Wednesday, December 26, 2012

Siap pada Nov 2012... (Rumah ku)


Lama dah rasanya tak upload progress terbaru rumah ku...

Inilah langkah akhir sebelum pasang atap. Buat kening (relax pun tak tau apa nama sebenar dia. Orang panggil kening relax pun panggil kening la...)


Awan yang cantik... 

Nampaknya rumah ku dah ada border la

Dalam banyak-banyak kening, bucu lah yang paling mencabar nak buat

Kira sama la 2 bucunya...

Lurus ke tidak jika korang tengok dari sini.. (Jari di mulut, jangan bagi tau orang..)

Ini pun mecabar gak nak buat... dah la tanah rendah kat sini. 


Cara pasangnya senang je, perlukan tiga orang untuk memamasangnya. Sorang akan masukkan skru, manakala lagi 2 orang pegang papan ni.

Kalau tak silap ambil masa 4 hari kut nak pasang benda ni.

Takpa-takpa dah nak siap dah rumah ku, langkah seterusnya pasang bumbung pulak.... Lepas 2 plaster.. Dah nak siap dah nampaknya...

Macam selalu, time ni la belajar nak buat, time ni jugaklah praktik kan terus apa yang di belajar. Terbaik..

Hehe

K lah sekian perkongsian ku hari ini.

Sihat-sihat lah orang di sana ye. Bersabarlah dengan dugaan yang melanda. Relax pasti, anda mampu lakukannya... Jangan lupa juga, walau hati kita sakit, senyum lah juga, mudah mudahan hati kita dapat di pulihkan dengan senyuman itu.

Sekian kata akhir dari ku.

Pai..


Sunday, December 23, 2012

Casing hanphone mengunakan kulit pig (beware)


Teknik baru pemasaran kulit babi.

Eeerrrmm, rasa macam nak update blog ni la...

Tapi tak tau nak tulis apa...

Aaaaahhhh, macam mana tu.. hehe....

Hari ni relax cuma nak bagi peringatan kat korang je, Terjumpa satu casing tab yang di jual di kedai menggunakan kulit Pig. Tetapi casing ni lain sikit, sebab luar di salut dengan plastik lepas 2 casing itu di warna dengan warna hitam.

Bila korang tengok betul-betul casing seperti ini, memang tak nampak macam kulit pig pun. Tapi korang kena teliti betul-betul baru nampak macam kulit pig.

Cakap saja tanpa bukti, boleh jadi fitnah, so, korang tengok sendiri la gambar di bawah dan nilai sendiri betul or tidak apa relax cakap.

Inilah kulit pig (bahagian dalam casing) 

Plastik (bahagian luar casing)


Nampak tak titik tiga yang duduk secara bedekatan, inilah petunjuk mengatakan ianya kulit pig


Inilah bahagian dalamnya yang guna kulit pig


Ini pulak bahagian luar, di salut dengan plastik (mengaburi kulit pig yang di dalam)

(click pada gambar jika nak besarkan....)

Info
Untuk pengetahuan korang, kulit pig mempunyai titik tiga yang berdekatan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain pig punya kulit ada 3 titik berdekatan antara satu sama lain yang banyak. 
(Harap korang faham apa yang relax tulis.. hehe.. x tau nak cakap cam ni lagi... korang tengok je la gambar di atas)

Dulu diorang buat kulit pig ni direct terus, tanpa mewarnakan, tetapi kini diorang warna pulak kulit pig 2. Ini semua kes nak mengelirukan umat Islam la ni. Di masa depan macam mana la pula di orang nak buat. Ish2 bahaya2....

So berhati-hatilah wahai saudara saudari sekalian semasa membeli barang yang berkaitan kulit seperti dompet, tali pinggang, casing phone dan sebagainya.

Pengajarannya, teliti barang yang hendak dibeli dahulu sebelum membelinya.

Pada pengetahuan ku, kalau ada titik tiga yang berdekatan itu kulit pig. Tak tau la karong. 

Sebenarnya bukan  kali pertama relax jumpa kulit pig ni di jual di pasaran, banyak kali dah. Hari tu jumpa dalam kasut, then dalam dompet. Tuntasnya, kulit pig sering kali di gunakan di masa ini. 

