Sunday, September 30, 2012

Persoalan tentang handphone???



Salam dan selamat malam or pagi or tengah hari or petang.

Apa itu android? Apa kelebihan Samsung, nokia, or sony? Apa beza jualan di internet dan di kedai? Apa beza Ap dan original?

Jika semua soalan di atas bermain di minda korang. Ye memang betul, anda berada di tempat yang betul untuk segala soalan di atas.

Macam selalu, kalau korang tak pernah pun bertanya soalan di atas, apa salahnya membaca bertujuan untuk menambahkan ilmu. Tak salah kan.

Bagi diri ku, ilmu itu ada di mana-mana. Bukan sahaja di sekolah ataupun university. Korang kena pandai je mengorit ilmu tersebut ataupun mencari ilmu itu. Cara mencarinya adalah dengan percakapan, pendengaran, bacaan dan pembelajaran.

Jadi, tuntut lah ilmu di mana sahaja anda berada.



Korang mesti pernah dengar pasal android kan. Korang tahu tak android tu apa?

Sebenarnya android adalah OS kepada handphone. Macam computer la ada OS window 7, window xp, Mac, linux dan banyak lagi lah. Sama seperti computer, handphone juga punyai OS nya tersendiri antara nya android, symbia, bada, iOS dan sebagainya.

Jadi, jika handphone korang punyai OS, ini bermakna handphone korang boleh berkerja macam computer. Handphone seperti ini lah yang di panggil sebagai smart phone. Memang betul handphone korang ada OS, tetapi ianya berbeza dengan computer kerana handphone hanya punyai basic application je (handphone buat masa sekarang la, masa depan tak tau la). Dalam erti kata lain, handphone tetap handphone, tak boleh jadi seperti computer (mungkin masa depan boleh la kut).

Berdasarkan apa yang relax dengar, lagi tinggi sesuatu version android itu, semakin laju sesuatu perisian. Sebenarnya, depend on processor dia gak..



Sekarang ni kita berbicara tentang perbezaan antara produk Samsung, Sony dan juga nokia.

Berdasarkan apa yang relax tahu Samsung lebih mengutamakan display screen pada handphone berbanding kameranya. Manakala sony pula mementingkan kameranya berbanding display screen. Kalau nokia, relax tak tau sangat. Yang relax tau series lumia bagi nokia bertujuan mempercepatkan access pengguna kepada benda-benda yang penting seperti message, internet dan sebagainya.

Perbezaan ini dapat dilihat melalui contoh display pada television. Cuba korang tengok perbezaan antara tv plasma dan tv LED. Begitulah perbezaan antara display screen antara sony dan Samsung. Ini kerana Samsung menggunakan technology Amoled pada display screennya.

Jika korang tengok dari segi kamera pula, sony akan mengalah kan Samsung kerana kamera pada handphone sony HD. Makna kata, 5M pada Samsung tak sama pada 5M pada sony.
Jadi, jika korang nak beli handphone, pastikan korang tahu apa yang korang mahukan dan ketahui juga, korang tak akan dapat handphone yang perfect.

Sekarang ni persoalan, apa beza dari segi harga untuk pembelian handphone di intenet dan kedai.

Kalau pembelian handphone dari internet biasanya, (ulang lagi) biasanya murah lagi dari kedai. Sebenarnya ikut gak, kalau korang pandai cari kedai yang jual handset yang murah, murah la. Lepas 2 kadang 2 lak, kalau korang compare harga handset kat kedai dan internet. Beza dia banyak. Tetapi kalau kat kedai, korang mintak kurang, dia bagi harga yang macam dalam internet. Nampak tak perbezaan nya.

Korang mintak harga kurang kat kedai, last2 dia bagi harga yang macam dalam internet.  Tuntasnya harga tu bukan kurang sebenarnya, tetapi jadi harga asal…. Biasa la teknik perniagaan…



Persoaalan yang terakhir pulak. Beza antara Ap dan original???

