Wednesday, August 27, 2014

Ku tertanya-tanya


Terima kasih menyedarkan,

Terpikir sudah kini,

Bagaimanakah kita di sana nanti,

Mati bagaimanakah,

Di dalam Islam or kafir kah,

Persoalan menjadi persoalan,

Tiada jawapan ku temui,

Tiada mampu ku berfikir,

Kerana ini semua kerja Dia,

Sebagai hamba,

Hanya mampu tingkatkan amal,

Pengampunan kepada Dia,

Maha pengasih,

Maha penyayang,

Itu lah Dia,

Selamat kembali wahai diri,

Alhamdulilah.


Masa depan itu perkara ghaib


Masa depan,

Tiada mampu di pikir,

Kerana ia masa depan,

Tergolong di dalam benda ghaib,

Merancang itu boleh,

Tetapi haruslah perancangan itu bergantung kepada Allah,

Kerana Allah penentu segalanya,

Jika di pikir dan terus di pikir masa depan,

Akal menjadi pening,

Kerana tak terjangkau dek akal masa depan itu,

Tuntasnya,

Masa lepas tidak akan berulang,

Jangan di kau terkenang lagi,

Cukuplah jadikan pengajaran,

Untuk meneruskan hidup di masa ini untuk mengapai masa depan,

Fokus lah masa ini,

Kerana masa ini lah penentu masa depan kita,

Masa ini jugalah penentu di manakah kita di alam akhirat nanti,

Syurga atau neraka,

Pilihan di tangan sendiri,

Kerana kita punyai akal untuk berfikir,

Selamat berfikir pembaca semua.


Ambil lah pemetik api, dan cuba bakar tangan itu. Andai panas, ketahuilah kalian neraka lagi panas daripada itu.

Relax tenang

Pai.

Sedarlah wahai kalian


Sungguh mudah bicara kalian,

Bagaikan diri itu pencipta,

Tiada sedar diri siapa,

Di pinjam jatung daripada Dia,

Memberi kalian nyawa,

Masih berdiri sehingga kini,

Masih tiada sedarkah hikmahnya,

Di dirikan kalian sehingga kini,

Untuk memberi masa kepada kalian,

Mengejar kembali kasih yang hilang,

Iaitu kasih yang abadi,

Dialah Allah yang Esa,

Carilah Allah kembali,

Kerana datangnya bersih,

Haruslah kembali bersih,

Diri kita baikkan,

Dunia ini menipu,

Sedarlah wahai kalian,

Jalan kembali sentiasa ada,

Selagi nyawa masih ada,

Jalan bertemu Ilahi sentiasa ada,

Ingatlah wahai saudara seIslam ku.



Tegur dan tegur lah diri ku andai salah,
Pai.

Masih banyak yang perlu di perlajari


Masih baru,

Masih mentah,

Banyak yang perlu ku belajar,

Tidak ku sangka begitu muslihatnya,

Aduh tak ku sangka begitu,

Bila di fikir logiknya,

Benar juga,

Kena lebih berhati-hati selepas ini.



Pengajaran:

Dunia ini penuh tipu muslihat. Berhati-hatilah wahai teman.


Relax tenang

Relax n cool aja.

Setiap yang berlaku daripada dia.

Iman dan Islam lah.

Mereka tidak tahu


Sungguh dan sungguh,

Mereka di luar tidak tahu,

Mereka tidak tahu apa yang ku tahu,

Mereka tidak tahu apa yang ku tempuh,

Mereka tidak tahu bagaimana jalan ini,

Mereka tidak tahu bagaiman ku rasa,

Mereka tidak tahu macam mana rasanya dengan Ilahi,

Susah ku terangkan,

Susah ku terangkan hati ku,

Susah ku ungkap kan,

Asuhan itu daripada didikan dia,

Bersyukor ku temui dia,

Kembalilah kepada Ilahi,

Bagaimana caranya???

Tanyalah hati itu.

Tiada yang tahu, melainkan yang penah tempuhi.



Pai.

My name is relax.

Owner of this blog.

Relax sudah.

Jalan ke Ilahi


Jalan ke Ilahi,

Sukar ku terangkan bagaimana jalannya,

Hanya orang yang betul-betul mahukan Ilahi merasainya,

Perbagai rintangan harus di tempuhi,

Halangannya bukan mudah,

Pelbagai tipu muslihat,

Dunia ooh dunia,

Penuh tipu muslihat,

Kadang hutan belukar,

Luka dan terus luka diri,

Harus mencari ubat luka itu,

Kadang lautan yang tiada sempadan,

Lemas dan terus lemas,

Terkapai kapai mencari penyelamat,

Tenggelam dan terus tenggelam,

Tiada yang membantu,

Melainkan diri itu,

Kuatkan badan,

Kayuh berenang timbul kembali,

Berendang mencari sempadan,

Aaaahhh,

Itu mudah,

Bagi yang tetap hatinya,

Kekuatan terhasil,

Daripada Dia yang Esa,

Haha…

Kini ku ketawa panjang,

Jalan itu sudah ku temui,

Akan ku tempuh dan terus tempuh,

Segala muslihat ku tempis,

Kuda tungangan kejahatan,

Ku tempis segala-galanya.

