirat  
    1. Allah. 
    2. Nabi
    3. Harta yang kita cari di dunia
    4. Bumi yang kita pijak 
    5. Pemimpin yang baik dan bertakwa kepada Allah 
    6. Siang dan malam
    7. Dua orang malaikat 
    8. Keseluruhan anggota tubuh badan.

So, ayuhlah kita perbetul niat. Pastikan setiap apa yang kita lakukan niat kerana Allah dan Rasul.


Nak berubah tetapi tak tahu nak mula dari mana?

  • Hitung nikmat Allah.
  • 4 kekuatan umat Islam(org yahudi ckp). di sebabkan itu mereka masih susah nak pengaruh.
    • Kerana org islam masih lagi amal al quran dalam hidup kita.
    • Masih berpegang pada sunnah nabi.
    • Masih ada universiti al azhar
    • Kerana umat Islam masih sembahyang Jumaat


Tips hijrah:
  1. Hijrah kerana Allah semata mata
  2. Letakkan target pada diri. Luaskan dada untuk menerima teguran
  3. Cari suasana dan rakan yang baik. Apabila kita melakukan kesilapan kawan tersebut akan tegur, inilah salah satu contoh kawan yang baik.
  4. Bersabar dengan cemuhan. Terima setiap cemuhan dengan hati yang sabar.
  5. Berdoa kepada Allah kerana hati itu sentiasa berbolak balik. (Berdoa lah kepada Allah untuk mengelakkan benda ini dari berlaku.)

Rumusannya: Ayuh bersama mengubah diri dan keluarga supaya menjadi insan bertakwa.


Sekian isi yang dapat ku kutip dari mereka. Hehe... Maaf ku pinta kepada kalian kerana artikel ni nampak tak tersusun sikit. Al maklum la, artikel kutipan dari percakapan orang kan, ambil yang mana sempat je bro and sis.

Maaf, maaf, maaf, maaf, maaf, maaf........

Moga kalian sentiasa mendapat hidayah daripada Allah...

Allah maha besar,

Segala puji bagi Allah...

Terima kasih di atas segala nya Ya Allah..

Pai..

:)

Friday, November 22, 2013

Mana mungkin ke syurga jika tidak di uji


Assalamualaikum insan-insan yang di sayangi sekalian.

Jangan penat,
Teruskan perjuangan,
Dia sentiasa menemani kita,
Dia tak akan membiarkan kita bersendirian,
Sentiasa ada untuk kita.
Dia tidak akan memberi ujian kepada kita jika kita tak mampu,
In other words Dia percaya kita,
Dia percaya kita boleh hadapi ujian tersebut,
So, tabahkan hati, 
Kumpulkan kekuatan,
Hadapilah ujian tersebut,


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Surah Al Baqarah, ayat 214)

Ingatlah Allah selalu.... Moga tenang hati itu....

Moga makin kuat dan tabah lah diri mu,

Sekian dari ku,

Insan kesunyian jika tiada cinta Nya.
Relax...

Senyum-senyum,

:) :) :)

Wednesday, November 20, 2013

Ayat pengubat hati yang duka 3


Entah la kenapa jadi macam ni. Relax pun tak tau. Perkara yang ghaib jangan di pikir kan. Itu je kuncinya.

Salah satu sebab ujian di turunkan ialah:
Pertamanya: Iman makin berkurang, di turun kan ujian untuk meningkatkan iman.
Keduanya: Iman nak bertambah, di turun kan ujian untuk meningkatkan keimanan kepada Nya.
Dan lain-lain...


Menyendiri ku di sini,

Memikirkan perkara lalu,

Mencari dan terus mencari jawapanya,

Pelbagai jawapan yang ku terima,

Sampai satu waktu,

Terkaku dan terdiam diri ku,

Tak tahu yang mana jawapan yang tepat,

Tak tahu memilih,

Hanya mampu memikirkan,

Hati ku resah,

Resah dan terus resah,

Di saat ini,

Hadir insan-insan yang menggubat keresahan ini,

Walaupun sedikit apa yang di lakukan,

Cukup meriangkan hati ku,

Menghilang keresahan di hati ku,

Terima kasih ku ucapkan..

Semua atas kehendak Nya..

Terima kasih kepada Mu...





Berpenat lelahlah kerena sesungguhnya kesenangan itu seleaps kepayahan... Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu di ciptakan. 
(Imam Asy-Syafie)

Dia sahaja mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak.

Relax dan senyum kembali semula.

Pai...

Kalau nak tengok ayat pengubat hati yang lain boleh klik link di bawah:

Ayat pengubat hati yang duka 1
Ayat pengubat hati yang duka 2

Sekian dari ku,

Allah maha besar.

Tuesday, November 19, 2013

Wahai pemilik hati ku


Ting tong, kedengaran bunyi alarm sayup-sayup di telinga ku. Diri ku pun bangun lalu memotong kuku. Lalu ku lihat di luar rumah ku, ternampak kucing ku yang bernama kaku. Ku cuba membelai kaku, lalu dia menggigit kuku ku, Sedih nya diri ku melihat kuku ku patah berbentuk liku liku, sampai hati kamu kaku, dah tak lawa dah kuku ku, merajuk dengan kamu kaku. 



