Friday, February 27, 2015

Perbualan di antara dua sahabat


Perbualan yang ku rasa elok di jadikan artikel dalam blog ku.

Perbualan antara seorang sahabat kepada sahabat baiknya.



A: Assalamualaikum, sorry Abang B teremosi tadi ✌✌✌

Abang B: Okay takpa, Tapi tolong la ubah perangai terlalu emosional kau tu. Perangai macam tu nanti akan memudaratkan kau sendiri nanti.

A: Okay aku cuba perbaiki diri

Abang B: Dalam hidup ini, jangan terlalu negative wahai sahabat

A: Ye betul tu. Kena cool je saat terjadinya sesuatu perkara yang menyakitkan hati.

Abang B: Takpa relax ja, semua orang lakukan kesalahan cuma kita kena cuba tidak ulangi kesalahan yang berlaku. Itulah gunanya kita masih di beri peluang hidup di dunia ini. Ala upgrade diri. Daripada good jadi better lepas tu jadi best pulak.

Cuma perangai terlalu emosional kau tu kena buang jauh-jauh. Kalau tak nanti diri kau yang akan merana. Dalam hidup ini kita kena banyak bersabar sahabat. Ujian datang tak kira masa, kadang-kadang ujian datang dan terus datang. Semua bergantung kepada Ilahi. Tu sebab kita kena bersabar dan terus bersabar. Selalulah berfikiran positive dan matang sikit saat ujian datang dan di dalam sesuatu hal. 

Apa pun berlaku, kita kena faham, semua berlaku atas izin Dia, mestilah tersembunyi beribu hikmah. Tak perlu takut. Setelah pelbagai cara kau lakukan, akhir sekali kau kena bertawakal dan redha sahabat.

Hidup di dunia ni macam jalani ujian je jadi jalani semua ujian ni dengan tenang.

Peace

Pesanan ikhlas daripada aku

Dan lagi satu, bila marah jangan sakitkan diri dengan pergi buat benda yang tak munasabah. Istiqfar je banyak-banyak. So, sayangilah diri anda demi orang tersayang.

A: Biasa la. Aku dah penat bersabar selama ini. Jadi aku lepas je. Aku cakap apa aku nak cakap dan aku rasa apa aku cakap tu betul. Memang nada aku macam marah tetapi aku memberi nasihat. Mungkin cara aku salah di dalam memberi nasihat. Mungkin saat memberi nasihat tu, emosi aku terganggu. Eeermm betul la kata kau, kita kena bersabar.

Abang B: Okey tak pa. 

Saat marah lebih baik kau diam dan pergi ambil wuduk dan buat sesuatu yang boleh menjauhkan diri kau daripada syaitan. Jangan lupa sahabat, saat marah kuasai diri maksudnya diri kau di kuasai syaitan, saat itu kau jadi boneka syaitan, diri kau di kawal syaitan. itu sebab aku cakap lebih baik diam je. Tak guna juga kau bagi nasihat masa tengah marah, takut nasihat kau tak masuk dalam jiwa insan. Memberi nasihat haruslah bernada tegas dan beriring bersamanya kelembutan. Memberi dan meminta orang menerima apa yang di beri ada caranya.

A: Okay2. Tak pa, aku cuba pelbaiki diri nanti. Terima kasih sahabat.

Abang B: sama-sama. 


Pengajarannya daripada perbualan antara dua sahabat tadi boleh di lihat di atas yang bertulisan merah.


Sekian perbualan di antara dua sahabat iaitu si A dan abang B.

Diharap dapat di jadikan pengajaran kepada insan di luar sana.

Okay lah,

Pai.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!