Dengan kalimah Zat,

Ku halau mereka semua,

Semoga kuat diri ku ini.



Bicara kita sebagai seorang hamba iaitu di cipta bukan pencipta:

Jodoh ooh jodoh,
Di tetap ia sejak izali,
Tidak mungkin boleh di ubah,
Walau tidak jawapannya kini,
Andai sudah di catit di sana,
Tiada dapat mempersoalkan,
Bersatu jua akhirnya.

Sekian dari ku,
Bicara ku daripada seorang hamba.

Relax tenang



Wednesday, August 13, 2014

Bermaknanya kata itu



Assalamualaikum semua, semoga sihat-sihat selalu.

Entah mengapa, seakan ada sesuatu di dalam ayat di bawah. Terima kasih ku ucapkan kepada Nadia si penulis blog.

-----------------------------------------------------------
Allah has created Prophet Adam a.s. ; the first human being and He gives him Home in Jannah,

So there is the place where we all started. Jannah.
Our home is belong to the Heaven and thats why everything we desire lies in God and the place where there is no fear and sadness.

Cause your heart is made to wish for more than this.

Much more than this.
------------------------------------------------------------

Selamat menyelongkar maksudnya wahai pembaca sekalian.

Relax tenang.

Ayat english di atas bukan daripada ku ok tetapi copy paste.

Relax.

Pai.

Thursday, August 07, 2014

Allah bersama ku



Tiada daya upaya melainkan Allah,

Setiap berlaku atas ketentuan Allah,

Redha lah wahai insan,

Allah bersama-sama orang yang sabar,

Jadinya redhalah Allah pada diri kita,

Saat itu,

Jaga lah segalaaya,

Buruk baik pasti jadi,

Percaya lah.

Jangan pernah lupa Allah,

Maha pengasih maha penyayang.

Maha besar,

Relax Tenang,

Pai

Mencari seuatu yang hilang


Gelap kan mata itu,

Sebut namaNya bertalu,

Tiada ingat selain Dia,

Memancar sinar di hati,

Tiada tinggal perkara ini,

Selalu melakukan,

Sehingga tiada puas,

Kalau tiada sebut Nya,


Senyum selalu :)

Relax Tenang aja,

Tegur ku andai ku salah,

Pai

Tiada ku keseorangan


Ku tempuh segalanya,

Sendirian tiada teman,

Kerana ini perjuangan ku,

Ini penentu nasib ku,

Sungguh di kau tiada mengerti,

Apa yang ku tempuh selama ini,

Sungguh banyak pahit dan duka,

Kita berbeza,

Jalan kita berlainan,

Diri ku di duga begini,

Diri mu di duga begitu,

Tetapi akhirnya tetap sama,

Kembali semula kepada Dia,


Bukan kah dugaan itu mendekatkan kita kepada Dia,

Jangan pernah mengalah,

Menempuh dugaan ini,

Kuatkan diri,

Ayuh maju  ke hadapan,

Tinggal kan perkara lalu,

Tinggal kan titik-titk hitam,

Pancarkan sinar dalam diri,

Ingat lah Dia selalu,

Selamat berjuang wahai insan.


Pernah kah kau bermimpi


Pembuka bicara untuk bulan tujuh ini. Sekian lama menyepi, kini ku kembali, membawa satu kisah. Mencerita apa yang berlaku, sepanjang kehilangan ku ini.


Pernah kah kau bermimpi,

Seketika berada di dekatNya,

Membayangkan manis nya di sisiNya,

Terasa bagai di pelangi indah,

Sehinggakan lupa segalanya,

Lalu hilanglah segalanya,

Hanya diri ku dan Dia,


Jangan lah engkau ragukan,

Kasih sayang itu,

Jangan di pisah sudah,

Antara diri ku dan Dia,

Tiada tersanggup berpisah,

Kerana tenang ku rasa,


Tiada berpisah lagi,

Hati ku dan kasihNya,

Tidak ku hirau apa orang kata,

Yang ku tahu,

Dia bersama ku,


Ku yakin segalanya,

Semua terjadi kerana Dia,



Tidak ku nafi lagi,

Kekhilafan diri ini,

Tetapi ku kuatkan langkah,

Mencapai kasih yang satu,


Selamat tinggal penderitaan,

Selamat tinggal sifat itu,

Ku tingggal segalanya,

Demi kasih yang satu.


Jangan di cabar diri ku ini,

Yang punyai dua diri,

Tiada ku ikut diri itu,

Ku biar diri itu di sana,

Semakin kecil di mamah sinar,

Ku tempuh segalanya,

Semoga sinar ku temui.


Sekian dari ku,

Relax empunya blog,

Maaf andai ada salah dan silap,

Tegur ku andai ku salah.


Pai

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!