Sekian intro untuk artikel kali ini. Kita teruskan kepada isi utama nya:


Wahai hati,
Ku pohon di kau menjadi tenang,
Ku pohon di kau menjadi kuat,
Sungguh banyak liku-liku yang harus ku tempuhi,

Andai goyang diri mu,
Maka goyang lah aku,
Kukuh mu,
Kukuh lah diri ku,

Usah terlalu terguris,
Seksanya ku rasa,
Usah bersedih,
Sedih mu ku rasa,

Jika tenang diri mu,
Bertapa gembira nya diri ku,
Terasa bebasnya aku,
Aku rindu saat itu,

Cinta kau,
Cinta Ilahi,
Terisinya cinta itu,
Terlihatlah yang tak kelihatan,
Semua orang mahukan itu,
Moga saat itu kan bertemu

Memang benar kita akan berasa betul-betul nikmat andai kita dapat memasukkan cinta Nya dalam diri kita. Tenang dan redha je kita rasa. Takda la kita rasa hati tu kosong. 

Kata akhir dari ku,
Andai diri mu terasa kosong, cuba lah mengingati diri Nya. Insyaallah, akan terasa hidup dan tidak kosong lah hati itu. 

Sekian dari ku,

Ayuh mencari cinta hakiki buat peneman hati kita yang sunyi.

Pai..

Relax tenang saja.

:)

Saturday, November 16, 2013

Cara tenangkan hati di dalam Al Quran


Semoga korang sentiasa mendapat pentunjuk dari Nya. :)

Zahir boleh menipu,
Tetapi tidak hati,
Tabah dan kuatkanlah hati mu,
Moga kembali tenang wahai _____.

Baru terfikir, nama blog ku ialah relax tenang. Tetapi artikel yang mengajar orang untuk bertenang takda pun. Di sebabkan itu, hari ni rasa macam nak ajar korang cara nak tenangkan diri. Relax hanya menyampaikan, sebenarnya Dia yang ajar.

Macam mana nak tenangkan hati?

Dia menjawab:



Sekian dari ku,

Memang mudah berkata daripada melakukan.
Tetapi dengan berkata itu,
Ku harap dapat mengubat hati yang duka,
Andai kata ini,
Hanyalah kata-kata kosong,
Maaf ku pinta,
Aku hanya mampu mencuba,
Mencuba mengubat hati yang terluka,
Moga makin kuatlah diri mu,

Senyum saja,

Redha dan tenang juga jangan lupa,

Pai..

Tuesday, November 05, 2013

Ayat pengubat hati yang duka 2


Suka dengan satu page FB ni. Hehe... Terima kasih admin..

***********

Kadangkala, kita akan jatuh. Bukan sekali, malah berkali – kali.

Tetapi ini bukan alasan untuk kita berputus asa. Ini adalah peluang untuk kita mencari setiap kelemahan yang berlaku dan memperbaikinya, sehingga kita muncul dengan lebih baik dari sebelumnya.

Ingat tak kisah Thomas Edison, manusia yang pertama mencipta mentol? Beliau telah menemui 1000 kegagalan dalam experimen – experimennya, sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol yang nilainya amat penting pada hari ini.

Jelas, kita perlu menempuh kegagalan demi kegagalan dalam menimba pengalaman, seterusnya menghasilkan kematangan (kejayaan) kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu.

************

Klik sini untuk ayat pengubat hati yang duka 1

Ok moga hati kalian juga akan terubat bila baca ayat di atas.

Segala puji bagi Nya.

Allah maha besar.

Sekian dari ku.

Yang benar.
Seorang musafir yang masih mencari-cari cahaya kehidupan.


Pembahagian waktu untuk istighfar, selawat dan zikrullah.


Moga Allah merahmati kalian dan se isi keluarga kalian. 

Macam selalu, menjelajah FB, terjumpa artikel ni dekat sesuatu page. Pagi itu ialah................. (sory tak nak gtau.) Sory ye admin FB, artikel korang terbaiklah itu lah pasal relax nak letak dalam ni. Di harap jangan marah ye. Credit kepada kamu (Empunya FB).

Artikel tersebut berkaitan cara melaksanakan amalan selawat, zikir dan istighfar. Artikel tersebut ialah:-

***************

Ada tips yang ingin saya kongsikan, yang saya dapat dari ustaz saya. bagaimana kita boleh mengamalkan istighfar, selawat dan zikrullah sepanjang hari. nak tahu tak? 

Begini caranya. bahagikan hari kita kepada tiga bahagian.

Bahagian 1 : Subuh hinnga zuhur (pagi hingga tengahari)
Bahagian 2 : Zuhur hingga maghrib (tengahari hingga senja)
Bahagian 3 : Maghrib hingga sebelum tidur (senja hingga malam)



Untuk bahagian 1(Subuh - Zuhur): Peruntukkan untuk Istighfar.

