Sunday, January 28, 2018

Aku tulis apa yang ku tahu 3




Pandang ku di dalam diri,

Depan ku 3,

Kanan ku 3,

Kiri ku 3,

Penjuru kiri belakang ku 3,

Penjuru kanan belakang ku 3,

Depan barisan depan 1,

Atas baik,

Bawah jahat,

Makhluk taat kiri kanan belakang,

Segala berlaku kehendakNya,

Segala puji bagi Nya itu 5,

Pembuka Islam itu 3,

Wujud itu hanya satu 3,

Besarnya Dia itu 5,

Wujud itu hanya satu 3,

Berkumandang Maha berkuasa dalam diri,

Redha lah wahai diri.




Aku tulis apa yang ku tahu 2


Kau pandang,

Aku pandang,

Tiada siapa tahu,

Apa yang di pandang,

Hanya kita tahu,

Empunya diri itu tahu,

Jadi,

Pandang pandang,

Jaga jaga,

Yang sementara itu cukup kuat,

Kekal itu sukar.

Semoga kuat wahai insan.

Aku tulis apa yang ku tahu


Kita nampak apa yang kita nampak,

Ada satu di dalam diri tiada nampak,

Kita lah itu,

Darah mengalir,

Itu yang di nampak,

Satu aliran tiada nampak,

Mengalir di dalam diri,

Mengikut alunan lagu,

Lagu datang daripada diri,,

Sebati ia di dalam diri,

Meletup lah ia,

Segala rahsia bukan rahsia,

Nampak segala yang tiada nampak,

Dahulu hijab,

Tidak kini,

Sampai di sini,

Mudah jangan di cakap,

Lawan lah wahai diri,

Syurga mananti.

Sekian nukilan ku.


Friday, January 26, 2018

Aku tumbuk orang marketing


Hari ni tak nak cakap banyak, relax nak post lagi tentang seseorang yang meminta relax post luahan dia dalam blog relax. Korang pun kalau ada luahan apa-apa yang nak di ceritakan email lah kepada relax atau pun post di ruangan komen dia bawah. Mana la tau, korang punya cerita relax post dalam blog relax ka. 

..............................................................

Tajuk macam gempak. Tapi tak gempak mana pun. Cumanya aku tumbuk bukan menggunakan tangan tetapi mengunakan kata-kata sahaja. Gila la kalau aku guna tangan, aku tak kerja sini dah rasanya. Ala kepada yang susah nak faham tu, bahasa mudahnya aku marah orang marketing.

Aku marah sebab dia suruh buat kerja dia. Makna kata kerja yang selama ni aku tak pernah buat, dia suruh aku buat. Dia suruh buat kerja dia pula guna orang yang berpengaruh. Orang berpengaruh tula yang suruh aku buat. Pada mulanya aku tak kesah sangat sebab kerja dia senang je kut. Tapi bila aku tanya perangai dia ni dekat orang lain, orang lain bagi tahu perangai dia macam ni, macam tu lah. Memang bagi aku point untuk marah budak ni la.

Tak marah banyak pun, aku cuma tinggi suara dekat dia ja. Lepas tu bebal-bebal dekat dia. Untuk pengetahuan korang juga, aku ni sorang yang boleh di katakan susuah juga la nak marah. Tapi hari kejadian dia suruh aku gantung banner dia, aku dah buat, tapi dia kata silap gantung pula. Dia suruh aku gantung banner yang lain pula pada ke esokkan harinya. 

Dia suruh aku gantung banner tu dia gunakan orang yang berpengaruh pula. Masa tu pula aku duk buat kerja yang boleh di katakan berat juga la. Aku tengah set up katil untuk orang baru yang akan masuk di hostel. Banyak pula katilnya. Bukan set up katil je. tapi aku juga duk gantung kipas dinding tu. Kalau sedikit tak pa. Ni 10 bilik aku kena set up katil dan kipas. Dia pula duk push aku suruh gantung banner dia.

Memang angin la aku, aku datang jumpa dia, dia duk buat gaya berlagak pula. Nah keluar daripada office, memang aku marah dia la. Bebal sampai dia tak boleh nak kata apa. 

Tapi satu je aku nak cakap dekat korang, aku nya bebal tu, dia boleh relax ja, makna kata tak naik angin pun. Dia balas balik apa yang aku cakap pun relax ja dia. Macam robot yang tak ada perasaan. Dia seorang cina. Waktu ni dalam bebal aku tu, aku respect dia sebab dia boleh relax bila kena marah. Kalau aku ka, boleh tahan panas juga la. Tapi dia ni relax ja.

Apa pun sekarang ni aku tengah kaji perangai dia, apa la yang dia buat boleh relax sampai macam tu. Perangai yang ok bagi aku ialah perangai macam dia. Relax sahaja bila kena marah. 

Aku cerita dekat korang semua ni sebab aku nak korang ambil contoh mamat marketing ni. Yang boleh relax ja bila orang marah dia ni.

Sifat macam ni bagi aku ok, kita api dia air. So keadaan terkawal. Gempak siut mamat marketing ni. Serius aku nak belajar dengan dia ni cara dia handle orang panas.

Relax n cool wei.

Respect U Bro...

Sorry Bro... Gua panas hari tersebut.

.................................................

Sekain luahan daripada mamat tersebut.

Komen relax cuma satu, Jangan biarkan kemarahan menguasai dir anda.

Peace yoo..

Relax tenang aja.

Stress kerana adat


Hai semua.

Seorang mamat bagi dekat relax suruh post artikel dia. Katanya luahan perasaan dia. Haha. Kita layang kan je la artikel mamat ni. Jom kita tengok artikel dia.

................................................................