Apa yang relax tahu, handphone AP di ambil dari tangan orang lain dan bukan dari pengeluar itu sendiri. Ada setengah handphone AP pula diambil or di beli dari tangan pekedai dari Negara lain lalu di jual di Malaysia. Risiko yang perlu di tanggung ialah ketidak jaminan handphone anda dan less warranty. Ini kerana jika handphone tersebut di ambil dari luar Negara mungkin handphone tersebut rosak lalu di repair seterusnya di jual kepada orang malaysia dan sebagainya.

Original pula ialah handphone yang keluar dari kilangnya sendiri dan di jual kepada anda melalui orang-orang yang boleh di percayai. Warranty lebih lama dan di jamin handphone nya.



Tuntasnya, untuk membeli sesuatu handphone, korang perlu lah melihat specification handphone tersebut dan bandingkan dengan keinginan korang.

Timbulkan juga persoalan di dalam diri korang:

Apa yang korang pentingkan dalam handset tesebut?
Korang nak guna untuk apa handset tersebut?


Maklumat tambahan…
Kalau nak bateri yang tahan lama… Beli lah tablet….


Sekian persoalan untuk hari ini

Senyum kena ada J

Relax pun kena ada.

Tata pun kena ada.  


Aku jadi jepun sekejap

Hola..

Tak payah introduction, tak payah bermadah-madah. Terus ke topic utama.....

Samurai-samurai, nampak macam sedap burger samurai ni. Hari ni try pergi makan. Daging burger tu rasa biasa je tetapi sos burger ni sedap. Eeeeerrrrrrmmmmm nyum-nyum....

Ni la gambar samurai burger......





Samurai burger

MCB


Awek relax, dia makan ayam je

Cute tak, hehehehe


Keluar semata-mata merasai samurai burger dan ++++++. Memang takda kejekan... hehe...

Sekian untuk post hari ini...

:)

Senyum2...
Relax je....


Sunday, September 23, 2012

Makna di sebalik lagu itu


Kulit- Tersingkap kini rahsia tersembunyi


Tersingkap kini rahsia tersembunyi
Yang tak pernah lagi ku ketahui
Baru kini aku menyedarinya takku sangka
Kau telah dimiliki
Sungguh kejamnya engkau
Bersandiwara dengan lagu nan mainan cintamu
Sehingga aku terpesona keasyikan
Di dunia impian ciptaan mu

Mengapa dulu tak berterus terang
Yang dirimu kini telah berdua
Dan diriku...
Kau anggap persinggahanmu
Untuk melepaskan kesepian mu

Kaulah insan bertopeng kepuraan
Kecuranganmu menghiris hatiku
Kembalilah pada yang menantimu
Dia yang harusnya engkau cintai

Tak tergamak hati ini
Meyakiti insan sepertimu
Jangan cuba kau merayuku
Tertutup sudahlah hatiku

Maafkan diriku biar dunia tentukanmu
Terus berlagu di pintu hatiku
Sedangkan aku hanya mampu menjawab
Salam kasih mesramu oh kekasih
Antara kita tiada lagi cinta


Seperti ku katakan dalam artikel yang lepas. Kadang lagu boleh menjadi medium untuk menyampaikan sesuatu message. 

Berdasarkan lirik lagu di atas, lagu ini berkisahkan seorang lelaki yang sukakan seorang perempuan yang sudah di miliki oleh orang lain. Perempuan itu juga merahsiakan status dirinya. Akhirnya, lelaki tersebut dapat tahu kebenaran bukan dari perempuan itu sendiri. Maka sedih lah lelaki tersebut. Dapat disimpulkan disini bahawasanya lelaki itu telah dipermainkan oleh perempuan tersebut. 

Itu apa yang korang dapat ketahui bila baca lirik di atas. Tetapi cuba korang fahami betul-betul lirik tersebut dan cuba keluarkan satu message dari lirik tersebut.


