Friday, February 27, 2015

Perbualan di antara dua sahabat


Perbualan yang ku rasa elok di jadikan artikel dalam blog ku.

Perbualan antara seorang sahabat kepada sahabat baiknya.



A: Assalamualaikum, sorry Abang B teremosi tadi ✌✌✌

Abang B: Okay takpa, Tapi tolong la ubah perangai terlalu emosional kau tu. Perangai macam tu nanti akan memudaratkan kau sendiri nanti.

A: Okay aku cuba perbaiki diri

Abang B: Dalam hidup ini, jangan terlalu negative wahai sahabat

A: Ye betul tu. Kena cool je saat terjadinya sesuatu perkara yang menyakitkan hati.

Abang B: Takpa relax ja, semua orang lakukan kesalahan cuma kita kena cuba tidak ulangi kesalahan yang berlaku. Itulah gunanya kita masih di beri peluang hidup di dunia ini. Ala upgrade diri. Daripada good jadi better lepas tu jadi best pulak.

Cuma perangai terlalu emosional kau tu kena buang jauh-jauh. Kalau tak nanti diri kau yang akan merana. Dalam hidup ini kita kena banyak bersabar sahabat. Ujian datang tak kira masa, kadang-kadang ujian datang dan terus datang. Semua bergantung kepada Ilahi. Tu sebab kita kena bersabar dan terus bersabar. Selalulah berfikiran positive dan matang sikit saat ujian datang dan di dalam sesuatu hal. 

Apa pun berlaku, kita kena faham, semua berlaku atas izin Dia, mestilah tersembunyi beribu hikmah. Tak perlu takut. Setelah pelbagai cara kau lakukan, akhir sekali kau kena bertawakal dan redha sahabat.

Hidup di dunia ni macam jalani ujian je jadi jalani semua ujian ni dengan tenang.

Peace

Pesanan ikhlas daripada aku

Dan lagi satu, bila marah jangan sakitkan diri dengan pergi buat benda yang tak munasabah. Istiqfar je banyak-banyak. So, sayangilah diri anda demi orang tersayang.

A: Biasa la. Aku dah penat bersabar selama ini. Jadi aku lepas je. Aku cakap apa aku nak cakap dan aku rasa apa aku cakap tu betul. Memang nada aku macam marah tetapi aku memberi nasihat. Mungkin cara aku salah di dalam memberi nasihat. Mungkin saat memberi nasihat tu, emosi aku terganggu. Eeermm betul la kata kau, kita kena bersabar.

Abang B: Okey tak pa. 

Saat marah lebih baik kau diam dan pergi ambil wuduk dan buat sesuatu yang boleh menjauhkan diri kau daripada syaitan. Jangan lupa sahabat, saat marah kuasai diri maksudnya diri kau di kuasai syaitan, saat itu kau jadi boneka syaitan, diri kau di kawal syaitan. itu sebab aku cakap lebih baik diam je. Tak guna juga kau bagi nasihat masa tengah marah, takut nasihat kau tak masuk dalam jiwa insan. Memberi nasihat haruslah bernada tegas dan beriring bersamanya kelembutan. Memberi dan meminta orang menerima apa yang di beri ada caranya.

A: Okay2. Tak pa, aku cuba pelbaiki diri nanti. Terima kasih sahabat.

Abang B: sama-sama. 


Pengajarannya daripada perbualan antara dua sahabat tadi boleh di lihat di atas yang bertulisan merah.


Sekian perbualan di antara dua sahabat iaitu si A dan abang B.

Diharap dapat di jadikan pengajaran kepada insan di luar sana.

Okay lah,

Pai.

Tumbuk kang!! sentap pula rasa


Aik, tarik nafas hembus nafas dah nak habis bulan dua. Tinggalkan yang mana yang buruk masa bulan dua ni dan mulakan sesuatu yang baik masa bulan tiga ni.

Peace yoo.

