Friday, March 10, 2017

Apakah wanita itu?

Hari wanita sedunia iaitu pada 8 March 2017 Rabu.

Tergerak hati nak tulis pasal artikel tentang wanita yang dituju khas kepada wanita.

Hari ni hari wanita hari merai sang wanita. Tergerak hati terlintas di buah fikiran wanita bagi ku seorang insan yang sentiasa memerlukan teman. Tidak boleh di biar bersendirian.

Ada saja yang menjaga nya. Ayah tiada adik lelaki menjadi penjaga. Tiada adik bapa saudara menjadi penjaga.  Pendek kata sentiasa memerlukan teman dan di lindungi.

Lumrah sang wanita. Itulah apa yang ku tahu.

Tetapi lain pula dengan seseorang yang relax bincang tetang wanita itu. Relax kongsikan pendapatnya tetang wanita.

"Wanita bersifat luhur dan murni. Murni disebabkan kebaikan dia dan luhur disebabkan kesopanannya dan perilakunya dalam menangani sesuatu masalah dunia.

Dengan dua sifat murni dan luhur inilah seseorang wanita mampu untuk menggoncang dunia.

Definisi murni. Murni berkait rapat dengan hati manakala luhur pula lebih kepada perwatakan luaran. dari luarannya dapat kita tengok keayuan wanita yg mampu untuk tersenyum setiap masa walaupun  ketika dalam kelukaan.

Senyumanlah kekuatan dan senjata sebenar seseorang wanita. Itu dari segi luaran.

Dalamannya pula Subhanallah lg cantik dihiasi dgn kekuatan dan ketabahan yg luar biasa sehingga mmpu untuk mnutup setiap kelukaan dan kepahitan yg d laluinya.

Di sebabkan dua sifat ini juga lah wanita di jadikan makhluk yg terindah di sisiNya dan sangat tinggi martabatnya di mata-mata kita. Tidak semua orang dapat menjadi seorang wanita walau dia dilahirkan sebagau seorang wanita.. 

Wallahualam.

Sekian pendapat dia.

Itu definasi atau pun pendapat relax dan juga orang yang relax berbincang tentang wanita.

Anda pula berpendapat macam mana?

Apa pun ketahuilah manusia itu hebat sebenarnya.

Sekian daripada relax pula.

Jumpa lagi di lain hati naa.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!