Tuesday, October 27, 2015

Tekad itu satu keazaman


Hai semua,

Entah la, tak tahu la relax nak memulakan intro macam mana. Eeermmmm, hari ni relax nak cerita sedikit tentang tekad.

Bagi relax tekad itu membawa maksud satu keazaman yang sangat kuat di dalam diri yang melahirkan tindakan terhadap keazaman tersebut.

Kuat tekad kita, maka kuatlah tinddakan diri terhadap keazaman tersebut.

Tersenyum seketika di dalam hati dan bermenolog dalaman di dalam diri saat peristiwa itu:
"Aik, aku dah agak dah kau tu kuat sebenarnya. Sebagai buktinya tengok lah sekarang. Bagus-bagus"

Lebih kurang macam orang dahulu la, yang bertekad nak berjuang bermati matian demi Islam. Sehingga kan mereka tiada takut mati dan contoh yang berkaitan.

Tekad itu lah di gunakan untuk mengubah diri ini. Mulakan dengan keazaman yang sangat kuat di dalam diri lalu badan akan menurut kata dan niat mu itu.

Segalanya bermula daripada dalam sis dan bro.

Jadinya, ayuh la berazam atau bertikad di dalam diri untuk sesuatu kebaikan.

Warning Warning Warning!!!!!!
Jangan pula korang bertekad untuk sesuatu benda yang tak berfaedah dan bertekad untuk sesuatu benda yang jahat. Ini kurang pandai namanya.

Ok lah sekian artikel ringkas untuk hari ini.


Thursday, October 22, 2015

Cukuplah bagi ku satu lilin


Sudah cukup satu lilin menemani ku,

Di kala malam tiada berlampu,

Buta seketika mata itu,

Satu lilin sudah mampu menemani ku,

Menyuluh di dalam gelap,

Menyusuri bersama menempuh kegelapan,

Peneman setia di dalam gelap,

Temannya sehingga di penghujung hayat,

Tiada lilin gelaplah hidup ku,

Meraba di dalam gelap,

Punah lah hidup ku,

Sekian daripada ku,

Kisah ku bersama lilin.

Lalalala.

Pai pai...

Kayalan menafsir diri


Kayalan yang menerang siapa diri???


Di dalam kesepian,

Ku pejamkan mata,

Bayangan laut menjelma,

Jalan di ketepian pantai,

Terpandang ku kura-kura di kiri ku,

Ku teruskan perjalanan,

Terpandang pula sang penyu,

Depan sedikit daripada penyu,

Terpandang pula rumah papan yang elok binaannya,

Indah di mata ku,

Tertarik ku melihat isinya,

Ku buka lalu terlihat pasu yang terukir corak di atasnya,

Tertanam pula sekuntum bunga di dalamnya,

Terlihat pula kaca berselerakkan di lantai,

Lalu ku bersihkan kaca itu,

Kelihatan di belakang rumah itu air terjun yang bagi ku setingga 6meter.

Ada gua di tengah air terjun itu,

Masuklah diri ku di temani kura-kura dan sebatang lilin.

Sekian cerita hayalan daripada ku.



Tafsirannya:

Diri ku di lihat di kanan ku,
\
Di kiri ku diri sebenar ku,

Kemewahan yang ku pandang hanyalah sebuah papan,

Kreativiti ku pula bagai pasu bercorak di atasnya,

Tertanam pula bunga di dalamnya,

Masalah yang di hadapi ku tangkis bagai kaya bertaburan di lantai,

Tenaga yang tiada kelihatan bagai tingginya air terjun,

Teman hidup berada di kanan ku,

Sebatang lilin sudah mampu menemani di dalam kegelapan.


Sekian daripada relax.



Lahiriah itu daripada batiniah


Peringatan ringkas daripada relax untuk hari ini,


Apa yang kita fikirkan,

Apa yang kita lakukan,

Apa yang kita cakapkan,

Apa yang kita lihatkan,

Apa yang kita tafsirkan,



5 apa yang lahir daripada satu benda iaitu hati.