Assalamualaikum,


Eeerrm gambar yang di ambil daripada Facebook aka muka buka.

Sentap saat melihat gambar di atas.

Sentap-sentap pun bila baca ayat "Tumbuk kang!!" teringat kepada seseorang.

Rasa macam dialog di dalam gambar di atas dia yang bagi.

So, relax letak dalam ni supaya menjadi pengajaran kepada diri ku dan pembaca sekalian.

Relax tenang,

Pai pai.


Apabila nikmat duduk di tarik kembali?


Assalamualaikum semua,



Apabila nikmat duduk di tarik kembali,

Sakitnya tidak terperi,

Mengadu la kita kepada Ilahi,

Baru ingat kembali salah silap dengan Ilahi,

Mulalah memikir seksanya dugaan ini,

Saat nikmat duduk di tarik juga,

Mulalah sel-sel otak berhubung,

Macam-macam yang kita fikirkan,

Mulalah ingat pencipta kita,

Saat itu,

Tiada sudah manusia di cari,

Hanya Allah yang di cari,

Itulah salah satu hikmahnya di uji,

Kita kembali ingat kepada Ilahi,



Sekian artikel ku kali ini.

Tak boleh tidor kut,

Tegur ku andai ku salah.

Relax tenang saja.



Apabila sayang hadir di hati


Hai semua, 

Assalamualaikum,


Kadang ku menasihati orang jangan buat itu, jangan buat ini. Jangan keluar waktu malam sorang sorang. Jangan pergi tempat terpencil waktu malam sorang-sorang. Pastikan berteman kerana bahaya. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.


Tetapi, apa ku kata, apa ku larang hanya kepada orang. Diri ku lakukan perkara itu.


Ku keluar malam merayap sorang-sorang di waktu malam kadang-kadang. Ku pergi tempat terpencil sorang-sorang. Ku lakukan apa yang ku larang orang sekeliling ku lakukan.

Adakah ini adil bagi???

Entah lah, ku percaya ku mampu jaga diri tetapi tidak percaya orang sekeliling. Itulah diri ku. 


Ku percaya ku tidak keseorangan, 
ku percaya diri ku sentiasa berteman. 
Sentiasa ada yang menjaga ku. 
Itu sebab ku redah dan lakukan semua itu.



Tanpa risau, ku redah lautan malam,

Tanpa risau, ku redah tempat terpencil,

Tanpa risau, ku lakukan benda bahaya.

Tetapi ku lupa satu perkara, 

Walau diri ku tiada risau tentang diri ini,

Ada yang risau tentang diri ku,

Saat ku lakukan benda bahaya,

Ada sahaja insan yang tiada senang diri nya,

Sentiasa memikir keadaan ku,

Adakah ku okay lakukan perkara itu,

Eeerrrmm entah lah.

Mungkin andai sayang itu bertandang di hati,

Risau itu seiring di dalam hati.


(Tiba-tiba ayat di atas nak keluar, so, tulis je la dalam ni. Hoho)

Kata akhir daripada ku,

Kerana sayang ibu bapa risau,
Kerana sayang ibu bapa menjaga kita,
Kerana sayang ibu bapa memberi kasih sayang.
Lalalalala (Sambung sendiri)

Satu dua dan tiga,

Peace yoo.


Tegur ku andai ku salah.



Thursday, February 19, 2015

Masih ku fikir saat itu


Berdiri ku di sini,

Di temani satu tangisan,

Memikirkan diri ini,

Mengapa susah hendak ku kawal,

Satu perasaan di dalam diri,

Entah la,

Jiwa meronta saat itu,

Meronta ingin ku keluarkan,

Memberi tahu kepada semua,

Apa ku rasa di dalam diri,

Maaf,

Ku rasa tindakan ku betul,

Jika salah mohon tegur ku,

Sungguh diri ini tiada sempurna,

Banyak juga kekilafan diri,

Ku mohon satu pendamaian.


Peace yoo.

