Friday, December 21, 2012

Pengakhiran kisah cinta ku



Assalamualaikum, 

Terima kasih ku ucapkan kepada relax kerana bagi aku post artikel dekat blog kau.

Hari ni terjawab segala yang ku tanya dalam hati ku.

Terima kasih kerana jujur dengan ku.

Terima kasih kerana tak buat ku ternanti-nanti.

Artikel yang terkeluar dari apa yang aku pikirkan. Biarlah korang nak percaya ke tidak.


Hari ini ialah hari penamat kisah cinta ku,
Memang ada ku bayangkan perkara ini,
Kini betul-betul terjadi,
Semasa ku bayangkan,
Ku fikirkan,
Apa diri ku hendak lakukan,
Jika perkara itu benar-benar terjadi,

Bersyukor ku pada ilahi,
Kerana memberi ku kekuatan,
Untuk ku berkata sedemikian pada nya,
Harapan hanya tinggal harapan,
Kini ku bayangkan kau di pelaminan,
Bersama orang lain,

Sudah ku katakan dulu,
Kita memang tak mungkin bersama,
Sudah ku bayangkan segalanya,
Kini benar terjadi,
Memang tak salah apa yang ku bayangkan selama ini,
Jawapan yang kau berikan,
Memang benar seperti apa yang ku bayangkan,
Itulah sebabnya aku tak sedih,
Aku senyum keseorangan apabila membaca jawapan mu itu,
Senyum ku kerana benda yang aku pikir kini benar terjadi,

Ok,
Kini ku tahu,
Kau bukan untuk ku,
Perasaan itu memang takda pada diri mu,
Itulah petunjuk kau bukan untuk ku,
Kata orang perasaan cinta tak boleh di paksa,
Memang kau tengok aku tidak sedih,

Tetapi realitinya,
Ketahuilah aku sedih sebenarnya,
Perlukah aku menangis di depan mu,
Meminta cinta dari mu,
Menagih kasih kepada insan yang bukan untuk ku,
Biarlah ketangisan ku hanya di dalam hati ku,
Kenapa perlu ku luahkan kesedihan ini,
Jika sudah tertulis kau bukan untuk ku,

Apa ku lakukan sekarang hanyalah redha pada ketentuannya,
Jika benar apa kau katakan “Perasaan itu memang tak ada dalam diri ku”,
Sudah terbukti lagi jelas,
Kau dan aku memang tak di takdirkan bersama,

Pergilah,
Kali ini ku rasai pula,
Apa itu patah hati,
Begini rupanya perasaannya,
Sungguh pahit untuk di terima,
Tetapi memang begitu kisah cinta kepada manusia,
Ada kegembiraan ataupun kesedihan,

Jadi,
Perlu ku kikis perasaan ini,
Perlu ku buangkan segala harapan,
Aku tahu,
Allah maha besar,
Mungkin ini terbaik untuk ku,
Harus ku terima dengan hati yang tenang dan penuh redha,

Jika benar dia bukan untuk ku,
Kikis kan terus sisa-sisa cinta ku padanya,
Ini kerana ku tak mahu hati ku terpesong kerana cinta ini,

Kuatkan diri ku,
Aku tahu,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya,

Terima kasih ku ucapkan kepada diri mu,
Kerana berterus terang kepada ku,
Inilah apa yang ku inginkan,
Terima kasih banyak-banyak ku ucapkan,

Aku tahu,
Aku yakin,
Ada hikmah di sebalik semua ini….



Kepada orang di luar sana,
Ingin ku katakan,
Janganlah korang mencintai kepada kawan korang,
Kawan akan kekal sebagai kawan,
Tidak boleh lebih dari itu,
Memang pahit jika korang mencintai kawan korang,
Jika ada sesiapa di luar sana menyintai pada kawannya,
Berhati-hatilah untuk menerima kesudahan yang menyakitkan,

Ingat juga saudara saudari sekalian,
Janganlah sebab perkara ini korang putus sahabat dengan nya,

Ini kerana,
Putus sahabat dengan kawan korang,
Ibarat memutuskan silatulrahim sesama islam,
(tertakluk pada takdir dari Nya)



Kata akhir dari ku,

Aku tak akan serik untuk menyintai, tetapi kali ini pastikan aku menyintai pada insan yang memang benar di takdirkan untuk ku.

Semoga berbahagia dengan orang lain di masa depan kasih ku……

Itulah doa ku untuk mu….

Kebahagian mu kebahagian ku juga….

3,

2,

1,

Reset…….

Buat masa sekarang cinta ku bukan untuk mu lagi……

Jodoh dan petemuan adalah rahsia Ilahi, kita tak mampu pikirkan. Berdoalah pada Ilahi, jika seseorang itu  benar untuk kita, permudahkan urusan kita untuk meminangnya… Di samping berdoa, usaha juga untuk meminangnya. Ingatnya, meminang dan bukanya ber couple…

Sekian artikel ku kali ini….

(Cinta ku pada akhlaknya dan bukan pada rupanya…. Adakah diri ku akan menyintai lagi perempuan sedemikian rupa.)

J

Relax-relax sudah….


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!