Agak malas nak nak cari biar relax tulis jela message yang ingin ku sampaikan.

Sebenarnya dari lagu tersebut relax ingin sampaikan message supaya korang (girl) berterus terang kepada lelaki jika korang (girl) sudah punyai insan lain di hati korang or dah kawin or dah bertunang or tak suka kat laki tu ke or memang tak boleh terima lelaki itu tu ke dan sewaktu dengannya.
  
Makna kata, jangan biarkan lelaki itu ternanti-nanti cinta yang tak pasti. Jangan juga memberi harapan palsu kepada lelaki tersebut.


Tuntasnya, berterus terang je lah kalau melibatkan hal-hal yang macam ni. Jangan duk diam or menyimpan sesuatu di dalam hati.

Sebagai contoh, 
Apabila Lelaki mengucapkan "sebenarnya aku suka kat ko la, dah aku nak kawin dengan ko." 
Kalau korang (girl) tak setuju, cakap je "mintak maaf banyak-banyak aku tak boleh terima kau _____________ (bagi la alasan apa-apa pun)"



Korang (girl) jangan buat:

1. Diam.
2. Jawapan yang tak jelas maksudnya (korang tak cuba berterus terang).
3. Jawapan yang putar alam dan susah nak fahami.
4. Sekejap kata nak sekejap kata tak nak (boleh pening kepala lelaki 2 kalau korang buat cam 2).
dan sewaktu dengannya....



Kalau korang (girl) terima: "Jumpa mak pak aku la" or sewaktu dengannya.

Hehe.... Bukan apa, bila dengar lagu kat atas. Rasa kesian pun ada gak kat laki yang nyanyi 2. Bayangkanlah kalau benda ni berlaku kat relax. Ish2 sedih gak la. 


Jadi girl-girl di luar sana. Ku menyeru kepada kalian semua supaya bagi kata putus yang membawa kepada ya or tidak apabila seorang lelaki mengatakan serperti di atas. Jangan lak korang bagi kata yang membawa kepada tengah-tengah antara ya or tidak, boleh pening lelaki 2 kalau korang buat cam 2.

Apa-apa pun ikut keadaan la kalau nak jawab. Pertimbangkan segalanya dulu.  Pikir la dulu sebelum jawab jangan ikut sedap mulut je jawab. hehe...

Kata akhir dari ku:
Artikel dibuat untuk mengelakkan lelaki jadi seperti di dalam lagu di atas.

KU TUJU LAGU INI UNTUK SEMUA ORANG YANG MERASAI DIRINYA PEREMPUAN.

Harap maklum la ye wahai kaum hawa.

Sekian dari ku,
Wakil lelaki.

Pai,
Tata...

Kenapa aku study kat sini???



1,2,3……………………..

Sekian intro untuk hari ini.

Berbalik kepada yang asal. Ada orang cakap kat relax

 “Apa hal kau tak keluar dari sini, dari dulu sampai sekarang duduk kat sini je. Tak teringin nak keluar ke (merantau) cari pengalaman baru.” (ayat yang keluar lepas diorang tengok relax sambung belajar kat sini)


Ku balas pertanyaan tu dengan “besa la, aku memang nak duduk sini je, nak belajar sini, nak kawin dengan orang sini dan nak keje pun kat sini gak. Tak nak keluar dah” , kata ku secara spontan.


Wahai orang yang berkata begitu kepada ku, korang tak tahu sebenarnya asal usul aku dan di mana asal aku. Ish2 main cakap je. Orang tanya la relax dulu.

Untuk pengetahuan korang, relax berasal dari KL dan hidup kat sana pun dah lama dah. Siap berpindah ke Selangor lak lepas 2.

Setakat nak suruh relax keluar dari sini, then pergi shah alam untuk sambung belajar. Memang relax tak pergi la. Sebab kalau betul relax nak keluar dari sini, bukan shah alam or KL yang relax nak pergi, tetapi negeri lain. Kalau Shah Alam or KL relax dah pernah pergi dah. 