Assalamualaikum.


Semua nya tentang cemburu


Masalah yang sering berlaku kepada mereka yang bercinta di luar sana.


Cemburu,

Satu perasaan yang muncul setelah kita menyayangi seseorang,

Harus di jaga cemburu ini,

Jangan terlalu berlebih lebih,

Takut memakan diri,

Jika sang kekasih bergurau berlebihan dengan orang lain,

Patutkah perasaan cemburu itu ada???

Jika sang kekasih  mesage orang lain yang tidak perlu.

Patutkan perasaan cemburu itu ada???

Jika sang kekasih bergurau senda dengan orang lain,

Patutkan cemburu itu ada???

Dan banyak lagi lah contoh lain. Hehe, korang pikir sendiri contoh dia macam mana pula.

(Pikir sendiri perlu atau pun tidak)


Sebenarnya macam ni, simple dan senang je benda ni.

Cemburu itu perlu ada jika sang kekasih bertindak melanggar syariat atau undang-undang Islam.

Cemburu itu pula tidak perlu ada jika sang kekasih tidak bertindak melanggar syariat Islam.


Eerrmmm jangan terlalu cemburu kerana ianya membawa padah. Suami dan isteri perlu ada rasa cemburu jika si suami or si isteri____________________________(Sambung sendiri)


Pengajaran:
Jika sang kekasih mematuhi syariat di dalam Islam, dengan izin Allah tiadalah cemburu tu.

Hanya Allah yang mengetajui sesuatu itu betu or tidak.

Tegur ku andai ku salah.

Jangan biar ku terus dengan tidak kebetulan itu.

Sekian daripada ku,

Relax

Peace yoo.


Cara menyelesaikan masalah


Assalamualaikum,

Apabila ku merenung, ku berfikir, terlintas di fikiran gambaran di bawah.


Pengajaran: 
  1. Kita tidak boleh lari daripada masalah selagi kita di atas dunia. 
  2. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
  3. Berfikirlah cara terbaik untuk menyelesaikan satu masalah.



Sekian daripada ku,

Tegur ku andai ku salah.

Apa je la.

Peace yoo.



Satu gurauan bertukar kehitaman


Assalamualaikum semua,

Hari ni nak cerita sikit tentang pergaulan.

Kita menjaga pergaulan kita di alam nyata tetapi tidak di alam maya.

Jangan lupa kalian, pergaulan bukan sahaja di luar tetapi juga haruslah di alam maya juga.

Di mana tidak bergurau tak tentu pasal dengan orang yang belum halal.

Tambah-tambah bergurau di waktu malam.

Senang certia macam ni:

Mula-mula memang la bergurau,
Bila dah lama jadi rancak.
Mula lah sembang hati ke hati.
Mula lah cerita masalah diri,
Mulalah ada yang memberi nasihat,
Mulalah hati tertarik,
Mulalah rahsia di buka,
Mulalah Allah semakin di lupakan,
Kerana asyik dengan emosi.

Bisikan syaitan sentiasa ada wahai manusia.

Sedarlah.

Jika kita tiada jaga batas pergaulan, mulalah syaitan menyucuk jarum, jarum ke arah kemaksiatan, seterusnya membawa kita menghampiri neraka.

Ingatlah pesan ku ini wahai diri dan juga kalian.

(Tap tap sentap gak diri baca)

Nasihat bersama wahai sahabat.

Tegur ku andai ku silap,

Peace yoo.

Assalamualaikum.


Monday, February 09, 2015

Sakitnya melawan nafsu


3
2
1

Ayuh saksikan artikel kali ini.



Mujahadah yang paling berat dan sukar ialah melawan nafsu.


Jika nafsu dapat kau tawan, 

Engkau ialah raja diri.


Saat sakit melawan nafsu,


Ketahuilah, 

Mana ada satu perjuangan tanpa ada kesakitan.



Sakitnya sementara dan akan terasa nikmatnya di dalam kehidupan abadi nanti.



