Monday, February 09, 2015

Apa itu perkahwinan


Ku buka bicara dengan ungkapan sejahtera kepada kalian Assalamualaikum semua.


Perkahwinan,

Satu cara menghalalkan segalanya,

Rasanya semua orang tahu benda di atas. Tetapi kita lupa satu perkara iaitu cara atau pun kaedah untuk mendidik anak-anak untuk melahirkan perjuang Islam dan umat Islam yang benar-benar Islam. Di mana hidup cara Islam, tahu mana boleh di lakukan dan mana yang tak boleh di lakukan di dalam Islam. 

Tugas mendidik ini akan di beri kepada suami dan juga isteri. Jadinya, kepada insan bertunang mahupun lelaki dan wanita di luar sana, kutip  lah ilmu tentang perkara ini dan cuba pelbaiki diri demi mendidik anak-anak nanti.

Di dalam ceramah relax ada terdengar seorang ustaz berkata "Jika mahu melahirkan anak yang soleh dan solehah, ibu dan bapa haruslah menjadi soleh dan solehah dahulu."

Keywordnya kita sudah tahu, mahu melahirkan anak yang benar-benar Islam, ibu dan bapa haruslah menjadi seperti apa yang kita mahu anak kita jadi di suatu hari nanti.

Jadinya, ayuh perlbaiki diri sebelum memegang amanah yang besar dan berat ini.

Jangan lupa tau, anak itu bukan hanya seorang manusia tetapi sebenarnya amanah daripada Allah kepada suami isteri.

Wahai lelaki,
Tugas kau sangatlah berat,
Perlu mendidik isteri dan anak-anak,
Perlu  juga menjaga keluarga sendiri,
Engkaulah seorang pemimpin,
Belajarlah menjadi pemimpin,
Kuatkan lah diri kalian,
Jika kau lemah,
Maka lemah lah orang di bawah jagaan anda,
Kau perlu kuat wahai lelaki,
Kau perlu betul-betul kenal Ilahi,
Semoga kita yang bergelar lelaki mampu memikul tanggunggjawab ini.
Sekian daripada ku.

Kata akhir daripada ku, jika bagus pemimpin nya, maka baguslah orang di bawahnya.
Peace yoo.


Itulah apa yang relax tau.

Macam selalulah tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum semua


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!