Sunday, March 13, 2016

Semua nya sudah di takdir kan


Salam kembali pembaca sekalian.

Terbaca dan hendak baca, itu semua ketentuan daripada Nya.

Dia dah aturkan segalanya.... Redha itu sangatlah penting.

8/3/2016 Relax terbabit di dalam kemalangan. Kereta company yang di naiki oleh relax nak masuk kilang tempat relax bekerja sekarang. Lalu sebuah motor EX5 melanggar penjuru kiri tepi kereta. Alhamdulilah penunggan wanita tersebut terselamat dan tiada kecederaan serius yang berlaku. Kaki dia terseliuh dan luka sedikit.

Masa mula-mula kena tu, relax macam biasalah, relax je. Tak cuak sangat sebab budak tu tak serius sangat. Tetapi bila dah lama sikit baru lah terpikir, kalaulah budak tu kecederaan serius, mampus relax. Confirm kena saman dan lain-lain. Aduh parah.

Di sebabkan terlalu banyak fikir kejadian kemalangan tersebut, relax rasa tak best sikit bila bawa kereta ni. Tambah-tambah bila nak belok belah kiri. Terkenang kejadian tersebut. 11/3/2016 hari tu, di sebabkan terkenanang kejadian tu sewaktu bawa kereta. Tayar kereta pula masuk longkang. Selamat lah kereta tu tak jadi apa-apa. Aduh parah, payah macam ni.

Adakah trauma namanya ini. Entah lah, relax pun tak tau. Hari ni tiba-tiba ada satu ayat orang bagi dekat relax yang relax rasa terkesan jugalah kepada diri relax. Ayat tersebut ialah "Hang kena terima semua ni, ini semua dah di tentukan. Bila hang dah pegang ayat ni, barulah hang tak trauma dan tak terkenang dah. Dia suruh hang lebih berhati-hati lepas ni bawa kereta." 

Lepas dengar kata tersebut, relax rasa diri relax okay sikit. Terima kasih lah pemberi ayat di atas ye. Mungkin lepas ni okay sikit diri ini. Tak terkenang dah. Insya Allah.

Jadinya di sini, relax cuma nak pesan dekat korang yang sengaja dan tak sengaja baca post ini supaya berhati-hati semasa memandu. Tambah-tambah bila nak masuk simpang. Pastikan tiada motor dan kenderaan semasa nak masuk. Hati-hati juga dengan titik hitam di side mirror kalian. 

Lagi satu relax nak pesan, apa berlaku atas kehendak Dia. Walau kadang dalam berhati-hati dan dah baca doa, kejadian yang tidak di ingini tetap berlaku. Itulah yang di panggil ketentuan daripadaNya. So, redha je la. Bila dah redha baru lah berlapang sikit dada tu seterusnya tidak terkenang peristiwa yang berlaku.

Hehehe...

Itu sahaja pesan relax kepada kalian.

Semoga di bawah rahmatNya selalu wahai manusia sekalian.

Relax-relax, jangan stress dengan kerja. 

Tenang aja.

Peace yoo.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!