Disebabkan masa isi hari 2 cos yang dipilih Cuma ada dua tempat je, iaitu shah alam dan kat sini. So, relax lebih rela pergi kat sini. Sebab sana memang dah pernah pergi dah. Kalau ada tempat lain, relax dah mintak dah bro.

Sebenarnya tak excited sangat pun nak pergi sana. Kalau negeri lain mungkin relax excited nak pergi. Dengan sesaknya, dengan kos sara hidupnya tinggi memang relax tak pergi la.

Lagi pun, apa ada kat shah alam and KL 2, Cuma ada bangunan-banguanan tinggi, bangunan yang pelik-pelik, asap kereta, bunyi bising, jalan sesak dan banyak lagi la. Lagi pun hari 2 pergi KL bukan ada perubahan yang baik sangat pun kat sana. Makin sesak lagi jalan ada la, bangunan lak semakin banyak. 

Boleh pening kepala rasanya kalau relax duk sana.


Kut mana pun, kalau ada rusuhan ke, or sewaktu dengannya, KL lah tempat pertama yang menjadi mangsa (ini paling bahaya).


Sebenarnya bagi diri ku, kita perlu gunakan segala advantage yang ada. Sebagai contoh kalau tempat belajar ada dekat dengan rumah, baik pergi yang dekat dengan rumah. Buat apa pergi jauh-jauh, guna duit kut. Mak pak dah la orang biasa-biasa je + adik beradik ramai lak. Semua tak keje lagi kut.


Faktor inilah diri ku fikirkan bila nak belajar. Inilah juga sebab kenapa relax sambung study kat sini je. Tak nak study jauh-jauh.

Bukankah penting diri sendiri namanya jika relax nak sambung kat sana atas tujuan nak dapatkan pengalaman baru, dan nak merasa duduk kat sana. Tambah-tambah kalau relax pergi sana menyusahkan relax balik. Nak kena naik bas la nak balik, nak makan pun mahal dan sebagainya. Duit dah la pinjaman, bukan duit sendiri. Kalau habis duit pinjaman nak kutip duit mana cik abang oit, ko nak bagi ke.

Korang cakap la apa pun, kiraan dan analysis sudah di buat. KIraaan membawa ku supaya study di sin je, jangan pergi jauh-jauh. kalau korang nak bagi duit kat relax bila duit relax habis masa ada kat sana, memang takda masalah relax nak keluar dari sini.

Ketahuilah, relax hanya akan merantau or keluar dari penang ni jika duit yang relax ada ialah duit relax or factor-faktor lain yang tak dapat di elakkan. Semuanya bergantung pada takdir dari Nya.


Harap orang yang cakap ayat di atas boleh memahami kenapa relax nak study kat sini je.

Hehe, korang senang la cakap kalau sumber duit korang bukan pinjaman je.


Sekian penjelasan ku untuk ayat diatas.

Selamat ku ucapkan kepada korang sekalian…

Pai….

Friday, September 21, 2012

Cara daftar penerapan UiTM



Cara daftar penerapan uitm pada sep 2012.

Artikel diterbitkan untuk mengelakkan korang yang di panggil manusia jadi macam relax (tak tau nak daftar macam mana, hehe). Bila tanya senior-senior dalam fb, diorang senyap. Cari dalam internet pun tak jumpa macam mana nak daftar.

Untuk pengetahuan semua, pelajar penerapan berbeza dengan pelajar biasa. Ini kerana pelajar penerapan boleh memohon pc (pengecuaian kredit ). Disebabkan itu, mereka boleh skip sem (bagi uitm, u lain tak tau la). Bagi kejuruteraan elektrik, 2 sem boleh di skip daripada 8 sem. Manakala kejuruteraan awam (ijazah di kampus penang) 3 sem boleh di skip daripada 8 sem. Jadi cepat sikit la masa belajar. Apa yang relax tahu dua programe tu je, program lain tak tau.

