Saturday, March 30, 2013

Adakah perkara itu benar atau tidak???


Salam kepada kalian semua.

Terjumpa sesuatu yang membuat ku berfikir sama ada perkara itu benar atau tidak. Pelbagai persoalan bermain di minda. Ku serahkan segalanya kepada yang maha Esa, agar memberi ku petunjuk tentang perkara tersebut. Sesungguhnya, aku tidak mahu tersesat dan menduakan diri Mu kekasih ku. Setelah beberapa ketika, terjumpa ayat di bawah:-



Umar Sulaiman (1985:59-60) menyatakan bahawa syaitan tidak semestinya datang menipu manusia menyuruh manusia meninggalkan perkara-perkara yang baik dan menyuruh melakukan perbuatan jahat. Sekiranya ia berbuat demikian manusia akan menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah daripada syaitan.

Sebaliknya, makhluk itu akan melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan, mengelakkan dirinya daripada diketahui siapakah dirinya yang sebenar menyebabkan manusia beranggapan bahawa syaitan itu adalah wali Allah lalu menganggap perbuatan yang salah itu baik.

Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menyebutkan tentang adanya golongan syaitan yang dipanggil oleh manusia sebagai rijalul ghaib. Ada orang yang pernah bercakap dengannya dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sehingga mereka menyangka bahawa makhluk tersebut adalah wali-wali Allah.

Mereka pada hakikatnya adalah teman-teman kaum musyrikin daripada golongan jin. Mereka dinamakan ``rijal'' seperti yang tersebut dalam firman Allah (al-Jinn: 6): Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki (rijal) di antara jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan.

Rujukan: click sini



Bila terbaca ayat di atas, persoalan yang berlega di minda ku semakin terjawab. Bantuan dari Nya. Alhamdulilah. 

Pengajarannya:
1. Jika terlalu kusut dan tidak tahu nak buat apa, mintaklah pertolongan dari Nya, sesungguhnya Dia maha mengetahui.
2. Tipu daya syaitan dan sewaktu dengannya sangatlah licik, jadi, berhati-hatilah wahai saudara ku sekalian.
3. Jangan mempercayai dan terus menerima bulat-bulat apa yang di beri tahu, sebaliknya perlu lah di kaji dan kaitkan perkara itu dengan Islam.
4. Hindarilah diri daripada terus menyekutukan Allah SWT.
5. Untuk mendapatkan ilmu yang baik, pelbagai halangan perlu di tempuhi. Berbanding ilmu jahat, senang je nak dapat. 

Tuntasnya, sesuatu yang sukar di perolehi  itu, barulah kita hargai dan nikmat. Berbanding yang senang kita perolehi. Dalam kata lain, yang senang kita perolehi itu kurang nikmatnya dari yang susah kita perolehi. 

Begitu jugalah dalam kes mencari calon isteri, makin susah mendapatkan seseorang wanita, semakin berharga wanita tersebut. (hehe, betul ke???)

Oklah sekian dari ku,

Yang benar,
Relax itu tenang.

Pai..


Thursday, March 28, 2013

Setiap manusia itu sedang berjuang sebenarnya




Assalamualaikum sekalian makhluk ciptaan Allah SWT..

Sebagai hambanya yang sesangatlah lemah dan kurang dari segi imannya. Ku cuba dan terus mencuba untuk menyampaikan segala kebaikan moga dapat memberi manfaat kepada kalian. (Ayat sekema gile... J)

Sesungguhnya aku sedang berjuang, 
Berjuang melawan hasutan syaitan dan segala bisikannya. 
Kadang ku kalah, 
Kadang ku menang. 
Bukan aku sahaja yang sebegini rupa. 
Setiap manusia realitinya sedang berjuang,

Janganlah kau bersangka buruk setelah melihat seseorang melakukan perkara mungkar,
Sesungguhnya dia sedang berjuang,
Di dalam perjuangan ada kalanya manusia terkandas,
Ada kalanya manusia memenangi perjuangan tersebut,

Di sebalik kemungkaran itu,
Ada juga kebaikan yang dia lakukan,
Itulah sebabnya aku mengatakan dia sedang berjuang sebenarnya,

