Thursday, March 14, 2013

Cara mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar



Assalamualaikum dan salam sihat kepada semua pengunjung blog ku.


Al Quran di turunkan untuk kita mengambil aktibar dan menjadi pentunjuk kepada diri kita. Tetapi sayangnya, hanya segelintir orang sahaja menjadikan Al Quran sebagai sumber rujukkan. Kebanyak orang apabila menghadapi masalah ataupun mencari sesuatu jawapan lebih suka merujuk buku-buku yang lain dan bukan Al Quran. 

Bla, bla, bla, bla........ (Maaf, ilmu masih tidak cukup untuk menulis intro)



Kita teruskan ke topic utama kita hari ini iaitu bagaimana caranya untuk mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Tak perlu korang berkumpul ramai-ramai dan seterusnya membicangkan topic di atas. Korang juga tak perlu nak kusut dan pening kepala macam mana nak elakkan diri korang daripada melakukan perkara mungkar. Ini kerana Al Quran telah menjawab perkara di atas. 

Cuba buka Surah Al- Ankabut dan rujuk ayat 45.



Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesuangguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan ( ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.



Lepas baca ayat di atas, mesti korang timbul lagi satu soalan iaitu:

Kenapa orang yang sembahyang kadang melakukan kemungkaran juga???

Senang je untuk menjawap soalan di atas, ini kerana korang hanya melakukan perkara perbuatan dan tidak menghadirkan Allah SWT di dalam hati semasa sembahyang. Dalam erti kata lain, sembahyang korang boleh jadi tak kusyuk atau pun korang tidak melakukannya setekun mungkin.

Kesimpulanya, untuk mecegah diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar, kusyukkanlah sembahyang. Pastikan juga hati korang ada semasa sembahyang. 

Selamat beramal,

:)

Sekian artikel ku kali ini.

Marilah bersama kita kusyukkan sembahyang kita.

Relax dan tenang selalu.

-----------------------------------------


No comments:

Post a Comment

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!