So relax mintak sesangat supaya korang berhati-hati masa beli sesuatu.

Ok lah tegur ku jika apa ku kata di atas salah...

Ingat tu...

Kejamlah korang jika membiarkan diri ku terus sesat dengan ketidak betulan pengetahuan ku.

Ok lah cau lu...

I love you...

Relax-relax selalu..

Pai...


Tajuk lain untuk artikel ini.

- Casing tab mengunakan kulit pig 
- Casing handphone mengunakan kulit pig
- Casing handset mengunakan kulit babi
- Casing handset mengunakan kulit pig.
- Casing handphone mengunakan kulit babi
- Casing tab mengunakan kulit babi.
- Bekas tab mengunakan kulit pig.
- Bekas tab mengunakan kulit babi.
- Bekas handphone mengunakan kulit pig
- Bekas handphone mengunakan kulit babi.
- Bekas handset mengunakan kulit pig.
- Bekas handset mengunakan kulit babi.

Harap bermanfaat ya....


Friday, December 21, 2012

Pengakhiran kisah cinta ku



Assalamualaikum, 

Terima kasih ku ucapkan kepada relax kerana bagi aku post artikel dekat blog kau.

Hari ni terjawab segala yang ku tanya dalam hati ku.

Terima kasih kerana jujur dengan ku.

Terima kasih kerana tak buat ku ternanti-nanti.

Artikel yang terkeluar dari apa yang aku pikirkan. Biarlah korang nak percaya ke tidak.


Hari ini ialah hari penamat kisah cinta ku,
Memang ada ku bayangkan perkara ini,
Kini betul-betul terjadi,
Semasa ku bayangkan,
Ku fikirkan,
Apa diri ku hendak lakukan,
Jika perkara itu benar-benar terjadi,

Bersyukor ku pada ilahi,
Kerana memberi ku kekuatan,
Untuk ku berkata sedemikian pada nya,
Harapan hanya tinggal harapan,
Kini ku bayangkan kau di pelaminan,
Bersama orang lain,

Sudah ku katakan dulu,
Kita memang tak mungkin bersama,
Sudah ku bayangkan segalanya,
Kini benar terjadi,
Memang tak salah apa yang ku bayangkan selama ini,
Jawapan yang kau berikan,
Memang benar seperti apa yang ku bayangkan,
Itulah sebabnya aku tak sedih,
Aku senyum keseorangan apabila membaca jawapan mu itu,
Senyum ku kerana benda yang aku pikir kini benar terjadi,

Ok,
Kini ku tahu,
Kau bukan untuk ku,
Perasaan itu memang takda pada diri mu,
Itulah petunjuk kau bukan untuk ku,
Kata orang perasaan cinta tak boleh di paksa,
Memang kau tengok aku tidak sedih,

Tetapi realitinya,
Ketahuilah aku sedih sebenarnya,
Perlukah aku menangis di depan mu,
Meminta cinta dari mu,
Menagih kasih kepada insan yang bukan untuk ku,
Biarlah ketangisan ku hanya di dalam hati ku,
Kenapa perlu ku luahkan kesedihan ini,
Jika sudah tertulis kau bukan untuk ku,

Apa ku lakukan sekarang hanyalah redha pada ketentuannya,
Jika benar apa kau katakan “Perasaan itu memang tak ada dalam diri ku”,
Sudah terbukti lagi jelas,
Kau dan aku memang tak di takdirkan bersama,

Pergilah,
Kali ini ku rasai pula,
Apa itu patah hati,
Begini rupanya perasaannya,
Sungguh pahit untuk di terima,
Tetapi memang begitu kisah cinta kepada manusia,
Ada kegembiraan ataupun kesedihan,

Jadi,
Perlu ku kikis perasaan ini,
Perlu ku buangkan segala harapan,
Aku tahu,
Allah maha besar,
Mungkin ini terbaik untuk ku,
Harus ku terima dengan hati yang tenang dan penuh redha,

Jika benar dia bukan untuk ku,
Kikis kan terus sisa-sisa cinta ku padanya,
Ini kerana ku tak mahu hati ku terpesong kerana cinta ini,

Kuatkan diri ku,
Aku tahu,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya,

Terima kasih ku ucapkan kepada diri mu,
Kerana berterus terang kepada ku,
Inilah apa yang ku inginkan,
Terima kasih banyak-banyak ku ucapkan,

Aku tahu,
Aku yakin,
Ada hikmah di sebalik semua ini….