Aku dah penat, aku makin stress. Semua benda tak settle lagi. Aku pun tak tau orang yang nak kahwin ni macam mana. Aku pun tak tau salah aku kah, salah family aku kah salah pasangan akukah.

Yela, stress di tempat kerja, stress pula di rumah. Kalau tak ada pegangan agama ni, boleh la nak bunuh diri semua tu. Hahaha...

Stress pasal kahwin sebab:
Duit yang sedia ada takda la banyak sangat, aku pun cakap la nak jemputan kecil kecilan sahaja, tapi bila bincang-bincang diorang kata tak boleh, kena buat jemputan dalam 1000 orang juga. Aduh stress pula aku.

Keluarga aku mahukan hantaran, bincang punya bincang belah sana tak nak hantaran pula. Cakap dekat keluarga aku, diorang tetap mahukan hantaran. Aku yang orang tengah ni pening kepala. Keluarga aku nak kahwin ka, aku yang nak kahwin ni. 

Setahu aku hantaran semua ni hanyalah adat. Besar ke kecil kah keduri juga hanya lah adat. Entah lah pening aku fikir. Kenduri aku, aku nak buat macam mana, ikut suka aku lah kan. Aduh tak tau la aku. 

Belum masuk goodies bag lagi, aku cakap nak bagi biasa-biasa aja. Keluarga aku cakap bagi air dan kek. Aduh stress lagi. Aku cuba nak jimatkan semuanya. Almaklumlah aku nak gunakan untuk bina kehidupan lepas kahwin. 

Aku cakap belah laki nak buat lambat sikit, dua-dua pihak tak bagi pula. Katanya tak boleh buat begitu. Bunting pelamin la apa la. Kalau aku tahu macam ni, aku buat kepala aku ja senang. Tak payah melibatkan orang lain. Settle masalah.

Entah la aku, nak kahwin susah, tak kahwin lagi la susah. So, lebih baik kahwin, sunah kut untuk yang berkemampuan. Kes aku ni yang aku nampak aku mampu, tu sebab aku nak kahwin. Tapi bila masuk adat ni, nah jadi tak mampu terus. 

Siapa nak kahwin ni yang ikut adat tu mampuih la korang, belanja besar lah korang. Hahahahaha....

Stress pasal kerja sebab:
Pangkat manager tu sekarang secara tak langsung aku pegang Sebab manager aku kemalangan. Tapi aku masih technician. 

Orang tanya aku kenapa tak minta ja kerja kosong sebagai manager tu?
Mai sini aku nak jawab, stress wei jadi manager deparment aku ni. Complain orang kena settle kan. Tak settle manager kena. Nak handle 2 orang bangla dan 2 indonesia lagi. Yang 2 orang bangla ni pula boleh tahan keras kepalanya. Untuk pengetahuan korang lagi, 2 orang bangla dan 2 orang indonesia ni pula ialah operator sebenarnya. Tapi di tukar menjadi general worker, technician dan cleaner.

Di sebab kan diorang pegang macam-macam position diorang kadang memberontak tak nak repair apa-apa kalau rosak. Aku pula tak boleh cakap apa kalau diorang kata tak nak sebab di dalam kontrak diorang memang diorang seorang operator. Jadinya kalau aku complain pasal diorang pun, diorang bagi tahu ejen diorang kata company aku sekarang ni buat macam ni dekat diorang memang diorang menang. Sebab bukti diorang datang ke company ni memang sebagai operator.

Lagi satu kalau aku report dekat HR pula, tak boleh buat apa sebab department aku sekarang ni memang tak cukup orang. Makna kata kalau diorang 4 orang ni tak da. Habis la aku, semua kerja aku kena buat. Nak serap masuk orang lain pula, diorang tak nak. Sebab department aku ni semua kerja buat termasuklah pencacai cuci lubang najis.

Jadi nya aku tak nak pegang jawatan manager tempat aku ni. Pening wei. Pening wei. Pening wei...

Untuk pengetahuan korang juga, aku masih di sini kerana ada hutang yang perlu aku lunas kan iaitu PTPTN, Motor dan juga sebab aku nak kahwin wei.

Hahahaha...

Korang yang baca ni pun mesti stress. Kalau tak stress korang kena jadi aku. Duduk tempat aku. Baru korang tahu stress ke tidak. 

Sekian luahan kali ini. 

Bai-bai.

-----------------------------------------

Sekian sahaja nukilan daripada dia. Dia bagi dekat relax artikel ni, katanya suruh post dalam blog ni. Jadi relax post lah. Cuma nasihat relax, kau ikut je la apa yang ada dalam Islam bro. Jangan ikut kata orang lain. Biasa lah kau tu nak kahwin, buat benda baik, ada sahaja la dugaan dia tu. So chill n relax sahaja bro. 

Ingat lah, setiap yang berlaku atas izin Allah.

Peace yoo..


Saturday, January 20, 2018

Kata-kata untuk hari ini


Hai. Lama benar tak update blog ni. Sorry blog ku.

Hari ni relax terbuka hati untuk bicara tentang satu pegangan. Satu pegangan yang di pegang oleh relax sendiri.

Relax rasa boleh juga dipegang oleh korang semua.

Diri kita. Kita tahu tahap mana. Baik ka. Buruk ka diri kita. Kita sahaja tahu. Pejam mata nilai sendiri.

Cuma satu relax nak ingatkan dan nak korang pegang jadikan pegangan.

Jika merasa kan diri tak baik. Jangan sesekali menyusahkan orang lain. Rasa diri malas jangan sesekali menyusahkan orang lain dan sewaktu dengannya.

Jadinya pegang lah pegangan walau diri masih bertatih untuk baik. Jangan sesekali menyusahkan orang lain.

Oklah. Sekian daripada relax.

Harap korang faham la apa relax nak sampaikan ya.

Peace yoo.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!