Kehidupan yang tiada mati, 

Kekal kita selamanya di dalam nya.




Hanya Allah yang mengetahui sesuatu perkara itu benar atau pun tidak

Sekian daripada ku,

Jangan lupa tegur ku andai ku salah.

Peace yoo.

Wahai jiwa bergelar insan


Hai, Salam semua, sihat-sihat lah hendaknya ya.


Wahai jiwa bergelar insan,

Ketahuilah wahai insan,

Aku yakin,

Satu ketika kita akan sedar kesalahan diri,

Seterusnya kita menyesal dengan tindakkan kita itu,

Tidak sekarang,

Di masa hadapan ini,

Tak pun ketika nyawa di cabut nanti,

Mungkin juga di padang Masyar nanti,

Kita masih hidup ketika ini,

Allah masih beri peluang untuk kita berpatah balik,

Sedarlah wahai diri,

Jika salah ayuh bertaubat,

Sementara masa masih ada,

Jangan nanti sudah terlambat baru kita nak bertaubat,

Di masa itu sudah sia-sia,

Setiap kita tahu kesalahan diri,

Ayuh bersama-sama sedar diri,

Sedar siapa diri,

Siapa sebenar diri,

Suci kembali yang kotor,

Allah maha pengampun.



Eerrmm habis sudah ayat pendek daripada ku untuk hari ini.

Lalala,

Tegur ku andai ku salah.

Sekian daripada ku.

Apa itu perkahwinan


Ku buka bicara dengan ungkapan sejahtera kepada kalian Assalamualaikum semua.


Perkahwinan,

Satu cara menghalalkan segalanya,

Rasanya semua orang tahu benda di atas. Tetapi kita lupa satu perkara iaitu cara atau pun kaedah untuk mendidik anak-anak untuk melahirkan perjuang Islam dan umat Islam yang benar-benar Islam. Di mana hidup cara Islam, tahu mana boleh di lakukan dan mana yang tak boleh di lakukan di dalam Islam. 

Tugas mendidik ini akan di beri kepada suami dan juga isteri. Jadinya, kepada insan bertunang mahupun lelaki dan wanita di luar sana, kutip  lah ilmu tentang perkara ini dan cuba pelbaiki diri demi mendidik anak-anak nanti.

Di dalam ceramah relax ada terdengar seorang ustaz berkata "Jika mahu melahirkan anak yang soleh dan solehah, ibu dan bapa haruslah menjadi soleh dan solehah dahulu."

Keywordnya kita sudah tahu, mahu melahirkan anak yang benar-benar Islam, ibu dan bapa haruslah menjadi seperti apa yang kita mahu anak kita jadi di suatu hari nanti.

Jadinya, ayuh perlbaiki diri sebelum memegang amanah yang besar dan berat ini.

Jangan lupa tau, anak itu bukan hanya seorang manusia tetapi sebenarnya amanah daripada Allah kepada suami isteri.

Wahai lelaki,
Tugas kau sangatlah berat,
Perlu mendidik isteri dan anak-anak,
Perlu  juga menjaga keluarga sendiri,
Engkaulah seorang pemimpin,
Belajarlah menjadi pemimpin,
Kuatkan lah diri kalian,
Jika kau lemah,
Maka lemah lah orang di bawah jagaan anda,
Kau perlu kuat wahai lelaki,
Kau perlu betul-betul kenal Ilahi,
Semoga kita yang bergelar lelaki mampu memikul tanggunggjawab ini.
Sekian daripada ku.

Kata akhir daripada ku, jika bagus pemimpin nya, maka baguslah orang di bawahnya.
Peace yoo.


Itulah apa yang relax tau.

Macam selalulah tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum semua


Khas buat jejaka yang ingin kahwin lebih


Assalamualaikum semua, terjumpa gambar di bawah di dalam satu laman sosial, lalu ku ambil dan upload dalam whatsapp. Saja nak tengok apa kata mereka di luar sana tentang perkara ni. Saksikan lah apa yang terjadi lepas relax post gambar di bawah di dalam whatsapp.