Tetapi ingatlah,
Di dalam perjuangan,
Hati perlu di teguhkan,
Iman perlu di tingkatkan,
Barulah kemungkaran dapat di atasi,
Barulah kita makin dekat kepada Nya,

Semakin kita dekat,
Semakin besar dugaan yang perlu di hadapi,
Itulah sebabnya kita perlu bersihkan hati,
Hilang kan segala sifat negatif di dalam diri,

Bila hati dah bersih,
Dimasukkan pula sinar-sinar kebaikan,
Barulah kita dekat dengan diri Nya,

Bila dah dekat,
Kita tenggelam di lautan nikmat,
Terasa di awang-awangan,
Nikmatnya ketika itu,
Terasa dekatnya Kau dan aku,
Bagaikan kita menjadi satu,
Indah nya saat itu,

Segala perbuatan diri ku,
Ku rasa kerana Mu,
Segala percakapan ku,
Ku rasa dari Mu,

Di saat itu,
Ku lupa segala yang di sini,
Hilanglah segala yang tiada,
Nikmat dan indahnya saat itu,
Tenang nya hati ku,

Engkaulah yang satu,
Bersemadilah diri Mu di dalam diri ku,
Agar ku kenal mana buruk dan baik,
Supaya mudah ku memilih antara dua,
Ku mahu kasih Mu…..


Sekian ayat yang terlintas di fikiran ku.



Pengajarannya:-

-Janganlah korang cakap seseorang itu jahat kerana satu kejahatan yang dia lakukan. Ketahuilah, mungkin lebih banyak kebaikan yang terselindung di sebalik kejahatan nya itu.

-Berbaik sangkalah dengan orang lain.

-Jom ramai-ramai bersihkan hati. Bila dah bersih barulah kita dekat pada diri Nya.



Sekian peringatan dari ku,


Macam selalu, diri ku juga sedang berjuang. Di sebabkan itu, teguran anda sekalian sangatlah di perlukan untuk membetulkan diri ku yang serba kekurangan ni.

Selamat berjuang,

Pai..

Saturday, March 23, 2013

Wasiat-wasiat Rasulullah SAW


Baca-baca dan terus membaca.

Dan akhirnya terjumpa maklumat di bawah:


Wasiat-wasiat Rasulullah SAW:
"
  • Wahai anak, jagalah Tuhan mu, nescaya ia akan menjaga mu. 
  • Jagalah Tuhanmu, nescaya engkau akan medapatkan Nya di hadapan mu. 
  • Jika kamu mengingati Allah di kala senang, ia menengtahui mu di kala susah. 
  • Bila kamu memohon, mohonlah kepada Allah. 
  • Jika kamu meminta pertolongan mintalah tolong kepada Allah Taala. 
  • Sesungguhnya manusia, meskipun mereka bersatu padu semua untuk memberi manfaat kepada mu dengan  sesuatu, sedang ia tidak dituliskan Allah bagi mu, maka mereka tidak akan mampu melakukannya. 
  • Dan jikalau mereka bersatu padu untuk menimpakan bahaya kepada mu dengan sesuatu, sedamg ia di lakukannya. 
  • Pena-pena akan tercabut dan lembaran-lembaran akan terlipat. 
  • Bila kamu mampu berbuat demi Allah dengna redha dalam keyakinan, maka lakukanlah. 
  • Dan bila kamu tidak mampu sesungguhnya dalam kesabaran terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan. 
  • Ketahuilah, kemenangan bersama kesabaran dan kelonggaran bersama kesusahan. 
  • Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan dan yang sukar tidak selamnya mengalahkan yang mudah.
"

Rujukan:
Rujukan, page 158, Rasulullah SAW sebagai hamba Allah, pemimpin, pendakwah, sahabat, bapa dan suami.

Sekian dari ku,

Selamat memahami...

