Tuesday, June 30, 2015

Sembang hati ke hati


Hati itu tidak seperti dahulu,

Kuat dan penuh sinar,

(Oppsss terperasan pula, Hehehe...)


Tidak seperti dahulu,

Kerana sudah hancur di makan dunia,

Dahulu tiada calar,

Kini tercalar-calar,

Baru ku tahu dunia ini bahaya,


Perlu palang hati dengan baju besi,

Baju besi itu keimanan,

Elak dunia terus mencalarkan,


Berenang-berenang ke pemukaan,

Demi sampai ke daratan,


Tegur ku andai ku salah.

Peace yoo.


Sesungguhnya aku dah penat


Yo whatsup bro and sis, Salam ku hulur kepada anda dengan ucapan Assalamualaikum.

Timbul seorang mamat meluahkan kepada ku:

Sesungguhnya aku dah penat, 
aku dah penat risau pasal orang, 
aku dah penat menjaga orang, 
aku dah penat memberi nasihat,
aku dah penat menjaga hati orang,
aku dah penat melayan kerenah orang,
aku dah penat mengawal emosi ku,
aku dah penat bersabar,
aku dah penat ambil hati orang,
aku dah penat pujuk rayu,
aku dah penat mengalas tanggungjawab,
aku dah penat melihat dunia ini
makin menjadi jadi di zaman ini,
aaahhh penat dan penat,
macam penat aku rasai,
rasa bagai mahu lari daripada kepenatan ini,
tingga di hutan yang tiada orang hanya alam,

Ok, mamat tu cakap macam ni je kat relax.

Eeeermmm, hidup di dunia bro, mestilah penat. tempat persinggahan sebelum ke sana. Mesti lah ujian bertimpa-timpa, nak-nak kalau kau Allah sayang, lagi lah banyak dugaan nya.

Relax bro, jangan penat, kau lihat balik apa perbuatan kau yang memunculkan penat tu lalu kau cuba elakkan kan. Dengan izinNya tak penat dah. 

 Lagi satu tips relax nak cakap, jangan membuat sesuatu yang nampak macam kau ni takda langsung pergantungan kepada Allah. 

Ingat macam ni la senang bro,
Kadang-kadang,
Kita bercakap,
Orang tak nak dengar,
Cakap berulang kali,
Masih tak dengar,
Sudah tiba masanya kau hanya berdoa,
Berdoa kesejahteraan orang lain,
Kau biarkan mereka di bawah jagaan Allah,
Kerana kau dah tak mampu nak buat apa-apa,
Serah semua kepada Allah,
Semoga di beri Allah hidayah kepada kita semua.

Pergantung kepada Allah jangan lupa bro, kita hamba, bukan tuhan.

Kita ada Dia, Dia yang atur segalanya, kembali semula kepada Dia,

Semoga kita semua kuat wahai kenalan,

Sekian daripada relax,

Tegur ku andai ku salah.


Aku ambil ia menjadi pengangan


Sering kali situasi tertentu berlaku di sekeliling ku.

Membuat relax berfikir tentang hikmah jadinya situasi tersebut.

Lalu keluarlah pengjaran di bawah.

Sepanjang hidup relax ni. Macam-macam perkara jadi. Dugaan demi dugaan menimpa. Lalu terfikir sejenak, dugaan itu tandanya sayangnya Dia kepada kita. Jadi hadapilah dengan hati yang tenang dan penuh ketabahan.

Antara pegangan yang relax rasa korang kena pegang di dalam hidup korang.

"Di dalam bercinta, jangan di beri keseluruhannya. Jika di beri keseluruhannya, parah diri saat cinta itu tiada di balas atau di khianati."

"Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri di atas sesuatu perkara."

"Tiada orang yang selalu di sisi, yang selalu di sisi ialah Allah."

"Jangan berharap kepada manusia, pengharapan hanya kepada Allah."

"Iman dan hati, berhubung sesama sendiri, memancar dalam bentuk akhlak dan pemikiran."



