Tuesday, September 18, 2018

Positif sahaja di dalam hidup ni


Assalamualaikum semua,

Lama tak update gara-gara laptop rosak. Kebosanan terus, apa boleh buat terima je la. Redha.

Eermmm

Hari ni saja nak cerita sikit dekat korang tentang tempat kerja relax.

Mula-mula rasa la sedih dan takut sikit sebab ada 2 orang lama nak balik tempat diorang balik. Warga asing diorang ni. 

Sembang memang dasyat la semua boleh buat, almaklumlah orang lama. Memang semua boleh buat la. Tapi tu la, apa boleh buat kita orang baru ni follow je la diorang. Tapi follow pun relax belajar banyak juga daripada diorang. Lagi satu relax follow je, diorang yang buat kerja. Rasa diri senang pula.

Kerja kita diorang buat. Sembang-sembang pun diorang ni memang rajin dan suka memberi. Ada la kebaikan dan keburukkan. Maklumlah tak semua manusia sempurna. Haha. 

Nak jadikan cerita, diorang ni dah tak boleh sambung permit dah sebab dah cukup tahun datang Malaysia iaitu 10 tahun. Jadinya kalau diorang balik, yang jadi susah balik ialah relax sebab relax orang kedua lama daripada diorang dalam department kami. 

Jadinya general worker punya kerja nanti relax lah kena buat nanti. Itulah yang menakutkan.

Sembang lah dengan seorang Nepal masa waktu ot. Dalam duk buat kerja tu lah relax sembang, cerita lah dekat dia apa relax tulis atas ni. Dia seorang operator je, tapi positive je dia punya pemikiran. Dia boleh balas balik dekat relax kata "Orang pandai sebelum pandai memang akan tak tau dahulu. Lepas tu dia belajar dan terus buat benda tu, baru lah boleh jadi pandai. Jadinya abang pun macam tulah, mula-mula memang susah lepas tu buat juga dan terus belajar baru lah boleh jadi pandai. Kut mana pun semua orang yang pandai di dalam satu organisasi memang tak akan kekal dan harus ada peganti."

Ok bagi relax ayat dia tu mengubat juga lah hati yang takut ni. Betul la dia kata tu. So just follow the flow.

Harap korang pun boleh lah ambil aktibar daripada kata nepal tersebut. 

Thanks bro for your advice.

Sekian coretan kali ini.

Thursday, September 06, 2018

Bait-bait bersahaja



Lama tak tulis bukan bererti dah tak mampu menulis,

Ku diam bukan bererti tiada idea,

Ku tersenyum bukan bermakna gembira,

Ku menangis bukan bererti sedih,

Setiap perkara luar biasa,

Orang lain kita lain,

Setiap orang berbeza,

Tak payah sombong,

Tak payah bising,

Senyap dan lihat,

Apa yang akan terjadi.

Pejam mata,

Lalu berserah,

Sekian daripada ku.

Relax tenang.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!