:)

Takutlah kepada Allah SWT di kala sepi mahupun ramai


Untaian kalimat Rasulullah SAW:

"Aku di perintah tuhanku dengan sembilan perkara:

*Takut kepada Allah di kala sepi mahupun ramai,
*Berbuat adil kala marah dan rela,
*Sederhana di kala miskin dan kaya,
*Menyambung persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya,
*Memberi orang yang mencegah ku,
*Memaafkan orang yang menzalimi ku,
*Hendaklah diam ku kerana berfikir dan bicara ku kerana berzikir,
*Pandangan ku sebagai ibarat dan
*Memerintahkan pada yang makruf."

Jom kita buat seperti di atas...

Rujukan, page 157, Rasulullah SAW sebagai hamba Allah, pemimpin, pendakwah, sahabat, bapa dan suami.

Sekian untuk kali ini,

Pai..

:)

Cinta kerana nafsu


Helo, what up, Assalamualaikum,

Selamat ku doakan kepada anda semua.

Artikel yang lepas ada ku mengatakan tentang "Tanda-tanda jatuh cinta".

Setelah di teliti dan di fikirkan sedalam mungkin tentang hal ini.

Relax rasa tanda-tanda yang relax sebutkan dalam artikel di atas muncul kerana diri telah di kuasai oleh nafsu.

Kerana nafsu lah tanda-tanda tersebut muncul. 

Sebenarnya, jika diri di selubungi iman tanda-tanda cinta bukan begitu. Sebaliknya tanda-tanda cinta yang di selubungi keimanan ialah kita semakin dekat kepada Nya, kita akan cuba tidak mendekati zina dan sebagainya. (ikut je la peraturan dalam Islam).

Jadi, jika korang di luar sana mempunyai tanda-tanda cinta seperti dalam artikel yang relax post sebelum ni, berbanyaklah Istiqfar mintak ampun kepada Allah SWT. Minta di jauhkan dari tanda-tanda sedemikian. 

Ku menyeru kepada orang di luar sana, hindarilah diri dari meliputi cinta dengan nafsu sebaliknya seliputilah cinta dengan keimanan. (Harap faham la yo apa relax nak sampaikan)



Kata akhir dari ku:

Jika benar cinta itu kerana Nya, tentu cinta itu indah. 

Cinta pertama ku Allah SWT,
Cinta ke dua ku Nabi Muhammad SAW,
Cinta ke tiga ku ibu bapa,
Cinta ke empat ku _______, (di rahsiakan, hehe) 
Cinta ke enam ku lain-lain..



Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1708.

Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Nabi saw bersabda: 

"Orang belum dapat merasakan kemanisan iman, sampai ia dapat mencintai orang lain yang hanya dicintainya kerana Allah saja; sampai ia lebih suka ditempatkan ke dalam api daripada kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya; dan sampai ia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya."

(Tegur diri ku jika diri ini salah)

Sekian dari ku,

Relax tenang selalu,

:)

Saturday, March 16, 2013

Allah SWT maha pengampun lagi maha pengasih


Sedih ku mengenangkan perkara itu. Mengapa perkara ini terjadi pada diri ku.


Ingatlah "Allah SWT maha pengampun lagi pengasih."

Berubahlah ke arah kebaikan


Wahai insan yang sedang berubah. Ku harapkan kau istiqamah dengan perubahan mu itu. :)
Berubah dan teruskanlah berubah. Moga hidayah akan terus di turunkan kepada diri mu. 




Sekian dari ku. 

Tenang selalu.

Pai.

Thursday, March 14, 2013

Mengapa perlu ada perpecahan???



Aik2 semua....

Cepat la pru, cepat la pru...

Hehe, politik la pulak. relax dah tak tahan dah dengan segala agenda, segala ucapan, segala hujah yang berkaitan politik ni. Entah la, relax rasa macam setiap pihak ada menyembunyikan sesuatu.

Yang pemimpin ni kata macam ni, pemimpin ni lak kata macam ni.... tak cukup dengan pemimpin, penyokong dia pulak yang berhujah sana sini... x cukup dengan berhujah, ditambah pulak dengan maki hamun dan yang lebih teruk putus sahabat terus.

Adoyai kalau macam ni la sifat kalian, macam mana negara kita nak maju. Adakah begini sifat orang muslim. Memaki hamun sesama sendiri. Setiap penyokong cuba membela parti masing-masing.

