Sunday, December 16, 2012

Cara nak buat PCB di rumah


Waaahh hari ni rasa macam nak update blog la...

Kepada kawan ku yang medapat berita baik... tahniah ku ucapkan...

Seperti aritkel yang lepas, relax ada post kan cara nak buat PCB dengan menggunakan Machine seperti developing machine, stripper machine, ethcing machine dan banyak lagi lah.

Kalau korang nak tengok artikel yang lepas sila click di sini -------> how to make printed circuit board

Sebelum itu, relax nak tanya korang, artikel yang lepas relax tunjukkan cara buat PCB mengunakan machine, pernah korang terfikir tak macam mana orang zaman dahulu buat PCB. Realitinya pada zaman dahulu, machine seperti ini masih tak wujud. Pernah terfikir tak????

Hehe pada pandangan relax, orang dahulu nak lekatkan circuit pada copper dengan cara jemur tengah panas. (maybe, saya hanya meneke).

Pernah korang terfikir tak macam mana nak buat PCB dekat rumah. Haaaa, cam ne pernah terfikir tak.. ????

Kadang kalau kita nak buat PCB dekat makmal susah gak, sebab kita kena ikut masa orang yang jaga makmal tu, misal kata kita nak PCB hari ini, pergi makmal orang yang jaga makmal tu takda. So, kerja kita nak buat PCB dah terbantut dah... Tak ke susah namanya 2.. Ish2... (berdasarkan pengalaman)

Hari ni relax nak ajar korang cara nak buat PCB di rumah. Terbaik dari ladang. Dengan ilmu yang relax nak bagi ni, korang boleh lah buat terus PCB dari rumah tak payah pergi makmal dah. Memudah kan korang balik 2...

Ok, hiraukan ayat panjang lebar di atas, terus kepada ilmu terbaru yang baru relax praktikkan dan belajar.

Homemade PCB  (Buat PCB dari rumah)

Bahan-bahanya ialah:
1. Tiner
2. Copper board
3. Berus dawai (ala yang cuci kuali 2)
4. Ferric chloride
5. Laser printer
6. Iron (seterika)
7. Pisau
8. Photo paper or grossing paper or paper majalah (yang terbaiknya photo paper la, pastikan high quality photo paper)

Cara-caranya (How to make PCB)

1.  Print circuit di atas photo paper.



2. Lepas 2 gosok copper tadi sehingga besih. (elakkan copper dari oxidize + nak bagi senang lekat circuit atas copper).


3. Lepas je copper tadi dah hilang dari sebarang kekotoran mahupun cap jari. Tekapkan photo paper yang ada circuit di atas copper dan lekatkan photo paper dan copper dengan tape. (Pastikan photo paper tadi di lekatkan dengan elok atas copper.)

Potong bagi sama size photo paper dan copper sebab kita nak lekat keduanya.


Ingat, lekat betul-betul tau

Pastikan sekemas ini. hehe

Macam ni la pandangan tepinya

4. Selepas itu, iron or seterika photo paper yang di lekat atas copper tadi. Ingat!!!. seterika elok-elok sebab inilah proses untuk melekatkan circuit tadi atas copper. Pastikan kedudukan photo paper static daripada copper.

Tekan-tekan sikit iron 2 atas copper, sebab nak bagi circuit lekat atas copper


Info: Bila dah seterika korang tengok belakang photo paper tadi dan gambar circuit akan kelihatan, ini menunjukkan circuit sudah terlekat pada copper. Ingat gak, pastikan seterika korang betul-betul panas. (Sebenarnya ikut photo paper yang korang gunakan gak)


Circuit kelihatan samar-samar di belakang photo paper. (kiranya circuit dah lekat sikit la 2 atas copper)


5. Bila dah seterika je dan korang pasti circuit dah lekat atas copper. Asingkan photo paper tadi dari copper. (Ikut suka korang la nak guna cara apa pun nak asingkan, kena ingat, photo paper dan copper tadi panas tau.)