Rasa nak tulis ayat ringkas pula:

Saat sedih,

Ku cuba mencari manusia,

Tetapi makin sedih ku rasa,

Di sebabkan itu,

Diri ku belajar mencari Dia,

Saat sedih melanda diri,

Ku buka catatan Dia,

Terubat hati yang luka,

Terubat juga hati yang sedih,

Memang benarlah,

Dia sahaja pengubat hati yang lara,

Jadinya ku mencari Dia.


Lalala....

Tiada sudah idea nak tulis apa,

Baik kita ambil, yang tidak baik kita tolak, yang samar-samar kita berfikir dahulu,

Sekian daripada ku,

Relax tenang,

Pai..

Masih banyak yang perlu belajar untuk menjadi sebuah kekuatan,

Tegur ku andai ku salah.


Wednesday, June 24, 2015

Jom sembang kosong


Berbicara kosong sementara tunggu waktu berbuka...



Ish-ish,

Apa ni,

Tegur dan bagi nasihat sikit kata membebel,

Orang yang macam ni seakan tak boleh terima nasihat daripada orang,

Sedar-sedar lah, hidup ini memang perlu kan nasihat menasihati,

Bila jumpa orang yang macam ni,

Korang kena suruh dia pergi duduk dalam hutan,

Hahaha....



Terbaca di dalam satu artikel tak ingat kat mana dia cakap:

"Akhlak dan pemikiran seseorang bergantung kepada keimanan di dalam diri seseorang itu."

Bila tengok je ayat di atas, satu persoalan di dalam diri relax muncul. Situasi dia macam ni:


Bila si A marah si B sebab menolong orang lain dengan berkata:

Si A: Balik sekarang berbual dengan saya, duk buat rajin tolong orang dah kenapa.


Sama juga dalam situasi rumah tangga,

Sang suami sedang bekerja, lepas tu si isteri suruh suami balik sekarang layan dia. 


So, bila relax tengok situasi di atas, relax rasa pelik. Apa hal la si A ni jadi macam ni, apa la ada dalam fikiran dia, tak fikir ka si B tengah tolong orang. Lepas tu tak bagi tolong orang. Apakah peliknya si A ni.

Situasi number dua pun buat relax lagi pelik, Si suami sedang bekerja, dah kenapa si isteri suruh balik layan dia. Waktu bekerja kut. Company pula bukan si suami ni punya. Mana boleh ikut suka je nak balik. Adoi, si isteri ni tak fikir ke. Ish2...

Bagi relax, ini lah yang di panggil isteri tak matang. Tak faham keadaan suami. Ingat diri dia je. 


Bagi relax macam tu la. Tak tau la korang. hehe..

(kan dah cakap pemikiran dan akhlak manusia itu bergantung kepada keimanan di dalam diri seseorang. Di sebabkan keimanan diri berbeza-beza, boleh jadi pandangan yang seperti lain boleh terjadi apabila melihat situasi di atas)


Oklah,

Penegasan,

Sesungguhnya relax akan terus memberi walau pun tidak di minta.

Tak suka cara ku???
Meh sini bagi tau relax kenapa dan bagi hujah yang berlandaskan Islam.

Peace yoo..

Waah makin besar!!!!!



Yo salam ku hulur kepada pembaca semua.

Assalamualaikum semua,

Eeermmmmm,

Rasa diri dah besar la,

Bohong la kalau tiada inginan nak kahwin, punyai anak, kerja yang bagus, nak bahagiakan kedua ibu bapa dan yang paling penting nak jadi orang yang berguna di mata masyarakat.

Biasa la, dah besar kan. Keinginan itu mesti la ada. Orang normal kan. hehe... Apa-apa je la.

Dunia yang penuh dengan liku-liku, harus di hadapi dengan keimanan. Kuat iman boleh la nak hadapi dunia ini. Kalau kuat iman, kita juga boleh lah nak berjaya di dalam hidup. Kuncinya ialah iman.

Di sebabkan diri makin meningkat dewasa, rasa nya post artikel yang geli geliman sikit. Nak tau pasal apa baca sendiri bawah ni.