Kepada orang di luar sana,
Ingin ku katakan,
Janganlah korang mencintai kepada kawan korang,
Kawan akan kekal sebagai kawan,
Tidak boleh lebih dari itu,
Memang pahit jika korang mencintai kawan korang,
Jika ada sesiapa di luar sana menyintai pada kawannya,
Berhati-hatilah untuk menerima kesudahan yang menyakitkan,

Ingat juga saudara saudari sekalian,
Janganlah sebab perkara ini korang putus sahabat dengan nya,

Ini kerana,
Putus sahabat dengan kawan korang,
Ibarat memutuskan silatulrahim sesama islam,
(tertakluk pada takdir dari Nya)



Kata akhir dari ku,

Aku tak akan serik untuk menyintai, tetapi kali ini pastikan aku menyintai pada insan yang memang benar di takdirkan untuk ku.

Semoga berbahagia dengan orang lain di masa depan kasih ku……

Itulah doa ku untuk mu….

Kebahagian mu kebahagian ku juga….

3,

2,

1,

Reset…….

Buat masa sekarang cinta ku bukan untuk mu lagi……

Jodoh dan petemuan adalah rahsia Ilahi, kita tak mampu pikirkan. Berdoalah pada Ilahi, jika seseorang itu  benar untuk kita, permudahkan urusan kita untuk meminangnya… Di samping berdoa, usaha juga untuk meminangnya. Ingatnya, meminang dan bukanya ber couple…

Sekian artikel ku kali ini….

(Cinta ku pada akhlaknya dan bukan pada rupanya…. Adakah diri ku akan menyintai lagi perempuan sedemikian rupa.)

J

Relax-relax sudah….


Sunday, December 16, 2012

Variable voltage source


Apa yang variable nya relax pun tak tau.

Artikel ini, adalah sambungan dari artikel ------> ini

Seperti yang di janjikan, di sini relax nak tunjukkan sama ada, circuit yang di buat di rumah boleh ke tidak untuk di gunakan.

Circuit ini akan mengeluarkan tiga output iaitu 24V and 48V alternating current (AC) and 12V direct current (DC).


Inilah gambar circuit di dalam artikel yang lepas setelah di solder.

Dengan menggunakan transformer output 12V



Hehe, nak tunjuk gak casing yang serba canggih yang di reka khas dari ku. (homemade casing).






Result untuk circuit ni:

Output untuk circuit ni

Output 24Vac (lebih kurang)

Output 12V dc

Output 48Vac (lebih kurang)

Input 12Vac (lebih kurang)


Semua lebih kurang je sebab output depend on Input. Change in the input will cause a change in output.

Circuit ni prototype je, memang tak boleh pakai lagi pun untuk kegunaan harian sebab output dia tak stable. So, jangan terkejut la kalau output dia semua lebih kurang je. 

Hehe..

Kesimpulannya, circuit yang di buat di rumah boleh dipakai untuk membuat projek. Gambar di atas lah buktinya.

Sekian dari ku,

Selamat beramal saudara saudari sekalian..

Pai..

Relax-relax lah selalu.

Cara nak buat PCB di rumah


Waaahh hari ni rasa macam nak update blog la...

Kepada kawan ku yang medapat berita baik... tahniah ku ucapkan...

Seperti aritkel yang lepas, relax ada post kan cara nak buat PCB dengan menggunakan Machine seperti developing machine, stripper machine, ethcing machine dan banyak lagi lah.

Kalau korang nak tengok artikel yang lepas sila click di sini -------> how to make printed circuit board

Sebelum itu, relax nak tanya korang, artikel yang lepas relax tunjukkan cara buat PCB mengunakan machine, pernah korang terfikir tak macam mana orang zaman dahulu buat PCB. Realitinya pada zaman dahulu, machine seperti ini masih tak wujud. Pernah terfikir tak????

Hehe pada pandangan relax, orang dahulu nak lekatkan circuit pada copper dengan cara jemur tengah panas. (maybe, saya hanya meneke).

