Saturday, March 23, 2013

Cinta kerana nafsu


Helo, what up, Assalamualaikum,

Selamat ku doakan kepada anda semua.

Artikel yang lepas ada ku mengatakan tentang "Tanda-tanda jatuh cinta".

Setelah di teliti dan di fikirkan sedalam mungkin tentang hal ini.

Relax rasa tanda-tanda yang relax sebutkan dalam artikel di atas muncul kerana diri telah di kuasai oleh nafsu.

Kerana nafsu lah tanda-tanda tersebut muncul. 

Sebenarnya, jika diri di selubungi iman tanda-tanda cinta bukan begitu. Sebaliknya tanda-tanda cinta yang di selubungi keimanan ialah kita semakin dekat kepada Nya, kita akan cuba tidak mendekati zina dan sebagainya. (ikut je la peraturan dalam Islam).

Jadi, jika korang di luar sana mempunyai tanda-tanda cinta seperti dalam artikel yang relax post sebelum ni, berbanyaklah Istiqfar mintak ampun kepada Allah SWT. Minta di jauhkan dari tanda-tanda sedemikian. 

Ku menyeru kepada orang di luar sana, hindarilah diri dari meliputi cinta dengan nafsu sebaliknya seliputilah cinta dengan keimanan. (Harap faham la yo apa relax nak sampaikan)



Kata akhir dari ku:

Jika benar cinta itu kerana Nya, tentu cinta itu indah. 

Cinta pertama ku Allah SWT,
Cinta ke dua ku Nabi Muhammad SAW,
Cinta ke tiga ku ibu bapa,
Cinta ke empat ku _______, (di rahsiakan, hehe) 
Cinta ke enam ku lain-lain..



Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1708.

Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Nabi saw bersabda: 

"Orang belum dapat merasakan kemanisan iman, sampai ia dapat mencintai orang lain yang hanya dicintainya kerana Allah saja; sampai ia lebih suka ditempatkan ke dalam api daripada kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya; dan sampai ia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya."

(Tegur diri ku jika diri ini salah)

Sekian dari ku,

Relax tenang selalu,

:)

No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!