Sunday, November 22, 2015

Cara selesaikan masalah


"Susahnya aku nak tinggal dia. Payah nya. Aduh kenapa aku sering di sakiti. Kenapa dan kenapa jadi begitu."

Kadang kadang kita dengar orang mengeluh seperti di atas. So relax tergerak hati nak bagi penyelesaian kepada perkara di atas.

Senang je hidup ini. Nak selesaikan masalah semua bukan susah sangat. Bila korang hadapi sesuatu masalah korang cari la punca masalah itu dan seterusnya fikir jalan penyelesaian.

Sebagai contoh. Korang sering di sakiti dan menangis kerana perempuan atau lelaki. Cari la punca kenapa terjadinya masalah di atas. Jadi, misal kata punca terjadinya perkara tersebut ialah kerana kau sayang sangat dekat dia. Biasa la bila dah sayang ni kau risau la apa la kat dia dan banyak lagi lah. Cara penyelesaiannya ialah alir sayang korang tu dekat tempat lain atau kurangkan sayang tu. InsyaAllah tak jadi masalah td. Trust me bro n sis.

Contoh kedua pula. Bila korang banyak bercerita dan banyak bagi nasihat. Tetapi orang kata kau ni tau bebel je. Payah apa kau diam jela bila dengan dia. Kau cakap bila perlu. Nasihat pun cuba sedaya upaya pendekan.

Contoh ketiga pula ialah apabila kau suka seseorang tetapi dia tak suka dah dekat kau. Kau pun merayu nak kat dia juga. Tetapi dia tak nak juga dekat kau. Kau pun menangis semahunya kerana dia dah tak nak kat ko. Lepas 2 mulalah meroyan sesorang. Punca jadi begitu ialah kerana kau sukar menerima hakikat dia tak suka ko. Jadi penyelesaiannya ialah move on la bro n sis. Redha jela dia tak nak kat ko. Jangan berharap. Pasrah saja. Hehehe. Ingat satu je kalau dah jodoh tak ke mana.

Dan contoh lain yang berkaitan.

Sekian daripada relax.

Atas ni pendapat relax je tau. Kalau salah tegur lah diri ini.

Wednesday, November 18, 2015

Kuatlah pengelar insan


Tahniah di atas sijil di dapati,

Perjuangan selama ini tidak sia sia,

Menjadi juga seorang yang berguna,

Boleh berbakti kepada bangsa,

Agama,

dan negara,

Jadilah seseorang yang di segani,

Di hormati kerana kesopanan dan tingkah laku itu,

Pergi jua nun jauh di sana,

Bersendirian tiada teman,

Hanya bergantung kepada Dia,

Semoga kuat dan kuat,

Tabah dan tabah,

Tiada bersedih lagi,

Pemergian itu mungkin tidak lama,

Kembali jua di sini nanti,

Bersabar lah di saat ini,

Mungkin dugaan buat diri itu,

Cuma ingat di dalam diri,

Dia sentiasa ada untuk kita,

Selalu melindungi kita,

Menjaga kita,

Berserah lah kepada Dia.

Semoga kuat wahai insan.

Tiada apa mampu ku beri,

Hanya tulisan peganti diri,

Melakar ayat daripada hati,

Kata akhir daripada diri ini.

Tiada kata se indah tulisan hati.

Adap sebagai seorang pemimpin


Busy kerja, berbeza waktu belajar dan kerja ini. Baru tau kenapa orang cakap "Waktu belajar la nak berjalan sana sini, nanti kerja dah tak boleh dah."

Serius waktu kerja memang dah tak boleh jalan sana sini. Semu kena rancang, sebab nak apply cuti bagai. Lepas tu tunggu manager approve dulu cuti tu. Baru la boleh cuti dan seterusnya berjalan. Makna kata semua kena rancang secara teliti tak boleh main bedal ja.

Dulu waktu belajar kalau nak pergi mana pun, cakap je terus On walau ada kelas. Sekarang tak boleh dah. Sedih sedih sedih....

Baru berapa bulan meninggalkan alam belajar dah mula rindu alam belajar. Nak sambung ke peringkat lebih tinggi tajuk pula takda nak buat researh. Kalau minta dekat lecturer tajuk research, takut dia bagi tajuk yang bukan-bukan pula. Mapuih relax nak research nanti. So tahan dahulu diri nak sambung belajar. Kita kerja dulu, cari pengalaman kerja, kenal orang luar bagaimana dan lain-lain lagi. 