Pernah korang terfikir tak macam mana nak buat PCB dekat rumah. Haaaa, cam ne pernah terfikir tak.. ????

Kadang kalau kita nak buat PCB dekat makmal susah gak, sebab kita kena ikut masa orang yang jaga makmal tu, misal kata kita nak PCB hari ini, pergi makmal orang yang jaga makmal tu takda. So, kerja kita nak buat PCB dah terbantut dah... Tak ke susah namanya 2.. Ish2... (berdasarkan pengalaman)

Hari ni relax nak ajar korang cara nak buat PCB di rumah. Terbaik dari ladang. Dengan ilmu yang relax nak bagi ni, korang boleh lah buat terus PCB dari rumah tak payah pergi makmal dah. Memudah kan korang balik 2...

Ok, hiraukan ayat panjang lebar di atas, terus kepada ilmu terbaru yang baru relax praktikkan dan belajar.

Homemade PCB  (Buat PCB dari rumah)

Bahan-bahanya ialah:
1. Tiner
2. Copper board
3. Berus dawai (ala yang cuci kuali 2)
4. Ferric chloride
5. Laser printer
6. Iron (seterika)
7. Pisau
8. Photo paper or grossing paper or paper majalah (yang terbaiknya photo paper la, pastikan high quality photo paper)

Cara-caranya (How to make PCB)

1.  Print circuit di atas photo paper.



2. Lepas 2 gosok copper tadi sehingga besih. (elakkan copper dari oxidize + nak bagi senang lekat circuit atas copper).


3. Lepas je copper tadi dah hilang dari sebarang kekotoran mahupun cap jari. Tekapkan photo paper yang ada circuit di atas copper dan lekatkan photo paper dan copper dengan tape. (Pastikan photo paper tadi di lekatkan dengan elok atas copper.)

Potong bagi sama size photo paper dan copper sebab kita nak lekat keduanya.


Ingat, lekat betul-betul tau

Pastikan sekemas ini. hehe

Macam ni la pandangan tepinya

4. Selepas itu, iron or seterika photo paper yang di lekat atas copper tadi. Ingat!!!. seterika elok-elok sebab inilah proses untuk melekatkan circuit tadi atas copper. Pastikan kedudukan photo paper static daripada copper.

Tekan-tekan sikit iron 2 atas copper, sebab nak bagi circuit lekat atas copper


Info: Bila dah seterika korang tengok belakang photo paper tadi dan gambar circuit akan kelihatan, ini menunjukkan circuit sudah terlekat pada copper. Ingat gak, pastikan seterika korang betul-betul panas. (Sebenarnya ikut photo paper yang korang gunakan gak)


Circuit kelihatan samar-samar di belakang photo paper. (kiranya circuit dah lekat sikit la 2 atas copper)


5. Bila dah seterika je dan korang pasti circuit dah lekat atas copper. Asingkan photo paper tadi dari copper. (Ikut suka korang la nak guna cara apa pun nak asingkan, kena ingat, photo paper dan copper tadi panas tau.)

Disebabkan panas, relax guna air je nak buang photo paper tadi

Agak susah, sebab photo paper dah terlekat atas copper


Pastikan buka perlahan-lahan, nak elakkan circuit yang terlekat tadi tak rosak.


Tada, inilah hasilnya selepas di seterika or iron


Buang cebisan-cebisan photo paper tadi


6. Selepas itu, korang tengok connection circuit korang atas copper tadi, sama ada elok or terputus. Jika circuit korang terputus, gunalah permanent marker dan sambung circuit yang terputus tadi.

Ingat, proses ini penting sebab lepas ni kita nak buang copper dah.


7. Potong copper tadi, tinggalkan yang kita nak pakai je. (Elakkan pembaziran)


Potong guna pisau lipat RM0.20 je. Nak jimat la katakan. Potong sikit lepas 2 patah kan. hehe, pandai-pandai korang la



8. Seterusnya, korang masukkan copper tadi di dalam larutan ferric chloride. (untuk buang copper yang tak pakai)

Letakkan copper tadi dalam solution

Goncangkan sikit, nak bagi cepat sikit proses permbuangan copper

Taaadaaa, inilah hasilnya, selepas di masukkan di dalam solution. (selepas di basuh)

Info: Kena ingat ferric chloride adalah sejenis asid, jadi berhati-hati lah ye.



