Tuesday, February 03, 2015

Jangan membazir waktu gembira bersama pasangan anda


Hai dan Assalamualaikum semua.


Sayang apa khabar dengan mu,

Di sini ku merindui mu,

Di sini ku menunggu mu,

lalalalalalaalalalalalalalala.....

Apa je la labu,

Saja nak ngarut sikit pagi-pagi buta ni.




Eeeerrmmmmm, nak tulis apa ya kali ni. Eeeerrrmmm, okay dah ingat dah.



Tahukah anda,

Setiap kali anda merajuk dengan suami atau pun isteri korang dan lain lain.

Anda sebenarnya telah memendekkan masa gembira bersama pasangan anda. 


Tahukah anda,

Setiap kali anda bertengkar dengan pasangan anda (Bertengakar benda yang tak berfaedah),

Anda sebenarnya telah memendekkan juga masa gembira bersama pasangan anda.


Tahukah anda,

Anda telah membazirkan waktu gembira bersama pasangan anda saat anda merajuk, marah, bertengkar, dan segala lagi benda yang negatif yang di buat oleh anda. Tambah-tambah jika pasangan anda busy man or woman lagi lah membazir waktu gembira bersama. 


Jadinya nak merajuk boleh aja, tetapi jangan lebih-lebih sampai 1 minggu dan berhari-hari. Sedang-sedang saja. Satu pembaziran waktu gembira bersama pasangan jika anda merajuk.


Kuncinya,
Apa-apa sahaja yang anda mahu lakukan, sederhana itu lebih baik, jangan lebih sangat, jangan juga kurang sangat.

Kata akhir daripad aku,

Tegur ku andai ku salah.
Tegur pula biar berhikmah,
Jangan tegur melancangkan mulut,
Penumbuk makannya nanti,

Haha.. just kidding.


Relax tenang

Peace yoo.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!