Bersih hati itu, maka apa yang kita fikir, lakukan, cakapkan, lihat dan tafsirkan adalah mengikut syariat Islam dan di tuntut syarak.

Itu sebab ada setengah orang kalau korang tanya:
Boleh tak seorang suami atau isteri makan berdua dengan berlainan jantina????

Dan orang tersebut akan jawab:
Boleh ja, apa salahnya. Makan je pun, dekat tempat terbuka.


Sama juga bila korang tanya:
Boleh ke seorang isteri atau suami berbual dengan berlainan jantina berdua sedangkan orang lain sedang melakukan sesuatu???

Dan orang tersebut akan jawab:
Boleh ja, kami berbual bukan di tempat yang tersorak, dekat tempat yang orang ramai kan.


Relax berani jamin, tentu beribu jawapan yang akan relax terima jika soalan di atas relax ajukan kepada orang lain. Ada yang kata tidak boleh, ada yang kita boleh.

Biasalah, ada sesetengah orang yang menganggap sesuatu itu tidak lah salah tetapi sebenarnya salah dan sebaliknya.

Semua ini terjadi kerana hati itu.

So, faham sendiri macam mana nak bersihkan hati itu.

lalalalala...

Harap korang faham la apa yang relax nak sampaikan.

Tegur relax andai relax salah.

Pai pai.



Mengapa ego yang kau pilih


Baru kini ku ketahui,

Apa itu ego diri,

Mengapa wujudnya ego itu,

Apakah kegunaan ego,

Tapi macam selalulah,

Jangan terlalu ego,

Rosak pula diri itu,

Jangan pula di buang ego itu,

Merana juga diri itu,

Bagi sedang-sedang,

Di mana tengah-tengah,

Ada kebaikan ego itu,

Ada juga keburukkan ego itu,

Kena pandai memilih,

Waktu bila perlu wujudkan ego itu.

Hehehe,

Harapa korang faham apa yang relax mahu sampaikan,

Peace yoo..

Lalalala...

Terasa kesunyian itu


Entah mengapa diri ku merasakan kesunyian,

Rasa bagai ada sesuatu diri ini perlukan,

Masih mencari  dan tercari apa kah benda itu,

Cuba ku tafsir tiada tercapai akal,


Sunyi dan sepi,

Terasa kini,

Ada saja tiada kena,

Cuba turut kata aku,

Cuba jaga diri itu,


Walau tiadalah sempurna,

Tiada salah mencuba,

Never give up.


Sekian daripada ku,

Semoga tiada sunyi lagi hati ini.

:(

Friday, October 09, 2015

Pejam celik tiba tiba kredit habis


Pejam celik dan pejam celik lagi. Relax pelik, asal topup habis kedit. Tam buat apa pun padahal. Pelik dan pelik, sungguh pelik. Kenapa jadi macam ini.

Relax pakai number celcom. Letih top up. Lalu relax malas topup dah.

Lalu pergi pusat celcom dengan niat bertanya perihal hal ini.

Lalu sampailah pusat celcom. Bertanyalah relax tentang hal ini dekat diorang. Lepas tu dia cakap la yang selalu makan duit relax ialah message daripada istagram bernumber 2999.

Dia pun tanya la relax pernah langgan benda ni tak sebab dia duk makan duit drpd 2013 lagi. Persoalannya relax tak pernah pun langgan benda benda gitu. Ish ish sabar je la.

Oklah tamat cerita. Relax nak share sikit langkah langkah pencegahan tertelan duit topup tanpa kita ketahui. Begini langkahnya:
1. Sila matikan push message kat message setting.
2. Hantar message stop dekat number yang telan duit korang.

Apa yang bro kat celcom tu buat dua ni ja.

Tips daripada relax berkenaan hal ini pula ialah:
Bila dah tau duit kena telan dan rasa macam duit kena telan. Cepat cepat la pergi center ye. Lambat pergi duit melayang macam relax.

Tips dan cara pencegahan sudah relax bagi tahh. Tiba masa relax mengundur diri pula. Sekian daripada relax.

Assalamualaikum.

Peace yoo.

Hati tenang ikut aku. Hati tiada tenang sebaliknya.

Hehe..

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!