Ayuh belajar liku-liku hidup... Perlahan perlahan kayuh maa....

Sekian...

Sepanjang relax kerja ni, macam-macam gelagat orang relax jumpa dan macam-macam perangai manager relax jumpa. 

Lalu relax cuba tengok persamaan antara manager ni. Inilah persamaan yang relax dapat tengok:
1. Tegas
2. Mulut boleh tahan
3. Teliti
4. Suka mengarah orang
5. dan lain-lain lagi. (Korang fikir sendiri)

Persamaan ini lah yang relax bagi tau seseorang. Lepas tu dengan tanpa di suruhnya dia pun mengeluarkan ayat di bawah ni.......

"Manager yg bagus dia boleh jadi kawan awak.. bg empowerment kat awak bukan ikut suka mengarah je.. ketua bukan untuk mengarah tapi untuk membimbing.. Law dah ketua pon perangai mcm tu mmg x lekat la pekerja. N pekerja x kan hormat la kat ketua sebab pekerja takut ngan ketua. Takut n hormat tu maksud lain2 taw."

Dengar je ayat di atas terus sentap dan sentap. Benar juga kata di atas. Eeeermmm kena belajar jadi orang yang di hormati bukan di takuti ni. 

Relax rasa la kan nak jadi pemimpin yang di hormati bukan susah sangat, ikut je apa yang Rasulullah buat dan adap-adap di dalam Islam. IsyaAllah orang bawah hormat.

Ok lah sekian artkel relax kali ini.

Peace yoo...

Lalalalala....

Tahniah. Semoga jadi insan yang berbakti kepada Ummah.

Tuesday, November 10, 2015

Beruzlah kita


Salam ku hulur pembaca sekelian. Assalamualaikum semua.


Tak sangka dah nak dekat berapa bulan tiada kerja tetap diri ini.

Teetttt... sabar sekejap. Adalah nanti.

Tinggalkan dahulu luahan di atas. Ingin relax kongsi sedikit ilmu yang di dapati di dalam surat khabar.

Relax baca lalu pemahaman relax tentang apa yang di baca di terjemahkan di dalam artikel ini.

Mengasing diri tidak kira lah seketika atau lama semata mata ingin melihat kebesaran Allah dan mengingati Allah dengan beribadah, inilah makna atau erti beruzlah.

Sebagai contohnya kita lihatlah kisah Rasullullah yang mengasingkan diri di dalam gua hirak daripada masyarakat luar yang semakin teruk perangainya. 

Tujuan beruzlah ialah ingin mendapat kembali kasihNya dan juga muhasabah diri kita kembali. Dengan beruzlah juga kita akan dapat perbaiki diri dan mengesan kelemahan diri. 

Beruzlah itu dapat mengesan punca sesuatu masalah lalu menyelesaikan masalah tersebut.

Beruzlah itu boleh di lakukan oleh semua orang termasuklah orang yang berkeluaraga. Kadang kita dengar orang berkata "Aku nak dah kahwin mana la ada masa nak bersendirian, anak ramai kan."

Tiada alasan beruzlah kerana bagi yang bekeluarga, dia boleh beruzlah selepas solat ka, bersendirian seketika di luar rumah ka dan pelbagai lagi kaedah yang boleh di lakukan. 

Dengan beruzlah kita akan sentiasa sedar siapa kita, siapa diri kita, hakikat penciptaan kita dan banyak lagi lah yang boleh kita sedar.

Eeermm begitu lah ceritanya.

Faham ke tidak la apa yang relax nak sampaikan.

Harap korang faham la ye.

Sekian daripada ku. 

Relax tenang saja. 

Peace yooo...


Sunday, November 08, 2015

Nampak keras tetapi tidak


Keras ku di luar tidak melambangkan kerasnya ku di dalam,

Mungkin hati ku ini tidak sekeras yang dilihat di luar,

Di marahi dan di tengking,

Luar ku tersenyum,

Di dasar hati siapa yang tahu,

Luka di dalam boleh kah di lihat,

Hanya yang memahami tahu,

Siapa diri ku ini,

Mungkin kena belajar mengeras yang di dalam,

Agar satu hari nanti,

Tiada perasaaan saat di marahi,

Boleh tenang aja.


Sekian daripada relax...


Ada orang kata la kan hati itu boleh keras dan tidak boleh di cucuk oleh lidah apabila sudah kuat kasih Nya di dalam hati.

Jadinya, kuatkanlah hati itu. (Orang kata naa, bukan relax kata)

Sekian daripada ku.

Peace yoo.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!