Tapi bila di tegur diorang kata, kami hanya mengutarakan pendapat. Persoalannya sekarang mengutarakan pendapat apa sampai memaki hamun. Sedarlah wahai manusia sekalian, memaki hamun pihak lain bukan identiti seorang Islam.

Lagi satu, apabila pemimpin dari parti masing-masing melakukan sesuatu, pikirlah dulu betul or tidak apa yang dia buat 2, apa akibat dari tindakkan pemimpin tersebut. Bukan menyokong terus apa yang dia lakukan.

Ingatlah, kita ni manusia tak lari dari kesilapan, begitu jugaklah pemimpin parti masing-masing. Itulah sebabnya kita kena pikir dulu, betul or tidak tindakkan pemimpin tersebut.

Jangan korang ingat kalau dia pemimpin, kita boleh terima terus apa yang dia lakukan.

Adoyai, mengapa kita sesama Islam tidak bersatu, bersama membina dan mengharmonikan negara kita Malaysia. Mengapa mesti ada pepecahan?

Aaaaaahhhh serius pening kepala + panas hati melihat gelagat penyokong parti masing-masing.

Jom2 kita bersatu, bersama menyelesaikan masalah negara .. di samping memakmurkan negara. Bukannya bergaduh sesama sendiri. Masalah tak boleh selesai dengan bergaduh.

Akhir kata dari ku, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...



Sekian artikel politik ku hari ini



Cara mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar



Assalamualaikum dan salam sihat kepada semua pengunjung blog ku.


Al Quran di turunkan untuk kita mengambil aktibar dan menjadi pentunjuk kepada diri kita. Tetapi sayangnya, hanya segelintir orang sahaja menjadikan Al Quran sebagai sumber rujukkan. Kebanyak orang apabila menghadapi masalah ataupun mencari sesuatu jawapan lebih suka merujuk buku-buku yang lain dan bukan Al Quran. 

Bla, bla, bla, bla........ (Maaf, ilmu masih tidak cukup untuk menulis intro)



Kita teruskan ke topic utama kita hari ini iaitu bagaimana caranya untuk mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Tak perlu korang berkumpul ramai-ramai dan seterusnya membicangkan topic di atas. Korang juga tak perlu nak kusut dan pening kepala macam mana nak elakkan diri korang daripada melakukan perkara mungkar. Ini kerana Al Quran telah menjawab perkara di atas. 

Cuba buka Surah Al- Ankabut dan rujuk ayat 45.



Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesuangguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan ( ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.



Lepas baca ayat di atas, mesti korang timbul lagi satu soalan iaitu:

Kenapa orang yang sembahyang kadang melakukan kemungkaran juga???

Senang je untuk menjawap soalan di atas, ini kerana korang hanya melakukan perkara perbuatan dan tidak menghadirkan Allah SWT di dalam hati semasa sembahyang. Dalam erti kata lain, sembahyang korang boleh jadi tak kusyuk atau pun korang tidak melakukannya setekun mungkin.

Kesimpulanya, untuk mecegah diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar, kusyukkanlah sembahyang. Pastikan juga hati korang ada semasa sembahyang. 

Selamat beramal,

:)

Sekian artikel ku kali ini.

Marilah bersama kita kusyukkan sembahyang kita.

Relax dan tenang selalu.

-----------------------------------------


Thursday, March 07, 2013

Maksud matang di dalam Islam



Assalamualaikum saudara ku sekalian,


Berjalan-jalan pergi bank, naik motor terhoyong hayang, nampak lampu kereta di hadapan. Bermain sesuatu di fikiran. Tiiiinnnggg (lampu muncul di dalam kepala), menandakan idea dah datang. Terhasilah seperti di bawah.


Tahukah anda:

-Anda tidak matang jika memaki hamun sesama sendiri.

-Anda tidak matang jika berpegangan tangan dengan orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika naik motor bersama orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika berpelukan dengan orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika menyentuh orang bukan halal buat korang.

-Anda tidak matang jika berpakaian seksi.

-Anda tidak matang jika tidak menutup aurat.

-Anda tidak matang jika hanya menutup rambut korang wahai perempuan.

-Anda tidak matang jika pakai seluar paras lutut wahai lelaki.