9. Proses seterusnya ialah membuang ink dari photo paper yang terlekat atas copper tadi. (supaya copper sahaja kelihatan atas board). Untuk membuang ink tadi, senang je, korang guna je thinner. Letakkan thinner atas kain, then sapukan atas board yang ada ink tadi. Sapu sampai copper kelihatan tau.



Thinner yang ku gunakan

Belilah thinner cap arrow. hehe. Sebenarnya apa-apa thinner pun boleh


Inilah hasilnya selepas ink di buang. Copper yang nak di gunakan sahaja yang tinggal.


10. Siap sudah Printed circuit board (PCB).

Inilah hasil pcb yang di buat dari rumah. 
Macam mana ada tak bezanya PCB yang di buat dari rumah dan lab.

Habis sudah tutorial untuk hari ini. 


Cara pembelajaran: 
-Ketahui kita boleh buat PCB dari rumah daripada seorang kawan saya yang bernama I-y-sa.
-Cari cara nak buat di dalam internet.
-Belajar cara nak buat dari kawan ku Sy--m- or A--ng
-Buat sendiri di rumah kawan ku --i-al

Kesimpulannya, untuk mendapakan ilmu, kita haruslah bertanyakan kepada orang lain.

Terima kasih tak terhingga kepada orang yang memberi tahu, mengajar dan meminjamkan rumah mereka untuk diri ku melaksanakan projek ini.


Sekian dari ku,

Saksikanlah result sama ada circuit yang di buat di rumah boleh di gunakan tidak. Click di sini

Tunggu ye..

Pai...

Homemade PCB.
How to make printed circuit board at home.
How to make PCB at home.
Cara nak buat PCB dekat rumah.
Cara nak buat printed circuit board di rumah.

Segala tajuk di atas membawa maksud sama je.


Saturday, December 08, 2012

Allahu akbar, kata yang begitu bermakna...



Allahu akbar,

Kata yang sangat besar maksudnya,

Insaflah korang jika menyebutnya,

Kerana maksudnya Allah maha besar,

Bukan hanya sebutan di mulut,

Tetapi rasailah di dalam hati,

JIka benar korang menghayati maksudnya,

Getaran di hati dapat di rasai,

Perkataan ini bukan untuk di permainkan,

Sebutan hanya sekadar sebutan,

Jika penghayatan tidak ada,

Janganlah kau sekadar sebut,

Jika tiada tujuan,

Kerana perkataan ini begitu besar maknanya,

Allahu akbar!!!



Soalan terakhir,
Pernah tak korang pikir, kenapa perkataan ini di gunakan di dalam peperangan or berjihad?
Selamat menjawab….


Relax dan tenang lah selalu….

Pai…

Bersamalah kita bermuhasabah diri


Artikel ringkas yang meminta korang berfikir benarkah korang takut kepada Allah SWT...

Artikel yang lebih kurang macam artikel lepas "Benarkah anda takut kepada Allah SWT"


Korang tahu Allah SWT lah yang maha agung, maha berkuasa dan dialah yang maha besar...

Jika benar korang tahu perkara di atas, kenapa korang lakukan larangannya dan seringkali meninggalkan suruhannya....???

Tak takut ke Allah SWT menurunkan azab jika korang melakukan larangannya, tak takut ke azab di akhirat nanti...???

Korang tahu bertapa besar dan berkuasanya Allah SWT, tetapi kenapa masih melakukan kemungkaran???

Sebenarnya korang takut tak kepada Allah SWT????

Benarkah korang menyakini bertapa agung dan berkuasanya Allah SWT???

Betulkah korang kenal Allah SWT???

Kalau betul korang kenal Allah SWT, korang tak akan melakukan kemungkaran???

Tetapi kenapa kita sering melakukan kemungkaran lagi???

Benarkah kita kenal siapa Allah SWT???

Apa perasaan korang bila menyebut perkataan Allahu akbar (Allah maha besar)???

Allahu akbar membawa maksud "Allah maha besar", ada timbul getaran di hati tak bila menyebut perkataan itu????

Allahu akbar bukan sekadar perkataan yang di sebut di mulut sebaliknya haruslah di rasai di dalam hati???