Selain itu pelajar penerapan juga tidak perlu menjalani orintasi (yang ni paling penting). Di sebabkan pelajar penerapan tidak ada orintasi, pendaftaran mereka lambat sikit dan pendaftaran di buat semasa orang lain ada kelas.

Bagi pelajar penerapan, korang tak payah daftar subjek secara online kerana pada hari yang di nyatakan di dalam surat tawaran ialah hari pendaftaran korang. Dalam erti lain, semua setel pada hari tersebut; nak daftar subjek dan pengecuaian kredit.

Pendaftaran di buat di hal ehwal akademik (hea). Borang-borang yang perlu dibawa ialah borang dalam internet+mini transkrip (untuk pc). Lagi satu relax nak cakap, kalau korang pelajar penerapan, masa hari pendaftaran tak payah bawak xray sebab diorang tak pandang xray 2 pun. Diorang hanya check borang medical check up je.

Jangan jadi macam relax, tertinggal xray terus balik umah semata-mata nak ambil xray. Last2 xray 2 diorang tak ambil pun. Sangat mengecewakan (apa la relax nak buat dengan kertas xray ni agaknya).

Jadi lepas dah setel semua, esok bermulalah kelas.

Maklumat tambahan:

Perkara yang paling memudahkan ialah diorang dah siap buat jadual untuk pelajar penerapan (tak payah nak daftar kelas secara online dah).

Pendaftaran dilakukan pada sep 2012, di uitm penang. Kalau U lain, relax tak tau. Tanya HEA U tersebut kalau nak keterangan lanjut.


Sekian dari ku,
Maxequipment.
Tata.

Wednesday, September 12, 2012

Kenallah Dia




Pada mulanya kita kenal siapa Dia.

Masuknya kita di dalam si mati kita lupa siapa Dia.

Timbulnya satu benda baru dalam diri.

Benda itu lah antara hijab antara kita dan Dia.

Hidup di sini melupakan Dia.

Kita makin jauh kepada Dia.

Lagi di kejar yang di sini,

Makin jauh lah kita dan Dia,

Kita tak cuba selami yang di dalam,

Mana mungkin kenal Dia,

Kita tak cuba mencari diri kita,

Lagi jauh lah kita dan Dia,

Hanya yang nampak solat,

Macam mana nak kenal Dia,

Yang di luar nampak bersih,

Tapi di dalam kotor,

Macam mana nak kenal dia,

Hanya kata di mulut,

Tak berserta perbuatan,

Macam mana nak kenal Dia,

Pengetahuan tentang itu ada,

Tapi tak menempuh jalan itu,

Bolehkah kenal Dia?

Kalau betul mahukan Dia,

Tempuhi jalan itu,

Bersih hati dari sifat tercela,

Gantikan dengan sifat yang baik,

Baru kenal kita akan Dia,

Jalan ini bukan mudah,

Kerana akhirnya adalah nikmat,

Hanya yang kuat mampu tempuhinya,

Tapi tak mustahil untuk di tempuhi,

Kenal kita akan Dia,

Baru bahagia dunia akhirat.


Akhir kata dari ku,
…………………..(takda kata akhir… hehehe)

Selamat ku ucapkan kepada semua,

Relax selalu,

Pai..


Tuesday, September 11, 2012

Lagu bagi diri ku




Cara ku meluahkan apa yang di hati,

Cara ku meluahkan keinginan hati,

Cara ku untuk menenangkan hati,

Cara ku menyampaikan message kepada orang,

Cara ku menceritakan keadaan diri ku,

Cara ku mencari idea,

Cara ku …………

Cara ku ………

Buat masa ini, yang di atas je dapat ku fikirkan..

Kasi update blog,

Selamat…..

Kenallah Ak, baru dapat Dia….