Aku post gambar di bawah di dalam whatsapp lalu mereka berkata seperti di bawah.

(Jumpa dalam T_t__ daripada F...... ..r....)
Si A: 
(Letak gambar thumbs up)


Si B: 
Perumpaan simply switch macam neh mana boleh boh.

Allah dah ciptakan wanita dan lelaki sebaik baik kejadian dah.

Apa yang wanita mampu tak mampu nak tanggung apa yang lelaki mampu tak mampu nak tanggung.

Cuba simply switch lelaki boleh mengandung dan beranak. 

Pepandailah buat perumpamaan.. :)

No offenses..

Sebab bagi saya perumpaan situasi dekat atas tu (Gambar jari tunjuk atas) akan membuatkan sesetengah wanita akan tertutup pemikiran dia terhadap rahmat Allah bagi sesiapa yang nakkan payung emas.

:) ✌

Si C:
(Panggil nama aku), payung emas hadis yang tak sahih.

Aku:
Oohh ok2.
Thanks Si C
Baik Si B
✌✌✌

Si C:
Tapi ada ja ganjaran bagi yang berkahwin ramai. Cuma elakkan dari guna hadis payung emas.

Aku:
Wokay. Aku men paste je gmbr atas ni.
Haha

Si D:
Hukum tetap hukum, yang mampu, nak, suka hati la janji tak langgar hukum Allah. Tetapi berhati-hati, mampu tu luas maksudnya.



Komen ku:
Bagi diri ku ada benar juga kata si B sebab lelaki kalau mampu boleh je kalau nak kahwin lebih daripada seorang tetapi ada lah syarat nya.

Bagi si C pula, maaf lah, relax tak pandai sangat bab hadis ni, tak dapat nak olah apa-apa.

Bagi si D, yup Allah dah kata macam tu. Adalah hikmahnya tu.


Okay lah sekian daripada ku kepada kalian untuk hari ini.

Asal gambar tu sebenarnya relax ambil daripada satu laman sosial daripada seorang yang di kenali ramai. Eeeeerrrmmmmm, relax tak nak berhujah bagai dengan gambar di atas. Cuma nak bagi korang pikir sendiri. 


Sekian post yang di edit sedikit daripada yang asal sebab yang asal pakai short foam banyak sangat. hehe.

Okay lah.

Apa jela.

Tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum.


Wednesday, February 04, 2015

Soalan yang menguji minda


Salam sejahtera dan Assalamualaikum ku ucapkan kepada kalian.

Lalalalalalaalala...... Sekian intro untuk artikel ini.


Okay soalan di bawah membuat ku berfikir sejenak dan seterusnya membuat sel-sel otak relax berhubung lalu relax menjadi genius dan pandai. Tak payah minum Duch Lady bagai pun. Haha apa-apa jela. 

Soalanya berbunyi begini:

Pinjam dari ayah rm25 dan pinjam dari ibu rm25, total rm50 beli baju rm45 , baki rm5 ambil rm1 bagi ayah dan rm1 bagi ibu, baki3 jadi, hutang ayah rm24 dan hutang ibu rm24 rm24 + rm24 = rm48 + rm 3 baki = rm51 mana datangnya rm1 ??‎


Okay relax bagi korang faham sikit daripada ayat di atas ye. Macam ni sebenarnya:-

Pinjam dari ayah RM25 dan pinjam dari ibu Rm25, 

RM25 + RM25 = RM50 (Total) 


Lepas tu pergi beli baju RM45, 

Baki tinggal kat tangan RM5 

Lepas tu ambil RM1 bagi ayah dan RM1 lagi bagi ibu, 

Baki kat tangan seterusnya jadi RM3 


Jadi, hutang ayah menjadi rm24 dan hutang ibu rm24 

Tambah keduanya RM24 + RM24 = RM48 

Lepas tu hutang ayah dan ibu tadi RM48 tambah dengan baki kat tangan kita iaitu RM3

RM48+ RM3 baki = RM51 

Persoalanya daripada mana datangnya RM1 ??‎


Selamat berfikir semua.


