Sunday, November 22, 2015

Cara selesaikan masalah


"Susahnya aku nak tinggal dia. Payah nya. Aduh kenapa aku sering di sakiti. Kenapa dan kenapa jadi begitu."

Kadang kadang kita dengar orang mengeluh seperti di atas. So relax tergerak hati nak bagi penyelesaian kepada perkara di atas.

Senang je hidup ini. Nak selesaikan masalah semua bukan susah sangat. Bila korang hadapi sesuatu masalah korang cari la punca masalah itu dan seterusnya fikir jalan penyelesaian.

Sebagai contoh. Korang sering di sakiti dan menangis kerana perempuan atau lelaki. Cari la punca kenapa terjadinya masalah di atas. Jadi, misal kata punca terjadinya perkara tersebut ialah kerana kau sayang sangat dekat dia. Biasa la bila dah sayang ni kau risau la apa la kat dia dan banyak lagi lah. Cara penyelesaiannya ialah alir sayang korang tu dekat tempat lain atau kurangkan sayang tu. InsyaAllah tak jadi masalah td. Trust me bro n sis.

Contoh kedua pula. Bila korang banyak bercerita dan banyak bagi nasihat. Tetapi orang kata kau ni tau bebel je. Payah apa kau diam jela bila dengan dia. Kau cakap bila perlu. Nasihat pun cuba sedaya upaya pendekan.

Contoh ketiga pula ialah apabila kau suka seseorang tetapi dia tak suka dah dekat kau. Kau pun merayu nak kat dia juga. Tetapi dia tak nak juga dekat kau. Kau pun menangis semahunya kerana dia dah tak nak kat ko. Lepas 2 mulalah meroyan sesorang. Punca jadi begitu ialah kerana kau sukar menerima hakikat dia tak suka ko. Jadi penyelesaiannya ialah move on la bro n sis. Redha jela dia tak nak kat ko. Jangan berharap. Pasrah saja. Hehehe. Ingat satu je kalau dah jodoh tak ke mana.

Dan contoh lain yang berkaitan.

Sekian daripada relax.

Atas ni pendapat relax je tau. Kalau salah tegur lah diri ini.

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!