Saturday, March 03, 2012

PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA




Baru relax tau kenapa relax tak leh terima lagi bab-bab_____  di kalangan kawan-kawan ku (ala kalau nak tau apa di tempat kosong 2 sila baca entry sebelum ni.)

Baru hari ni relax sedar kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat itu. Tapi kali ni dari sudut psikologi.

Dalam psikologi, perkembangan manusia mempunyai 11 jarak waktu, iaitu:
  1. Waktu pranatal: Semasa bayi di dalam kandungan.
  2. Peringkat bayi awal:  Semasa lahir hingga 2 bulan
  3. Peringkat bayi akhir: 2 bulan-2 tahun
  4. Peringkat kanak-kanak awal: 2 tahun – 6 tahun
  5. Perinkat kanak-kanak akhir: 6 tahun – 12 tahun
  6. Peringkat sebelum remaja: 12 tahun -14tahun
  7. Peringkat awal remaja: 14 tahun – 17 tahun
  8. Peringkat akhir remaja: 17 tahun – 20 tahun
  9. Peringkat awal dewasa: 20 tahun- 40 tahun
  10. Peringkat pertengahan umur: 40 tahun – 60 tahun
  11. Peringkat umur tua atau lanjut usia: 60 tahun ke atas.

Eeerrmmm, berdasarkan peringkat ini relax rasa relax di peringkat awal dewasa. Mungkin inilah penyebab kenapa relax masih tidak boleh menerima hakikat ini.

Menurut psikologi, perkembangan disimpulkan sebagai satu proses perubahan dalam pertumbuhan dan kemampuan individu hasil daripada fungsi kematangan dan interaksi denagn persikitaran.

Berdasarkan definisi perkembangan, dapat di ketahui di sini bawasanya relax masih tidak boleh menerima hakikat ini kerana masih belum matang (maybe).

Perkara yang pasti di sini ialah, relax akan menerima hakikat ini apabila umur relax semakin meningkat.

Kalau betullah apa yang dikatakan oleh psikologi ini. Makna kata relax akan meninggalkan alam remaja dan seterusnya masuk ke alam dewasa.

Nampak sangat setiap tingkah laku ku perlu diubah mengikut umur ku di waktu sekarang. Dalam erti kata lain pemikiran dan perbuatan ku haruslah lebih matang.

Sedih-sedih, bila baca je keterangan tentang psikologi ini, Nampak sangat relax semakin tua.

Yang pasti inilah hakikat yang perlu di terima iaitu  yang muda pasti akan menjadi tua dan yang hidup pasti akan mati. Sebab inilah kitaran hidup seorang manusia pada zahirnya (Hakikat yang tidak dapat di tolak).

Ingat ye kawan-kawan ku, zaman remaja kita sudah berada di penghujungnya…… Sedar-sedar la ye….

Cau lu…

Pai pai…

1 comment:

  1. Hi awak. Boleh saya tahu nama awak? Saya nak letak blog awk ni sebagai senarai rujukan assignment saya.

    ReplyDelete

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!