Friday, February 27, 2015

Apabila sayang hadir di hati


Hai semua, 

Assalamualaikum,


Kadang ku menasihati orang jangan buat itu, jangan buat ini. Jangan keluar waktu malam sorang sorang. Jangan pergi tempat terpencil waktu malam sorang-sorang. Pastikan berteman kerana bahaya. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.


Tetapi, apa ku kata, apa ku larang hanya kepada orang. Diri ku lakukan perkara itu.


Ku keluar malam merayap sorang-sorang di waktu malam kadang-kadang. Ku pergi tempat terpencil sorang-sorang. Ku lakukan apa yang ku larang orang sekeliling ku lakukan.

Adakah ini adil bagi???

Entah lah, ku percaya ku mampu jaga diri tetapi tidak percaya orang sekeliling. Itulah diri ku. 


Ku percaya ku tidak keseorangan, 
ku percaya diri ku sentiasa berteman. 
Sentiasa ada yang menjaga ku. 
Itu sebab ku redah dan lakukan semua itu.



Tanpa risau, ku redah lautan malam,

Tanpa risau, ku redah tempat terpencil,

Tanpa risau, ku lakukan benda bahaya.

Tetapi ku lupa satu perkara, 

Walau diri ku tiada risau tentang diri ini,

Ada yang risau tentang diri ku,

Saat ku lakukan benda bahaya,

Ada sahaja insan yang tiada senang diri nya,

Sentiasa memikir keadaan ku,

Adakah ku okay lakukan perkara itu,

Eeerrrmm entah lah.

Mungkin andai sayang itu bertandang di hati,

Risau itu seiring di dalam hati.


(Tiba-tiba ayat di atas nak keluar, so, tulis je la dalam ni. Hoho)

Kata akhir daripada ku,

Kerana sayang ibu bapa risau,
Kerana sayang ibu bapa menjaga kita,
Kerana sayang ibu bapa memberi kasih sayang.
Lalalalala (Sambung sendiri)

Satu dua dan tiga,

Peace yoo.


Tegur ku andai ku salah.



No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!