Pelik gak tu kenapa boleh lebih RM1. 



Okay setelah berfikir dan menganalisis segala kemungkinan akhirnya jawapan yang ku temui daripada otak ku seperti di bawah:-



Kunci kepada soalan ini ialah hutang akhir yang perlu di bayar kepada ayah dan ibu tadi iaitu RM48 setelah kita dah bayar RM2 kepada diorang.

RM48 tu ialah duit baju yang kita beli tadi dan duit baki yang masih ada kat tangan kita. Jadinya kenapa perlu tambah lagi dengan RM3 yang ada kat kita padahal dan termasuk sekali dalam RM48 tu. 

Makna kata equation di bawah salah.
RM48+ RM3 baki = RM51 

Untuk mendapatkan jumlah yang sebenarnya sepatutnya kita menambah RM48 tersebut dengan jumlah yang kita dah bayar kepada ibu dan bapa kita sebelum ni iaitu RM2. 

Equation yang sebenarnya ialah:
RM48+RM2=RM50. 

Okay sekian daripada ku relax,

Tegur ku andai ku salah,

Relax tenang saja.

Tiada daya upaya melainkan Allah, setiap berlaku atas ketentuan Ilahi.

Peace yoo.


Tuesday, February 03, 2015

Jangan membazir waktu gembira bersama pasangan anda


Hai dan Assalamualaikum semua.


Sayang apa khabar dengan mu,

Di sini ku merindui mu,

Di sini ku menunggu mu,

lalalalalalaalalalalalalalala.....

Apa je la labu,

Saja nak ngarut sikit pagi-pagi buta ni.




Eeeerrmmmmm, nak tulis apa ya kali ni. Eeeerrrmmm, okay dah ingat dah.



Tahukah anda,

Setiap kali anda merajuk dengan suami atau pun isteri korang dan lain lain.

Anda sebenarnya telah memendekkan masa gembira bersama pasangan anda. 


Tahukah anda,

Setiap kali anda bertengkar dengan pasangan anda (Bertengakar benda yang tak berfaedah),

Anda sebenarnya telah memendekkan juga masa gembira bersama pasangan anda.


Tahukah anda,

Anda telah membazirkan waktu gembira bersama pasangan anda saat anda merajuk, marah, bertengkar, dan segala lagi benda yang negatif yang di buat oleh anda. Tambah-tambah jika pasangan anda busy man or woman lagi lah membazir waktu gembira bersama. 


Jadinya nak merajuk boleh aja, tetapi jangan lebih-lebih sampai 1 minggu dan berhari-hari. Sedang-sedang saja. Satu pembaziran waktu gembira bersama pasangan jika anda merajuk.


Kuncinya,
Apa-apa sahaja yang anda mahu lakukan, sederhana itu lebih baik, jangan lebih sangat, jangan juga kurang sangat.

Kata akhir daripad aku,

Tegur ku andai ku salah.
Tegur pula biar berhikmah,
Jangan tegur melancangkan mulut,
Penumbuk makannya nanti,

Haha.. just kidding.


Relax tenang

Peace yoo.

Assalamualaikum.