-Anda tidak matang jika pakai baju jarang wahai lelaki dan perempuan.

-Anda tidak matang jika kurang ajar.

-Anda tidak matang jika mewarnakan rambut korang.

-Anda tidak matang jika bersosial tanpa batasan.

Tuntasnya atau kesimpulannya, anda tidak matang jika melakukan kemungkaran



Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

Maksud di dalam kamus dewan terlalu umum. 

Ketahuilah wahai saudara ku sekalian, sebagai orang Islam kita perlulah membuat penambahan bagi maksud matang kepada: orang yang matang ialah orang yang mampu berfikir yang mana baik dan buruk untuk di lakukan berlandaskan Islam. 


Berdasarkan maksud matang di dalam Islam, ketahuilah bawasanya korang tidak matang jika masih melakukan kemungkaran. Ini kerana fikiran korang masih tidak mampu berfikir mana baik dan buruk untuk di lakukan di dalam Islam.



Berdasarkan maksud matang di dalam Islam, adakah korang seorang yang matang?

Tepuk kepala dan fikirlah jawapan untuk soalan di atas.

Hehe..

Selamat berfikir.



Aku tidak baik, aku juga sering melakukan kesilapan. Di sebabkan itu, tegurlah diri ku andai tersalah atau terkasar bahasa. 

Sekian dari ku

Paaaiii…

Relax dan tenang selalu…

Hindarilah diri dari stress…


J

Tuesday, March 05, 2013

Cara-cara untuk hidup bahagia



Hilangkan tekanan, hiduplah di dalam kebahagian. Ikuti cara-cara hidup bahagia....


5 cara hidup bahagia:-

1. Cinta Allah SWT
2. Berbuat baik
3. Selalu memaafkan atau buang dendam di dalam hati atau hilangkan dendam di hati.
4. Jangan sakiti orang lain tak kira la dari segi zahir atau pun batin
5. Berfikiran positive atau selalu besangka baik.






Kesimpulanya, isikah hati dengan zikrullah, lakukan suruhannya dan tinggalkan larangannya. Senang bukan untuk hidup bahagia. Hehe... 

Itu je relax nak cakap sekarang ni. hehe...

Pai...

Semoga berbahagia orang di luar sana.

Hilangkan stress...

Relax dan tenang selalu...

:)

Sunday, March 03, 2013

Aku sokong parti mana?



Yo yo selamat ku ucapkan kepada semua.

Panas!!! Panas!!!

Panas dapat di rasai semenjak dua menjak ni. Ni semua gara-gara nak mengundi la ni.

Maki hamun, pelbagai pendapat dan banyak lagi la. Ish2 bila la nak habis semua ni.

Pelik relax, sebab politik pun kita nak maki hamun.


Ada yang kata "kami bukan bergaduh, kami berbincang je, mengutarakan pendapat"

Relax pulak menjawab, "Tak bergaduh!!! Biar betul, habis tu  apa hal aku tengok korang ni siap memaki hamun sesama sendiri, siap kutuk sana, kutuk sini... Adoyai, adakah ini namanya berbincang dan mengutarakan pedapat?"


Mesti ada orang yang bertanyakan "Relax sokong parti mana???"

Relax: Parti mana-mana je yang benar di mata ku. hehe... Kalau dua-dua tak benar, dua-dua relax tak sokong. Harap maklum yo... 

Ikut suka korang la nak kutuk parti mana pun. Relax tak marah pun. Entah la, relax tak pasti kenapa kadang seseorang marah bila orang lain kutuk parti dia. Poning2...


Sudah-sudah la 2 kawan-kawan or saudara ku sekalian, tak payah la korang bergaduh sesama sendiri sebab benda alah ni. Bergaduh korang sampai bila-bila pun tak habis selagi salah sorang tak mengaku kalah. So, hentikan pergaduhan korang.


Sekian pemberitahuan ku kepada kalian,

Selamat lagi sekali ku ucapkan.

Pai...

SENYUMLAH WALAUPUN DIRI ANDA DISAKITI. INGAT TU... TAK MAU MARAH-MARAH YO... 

:)

Hehe...

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!