Tuesday, February 03, 2015

Penyesalan itu ada di dalam diri setiap orang Islam


Assalamualaikum semua,

Kembali semula diri ku relax di bulan februari ini. Untuk membincang kan isu manusia di zaman ini.

Ok, cukup tak nak buang masa lagi. Jom tengok sikit apa yang relax nak tulis kali ni.


"Ye aku tau aku teruk tu yang ramai tak suka."

Satu ayat ku reka yang rasanya semua orang pernah dengar daripada mulut manusia lain.


Okay berdasarkan ayat tersebut, relax dapat kelas kan manusia yang sebut ayat di atas ialah manusia yang masih punyai kewarasan dan mampu berfikir. Ini kerana dia sedar akan kesalahan diri dia sendiri. 

Wahai manusia yang menyebut perkataan di atas, ketahuilah wahai manusia, jika sudah tahu diri itu teruk dan diri itu punyai sifat yang orang lain tidak suka. Mengapa tidak di kau mengubah sifat tersebut. Dalam erti kata lain upgrade diri itu. Ubah sifat yang teruk menjadi tak teruk lalu di sukai oleh orang lain.

Apa????
Tak heran dengan pandangan orang???


Okay berdasarkan kajian dan pengetahuan ku, relax yakin dan benar percaya, anda ataupun manusia di luar sana kesah pasal pandangan manusia lain di atas muka bumi ini. So, kepada yang kata tak heran pasal pandangan orang lain, dia sebenarnya menipu pada diri dia sendiri. 


Okay lah harap korang faham apa yang relax nak sampaikan ni,


Kata akhir daripada ku,

- Kita boleh hidup sorang-sorang di atas muka bumi ini jika kita benar-benar kenal siapa Allah. 

- Jika tidak kenal benar-benar siapa Allah, percayalah, kita tidak boleh hidup sorang-sorang di atas muka bumi ini. 

- Manusia sekeliling kita kadang-kadang bertindak sebagai guru kita. Mereka lah yang akan menegur kita jika kita salah dan menyedarkan kita di atas sesuatu kealpaan. Jadinya, ayuh ubah diri itu, ubah sifat yang tak baik kepada baik. 



Yang relax pasti,
Setiap umat Islam itu akan ada penyesalan di dalam hidup nya ke atas apa yang dia lakukan di dalam hidup dia. Penyesalan itu pula berlaku pada waktu yang berbeza, ada yang menyesal di waktu muda di atas apa yang di lakukanya di dalam hidup, ada yang menyesal di waktu dah tua terhadap apa yang di lakukannya di dalam hidup. Dan ada juga yang menyesal di waktu malaikat menarik nyawa.

Jadinya sekarang, lebih baik menyesal di waktu awal sebelum terlambat.


Semoga diri ku dan kalian di bawah rahmatNya selalu.


Tegur ku andai ku silap.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!