Dari bangun pagi hinnga tengahari, lazimkan beristighfar. bukan dalam hati saja tau, perlu disebut di lidah. Tapi tak perlu la kuat hingga ganggu orang. sambil-sambil online, kerja, dengar kuliah, pergi pasar, dalam kereta, atas bas, boleh istighfar. perbanyakkan istighfar.



Untuk bahagian 2 (Zuhur - maghrib): lazimkan berselawat. 

Ketika masuk bahagian 2, sama seperti tadi sedang ada waktu terluang lazimkan selawat.



Untuk bahagian 3 (Maghrib - sebelum tidor): lazimkan zikrullah

Untuk bahagian akhir pula iaitu bahagian 3, lazimkan zikrullah iaitu subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Baca berulang kali sampai tertidur. Sambil-sambil atas sejadah, atas tempat duduk, atas katil, tengok tv, lipat baju, buat kerja sekolah, buat asingment, bolehlah korang berzikir. Tetapi awas!!!!! Jangan la zikir sampai tak layan orang. kalau orang ajak sembang, mak ayah ajak bersembang, sembanglah dengan diorang. berzikir bila tiada gangguan, bila sedang bersendirian.

InshaAllah, mula-mula memang rasa kekok dan susah. tapi semua benda, kalau tak mula, macam mana nak istiqamah kan?  Lazimkanlah istiqamah. InshaAllah hati baik. Kadang-kadang kita ni nak solat malam liat, nak baca Quran malas, nak berusrah degil, jadi cubalah amalkan zikir ni. Mana la tau, amalan ni akan jadi darah daging, dan membawa ketenangan? 



Info:

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

Mari berusaha baikkan hati. sebagai manusia, kita seringkali lalai dari mengingati Allah. dan bila lalai, ketika itulah syaitan dan nafsu berbisik.

Pernah dikisahkan Allah berbicara dengan Nabi Musa a.s. Allah berfirman : "tahukah bagaimana hendak membuat Aku dekat denganmu? beristighfar dan berselawatlah!"

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." [surah Ar-Ra'd : 28]


***************

Kata akhir dari ku:
Dalam hidup ini kita jangan terlalu leka dengan duniawi, kita kena ingat-ingat juga akhirat ye wahai sahabat.

Moga selawat, zikrullah dan istiqfar menjadi amalan kita setiap hari. Ayuh dapatkan cinta Nya.

Peace... 

Relax saja..

Pai..

Friday, November 01, 2013

Cintai lah Allah


Hai, Holla, Assalamualaikum.. Moga kalian sentiasa di bawah rahmatNya...


Mulut kata mahu,

Hati kata sebaliknya,

Siapa yang sanggup melepaskan cinta nya pergi begitu sahaja,

Bukan mudah melepaskan orang yang kita cinta pergi,

Begitu lah cinta manusia,

Ada mula dan akhirnya,

Sebelum waktu itu tiba,

Aku akan cuba bersama mu,

Mencipta kenangan kita berdua,

Untuk di semat di dalam hati ku,

Menjadi ingatan di fikiran ku,

Akan ku kenang selalu,

Saat-saat indah ini.

Memang sakit ku rasa,

Tetapi apa kan daya,

Aku perlu melepaskan,

Kerana itu lah jalan terbaik,

Andai di takdir kita bersama,

Akan bertemu jua,

Selamat tinggal ku ucapkan.



Sekian ayat yang seperti biasa diambil dari otak ku. Ter mood romeo pulak malam-malam ni. Hehe…


Kata akhir dari ku:

Cinta kepada Allah,

Cinta yang abadi,

Sandarkan cinta manusia kepada Nya

Barulah hati sentiasa redha.



Sekian artikel pendek dari ku.

Selamat bercuti,

Senyum-senyum selalu.


J

Dugaan



Tak terucap di bibir, tidak mampu meluahkan, biarlah rahsia antara aku dan pencipta ku, sakitnya biar ku tanggung, tidak pada mu, pergilah, jangan menunggu ku, moga bertemu kembali andai kau untuk ku.


Sekian pendahuluan ku..


Dugaan

Usah bersedih ke atas sesuatu dugaan,

Sesungguhnya dugaan itu mendekatkan kita kepada Nya,

Bersyukurlah andai anda di duga,

Itu tandanya Dia sayang kita,

Di turunkan ujian sebagai satu proses tarbiah kepada diri,

Dia nak latih kita kuatkan hati,

Dia nak kita tabahkan hati kita,

Dia tahu kita mampu hadapinya,

Dia percaya kita,

Kita pun haruslah percaya Dia,

Kata dalam diri,

"Aku mampu hadapinya"

Insyaallah,

Benda baik bakal berlaku lepas ni,

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sabar ye..



Sekian post untuk awal bulan 11 ni.

Eerrmmm kenapa relax rasa macam penah baca je ayat di atas. (Hehe, apa-apa je la)

Paaaiii,

:)

Relax2...


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!