Paaiiii…

J

Macam ni rupanya perasaan korang



Waahhh lama gile tak update blog ni.

Almaklum la… hahaha
Lupa pulak,

Assalamualaikum kepada anda-anda sekalian..

Kalau korang tengok kebanyakkan girl suka shopping or window shopping.

Benda yang diorang shopping pula selalunya baju, kasut handbag dan segala lagi la macam benda yang berkaitan girl.

Kadang tertanya gak dalam diri relax, apa la best sangat shopping benda-benda 2 kan.

Tetapi kini, relax dah mula faham kenapa diorang minat beli benda-benda cam 2.

Perasaan yang rasanya boleh di kaitkan dengan perasaan girl yang suka shopping ni rasanya perasaan relax apabila melihat gadget.

Perasaan yang rasa macam nak beli semua gadget yang ada kat kedai 2. Selamat la diri masih kuat, dapat menahan diri dari membeli semua gadget kat kedai 2. (Kuat la sangat… hehehe)

Mungkinkah perempuan yang gile shopping punyai perasaan yang sama macam relax bila pergi kedai gadget, Cuma diorang tak dapat mengawal nafsu diorang. So, di belinya segala macam barang yang diorang berkenan.
Gile aahhh, penat gak melawan kehendak ku ini.

Hehehe…

Persoalan terjawab berkaitan bagaimana perasaan girl bila shopping.

Macam 2 rupanya perasaan korang. Baru tau….

Apa-apa pun jangan ikut sangat kata nafsu. Bahaya kalau korang duk ikut. (nafsu jahat la ye)

Hehe…

Saje nak update blog ku ini..

Sekian

Pai….

Tuesday, September 04, 2012

Apa itu blog?




Apa itu blog?

Blog ialah satu tempat di alam maya digunakan untuk menulis or mencatit segala benda di dalam otak (Bagi relax la, korang tak tau la).

Ada sesetengah orang menggunakan blog untuk merai keuntungan, publisiti, populariti dan sebagainya.

Tetapi tidak bagi relax, kerana relax menganggap blog sebagai satu tempat untuk mengarut, meluahkan apa di hati,  mengeluarkan apa yang difikirkan, menghentam or perli orang, mencatit segala ilmu yang dijumpai, berkongsi ilmu, tegur-menegur, mencatit kenangan,  dan menyatakan ketidak puasan kepada seseorang.

Dalam erti kata lain, kadang blog ni jadi dairy, tempat pembelajaran dan banyak lagi lah.

Yang pasti, kebenaran lagi banyak dari kepalsuan.

;-)

Relax n cool selalu.

Selamat ku ucapkan kepada semua.

Sekian dari relax,

PPPaaaaaaiiiiiii.

(artikel pendek yang dapat ku fikirkan)


Mahukan kebenaran




Rasa macam dah lama tak post ayat pendek-pendek ni. Nak post ayat pendek lah.



Sudah ku katakan, 

Kebenaran dan kepalsuan,

Diri ku lebih gemar kepada kebenaran,

Walau kadang kebenaran itu menyakitkan,

Aku perlu menerimanya,

Jangan kau cuba menjaga hati ku,

Kerana ku nampak kebenaran daripada kelakuan mu,

Kini ku faham segalanya,

Tak guna kau jaga hati ku,

Jika kebenaran sudah ku temui,

Sifat mu itu menyakitkan hati ku,

Kenapa kau tidak berterus terang,

Agar boleh ku buang harapan ini,

Aku pelik dengan diri mu,

Kadang kau beri harapan,

Kadang kau musnahkan harapan,

Aku tak faham semua ini,

Apa kau mahukan sebenarnya,

Kebenarannya dapat ku agak,

Hanya satu ku pinta dari mu,

Berterus terang,

Agar dapat ku pastikan kebenaran ini.




Siapa rasa garam dia rasa masin.

