Thursday, March 15, 2012

Betulkah kesabaran itu terhad


Hoho… hak hak… soso. 

Pipi, dagu, badan, siku, kepala dan sebagainya bersyukur dengan segala pemberian dari Nya…..

Macam mana nak hurai ha, tajuk dah ada, tapi tak tau nak hurai macam mana. Ermmm, nak tak nak kena ku huraikan juga. Jadi, kalau tak faham tu minta maaf sangat ye. (Pehal skema sangat hari ni, saje-saje).

Ok, terlalu banyak ku dengar orang kata sabar ada batas nya.

Oleh kerana inilah aritkel ini di wujudkan. Ceh-ceh poyo pula…



Masa subjek CITU (subjek agama islam dekat U ku). Ustazah ada bertanyakan pendapat kami tentang “Apa pendapat korang kalau orang kata sabar saya pun ada batasnya.

Bangun seorang sahabat ku memberikan pendapatnya. Kawan ku kata “Bagi saya sabar sebenarnya tidak ada batasnya or limit nya kerana jika kita meletakkan limit pada kesabaran kita, ini menunjukkan kita telah melimitkan iman kita.”

Pendapat kawan ku ini disokong oleh ustazah ku.

(Lebih kurang macam tu la apa yang di katakan oleh ustazah dan kawan ku)

Bagi pendapat ku pula, memang betul apa kawan ku kata, sebenarnya memang sabar tidak ada batasnya. Seperti yang sering kita dengari, sabar itu separuh daripada iman.

Jadi kalau mengikut fikiran ku, jika kita mengatakan kesabaran ku juga mempunyai limit, ini bermakna kita telah meletakkan keimanan kita pada satu tahap.

Begitu juga dengan orang yang berkata “SABAR AKU ADA TAHAP JUGAK. ” Bila di saat kita tak boleh bersabar dah dan seterusnya kita marah. Ini menunjukkan sampai disitu je lah kita punya keimanan (ibaratkan).

Jadi jika kerana perkara remeh pun kita nak marah, pikir sendirilah macam mana tahap keimanan kita.

Orang yang tinggi imannya, akan tetap senyum jika di sakiti hatinya kerana dia tahu, perkara ini telah di takdirkan oleh Allah kepada diri nya.

Tuntasnya, sabar-sabar dan terus sabar, jangan marah. Marah pada sesuatu yang tidak patut adalah sia-sia.

Marahlah pada sesuatu kemungkaran, kerana dengan marah ini akan membuatkan kita berusaha menghilangkan kemungkaran tersebut.

Akhirkata dari ku,

Jom-jom, ramai-ramai berlajar bersabar.

Jangan marah-marah nanti cepat tua (melawak je). Apa-apa pun, jangan marah pada sesuatu yang sia-sia.

Ceh-ceh, diri ku bukanlah baik dan bukan juga sempurna sangat nak nasihat dan menegur orang. Cuma memberi tahu apa difikiran ku.

Kata pengakhiran:-
Tidak akan ada manusia yang sempurna di zaman ini, kerana kalau kita sempurna, kita tak perlu berusaha kepada yang lebih baik.

Seperti biasa, tegur ku jika artikel diatas punyai sebarang kesilapan.

Sekian,

Harap maklum,

Cau lu…

Relax-relax lah selalu.....

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!