Berbicara tentang rumah tangga,

Tentulah kita mahukan kebahagian,

Mahu bersama pasangan kita selalu,

Suami dan isteri,

Punyai peranan dan tanggungjawab masing-masing,

Si suami harus mendidik isteri,

Harus menasihati isteri selalu jika isteri membuat salah,

Tiada kompromi,

Buat salah si suami kena tegur,

Nak tau tak kenapa???"?

Kerana daripada isteri lah lahirnya generasi akan datang,

Kerana anak-anak sering bersama isteri,

Jika baik isteri itu,

Maka baiklah anak-anak itu,

Dengan izin Allah,

Jadinya,

Si suami itu pemimpin,

Harus kasi kuat sikit iman itu,

Baru lah boleh didik manusia di bawahnya.

Apa-apa pun iman itu kunci nya,


Wokay lah, tak tau nak kata apa dah,

Tulis apa yang muncul dalam fikiran je ni.

Maaf salah silap dan tegur ku andai ku salah.

Peace yoo..


Apa yang aku mahu dalam satu perhubungan



Lama tak update blog, biasa lah busy dengan karangan yang panjang untuk tempat relax belajar ni. Adoi yai... Relax tenang aja.


Seseorang tanya aku,

Apa yang kau mahukan daripada satu perhubungan???

Hahaha...

Soalan yang agak luar biasa orang tanya aku,

Tak pernah lagi orang tanya macam ni kat aku,

Okay jawab dalam ni je la yo si petanya soalan,

Apa yang relax mahukan dalam satu perhubungan????

Sesungguhnya dalam satu perhubungan,

Aku mahukan keredhaan,

Keredhaan Dia,

Andai tiada keredhaan,

Takut aku dengan sesuatu hubungan itu,

Setiap hubungan punyai tanggungjawab,

Tanggungjawab yang harus di laksanakan,

Hubungan dengan ibu bapa,

Tanggungjawab sebagai anak perlu di tanggung,

Hubungan dengan kawan,

tanggungjawab sebagai seorang kawan,

Hubungan dengan tunang,

Tanggungjawab bakal suami perlu di laksanakan,

Bukan kah setiap ataupun sesuatu hubungan itu harus di susuri tanggungjawab,

Orang Islam,

Kena lah bertanggungjawab kan.

Ok, jawab ke tidak soalan si penanya soalan ni.


haha...

Relax tenang saja.

Pai pai..

Dia hadir kembali


Sejarah silam bermain di minda,

Saat satu kebahagian hadir,

Ingin ku singkir,

Dia hadir juga,

Lalu ku lelapkan mata,

Melupakan perkara lalu,

Apa kan daya,

Kenangan itu kembali juga,

Kembali dan terus kembali,

Takut dan takut,

Aku jadi takut,

Apabila di kenang,

Aku takut,

Sungguh hebat penangan sakitnya itu,

Lebih baik ku terus begini,

Tenang dan tiada pengharapan,

Just smile.


Monday, June 15, 2015

Rintiknya hujan



Hadir dia tanpa di minta,

Hadir dia membawa seribu duka,

Hadir dia membawa seribu bahagia,

Suka dan duka,

Berganti-ganti,

Bagaikan pelangi di sebalik rintihan hujan,

Basah tubuh ku,

Tersembunyilah rintihan diri,

Ku biar diri di celahan hujan,

lalalalalalala...

Wweerrrkkkkk...

Sambung sendiri...

Peace yoo...


Penantian itu




Sehingga kini ku menanti,

Satu jawapan yang tiada pasti,

Tiada terjawap di fikiran ini,

Sampai bila harus ku nanti,

Tiada kata,

Tiada dengar,

Diam seribu bahasa,

Mana pergi yang di cari,

Dalam diam ku tangisi,

Pemergian yang di nanti,

Masih menanti,

Satu jawapan yang pasti,

Akan terus menanti,

Menunggu jawapan kepastian.




Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!