Saturday, March 18, 2017

Cerita juruteknik menjadi buruh kasar



Pejam celik dah nak dekat sebulan dalam bulan March 2017 ni relax buat kerja yang lari daripada bidang relax. 

Memang la diri rasa tak best. Tetapi bila fikir balik relax perlukan duit untuk meneruskan segala misi relax, relax kekal kerja di sini.

Dapat kerja lain, memang cabut dah, cerita dia tak dapat lagi.

Mungkin rezeki di sini. Bertabah je la.


Bukan itu yang relax nak cerita sebenarnya, cuma relax nak cakap sikit, sepanjang relax yang bekerja sebagai technician ni tiba-tiba sebulan jadi buruh kasar (terpaksa kerja). Adalah orang cakap "Kerja apa tak kuat, lembik."

Okay ini lah sebab utama relax tulis artikel kali ini. Nak menjawab kata orang diatas. Memang la relax tak kuat dah buat kerja buruh. Relax minta kerja sini sebagai technician. Bukan buruh kasar. Kalau relax kuat, dah lama relax minta kerja sebagai buruh kasar. Ini dah lari bidang, memang la jadi lembik. 

Sampai disini dahulu relax nak bagi tahu.. 

Sekian.



Kerja tak ikut bidang kerja, bertabahlah wahai diri.


Hai dan Assalamualaikum semua.

Update terbaru tentang diri relax ialah relax tengah stress pasal kerja dan kehidupan.

Bukan apa rasa tertekan sedikit bila fikir tentang kahwin, nak ada kereta, nak ada motor dan nak ada rumah.

Fikir semua ni jadi stress pula. Dengan fikir kerja yang tak ikut job scope lagi.

Semua kerja kena buat. Yang ni tak kesah sangat, ni dah sebulan jadi kontraktor, siapa tak stress woi.... Kerja sebagai technician tapi buat kerja buruh binaan. Letih badan oit.

Adoi.. Mungkin dugaan buat diri relax ni. Bertabah dan sabar la wahai diri.

Semoga di permudahkan segalanya...

Ameen.

Jangan stress-stress ye wahai diri. Relax tenang sahaja.

Bagi semangat dekat diri sendiri sikit. Chaiyok wahai diri..


Friday, March 10, 2017

Apakah wanita itu?

Hari wanita sedunia iaitu pada 8 March 2017 Rabu.

Tergerak hati nak tulis pasal artikel tentang wanita yang dituju khas kepada wanita.

Hari ni hari wanita hari merai sang wanita. Tergerak hati terlintas di buah fikiran wanita bagi ku seorang insan yang sentiasa memerlukan teman. Tidak boleh di biar bersendirian.

Ada saja yang menjaga nya. Ayah tiada adik lelaki menjadi penjaga. Tiada adik bapa saudara menjadi penjaga.  Pendek kata sentiasa memerlukan teman dan di lindungi.

Lumrah sang wanita. Itulah apa yang ku tahu.

Tetapi lain pula dengan seseorang yang relax bincang tetang wanita itu. Relax kongsikan pendapatnya tetang wanita.

"Wanita bersifat luhur dan murni. Murni disebabkan kebaikan dia dan luhur disebabkan kesopanannya dan perilakunya dalam menangani sesuatu masalah dunia.

Dengan dua sifat murni dan luhur inilah seseorang wanita mampu untuk menggoncang dunia.

Definisi murni. Murni berkait rapat dengan hati manakala luhur pula lebih kepada perwatakan luaran. dari luarannya dapat kita tengok keayuan wanita yg mampu untuk tersenyum setiap masa walaupun  ketika dalam kelukaan.

Senyumanlah kekuatan dan senjata sebenar seseorang wanita. Itu dari segi luaran.

Dalamannya pula Subhanallah lg cantik dihiasi dgn kekuatan dan ketabahan yg luar biasa sehingga mmpu untuk mnutup setiap kelukaan dan kepahitan yg d laluinya.

Di sebabkan dua sifat ini juga lah wanita di jadikan makhluk yg terindah di sisiNya dan sangat tinggi martabatnya di mata-mata kita. Tidak semua orang dapat menjadi seorang wanita walau dia dilahirkan sebagau seorang wanita.. 

Wallahualam.

Sekian pendapat dia.

Itu definasi atau pun pendapat relax dan juga orang yang relax berbincang tentang wanita.

Anda pula berpendapat macam mana?

Apa pun ketahuilah manusia itu hebat sebenarnya.

Sekian daripada relax pula.

Jumpa lagi di lain hati naa.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!