Korang rasa tak dalam hati jika sebut perkataan itu???

Jika benar korang menghayati maksud Allahu akbar, korang akan terus meninggalkan larangannya dan melakukan suruhannya???

Jika benar juga korang kenal yang satu, pasti korang hanya mahu kan diri Nya???

Korang akan tinggalkan segalanya yang tak wujud???


Bersamalah bermuhasabah diri saudara saudari sekalian,

Bersamalah insafkan diri,

Yang paling penting, bersamalah kita sucikan hati dari sifat tercela....

Selalulah ingat kepada Allah SWT..

Bersihkan lah hati kalian sekalian....

Selamat bermujahadah saudara saudari sekalian...

Peace yooo...

Cukupkah amalan ku untuk ke syurga?


Seperti biasa, benda yang baik dan tulisan yang formal... Relax tak pandai sangat nak menulis.... So, copy paste je la... hehe.... Saksikanlah artikl copy paste kali ini....




***************
Hari kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 



Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
Pemimpin yang adil. 
Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 

Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

*****Copy paste dari sini*****

Bagaimanakah diri ku di sana nanti?.... Di manakah tempat ku di sana?.... Bagaimankah keadaan ku di sana nanti?.... Cukupkah amalan ku untuk ke syurga?.... Mampu kah diri ku mendapat syafaat?... 

Bersamalah kita menjawab soalan di atas ya... Selamat berfikir saudara saudari sekalian....

Tingkatkan iman, banyakkan amal.... Moga kita kenal yang maha besar... 

Info tambahan:
Jika benar korang kenal sebenar kenal siapakah Allah SWT, tentu korang melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya.... So, belajarlah menggenal Allah SWT.... 

Sekian untuk saat ini...

Bersamalah melawan menentang yang di dalam... Kerana rajalah kita jika dapat menewaskannya....

:)

Pai...


Wednesday, December 05, 2012

Muntah dan cirit birit membawa maut




Salam perkenalan kepada orang yang baru perasan kehadiran blog ni.

Benda pelik, memang pelik, tak pernah lagi relax tengok orang kena cam ni. hehe….

Disebabkan kepelikan inilah membuat diri ku bertanyakan kenapa jadi begitu. Cerita bermula apabila diri ku terjumpa satu kes yang pelik. Tak habis-habis pelik, mesti korang tertanyakan apa yang pelikkan.

Hehe, Tak tau dah nak cerita cam ne….. Korang baca je lah bawah ni……



Problem statement:

Orang pertama kena macam dekat bawah:
-Symptoms pertama (days 1): Pening rasa macam nak muntah (memualkan, lebih kurang macam orang yang nak dapat baby)..
-Symptoms seterusnya (days 2): Pening dan rasa nak muntah+ sakit perut sikit + cirit birit + muntah…
-Seterusnya dia pergi klinik dan doctor cakap salah makan.

Selepas orang pertama sembuh, symptoms ini berterusan dekat orang number 2 lak:
-Orang number 2 ada penambahan symptoms iaitu kebas anggota badan dan kekejangan otot (maybe dia muntah banyak sangat kut).

Selepas orang number 2, symptom ni kena pada orang number 3 and 4 pulak tetapi tiada penambahan symptoms .



(orang kedua ada symptom tambahan sebab masalah ubat yang klinik bagi, tak tau la betul ke tidak, doctor la kata cam 2.... so berhati-hatilah beli ubat ye saudara saudari sekalian)


Objective:

Mengkaji apakah penyebab kepada masalah ini. Kalau salah makan or keracunan makanan tak silap relax, kena semua serentak terus dan bukan berjangkit-jangkit macam ni.


Discussion:

Boleh jadi penyebab kepada masalah ini ialah food poisoning or mungkin acute gastroenteritis(orang kata la). Then, yang boleh berjangkit mungkin di sebabkan oleh tandas. Perkara ini berlaku apabila orang pertama yang kena infection muntah or buang najis dalam tandas, ada kuman dalam tandas tadi. So, orang kedua pun masuk. Jadi berjangkit la kat diorang masalah food poisoning yang di hadapi orang pertama tadi.  Perkara ini berterusan sehinggalah kepada orang ketiga dan keempat


Untuk masalah kebas anggota badan dan kekejangan otak lak:

Teori 1: Garam dalam badan kurang. Di sebabkan itu, otot tak dapat berfungsi dengan baik. So, berlakulah masalah kekejangan dan kebas angota badan. Garam or mineral dalam badan berkurangan di sebabkan oleh muntah dan cirit-birit. Untuk mengelakan masalah ini kena la makan air garam seperti gambar di bawah. Selalunya kalau pergi hospital, dia masukkan air dalam badan.