Sungguh maaf itu banyak kebaikannya


Sungguh, 

Memang nampak poyo,

Tetapi ku suka sebut perkatan maaf,

Walau ada yang berkata,

"Mengapa perlu meminta maaf jika di kemudian hari masih melakukan kesalahan yang sama,"

Macam ni sebenarnya wahai sahabat,

Salah dengan Allah boleh lah kita bertaubat minta ampun balik kepada Allah,

Korang jangan lupa, 

Kalau salah sesama manusia,

Kita tidak boleh minta maaf kepada Allah,

Sebaliknya kita kena minta maaf kepada manusia yang kita buat salah tu,

Itu sebab ku suka meminta maaf,

Takut diri ini di dalam diam menyakitkan hati kalian,

Tidak jatuh ego sesen pun kalau minta maaf,

Apabila dah minta maaf,

Lepas tu buat balik kesalahan yang sama dengan orang tersebut,

Minta la maaf lagi,

Tetapi seeloknya jangan la ulang kembali kesalahan tersebut,

Apa-apa pun rajin-rajin kanlah diri meminta maaf kepada orang,

Ini kerana kita tidak tahu hati orang bagaimana?

Boleh jadi dia terasa dengan kita,

Boleh jadi dia tidak tersasa dengan kita,

So, minta maaf je lah.



Peringatan,
Jika mahu ku berhenti meminta maaf kepada kalian, mohon tunjukkan keburukkan meminta maaf berserta buktinya sekali.


Sekian daripada ku,

Tegur ku andai ku salah.

Peace yoo.

Penyesalan itu ada di dalam diri setiap orang Islam


Assalamualaikum semua,

Kembali semula diri ku relax di bulan februari ini. Untuk membincang kan isu manusia di zaman ini.

Ok, cukup tak nak buang masa lagi. Jom tengok sikit apa yang relax nak tulis kali ni.


"Ye aku tau aku teruk tu yang ramai tak suka."

Satu ayat ku reka yang rasanya semua orang pernah dengar daripada mulut manusia lain.


Okay berdasarkan ayat tersebut, relax dapat kelas kan manusia yang sebut ayat di atas ialah manusia yang masih punyai kewarasan dan mampu berfikir. Ini kerana dia sedar akan kesalahan diri dia sendiri. 

Wahai manusia yang menyebut perkataan di atas, ketahuilah wahai manusia, jika sudah tahu diri itu teruk dan diri itu punyai sifat yang orang lain tidak suka. Mengapa tidak di kau mengubah sifat tersebut. Dalam erti kata lain upgrade diri itu. Ubah sifat yang teruk menjadi tak teruk lalu di sukai oleh orang lain.

Apa????
Tak heran dengan pandangan orang???


Okay berdasarkan kajian dan pengetahuan ku, relax yakin dan benar percaya, anda ataupun manusia di luar sana kesah pasal pandangan manusia lain di atas muka bumi ini. So, kepada yang kata tak heran pasal pandangan orang lain, dia sebenarnya menipu pada diri dia sendiri. 


Okay lah harap korang faham apa yang relax nak sampaikan ni,


Kata akhir daripada ku,

- Kita boleh hidup sorang-sorang di atas muka bumi ini jika kita benar-benar kenal siapa Allah. 

- Jika tidak kenal benar-benar siapa Allah, percayalah, kita tidak boleh hidup sorang-sorang di atas muka bumi ini. 

- Manusia sekeliling kita kadang-kadang bertindak sebagai guru kita. Mereka lah yang akan menegur kita jika kita salah dan menyedarkan kita di atas sesuatu kealpaan. Jadinya, ayuh ubah diri itu, ubah sifat yang tak baik kepada baik. 



Yang relax pasti,
Setiap umat Islam itu akan ada penyesalan di dalam hidup nya ke atas apa yang dia lakukan di dalam hidup dia. Penyesalan itu pula berlaku pada waktu yang berbeza, ada yang menyesal di waktu muda di atas apa yang di lakukanya di dalam hidup, ada yang menyesal di waktu dah tua terhadap apa yang di lakukannya di dalam hidup. Dan ada juga yang menyesal di waktu malaikat menarik nyawa.

Jadinya sekarang, lebih baik menyesal di waktu awal sebelum terlambat.


Semoga diri ku dan kalian di bawah rahmatNya selalu.


Tegur ku andai ku silap.

Assalamualaikum

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!