Kata akhir dari ku:
The bitterest truth is better than the sweetest lies

Hehe, hanya menulis apa yang ada di otak ku.

Sekian untuk saat ini,

Pai.

Suci hati, jika mahukan kasih itu



Masih banyak perlu diperbaiki,

Jika benar mahukan itu,

Suci hati,

Gantikan segala perkara yang perlu di ganti,

Baru dapat pergi ke tahap itu.



Hiraukan apa orang kata,

Kerana mereka tak nampak yang di dalam,

Tetapi kena ingat,

Luar sebenarnya cermin kepada dalam.

Kalau betul begitu,

Pandang luar nampak dalam,



Dalam dan luar,

Satukan keduanya,

Tentu kasih itu dapat.



Apa relax mengarut ni. Entah la labu... Macam selalu la, hanya menulis apa yang ada di fikiran ku.

^__^

Relax itu penting

Tata

Hypothesis tentang perlawanan


Bercakap je, siapa pun boleh. Relax pun boleh juga. Cuba berlaku betul-betul,  baru kau tahu macam mana rasanya. 


Lagi senang berbicara daripada melakukan.

Semakin kuat sesuatu pukulan, semakin banyak tenaga dan stamina diperlukan.

Semakin pantas sesuatu pukulan, semakin banyak tenaga dan stamina diperlukan.

Berdasarkan hipotesis di atas ketahuilah bukan senang nak berlawan dengan ramai orang.

Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa, selain kemahiran dalam berlawan, tenaga dan stamina perlulah banyak.

Makna kata, kalau betul anda nak berlawan dengan ramai orang pastikan anda tingkatkan stamina, tenaga dan kemahiran dalam berlawan.

Bukan tingkatkan percakapan tentang hal ini.

Harap mengerti.

Jangan marah ya.

Adoi, kenapa aku terasa ni....

Pai...

Kata-kata dari pakcik Ujang



Remajo hanya sekali, jangan disio-sio walau sekali. Mencari cinta takpo berkali-kali, tapi jangan sekali-kali khianati cinto sejati.

Berani hadapi kenyataan untuk terus hidup memang hebat tapi menyatakan berani pertaruhkan hidup nak jadi hebat itu hampeh.

Monday, September 03, 2012

Kepada bakal isteri ku


Tajuk memang pelik, tengok dalam FB semua duk sembang pasal kawin. Keluar dengan member pun diorang sembang pasal kawin. Pelik gak la pehal diorang ni duk sembang pasal kawin. Semua dah tak sabar nak kawin kut, entahlah relax pun tak tau kenapa. Di sebabkan itulah hari ini relax berfikiran terbuka sikit untuk menerbitkan ayat di bawah. Hehe....





Ku zahirkan cinta ku untuk mu,

Hendak ku berikan kepada empunya,

Empunya yang layak,

Cinta ku bukan untuk di mainkan,

Tetapi untuk kau simpan,

Menjadi sebahagian diri mu,

Melengkapkan diri ku,

Menambah kekurang dalam diri ku,

Jika benar kau pemilik cinta ini,

Akan ku jaga dan melindungi mu selalu,

Ku semai kasih sayang dalam diri mu,

Ku pegang amanah dari ayah mu,

Ku bimbing diri mu kejalan redha Nya,

Inilah hasrat ku,

Tetapi kuasa bukan ditangan ku,

Semua nya tertakluk pada yang Esa,

Sebagai insan biasa,

Diri ku hanya mampu mencuba,

Mencuba ke arah itu.

Bersama aku dan diri mu,

Bermujahadah ke jalan redha Nya…….



Hehe ayat di atas hanya untuk luaran je tau.
Ayat bawah ni tak payah bagi tau dah kut sebab rasanya semua orang dah tau kan. Cuma kadang 2 saje buat tak tau. 

"Pastikan cinta yang pertama ialah Allah SWT"


Sekian dari ku,

Relax selalu....


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!