Info tambahan,
Kalau korang kena muntah-muntah dan cirit birit selalunya klinik akan bagi air garam kat korang untuk korang minum untuk memberi mineral dalam badan korang kembali seimbang.


Teori 2: Bila kita muntah, kita akan keluarkan air dan electrolyte seperti sodium potassium. Kalau electrolyte tak balance akan ada masalah untuk muscle contraction. Untuk pengetahuan korang sodium potassium di gunakan dalam action potential dan sebagainya.

Info tambahan,

Muntah boleh bawa maut jika kita dapat hypovolemic shock. Fluid kurang dalam badan, disebabkan itu darah kurang, seterusnya akan ada masalah kegagalan jantung.


Conclusions:

Food poisoning boleh berjangkit dengan pelbagai cara seperti melalui najis, muntah dan sebagainya. So, jika ahli keluarga korang or kawan korang kena food poisoning berhati-hati lah yooo. Selain itu, muntah dan cirit birit juga boleh membawa maut kerana mineral or fluid dalam badan berkurangan.


Recommendation:

Berhati-hatilah masa makan. Pastikan makanan anda tidak tercemar. Selain itu banyakan minum air jika korang hadapi masalah ni (xnak bagi dehydrate). Paling penting jaga kebersihan, cuci tangan. Tuntasnya, buat la apa pun yang boleh mencegah kuman dari terus merebak.


Info tambahan,

Kebas dan kekejangan otat merupakan tanda awal menunjukkan mineral or fluid dalam badan korang kurang (untuk kes food poisoning). So, kalau korang hadapi masalah di atas, cepat-cepat lah pergi hospital. Biar diorang masuk air dalam badan or sewaktu dengannya.


Sekian info dan penganjaran dari ku, sihat-sihat la selalu saudara saudari sekalian…

Terima kasih ku ucapkan kepada Doctor, bakal doctor dan nurse di atas pemberitahuan kalian terhadap ku tentang hal ini. Terima kasih banyak-banyak ku ucapkan.

Relax-relax selalu….

Pai…


Sumber tambahan: 
http://www.ebmedicine.net/topics.php?paction=showTopic&topic_id=229
Apa itu Gastroenteritis
Bacterial gastroenteritis 
Tentang Gastroenteritis

Tuesday, December 04, 2012

Surah-surah untuk di amalkan perempuan mengandung


Artikel copy paste untuk kali ni lak ialah:



Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan

Surah Maryam
Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf
Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Hujurat
Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yasin
Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat

Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin


Kredit sepenuhnya kepada sumber


Terima Kasih ku ucapkan kepada admin blog tersebut....

Jangan marah ya relax copy paste artikel kamu....

Kredit kepada admin blog tersebut....

Sekian dari ku....

Pai....

Sunday, December 02, 2012

Hidup ku kerana Mu




CInta Ilahi,

Cinta selamanya….

Kebahagian di dunia dan akhirat….

Nikmatnya yang tak terhingga…

Cinta ini kurnian dari Nya….

Bersyukor ku pada diri Mu,

Memberi ku rasa apa itu cinta…..

Takdir Mu harus ku turuti,

Kerana ku hanyalah hamba Mu…

Jika Kau kata mati,

Mati lah aku,

Jika Kau kata hidup,

Hidup lah aku,

Jika kau kata jadi,

Maka jadi lah…

Jodoh itu rahsia diri Mu,

Diri ku hanya mampu berusaha,

Hidup ku kerana Mu,

Ada ku kerana Mu,

Segala di depan ku kerana Mu,

Ku tiada apa-apa,

Tolong dan bantulah aku,

Aku ingin kenal diri Mu….


Sekian artikel kali ini,

Tak mau stress...

Senyum-senyum...

Pai...


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!