Disebabkan panas, relax guna air je nak buang photo paper tadi

Agak susah, sebab photo paper dah terlekat atas copper


Pastikan buka perlahan-lahan, nak elakkan circuit yang terlekat tadi tak rosak.


Tada, inilah hasilnya selepas di seterika or iron


Buang cebisan-cebisan photo paper tadi


6. Selepas itu, korang tengok connection circuit korang atas copper tadi, sama ada elok or terputus. Jika circuit korang terputus, gunalah permanent marker dan sambung circuit yang terputus tadi.

Ingat, proses ini penting sebab lepas ni kita nak buang copper dah.


7. Potong copper tadi, tinggalkan yang kita nak pakai je. (Elakkan pembaziran)


Potong guna pisau lipat RM0.20 je. Nak jimat la katakan. Potong sikit lepas 2 patah kan. hehe, pandai-pandai korang la



8. Seterusnya, korang masukkan copper tadi di dalam larutan ferric chloride. (untuk buang copper yang tak pakai)

Letakkan copper tadi dalam solution

Goncangkan sikit, nak bagi cepat sikit proses permbuangan copper

Taaadaaa, inilah hasilnya, selepas di masukkan di dalam solution. (selepas di basuh)

Info: Kena ingat ferric chloride adalah sejenis asid, jadi berhati-hati lah ye.



9. Proses seterusnya ialah membuang ink dari photo paper yang terlekat atas copper tadi. (supaya copper sahaja kelihatan atas board). Untuk membuang ink tadi, senang je, korang guna je thinner. Letakkan thinner atas kain, then sapukan atas board yang ada ink tadi. Sapu sampai copper kelihatan tau.



Thinner yang ku gunakan

Belilah thinner cap arrow. hehe. Sebenarnya apa-apa thinner pun boleh


Inilah hasilnya selepas ink di buang. Copper yang nak di gunakan sahaja yang tinggal.


10. Siap sudah Printed circuit board (PCB).

Inilah hasil pcb yang di buat dari rumah. 
Macam mana ada tak bezanya PCB yang di buat dari rumah dan lab.

Habis sudah tutorial untuk hari ini. 


Cara pembelajaran: 
-Ketahui kita boleh buat PCB dari rumah daripada seorang kawan saya yang bernama I-y-sa.
-Cari cara nak buat di dalam internet.
-Belajar cara nak buat dari kawan ku Sy--m- or A--ng
-Buat sendiri di rumah kawan ku --i-al

Kesimpulannya, untuk mendapakan ilmu, kita haruslah bertanyakan kepada orang lain.

Terima kasih tak terhingga kepada orang yang memberi tahu, mengajar dan meminjamkan rumah mereka untuk diri ku melaksanakan projek ini.


Sekian dari ku,

Saksikanlah result sama ada circuit yang di buat di rumah boleh di gunakan tidak. Click di sini

Tunggu ye..

Pai...

Homemade PCB.
How to make printed circuit board at home.
How to make PCB at home.
Cara nak buat PCB dekat rumah.
Cara nak buat printed circuit board di rumah.

Segala tajuk di atas membawa maksud sama je.


1 comment:

  1. Assalamualaikum saudara. Nak minta tunjuk ajar sikit. Saya dah try buat pcb ni ikut cara yang saudara terangkan dan tunjukkan. Berulang kali saya praktikkan namun kecewa dan hampa.. :'( saya guna photo paper tapi circuit tak lekat atas pcb. Hhhmm...guna jenis glossy photo paper. Betulkan? Kalau salah harap diperbetulkan. Lani saya tertanya-tanya boleh tak kalau print circuit atas plastik yang bersaiz A4 pastu iron atas copper board? Maksud saya plastik bersaiz A4 tu yang plastik lutsinar tu. Boleh tak? Satu lagi, nak minta software utk design pcb dari saudara boleh tak? Yang Orcad tu. Emel maklumbalas soalan saya ni di proskills786@gmail.com. Sekian dari saya. 73. Clear.

    ReplyDelete

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!